Di sebalik kegembiraan rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), ada yang memikirkan apa nasib Permata Kurnia yang menjadi tempat pembelajaran anak-anak autisme.
Permata Kurnia ditubuhkan hasil idea Datin Seri Rosmah Mansur yang bertujuan untuk menyediakan pusat pembelajaran dan terapi bagi anak-anak autisme di negara ini.
Apabila kerajaan Barisan Nasional kalah dalam PRU-14, ramai di kalangan ibu ayah yang menghantar anak-anak autisme mereka di samping kakitangan pusat tersebut sendiri merasa risau dan bimbang akan nasib mereka.
Kebimbangan tersebut dikongsi oleh Prof Dr. Hasnah Toran selaku Pengarah Permata Kurnia yang mewakili suara hati ibu ayah anak-anak syurga ini. Bahkan beliau sendiri turut mempunyai dua orang anak autisme.
Rezeki Allah yang tentukan
Prof Dr Hasnah Toran di hadapan Pusat Permata Kurnia
Penghujung 2012, saya dihubungi oleh Bahagian Permata untuk berbincang tentang projek pusat autisme negara.
Kata kawan-kawan, Hasnah, this is a good opportunity to realize your dreams to provide services, much needed services, for children with autism. Saya jawab ada rezeki, adalah.
Pertengahan 2014, saya ditawarkan jawatan untuk membantu kerajaan membangunkan pusat ini. Saya terima, sebab jika kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk tujuan ini, somebody better make sure its done right.
Ads
Tak adalah terapi merepek-repek, yang membuang masa dan wang ringgit pula yang disediakan. Tanya kawan-kawan, tak takutkan, ini projek isteri PM, nanti kalau BN jatuh, apa nasib awak.
Saya senyum sahaja sebab rezeki Allah yang tentukan, bukan mana-mana manusia. Kalau niat kita betul, insyaallah Dia akan permudahkan.
Pilihanraya menjelang, kami biasa-biasa sahaja. Resam negara demokrasikan. BN kalah, the rakyat has chosen. Saya langsung tak bimbang.
Tetapi rupa-rupanya anak-anak buah saya tercuit juga rasa. Staf kontrak bertanya, kami masih ada kerjakah? Staf tetap bertanya, Dr, kita kena pindah kementeriankah?
Kasihan mereka, anak-anak muda yang gigih ikhlas bekerja untuk anak-anak isi syurga kita. I did my best to calm them down. Saya bagi tau, sebagai ketua di PK, adalah tanggung jawab saya untuk memastikan kebajikan mereka tidak tergugat.
Ads
Permata Kurnia
Ibu bapa pula ada yang hantar mesej dan up di FB, Apa akan jadi dengan PK? Adakah akan ‘diganyang’? (meminjam perkataan yg digunakan oleh seorang parent)
Bertenang semua.
(1) Negara demokrasi, memang rakyat ada kuasa memilih.
(2) Kalau rakyat Malaysia tidak salah memilih, kerajaan baru ini mestilah sebuah kerajaan yang bijaksana dan prihatin
Ads
(3) Permata Kurnia buat kerja murni, membantu anak-anak autisme dan ibu bapa mereka
(4) PM baru menyatakan penubuhan kerajaan ini bukanlah untuk revenge tetapi untuk membangunkan rules of law.
Maka, pendapat saya, kerajaan Malaysia tidak akan melupuskan suatu organisasi di bawah kerajaan juga yang memberikan manfaat kepada golongan yang selama ini ‘marginalised’
Mungkin ada yang berfikir, Dr H ini terlalu naif. Yelah, sebab logik saya, logik seorang guru dan ibu kepada 2 orang anak autisme, bukan logik ahli politik ala Machiavelli.
Maka, jom kita semua berdoa agar pendapat Dr H yang naif ini betul belaka! Sebab jika tidak betul, mana anak-anak kami yang 400 orang tu nak belajar? Erk!
Kebimbangan dan harapan rakyat terhadap program baik seperti Permata Kurnia yang mesti diteruskan demi masa hadapan anak-anak autisme dan keluarga mereka.
Setiap kali nak pakaikan si manja lampin bayi tentu rasa risau, takut mereka mengalami ruam. Jangan bimbang, ada petua untuk penjagaan kulit dan napkin baby yang boleh dicuba.
Penjagaan kulit dan lampin bayi
Tiada siapa boleh menafikan kegembiraan yang dirasai saat bergelar ibu bapa buat kali pertama. Tetapi dalam masa yang sama ia turut boleh mengundang tekanan apatah lagi melibatkan aspek penjagaan si manja seperti pemakaian napkin baby yang mungkin boleh menyebabkan ruam.
