Pernah tak ada pengalaman bancuh yis tapi tak berbuih walaupun dah ikut arahan penggunaan seperti dalam resipi. Mungkin kita pernah tertanya kan? Melainkan memang tersalah bancuh yis ia tak akan kembang dan berbuih.
Macam yang ramai sedia maklum, penggunaan yis untuk memastikan setiap adunan roti, pau, donut atau sebagainya kembang dengan elok dan lembut.
Namun mama tak pernah pun terfikir sebenarnya di pasaran ada yis yang dijual dengan pembungkusan sama tetapi ada sedikit perbezaan. Jika di lihat betul-betul baru akan perasan.
Perkongsian Nurul Zainal di Facebook MAHN mungkin boleh dijadikan panduan untuk semua mama yang ingin membeli yis sebelum membuat adunan. Cuba belek dulu betul-betul sebelum beli ya!
Brand sama, packing berbeza
Brand yang sama, packaging yang berbeza. Perhatikan yang dalam petak merah tu. Yang tu saya beli dua paket dan dua-dua tu bila campur air suam dia jadi macam yis mati. Tarikh expired pun tak ada.
Yang satu lagi tu dalam petak biru, nampak packing lebih kemas & ada expired date. Bila campur dengan air suam, elok kejadian.. Naik berbuih macm biasa.
Mungkin ni salah satu punca yis selalu tak naik elok yang kita tak perasan. Share dari pengalaman saya sendiri.
Maaf kalau saya silap 🙏 Mana tahu ada yang lebih arif. Boleh bagi pencerahan apa perbezaan antara mauripan ni..
*air suam 1/2 mug je
*Masukkan bahan A ke dalam air suam dan kacau sebati
*biarkan yis kembang smpai macam dalam gambar
3. Bahan B
*1/2kg tepung gandum(cikpooja guna cap kunci)
*5sb majerin
4. Bahan B tadi di gaul rata. Jadi la cam ni.
5. Next… Gaulkan bancuhan bahan A tadi dengan bahan B
*kalau air bancuhan yis tadi tak cukup, boleh je tambah air kosong
*bancuh biar adunan agak lembek (tp jgn la lembek smpai xleh nak uli yea) dan di uli smpai adunan tak melekat ditgn…*macam dalam gambar
6. Okeyyyyyy…
Uli smpai jd comeyyy cam ni
*biarkan adunan mengembang dalam 20mnit…
7. *ni cara cikpooja gentel bg sama besaq donut2 cikpooja… *amik doh td, genggam n penyet ckit..
8. Ni yg dah keluar dr hasil penyet td…
*kalau nak senang…oleskan tgn dan talam nak letak donut dgn minyak masak(ckit je…agak xnak bg adunan melekat ditgn) *pas tu…buat la lubang donut tu yea…
9. Jd la donut cam ni… 1/2kg tepung selalunya anggaran dapat dalam 30bj. sebelum goreng,tggu doh kembang ckit…
*kalau xtggu doh kembang,nnt bila goreng dia akan pecah2 merekah delima donutnye. bila doh dah kembang comel2..
*panaskan minyak,api sederhana je yea(jgn besar apinya..kang bila masuk je donut,terus hangit)
*masa goreng, selalu balik2 kan donut supaya masak sekata..
10. Ok siap. gebu dan lembut! Boleh letak topping yang anak-anak suka.
Telur mudah diperoleh dalam kebanyakan makanan. Ibu bapa harus mengenali makanan yang mengandungi telur untuk mengelak alahan telur daripada terjadi kepada anak mereka.
Alahan telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur. Badan akan memberi tindak balas seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya.
Bagaimana alahan terjadi?
Alahan terjadi apabila badan bertindak balas terhadap telur sebagai bahan berbahaya. Badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan wujudnya gejala alahan telur.
Berapa kerap alahan ini terjadi?
Kadar kejadian alahan telur di Malaysia tidak diketahui. Biasanya bermula semasa telur mula-mula diperkenalkan kepada bayi. Alahan telur biasanya hilang apabila kanak-kanak berumur di antara 5 hingga 7 tahun.
Apakah kesan alahan ini?
