Anak-anak yang masih kecil memerlukan nutrisi yang banyak untuk tumbesaran mereka. Bila keperluan nutrisi tidak dipenuhi, maka timbullah masalah seperti kurang berat badan, kurang tinggi, cepat letih dan sebagainya.
Keperluan kalsium merupakan salah satu nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kanak-kanak untuk membesar. Bila kurangnya kalsium, pelbagai masalah mungkin akan dihidapi oleh si kecil tersayang.
Bagi yang dapat menyusukan bayi dengan susu ibu sehingga usia dua tahun, tentunya tak perlu berasa risau kerana umum tahu akan kebaikan khasiat susu ibu, namun bagi yang hanya minum susu formula, mendapatkan susu yang mempunyai khasiat seakan susu ibu pastinya jadi pilihan utama buat ibu bapa.
Namun sesetengah daripada kita bila anak sudah berhenti menyusu, tidak lagi memberikan sumber kalsium itu kepada anak-anak. Hal ini seharusnya tidak berlaku kerana tubuh anak-anak masih memerlukan makanan yang kaya dengan kalsium untuk tumbesaran mereka.
Bagi mengulas kenyataan yang sering menjadi persoalan ibu bapa, Pakar Pemakanan Nur Hafizah M Sobri ada pendapatnya tentang tidak perlu memberikan susu formula kepada si kecil selepas usia mereka setahun:
Tak perlu bagi susu formula lepas usia 1 tahun
Ada yang minta saya ulas mengenai kenyataan ini apabila ramai kata Doktor suruh berhenti susu formula selepas 1 tahun akibat tinggi gula. Jawapan saya
Ya dan tidak Ya anda boleh berhenti beri susu formula selepas 1 tahun
Mengapa anak perlu susu formula bawah 1 tahun (jika tak dapat susu ibu?)
Susu formula telah diubah suai untuk menyerupai susu ibu seboleh bolehnya
Antara ubah suai:
1. Jenis lemak telah ditukar untuk senang dicernakan
2. Kuantiti protein telah dikurangkan agar tidak membebankan buah pinggang anak
3. Zat tertentu telah samada ditambah atau dikurangkan mengikut keperluan baby.
Ads
Namun selepas 1 tahun badan baby sudah makin matang TETAPI bukan berhenti terus pengambilan susu.
Malah masyarakat Malaysia ramai yang apabila berhenti susu botol terus berhenti pengambilan susu bukan sekejap tapi selamanya !!!
Ramai pesakit saya jumpa mendapat temporary lactose intolerance (alahan kepada lactose) bukan disebabkan asalnya tak tahan susu tapi sebab sudah lama tak ambil susu sampai setiap kali ambil akan sakit perut.
Maka jangan berhentikan pengambilan susu anak….
Ads
Anak boleh minum susu segar, susu penuh krim
Anak sekarang sudah boleh terima susu yang tidak diubah suai seperti fresh milk, full cream milk dan family milk.
Tetapi tidak boleh beri low fat dan skim milk ye
Sebab….
Cuba anda fikir jika lemak direndahkan apa yang akan ditambah?
Samada protein atau sumber karbohidrat seperti sucrose.
Jika protein tinggi ini akan membebankan buah pinggang anak sebab pengambilan protein yang terlalu tinggi…
Ads
Jika karbohidrat tinggi ini akan menyebabkan rasa manis dan boleh membawa kepada masalah kesihatan lain seperti karies dan kebergantungan kepada benda manis.
Dan selalunya untuk elak kos naik selalunya karbohidrat yang akan dinaikkan.
Anda boleh rasa perbezaan rasa antara full cream dan skim milk..mana yang rasa manis?
Maka jika anda nak berhentikan susu formula dan mula beri susu lain kepada anak pastikan full cream atau fresh milk ye..
Owh pastikan pasteurized ye..hehehe
Nanti sakit perut pulak tak bersih.
Yang penting NO OVERCLAIMED products please
Untuk selamat belilah dari pasaraya besar…hanya produk yang selamat dibenarkan untuk dijual sana.
