“Kalau boleh 24 jam isteri nak berkepit dengan suami, lepas kahwin isteri hilang dah semua kawan rapat dia sebab isteri sentiasa merasakan yang ‘suami adalah rakan paling rapat dunia akhirat yang mereka ada.”
Itulah kenyataan paling tepat untuk wanita bergelar isteri. Bukan ketepikan seseorang yang bergelar sahabat tetapi tanggungjawab pada suami dan anak-anak yang masih kecil membuatkannya terpaksa mengenepikan waktu-waktunya bersama sahabat. Jauh tapi terasa sentiasa dekat. Disebabkan itu, suami harus bertimbang rasa dengan isteri. Nak berkepit dengan suami, biarkan je!
Perkongsian saudara Muhammad Yusof ini sangat deep, benar kata-katanya. Layanlah isteri sebaiknya kerana hanya suami dan keluarga yang menjadi keutamaannya kini, bukan lagi sahahat. Lain dia sebaiknya.
Saya follow semua media sosial Ustaz Ebit Lew. Begitu juga dengan pasangan Youtuber, Sugu Pavithra. Punyalah sweet mereka ni suami isteri. Masak bersama, makan bersama, rasa masakan sama-sama. Banyak yang kita boleh belajar daripada 2 pasangan romantis ni.
Resepi bahagia dalam perkahwinan ni simple je sebenarnya. Kata kuncinya ialah ‘bersama’. Bukan nafsi-nafsi. Bukan sorang-sorang. Bukan..
Istilah suami isteri ‘bersama’ ni macamana ye? Kalau ikut dia mudah je sebenarnya. Isteri ada dalam hidup suami, suami ada dalam hidup isteri.
Contohnya bila habis solat ataupun time suami nak pergi kerja, isteri salamlah tangan suami, then suami balaslah kiss kat dahi isteri. Bahagia oo suami rasa. Yang isteri akan rasa dihargai. Kan nampak kebersamaan kan, kat situ?
Foto: Bernama
Bila isteri keletang kelentung kat dapur, suami datanglah menyapa tanya isteri buat apa tu walaupun dah tahu mestilah isteri tengah masak(takkan tukar minyak hitam motor kot). Bila suami cuba bantu kupas bawang holland sebijik dua pun isteri dah senyum lebar dah rasanya. Kan, nampak kebersamaan kan kat situ?
Ads
Bila isteri dah penat basuh baju, suami tolong lah sidai. Biarlah tebal telinga kena perli dengan jiran sebelah ‘sidai baju ye bang?’, tapi kat dalam rumah berbunga-bunga hati isteri bila suami dia tolong sidai baju. Tapi bab lipat baju tak payah suruh suami, nanti jadi roti kirai pulak jadinya. Nak mudah suami isteri main kutu, beli je mesin lipat baju. Setel masalah.
Time isteri tengah berehat main henset, sekali sekala suami buatlah air kopi dalgona ke, air teh o ke, maggi cup ke, bagi kat isteri. Lepas tu picit la manja sikit. Mesti senyum lebar isteri kalau laki dia buat gini. Yelah, dah tiap masa suami order je teh o aislah, kopi o lah kat bini. Sekali sekala suamilah pulak buat kat bini. Awal-awal memang pelik. ‘Suami aku ni buang tabiat ke apa?’ tapi kan ni kebersamaan yang kita nak cari antara pasangan kita kan? Takkan isteri je hari-hari yang kena bancuh air suami, ye tak?
Ingat waktu zaman bercinta
Masa bercinta bukan main, kalau boleh makan nak satu pinggan, satu cawan kongsi straw. Bila dah kahwin suami geli pulak nak kongsi cawan dengan bini. Patutnya kita cuba throwback amalan-amalan romantik yang kita dah practise masa bercinta tu, kan? Ini tak bila kahwin terus lupa ingatan
Ads
Mula-mula kahwin bila keluar baju mesti sama. Baju, kain tudung mesti matching dengan baju suami. Pantang keluar je pegang tangan bukan main. Dah 5, 6 tahun kawin, suami biar isteri jalan sorang-sorang, dia lepak dalam kereta main henset. Ya, konsep baju matching suami isteri dan pegang tangan ni sepatutnya amalan sepanjang zaman sebab ni antara ‘kebersamaan’ yang paling mudah untuk suami isteri amalkan.
Contoh-contoh mudah inilah yang buat pasangan suami isteri itu bahagia. Tak caya cuba tengok apa yang pasangan Ustaz Ebit dan pasangan Sugu Pavithra ini buat dalam video mereka. Mana yang baik/positif tu kita ambillah sebagai pengajaran hidup, betul tak?
Kerjasama suami isteri bawa bahagia
Satu lagi last sebelum habis, dalam sebuah ikatan perkahwinan, suami isteri memang kena berkerjasama.