Pastinya anda tertanya-tanya adakah terdapat cara penjagaan kulit si manja yang betul? Sesungguhnya pengetahuan adalah kunci untuk segalanya.
Tip pemakaian napkin baby
Kebanyakan bayi yang baru lahir akan menukar lampin antara 10 hingga 15 kali dalam sehari. Banyak, bukan? Ia tampak sukar, namun sebenarnya ada petua untuk memudahkan proses menukar lampin bayi ini.
Panduan asas menukar lampin bayi baru lahir:
Pastikan anda basuh tangan sebelum dan selepas menukar napkin baby
Baringkan bayi pada permukaan rata dan selamat, seperti di lantai
Jangan sesekali meninggalkan bayi tanpa pengawasan jika anda menukar lampin di atas meja tukar napkin, walaupun hanya sesaat!
Bayi tidak akan duduk diam, bukan? Jadi pastikan segala krim, ubat atau pin diletakkan pada jarak yang tidak dapat dicapai mereka. Sebaiknya, berikan si manja mainan untuk mengalihkan fokus semasa sesi pertukaran lampin
Lap bahagian lampin dengan kain basahan atau tisu basah tanpa pewangi. Pastikan kawasan tersebut kering atau biarkan ia mengering sebelum memakaikan napkin baharu
Menukar napkin baby perempuan:
Sentiasa lap depan ke belakang untuk elak kuman daripada dubur masuk ke saluran kencing
Bersihkan dengan lembut lipatan luar labia. Tidak perlu membersihkan bahagian dalam faraj
Meukar napkin bayi lelaki:
Jangan tarik kulup zakar si kecil ke belakang semasa membersihkan zakar. Basuh bahagian tersebut dengan baik dan bersihkan daripada bahagian depan ke belakang
Sebelum melekatkan atau menutup lampin, pastikan zakar bayi ke bawah untuk mengelakkan kencing mengalir ke bahagian depan napkin
Merawat ruam lampin
Tukar lampin bayi dengan kerap dan segera selepas bayi membuang air besar
Bersihkan kawasan tersebut secara lembut dengan menggunakan sabun ringan dan air Kemudian, sapu krim ruam. Penggunaan krim dengan zink oksida lebih disarankan kerana ia dapat menghalang kelembapan
Jika menggunakan kain lampin bayi, pastikan ia dibasuh dengan bahan pencuci tanpa pewangi dan pewarna
Biarkan bayi bebas tanpa pemakaian napkin untuk beberapa tempoh masa dalam sehari. Ini bantu memberikan pengudaraan kepada kulit
Sekiranya ruam lampin berlanjutan selama lebih daripada 3 hari atau semakin teruk, lakukan pemeriksaan doktor segera.
Ia mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat yang memerlukan ubat preskripsi.
Kulit si kecil yang baru lahir sangat lembut dan sensitif, pastinya keadaan itu mendatangkan kerisauan kepada ibu bapa, bukan?
Namun ada tip penjagaan yang boleh dilakukan, seperti:
Mandi berlebihan
Menurut American Academy of Pediatrics, bagi kebanyakan bayi, mandi 3 kali seminggu sudah mencukupi. Jika berlebihan, ia boleh menyebabkan kulit mereka kering.
Ketika sesi mandian, anda boleh mengikuti beberapa petua asas berikut:
Pastikan suhu air suam, agar bayi tidak berasa kesejukan
Hanya gunakan air pada bahagian muka tanpa sabun
Jika ingin membasuh badan mereka, gunakan sabun dalam kuantiti yang kecil serta bebas wangian atau pewarna
Anda boleh membersihkan bahagian kulit kepala si kecil dengan sedikit sabun bersama berus lembut
Pemakaian napkin baby, berhati-hati dengan tali pusat
Semasa ingin pakaikan lampin bayi, pastikan anda turut berwaspada dengan tali pusat mereka.
Ikuti saranan doktor mengenai aspek penjagaan tali pusat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terdapat beberapa petunjuk waktu subur yang boleh anda guna pakai untuk membolehkan diri hamil lagi. Maklum sahajalah, dalam usaha mendapatkan cahaya mata lagi, anda perlu mengetahui tahap kesuburan diri.
Mari ketahui tanda-tanda yang boleh anda jadikan petunjuk. Berikut adalah beberapa ciri-ciri kesihatan fizikal yang boleh menunjukkan anda mudah untuk hamil lagi.
Kitaran haid teratur
Haid yang teratur menunjukkan wanita mengeluarkan telur setiap bulan. Sekiranya haid anda datang setiap 25 hingga 35 hari (haid yang tidak dikawal oleh sebarang jenis alat pencegah kehamilan), ia bererti tubuh anda subur. Kitaran yang lebih panjang juga pun boleh memberi erti anda mempunyai telur yang banyak dan subur.