Reaksi alahan boleh melibatkan kulit, usus dan paru-paru. Kadang-kala fungsi jantung dan tekanan darah juga turut terjejas.
Jenis-jenis reaksi:
Akut – gejala kelihatan dalam masa beberapa minit.
Lewat – gejala kelihatan biasanya selepas 2 hingga 4 jam.
Gejala alahan biasanya di alami untuk jangka masa kurang daripada sehari. Gejala ini termasuk:
-Gatal-gatal, radang kulit (ekzema).
-Muka menjadi merah.
-Mata berair, bengkak kelopak mata.
-Mulut gatal, bengkak bibir.
-Tekak perit.
-Hidung berair.
-Nafas termengah-mengah, batuk.
-Loya dan muntah.
-Sakit perut.
-Cirit-birit.
Bagaimana diagnosa alahan telur dilakukan?
Diagnosa dilakukan oleh doktor selepas mengambil sejarah kanak-kanak dan gejalanya.
Ibu bapa mungkin sedar bahawa bayi mereka sakit atau mendapat ruam sebaik sahaja makan telur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya keadaan ini berlaku.
Ujian khusus yang mungkin dilakukan oleh pakar termasuk:
Ujian alahan kulit.
RAST (Radio Allergosorbent Test).
Ujian khas alahan telur ini boleh dilakukan tetapi tidak semestinya memberi keputusan yang tepat. Segala keputusan ujian perlu dianalisa dengan teliti oleh pakar sebelum diagnosa dibuat.
Apa itu Anafilaksis?
Sesetengah kanak-kanak boleh mendapat reaksi alahan teruk yang dipanggil anafilaksis. Reaksi ini wujud secara tiba-tiba dan teruk melibatkan kulit, paru-paru, usus, jantung dan salur darah.
Gejala ini berlaku dengan pantas termasuk:
-Berasa takut.
-Muka menjadi merah.
-Mata, mulut, lidah dan bibir menjadi bengkak.
-Tekak berasa perit.
-Susah bernafas, nafas berbunyi (wheezing).
-Loya dan muntah.
-Sakit perut.
-Pening.
-Tekanan darah rendah.
-Denyutan jantung cepat.
Bagaimana keadaan ini dirawat?
Untuk semua reaksi alahan:
Jumpa doktor dengan segera. Ubat yang digunakan untuk merawat alahan termasuk:-
-Antihistamines.
-Adrenaline.
-Steroid.
Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubatan ini.
Bagaimanakah Anafilaksis dirawat?
Anafilaksis merupakan satu keadaan kecemasan yang perlu dirawati dengan segera.
Anda perlu membawa anak anda ke hospital dengan serta-merta. Ubat EpiPen mesti diambil dengan serta-merta sekiranya anda memiliki ubat tersebut. (Ubat EpiPen adalah pen suntikan yang diisi dengan Epinephrine or Adrenaline yang boleh di dapati di Malaysia). Dapatkan nasihat doktor jika perlu pengisian semula.
Apakah yang saya harus lakukan jika anak saya ada alahan telur?
Sekiranya anak anda ada alahan telur:-
Apakah tindakan yang perlu dilakukan?
Ketahuilah bahawa terdapat banyak makanan mungkin yang mengandungi telur tetapi tidak dimasukkan dalam label.
Dapatkan nasihat pakar pemakanan sekiranya anda tidak pasti kandungan sesuatu makanan. Apabila anak anda tidak mengambil telur, anda perlu pastikan anak anda mendapat nutrient yang cukup daripada sumber makanan yang lain
Adakah alahan dapat diatasi apabila anak saya meningkat dewasa?
Kebanyakan kanak-kanak berjaya mengatasi alahan telur. Walau bagaimanapun, pengambilan semula telur perlu dilakukan selepas berbincang dengan doktor anda.
Sejak anak masuk ke sekolah semakin kerap anak sakit, demam dan sebagainya. Walaupun hanya demam biasa, mak ayah perlu memantau apa jua jenis pemakanan anak, baik di sekolah dan lebih-lebih lagi di rumah.
Perhatikan apa jenis anak makan dan paling penting menurut kata Dr Mazliana Mazlan, elakkan jenis makanan ini ketika anak tidak sihat!