Ads
Diingatkan suami-suami supaya jangan sesekali cuba buat isteri anda stress dan tertekan. Sekali lagi, suami tolong jangan buat isteri anda stress dan tertekan. Tolong ya suami-suami..
Suami please kalau boleh janganlah letakkan semua kerja rumah di atas bahu isteri semata. Cuba buat sama-sama, barulah isteri tak terbeban dan stress sebab dia sorang kena buat semua kerja dalam rumah meanwhile si suami just goyang kaki tengok TV. Mana istilah kebersamaan tu kalau dah semua kerja rumah isteri yang kena buat, kan?
Sebab tu pada semua parent yang ada anak lelaki, ajar mereka biasakan buat kerja rumah dari awal agar takde nanti dalam kepala mereka bila dah besar isteri ni ‘hamba abdi’ yang kena buat semua kerja dalam rumah. Didikan ini sangat penting kerana ia menentukan macamana pola pemikiran anak-anak lelaki 20 tahun akan datang. Ajar juga mereka supaya menghormati kaum wanita.
Ok, buat semua suami, sentiasalah bersama-masa isteri ya? Serius saya cakap ni. Sebenarnya jauh dilubuk hati, isteri anda sangat memerlukan masa bersama anda. Kalau boleh 24 jam dia nak berkepit dengan awak wahai suami. Lepas kahwin isteri hilang dah semua kawan rapat dia sebab isteri sentiasa merasakan yang ‘suami adalah rakan paling rapat dunia akhirat yang mereka ada’.
Bila salah sorang dah takde, kenangan bersama pasangan inilah yang akan jadi kenangan yang paling indah buat suami atau buat isteri. Hadam sampai lumat apa yang cuba saya sampaikan ni wahai suami, wahai isteri
p/s: isteri-isteri kalau setuju sharelah ye. Boleh jugak tag suami kot-kot tiba-tiba suami dapat kesedaran nak tolong isteri ikhlas tanpa disuruh. Sharing is caringkan?
Bau kepam di dalam rumah biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Selalunya bau yang kurang enak ini datang daripada bau masakan, makanan/minuman yang tertumpah serta karpet yang tidak dikeringkan dengan betul.
Maka terhasillah bau yang menusuk hidung ini. Untuk menghilangkannya, ada di antara kita yang menggunakan pewangi, namun tidak semuanya berkesan. Ada yang jenis berbau harum sekejap sahaja, selepas beberapa minit hilang begitu sahaja.
Berikut dikongsikan cara terbaik supaya rumah tidak berbau kepam. Selalunya bau kepam ini disebabkan karpet yang berhama dan sudah lama tidak dibersihkan.
Cara yang paling berkesan, selamat dan menjimatkan bagi mengatasi masalah ini ialah dengan cara menggunakan dua bahan ini:
1. Baking Soda
2. Essential Oil
Boleh guna bau lemon dan lavender agar rumah berbau segar.
CARA-CARA:
1.Letak baking soda dalam bekas yang berlubang seperti bekas garam.
2.Masukkan lebih kurang 10 titis essential oil pilihan anda.
3. Taburkan atas karpet, biarkan dalam 30 minit kemudian vakum. Hasilnya rumah anda akan kekal wangi sentiasa. Selamat mencuba!
Bila anak dah mencecah usia tiga tahun, mama jangan rasa takut-rakut dan khuatir untuk ajar anak tak lagi pakai pampers. Ini penting bagi persediaan mereka untuk ke sekolah.
Bukan hanya persediaan ke sekolah bahkan langkah ini sebenarnya satu pencapaian buat anak kita. Jadi mama kenalah kuatkan semangat dan latih anak dengan tepat.
Perkongsian Suhana Salleh yang berjaya melatih anaknya yang berusia dua tahun boleh mama jadikan panduan untuk melatih anak. Lima tip mudah yang dikongsikan olehnya sememangnya menampakkan hasilnya. Jom cuba!
Pernah di taska saya kanak-kanak 4 tahun masih pakai lampin pakai buang. Kasihan saya tengokkan budak chubby itu pinggangnya melelas dek diapers yang terkurang saiz.
Sejak dari itu saya ajarkannya latihan ke tandas. Prosesnya tidaklah sesukar mana kerana kanak-kanak itu sebenarnya dah bersedia. Cuma ibu dan ayahnya sahaja yang belum sedia.
Ibu-ibu, ayah-ayah…
Latihan anak ke tandas ini perlukan kerjasama dua pihak iaitu orang dewasa (sama ada ibu bapa atau pengasuh) dan anak.
Suka saya kongsikan di sini catatan pengalaman melatih anak sendiri ke tandas seawal usia mereka dua tahun.