Mengalami simptom haid (PMS)
Simptom haid atau PMS bukan sesuatu yang menyeronokkan kerana individu yang mengalaminya akan mengalami simptom-simptom seperti sakit perut dan/atau sakit belakang. Namun, ini sebenarnya tanda yang baik.
Jika anda mempunyai kitaran haid yang lancar dan mengalami simptom haid seperti payu dara sakit, perut kembung dan sakit perut, semua ini menunjukkan anda masih mempunyai kitaran ovulasi.
Banyak lelehan faraj jernih
Waktu paling subur ialah di pertengahan kitaran haid. Ketika ini, akan keluar lelehan faraj atau keputihan yang jernih. Namun, ia tidak berbau tetapi banyak. Peranan lelehan ini adalah untuk memudahkan perjalanan sperma melalui serviks sebelum persenyawaan terjadi.
Dalam pada itu, keputihan yang banyak menunjukkan pengeluaran estrogen dan fungsi kelenjar pangkal rahim adalah pada tahap yang baik.
Setiap wanita melalui pengalaman haid yang berbeza antara satu sama lain. Ada yang mengalami aliran darah yang banyak untuk tempoh tertentu. Ada juga yang sedikit sahaja.
Mempunyai aliran yang sedikit tidak bermakna anda tidak subur. Walau bagaimanapun, aliran yang normal dan sederhana banyak adalah petanda baik bahawa diri adalah subur.
Hormon normal
Hormon memainkan peranan yang besar dalam kesuburan seseorang individu. Jadi, anda perlu perhatikan tanda-tanda yang mungkin menunjukkan hormon dalam tubuh anda tidak stabil.
Kerap rasa panas dan berpeluh pada waktu malam, mungkin menunjukkan hormon dalam sistem tubuh tidak normal. Jika anda tidak mengalami tanda sebegini, ia menunjukkan bahawa anda adalah normal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fatimah The Family UK, “Darah Yang Mengalir Tanpa Henti Selama 8 Hari Tiba-tiba Kering Tanpa Tinggal Walau Setitis.” Sebelum ini, tahap kesihatan personaliti media sosial, Fatimah The Family UK dikhabarkan semakin lemah sejak dua hari yang lalu.
Fatimah yang sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Birmingham, United Kingdom (UK) dilaporkan mengalami pendarahan selepas menjalani pembedahan. Pihak keluarga menerusi laman sosial Instagram dan juga Facebook The Family UK memohon warga maya menitipkan doa kesembuhan buat anak perempuan tunggal mereka itu.
Menurut perkongsian ibunya, Nor Ashila Mahamed Ismail, Fatimah yang kini berusia 10 tahun ditempatkan di sebuah hospital di Birmingham. Fatimah telah dimasukkan ke hospital itu sejak Mac yang lalu.
Fatimah The Family UK, “Darah Yang Mengalir Tanpa Henti Selama 8 Hari Tiba-tiba Kering Tanpa Tinggal Walau Setitis”
Namun keajaiban berlaku tanpa disangka-sangka. Menerusi status terkini tentang Fatimah yang dikongsikan dilaman Facebook thefamily.uk. keadaan Fatimah beransur baik, membuatkan seluruh ahli keluarganya berasa amat bersyukur.
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Allah Maha Besar. Berkat doa ramai, Allah kurniakan keajaiban buat kesayangan kami, Fatimah…
Selepas 8 hari pendarahan, doktor terpaksa buat keputusan menidurkan Fatimah dalam usaha untuk menghentikan pendarahan. 2 jam sebelum masuk teater pembedahan, dengan kuasa Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, pendarahannya berhenti dengan tiba-tiba.
Dalam sekelip mata, darah yang mengalir tanpa henti selama 8 hari tiba2 kering tanpa tinggal walau setitis! Besar sungguh rahmat Allah. Hebat sungguh kuasa Allah. Sehingga semua doktor dan nurse terkejut pendarahan berhenti dengan sendiri dalam sekelip mata!
Terima kasih pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menitipkan kata-kata semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga.
Fatimah masih lagi lemah dan sakit. Kami pohon jasa baik anda semua untuk terus mendoakan Fatimah. Semoga segala jasabaik anda semua dikurniakan ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah SWT. Semoga masih ada lagi keajaiban yang menanti Fatimah.
Kita doakan agar keadaan kesihatan Fatimah bertambah baik. Untuk info, Fatimah merupakan anak saudara kepada cef selebriti terkenal Allahyarham Muhammad Adam Mahamed Ismail atau dikenali sebagai Adamdidam.
Petah berbicara pada usia masih kecil, keletah Fatimah bersama adiknya, Ali dan abang, Omar Mukhtar sering menghiburkan warga maya.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.