top mia

Pada Khamis yang lalu, 18 Jun jam 5.20 petang, Pelakon Mia Ahmad telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya.

Berita gembira tersebut disampaikan sendiri oleh suami kepada Mia yang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi menerusi akaun Twitter miliknya.

Lengkap Sepasang, Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Perempuan Khamis Lalu. Famili JDT Buat ‘Surprise’ Baby Shower!

Dalam posting tersebut juga, Izham turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa buat isterinya itu.

“Salam…Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami pada jam 5.20 petang tadi (Khamis, 18 Jun).

“Terima kasih atas doa kalian semua,” tulisnya ringkas

Jika sebelum ini, Mia Ahmad dan pasangan berkongsi mengenai jantina cahaya mata kedua mereka itu, namun dalam satu entri terbaru pelakon tersebut ada memuat naik sebuah video yang memaparkan gender anak keduanya, iaitu seorang bayi perempuan.

IKLAN

Dengan kapsyen yang cukup ringkas, Mia mengucapkan rasa syukur kepada Ilahi dengan kurniaanNYA dan mengalu-alukan kepulangan cahaya mata yang baru dilahirkan itu.

“Subahanallah…Alhamdulillah…Allahuakbar… Welcome home babygirl,” tulisnya.

Mengintai ke ruangan komen Instagram milik Mia Ahmad, ramai rakan-rakan artis dan juga peminat yang berkongsi kegembiraan tersebut. Rata-ratanya mengucapkan tahniah dan mendoakan Mia dan anak yang baru dilahirkan.

Lebih kurang seminggu lebih sebelum bersalin, Mia ada memuat naik beberapa gambar dan juga video majlis Baby Shower yang dianjurkan oleh famili JDT, iaitu rakan-rakan sepasukan suami serta isteri masing-masing.

IKLAN

Lengkap Sepasang, Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Perempuan Khamis Lalu. Famili JDT Buat ‘Surprise’ Baby Shower! Lengkap Sepasang, Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Perempuan Khamis Lalu. Famili JDT Buat ‘Surprise’ Baby Shower!

Memilih tema berwarna putih dan hitam, pelbagai aktiviti menarik turut diselitkan sepanjang majlis berlangsung.

“Selain dari bersyukur dengan kejayaan Malaysia dan frontliners, tersangatlah bersyukur punya suami dan teman-teman that I can call my family here in JB yang sangat caring dan pemurah.

Lengkap Sepasang, Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Perempuan Khamis Lalu. Famili JDT Buat ‘Surprise’ Baby Shower!

IKLAN

Lengkap Sepasang, Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Perempuan Khamis Lalu. Famili JDT Buat ‘Surprise’ Baby Shower!

“Ya Allah, I couldn’t ask for more. Thank you so much for throwing me a baby shower. What a beautiful loving way to welcome the baby.

“Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah. Allahumaamin” tulisnya.

Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017. Pasangan ini dikurniakan anak sulung, Safy Issa pada 28 September 2018.

Tahniah dengan kehadiran bayi perempuan dalam keluarga Mia dan Izham. Semoga dengan kehadiran si kecil ini melengkapkan lagi kehidupan keluarga selebriti ini.

Sumber: IG Mia Ahmad & Twitter Izham Tarmizi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI