Selepas bersalin wanita lazimnya akan mengalami beberapa perubahan fizikal termasuklah perubahana saiz kaki yang ketara seperti yang dialami oleh pelakon dan penerbit, Liyana Jasmay.
Dia yang berkongsi di Instagram miliknya baru-baru ini memilih untuk menjual beberapa pasang kasut berjenama miliknya, termasuk kasut yang dipakai pada hari perkahwinan 7 tahun yang lalu.
Dalam posting tersebut pelakon Papadom ini memuat naik video pendek menunjukkan kasut-kasut yang akan dijual.
Liyana menjelaskan, saiz kakinya itu telah berubah selepas dia melahirkan anak pertamanya iaitu Sofia Arissa kira-kira enam tahun lalu.
“After I beranak, I dah tak muat dah. Jadi sebab itulah saya nak jual. Tak ada sebab untuk saya simpan lagi kasut-kasut ini meski saya suka,” kata pelakon berusia 32 tahun ini menerusi paparan video yang dimuat naik.
Ads
Di kapsyen posting tersebut pula, Liyana menyatakan saiz kakinya sebelum ini adalah 35 atau 35.5 sebelum berubah menjadi saiz 36.5. Malah kasut-kasut yang mahu dijual itu sangat berharga dan ada makna tersendiri bagi dirinya.
“My shoes for sales! 35.5 and size 35. DM me if you are interested! Lols I bebel bnyk sambil show u my shoes. But basically kasut-kasut ni I jarang pakai. So after beranak kan Sofia, kaki I besar jadi size 36 and half.
Ads
“Oh well.. These shoes are so precious to me. Sbb tu la lama I fikir nak jual ke tak!? So if any of you girls yg kaki size 35.5 and size 35 can DM me if you are really interested okay?,” tulisnya.
Untuk makluman, Liyana mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Fathudin Mazlan pada Februari 2013. Pasangan ini dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Sofia Arissa dan Selena.
Ads
Untuk mama-mama yang kasut saiz macam Liyana Jasmay tu bolehlah usha instagramnya, mana tahu ada yang berkenan bolehlah beli prelove daripada Liyana Jasmay.
Sumber: Media Hiburan & IG Liyana Jasmay
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berapa ramai ibu ayah yang dapat bayi perempuan tahu bila masa sesuai untuk khatankan anak masing-masing? Bagi yang baru bergelar ibu ayah tentu keliru dan mungkin ada yang risau untuk khatankan anak kerana bimbang si kecil akan sakit.
Kalau anda baru menimang cahaya mata perempuan, boleh baca penjelasan lengkap yang ditulis oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak dalam facebook beliau.
“Bila nak bawak Hannan Khaira bersunat? Lagi awal lebih bagus ke atau lebeh elok tunggu dia besar sikit? Tapi…. macam seriau plak dengar sunat baby girl ni. Sakit tak kalau sunat baby girl ni ya?”
Bagi ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata bayi perempuan – ini salah satu persoalan yang semestinya akan bermain dalam kepala. Kalau anak laki sunat biasa la kan mendengarnya. Tapi, kalau sunat anak perempuan ni masih ada segelintir yang was-was tentang prosedurnya.
Berkhitan / berkhatan / bersunat adalah proses yang melibatkan hanya ‘melukakan’ sebahagian kulit pada bahagian atas clitoris. Bahagian yang dilukakan itu sangatlah kecil sebenarnya dan jauh sekali berbeza dgn proses bersunat lelaki. Jangan ingat sama pulak
HUKUM BERKHATAN ANAK PEREMPUAN DALAM ISLAM
Terdapat beberapa pendapat utama dalam hukum sunat bayi perempuan yang dibahaskan dalam konteks Malaysia dan Mazhab Syafie – iaitu wajib, sunat, dan ada juga yang mengatakan ianya harus.
Walaubagaimanapun, islam ini mudah – ia tidak diberatkan sekiranya terdapat halangan mahupun kemudaratan bagi anak tersebut.
Mari kita perhatikan beberapa perbahasan dan ulasan yang meletakkan hujah amalan berkhitan ini masih diamalkan dikalangan umat Islam. Ianya merujuk kepada hadis Khitan anak perempuan dinaskan dalam syariat.
Rasulullah SAW bersabda kepada ‘Ummu ‘Athiyah radhiyallahu ‘anha:
إذا خفضت فأشمي ولا تنهكي فإنّه أسرى للوجه وأحضى للزوج
“Apabila Engkau mengkhitan perempuan, sisakanlah sedikit dan jangan potong (bahagian kulit klitoris/kelentit) semuanya, kerana itu lebih boleh membuat ceria wajah dan lebih disenangi oleh suami.”
Kitab Fiqh Islami menghuraikan bahawa khitan adalah sunat bagi lelaki dan perkara yang elok bagi perempuan menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Manakala menurut Mazhab Syafie dan Hambali hukumnya WAJIB bagi lelaki dan perempuan.
Bila nak sunatkan baby girl?
Umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai sunat bayi perempuan. Selalunya, pasangan akan membawa bayi mereka untuk disunatkan selepas selesai tempoh berpantang.
Tiada had umur, tapi saya personally prefer bayi perempuan yang kurang setahun umurnya – senang untuk handle, dan recovery cepat.
Macam mana sunat baby girl ni? Kena jahit ke mcm sunat laki?
Berkhitan anak perempuan berbeza dengan anak lelaki di mana prosesnya lebih mudah dan cepat. Prosesnya melibatkan melukakan sebahagian kecil selaput kulit pada bahagian atas saluran kencing yang menutupi klitoris. Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin agar tidak akan mencacatkan mahupun mencederakan.
Para ulama juga menegaskan bahawa khitan perempuan tak boleh dilakukan secara berlebihan, seperti memotong sehingga boleh mengakibatkan kemudaratan.
Kalau diikutkan, prosedurnya tak sampai 5 minit atau kurang. Ia menggunakan peralatan perubatan moden yg bebas kuman – saya gunakan jarum halus yg steril/bebas kuman dan bayi tidak perlu suntikan bius
Sebelum bawak baby girl anda bersunat –
Ibu bapa perlu memastikan keadaan kesihatan bayi adalah baik. Maksudnya, tangguhkan dahulu sekiranya anak demam, batuk, atau mempunyai masalah kesihatan lain.
Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan berkaitan kesesuaian umur anak dan keadaan kesihatan . Sebaiknya, carilah doktor yang berpengalaman dan mahir mengendalikan proses ini.
Ada penjagaan khusus ke lepas sunat?
Berbanding berkhatan lelaki, sunat anak perempuan ini biasanya mengambil masa yang sgt cepat untuk pulih. Malah, ada bayi perempuan yang boleh bergerak aktif walaupun baru selepas dikhitankan.
Lazimnya selepas ditekup dengan kapas, darah sudah tidak mengalir lagi dan anda tidak perlu risau jika bayi nampak selesa dan aktif seperti biasa.
Takda pantang apa-apa ye
Akhir kata berkhitan atau sunat bayi perempuan akan memberi manfaat kepada seseorang kerana ianya adalah sesuatu yang disunnahkan dan sgt dituntut.
Khitan juga dapat membawa kesempurnaan agama, keindahan, dan meluruskan syahwat.
“Khatan ialah sunnah kepada lelaki dan kehormatan kepada wanita.”
(Direkodkan oleh Al-Baihaqi)
Dr. Muhammad Izzat Bin Abdul Razak Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang ibu apabila anaknya selamat bergelar isteri pada pasangan pilihan hati. Apa yang lebih mengujakan lagi daripada perkara tersebut adalah bila bergelar seorang nenek buat kali pertama.
Penyanyi lagu Kad Ucapanmu, Noorshila Amin berkongsi berita gembira anaknya Nadia telah selamat melahirkan anak pertama pada Isnin yang lalu.
Berita tersebut sekaligus menukar status Noorshila kepada seorang nenek buat cucunya yang pertama di usia 56 tahun.
Meskipun kapsyen yang ditinggalkan cukup pendek, jelas keterujaan dan rasa gembira Noorshila atas kelahiran cucu perempuan pertamanya itu.
Dalam posting yang dimuat naik itu juga, Noorshila mengucapkan rasa syukur dengan kelahiran tersebut.
Dalam gambar yang menutup gambar cucunya dengan emoji, Noorshila berkongsi anaknya Nadia telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 7.30 malam Isnin dengan berat 3.2kg.
“No caption. Coz m so happy..,” tulisnya ringkas bersama beberapa tanda pagar pada kapsyen gambar tersebut.
di samping itu, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah di ruangan komen entri berkenaan.
Sekadar informasi, penyanyi era tahun 80-an ini terkenal menerusi beberapa lagunya yang menjadi siulan ramai. Antaranya Kad Ucapanmu, Aku Sudah Jatuh CInta dan juga Rambu Ramba.
Tahniah buat Noorshila Amin yang kini dah bergelar nenek. Semoga cucunya membesar dengan mendapat kasih sayang melimpah ruah daripada Uwannanny yang glamor ni.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akhirnya bayi perempuan yang ditunggu oleh pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli telah selamat dilahirkan pagi semalam (1 Februari 2020).
Walaupun pernah terdetik di hati mereka untuk menimang cahaya mata kedua pada 2 Februari 2020 ketika sesi pengumuman jantina anaknya baru-baru ini, nampaknya bayi perempuan itu dah tak sabar nak jumpa mummy dan daddynya.
Amar telah memaklumkan berita kelahiran itu menerusi Instagram.
Bayi sihat dan isteri juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan,” tulisnya.
Kalau ikutkan tarikh yang diberikan doktor, Amyra sepatutnya bersalin 11 Februari depan.
Sebelum ini Amyra pernah berkongsi sepanjang kehamilan anak keduanya dia terlebih rajin dari kebiasaannya apabila kerap memasak dan mengemas hingga dimarahi suami.
“Saya pun tak tahu kenapa menjadi terlebih rajin. Setiap hari nak masak saja di dapur dan mengemas rumah hingga Amar tegur jangan terlalu membuat kerja rumah kerana bimbangkan kesihatannya. Mungkin itu juga penangan anak perempuan, jelasnya.
Dalam pada itu juga, Amyra berkata ketika berita mengenai jantina anak perempuan ini disahkan doktor, Amar langsung tak mengetahuinya malah dia ingatkan akan menimang bayi lelaki.
Hal ini kerana Amyra merahsiakan selama dua bulan dari pengetahuan suaminya dan bila Amar dapat tahu pada sesi pengumuman jantina yang dia bakal menerima bayi perempuan, riak wajahnya sungguh terkedu.
Sumber: ig Amar Baharin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!