1. Boleh faham apa yang dicakap
Kelima-lima anak saya boleh bercakap pada usia mereka 2 tahun. Walaupun sedikit pelat saya boleh faham jika dia sebut perkataan ‘eyak’ dan ‘nak encing’. Begitu juga dia boleh faham jika saya tanya, ” nak berak? Nak kencing ke?”
2. Cakap selalu
Dua minggu sebelum memulakan latihan saya selalu bagitahu pada anak begini. Nanti tak payah pakai pampers tau. (Sebut nama anak) kalau nak kencing cakap macam mana? “Ibu, saya nak ken…cing.” Buat aksi dia tak tahan nak terkencing dan pergi tandas. Tujuannya menanam minda bawah sedar mereka.
3. Kenalpasti ekspresi wajah atau tabiat anak
Sentiasa peka dengan ekspresi wajah dan tingkah laku anak setiap kali dia mahu membuang air. Anak saya selalunya akan membuat muka meneran setiap kali dia mahu membuang air besar. Jika dia dah buat muka macam tu cepat-cepat saya hantarkannya ke tandas.
4. Tetapkan waktu anak ke bilik air
Saya sering menggunakan tempoh 4 jam sekali untuk hantar anak ke bilik air. Katakan anak bangun tidur pukul 7 pagi. Aturkannya ke billik air dahulu. Pukul 11 pagi nanti saya akan menanyakan padanya sama ada mahu membuang air atau tidak. Jika dia enggan saya akan paksanya ke bilik air. Dikhuatiri terlalu leka bermain atau menonton anak kita akan terkucil sendiri.
5. Gunakan seluar yang mudah ditanggalkan
Semasa latihan ke tandas saya akan memakaikan seluar yang mudah ditanggalkan kepada anak saya. Ini bertujuan supaya apabila dia terasa ingin membuang dia akan cepat-cepat ke tandas dan membuka seluar. Pernah terjadi anak saya terkucil betul-betul depan pintu tandas. Semuanya gara-gara susah hendak menanggalkan seluar maka banjirlah lantai dibuatnya.
6. Puji anak ketika dia berjaya menggunakan tandas dengan baik.
Setiap kali anak berjaya gunakan tandas dengan betul saya akan puji mereka. Jika tidak berjaya jangan marah anak. Sentiasa beri anak sokongan. Kanak-kanak yang kerap dimarah dikhuatiri akan menyebabkan mereka menjadi takut. Seterusnya terpaksa u turn guna lampin pakai buang semula.
——-
Oh, ya panduan ini hanya tertakluk pada kanak-kanak bawah 4 tahun sahaja dan pada waktu siang. Semasa tidur tengah hari atau berjalan-jalan jauh saya akan pakaikan lampin pakai buang untuk mereka.
Pada awal latihan memang seksa juga. Selalu sahaja mereka terkucil merata-rata pada bila-bila masa.
Proses itu adalah normal.
Suka diingatkan jangan sesekali marah atau tengking anak sekiranya mereka terbuang tanpa sengaja.
Keupayaan kanak-kanak mengawal usus dan pundi kencing merupakan pencapaian penting dalam hidup mereka. Sentiasa berikan galakan dan panduan untuk anak-anak kita.
Kadangkala mengambil masa dua minggu atau lebih untuk kanak-kanak mahir menggunakan tandas.
Tidak kira berapa lambat anak kita belajar menggunakan tandas dengan betul, percubaan untuk melatihnya sebelum badannya bersedia adalah sia-sia.
Perkongsian yang hebat dan bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang mencuba untuk anak-anak mereka. Jadi mama kena beranikan diri dan yakin dengan anak. Bila anak dah bersedia, mama pun kenalah bersedia. Tak gitu?
Kredit: Suhana Salleh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita tak terfikir pun nak ‘DIY’ sendiri meja untuk anak-anak kan. Kadang-kadang terpaksa menabung untuk belikan anak meja bermain. Harga untuk satu meja bukanya murah, boleh cecah ratusan ringgit.
Ibu ini berkongsi bagaimana cara dia membuat sendiri meja sensori untuk anak perempuanya, yang penting tak sampai seratus pun! Boleh jimat banyak tau.
Kenapa la baru tahu boleh DIY sendiri je meja sensori ni. Senang je nak buat, ibu-ibu pun boleh buat tau. Tapi kena pastikan ukur elok-elok PVC pipe tu sebab takut tak ngam dengan connector.
Mommies jangan pandang enteng tau kebaikan mainan sensori ni. Saya dah apply dekat anak-anak, memang nampak perubahan. Diorang nampak lebih fokus kalau buat sesuatu.
Nak tengok cara-cara boleh tengok gambar sampai habis. Saya dah sertakan cara-cara buat dan senarai barang-barang diperlukan.
Bahan yang diperlukan:
Cara membuat:
Kredit: Wanie HS
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.