Anak-anak tak boleh ambil 16 jenis makanan macam ni bila mereka sakit. Ibu ayah kena lebih hati-hati dengan makanan bila anak tak sihat, supaya proses penyembuhan berlaku dengan lebih cepat, insyaAllah.
Saya perasan, biasanya trend pesakit cilik yang dibawa ke klinik memang makin tinggi bila mula sesi persekolahan.
Anak kerap tak sihat, bila kita tak jaga makanan anak dengan baik. Mudah nak dapat jangkitan dari luar, bila imuniti badan anak tak kuat.
Masuk sekolah pulak, macam-macam makanan diberi yang kita tak boleh nak kawal sebaiknya.
Ada 16 jenis makanan yang perlu dielakkan jika anak-anak kita tak sihat. Tak kisah apa jenis penyakit pun, cuba elakkan kalau boleh.
Atau kalau dapat kurangkan masa sihat, insyaAllah ini paling terbaik. Makanan yang baik, bantu kuatkan imuniti anak-anak kan.
1. Roti dan biskut – Terutama yang pasaran, banyak sangat bahan yang digunakan untuk sediakan sebuku roti dan sepakat biskut. – Kalau buat sendiri, cuba guna pilihan bahan yang baik untuk anak-anak makan.
2. Salad dressing – Mayonis, thousand island dan sebagainya. – Jenis makanan yang ini, wajib ada pengawet untuk kekal lama dua tiga tahun di rak pasaraya.
3. Gula – Yang ini baja kepada semua penyakit tau. Kita kurangkan sebanyak mungkin baja penyakit ni dari anak-anak k.
4. Gula tersembunyi – Banyak ada dalam biskut, air soda, energy drinks, granola. – Biasanya tak ditulis nama gula, tapi diganti dengan nama lain contohnya fruktosa, gluckosa, sirap jagung dan sebagainya.
5. Makanan dalam tin – Apa saja bahan makanan dalam tin, elakkan sepenuhnya. – Sardin, tuna, kari ayam. Kalau takde pengawet sekali pun, sebab terperap lama dalam tin aluminium, dari situ akan datang kesan buruk pada badan anak.
6. Susu – Makanan yang boleh timbulkan radang. – Terutama susu berperisa seperti coklat, strawberi, pisang yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan.
7. Daging proses – Sosej, nugget, burger, meatball dan seangkatan dengannya. – Makanan bukan dari daging sebenar, dan pengawet nitrit digunakan.
8. Cereal – Banyak bersumberkan dari bahan GMO. – Pengawet dan pewarna tiruan tidak ketinggalan.
9. Candy bar dan coklat – Tinggi sangat kandungan gula dan pewarna tiruan untuk anak-anak kita.
10. Jus buah dalam kotak – Tak ada satu jenis jus buah pun yang kita buat di rumah, tahan lebih dari 3 hari kan. – Sangat tinggi dengan kandungan gula.
11. Creamer – Segala yang namanya 3 in 1, siap minum segera. Elakkan dari anak-anak walaupun mudah sangat kita nak buat.
12. Marjerin – Cari pure butter dan elakkan marjerin yang ada kandungan transfat.
13. Pemanis tiruan – Sucralose, aspartame, maltodextrin. – Walaupun orang kata ianya pemanis yang sesuai untuk pesakit kencing manis, tapi belek dulu bahan ramuan yang digunakan, mungkin ada pemanis tiruan macam ni.
14. Minyak sayuran – Elakkan minyak jagung, soya, matahari. – Guna apa yang banyak di negara kita, minyak kelapa sawit dan minyak kelapa antara pilihan yang baik.
15. Mee segera – Bila buka saja plastik perencah, dau bau harum semerbak satu rumah kan. – Tinggi MSG dan perasa tiruan yang buatkan baunya menusuk ke hidung hingga aktifkan deria rasa kita.
16. Aneka sos dan spread – Tinggi gula, MSG, pengawet dan perasa tiruan.
Kita cuba sedaya mampu, elakkan dari anak-anak dan keluarga, terutama waktu mereka sakit. Makanan ni semua adalah makanan tinggi radang yang boleh lambatkan proses penyembuhan.
Sama-sama kita cuba ya, sediakan pilihan bahan makanan yang baik di rumah buat anak-anak.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.