Perkembangan kanak-kanak adalah perkara penting sepanjang tempoh tumbesaran mereka. Sesetengah kanak-kanak berkembang terlalu cepat dan tidak kurang juga ada yang agak lambat. Penting untuk ibu bapa tahu bagaimana proses perkembangan anak yang normal dan mengenal pasti masalah yang timbul.
Antara usia anak 3 hingga 6 tahun, otak mereka pesat berkembang dan banyak perkara baru dipelajarinya. Ibu boleh lakukan beberapa aktiviti ini untuk lihat sejauh mana keupayaan dan tahap fokus anak.
Berikut perkongsian dari Puan Ainizal Abdul Latif mengenai kepentingan aktiviti ini untuk anak-anak.
Okay mommies..seperti dijanjikan saya akan explain kaitan antara hasil kerja anak-anak dengan keupayaan mereka memberi fokus ketika belajar. Langkahnya, ambil sehelai kertas A4, lukiskan satu bulatan sederhana besar di tengah then bagi arahan untuk anak warnakan bulatan tersebut..just arahan “warnakan bulatan itu” ??
Untuk anak 3 hingga 6 tahun ye..
Take note ye parents, fokus adalah kemahiran..bila sebut kemahiran ni, anak boleh belajar melalui aktiviti-aktiviti semudah menuang air dari bekas ke bekas, bermain penyepit baju dll..yang penting kita dapat tahu keupayaan & tahap fokus anak..jangan compare antara satu sama lain.. ?
1) MENCONTENG DAN TIDAK MENGIKUT ARAHAN
– jika anak tidak mewarnakan bulatan tersebut, sebaliknya hanya menconteng keseluruhan kertas, bermakna dia belum mampu mencipta fokus ketika proses pembelajaran dijalankan ke atasnya.
2) MEWARNA SATU BAHAGIAN SAHAJA DARIPADA KESELURUHAN BULATAN
– bermakna anak hanya mampu fokus pada satu-satu perkara yang disukainya sahaja. Dalam erti kata lain, anak hanya memberi fokus jika kita ajar perkara yang diminatinya. Anak takkan fokus kepada sesuatu yang tidak diminatinya.
3) MEWARNA SELURUH BAHAGIAN, TETAPI BANYAK YANG MELEPASI GARISAN BULATAN (TERKELUAR)
– bermakna anak sudah memberi fokus semasa belajar tetapi tidak konsisten. Kadangkala sangat fokus, namun ada masanya tidak menunjukkan minat langsung ketika belajar.
4) MEWARNAKAN BULATAN TERSEBUT SEPENUHNYA DAN TIDAK MELEPASI GARISAN
– tidak perlu ambil kira faktor kekemasan @ kecantikan warna, apabila anak berjaya mewarnakan keseluruhan bulatan tanpa melepasi garisan, bermakna anak mampu mencipta fokus dengan baik ketika proses pembelajaran dilakukuan ke atasnya.
Jadikan ini sebagai penanda aras untuk kenalpasti kemampuan fokus anak-anak. Mereka perlu difahami, barulah mudah untuk beri kefahaman kepada mereka..fokus adalah kemahiran yang boleh dipertingkatkan dari masa ke masa. Perlu lebih kreatif untuk anak lebih fokus ..pelbagaikan aktiviti untuk tingkatkan fokus mereka! ??
Kanak-kanak yang sedang membesar memang suka bermain. Dari usia setahun sehingga umur pra sekolah, anak-anak suka meneroka alam persekitaran mereka. Kadang kalau tengok mereka sepahkan permainanan tu bukan apa, ada yang tengah berimaginasi dan bereksplorasi.
Kalau nak ikutkan bila si kecil buat sepah, mama papa la yang penat nak kena kemas dan sebagainya tapi itu semua untuk kebaikan perkembangan si kecil anda. Tapi anda juga boleh didik mereka untuk kemas sendiri kerana itu juga boleh jadi sesuatu yang menyeronokkan buat anak-anak.
Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal (0-6 tahun) di peringkat ASEAN dalam penulisannya di Pa&Ma mengulas lanjut tentang 5 jenis aktitivi bermain yang papa mama perlu tahu buat si kecil tersayang.
Zaman pendidikan praformal 0-6 tahun seharusnya penuh dengan aktiviti bermain berdasarkan beberapa bukti penyelidikan dan hujah santifik yang jelas. Pertama sekali, penyelidikan demi penyelidikan sains sosial membuktikan bahawa kanak-kanak pada usia pendidikan praformal tidak sesuai diberi pendidikan yang berbentuk akademik sepenuhnya. Kedua, tidak semestinya semakin kita memaksa si kecil dalam lingkungan usia praformal untuk menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira), semakin mereka akan menjadi pintar dan cerdas berbanding kanak-kanak lain!
Sebenarnya pada usia sekitar 10 tahun nanti, segala ‘kelebihan’ kanak-kanak yang diberi pendedahan 3M sepenuhnya akan dapat disaingi oleh si kecil yang banyak belajar melalui aktiviti bermain di taska dan tadika! Ambil contoh negara-negara maju di kawasan Scandinavia, Eropah.
Kita tidaklah perlu mengagungkan sistem pendidikan prasekolah di negara-negara ini, namun pada masa yang sama papa, mama dan pendidik prasekolah di Malaysia khasnya perlu memikirkan secara kritis tentang konsep pendidikan prasekolah yang terlalu memaksa kanak-kanak menjadi ‘pakar’ dalam bidang akademik (intelek) sehingga perkembangan jasmani, emosi dan rohani mereka diabaikan.
Keseimbangan harus menjadi kata kunci di sini, ditambah pula dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang naluri si kecil yang sentiasa ingin bermain dan meneroka dunia di sekelilingnya. Untuk lebih faham tentang naluri yang saya sebutkan ini, bulan ini saya akan berkongsi 5 jenis aktiviti bermain si kecil pada peringkat usia pendidikan praformal yang papa dan mama perlu tahu…
Aktiviti bermain lokomotor lazimnya melibatkan gerak kerja fizikal seperti merangkak, berjalan, melompat, berlari, memanjat dan sebagainya. Aktiviti ini berkait rapat dengan pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Melalui proses tumbesaran semula jadi bermula dari usia bayi hingga usia lewat kanak-kanak dan awal remaja, si kecil semakin menunjukkan perkembangan dan kemajuan dalam kekuatan fizikal dan kemahiran motornya.
Dapatan penyelidikan jangka panjang menunjukkan bahawa aktiviti bermain lokomotor membantu kanak-kanak 0-6 tahun belajar kemahiran koordinasi tubuh badan dengan cepat dan cekap. Aktiviti bermain ini bermula sebaik sahaja seorang bayi sudah pandai meniarap, duduk serta merangkak. Ia berterusan hingga ke usia lewat kanak-kanak dan semakin berkurangan apabila seorang anak kecil mencecah usia awal remaja.
Walaupun kita jarang memikirkan manfaat aktiviti bermain lokomotor selain daripada aktiviti riadah yang amat digemari oleh kanak-kanak, sebenarnya aktiviti bermain ini amat penting untuk mereka. Aktiviti bermain ini membantu mempercepatkan tumbesaran otak dan otot – dua komponen komponen biologi yang akan membantu mereka meneroka dan belajar tentang dunia sekeliling dengan lebih aktif lagi.
Eksperimen dalam jurnal akademik tersohor ‘American Psychologist’ membuktikan bahawa aktiviti bermain lokomotor serta aktiviti bermain aktif di taman permainan dapat meningkatkan tahap tumpuan kanak-kanak 4-6 tahun. Bukan itu sahaja, eksperimen ini mendapati bahawa selepas aktiviti bermain aktif, kanak-kanak dapat menguasai konsep baru dan menaakul ilmu pengetahuan dengan lebih cekap berbanding kanak-kanak lain yang tidak diberikan ruang dan peluang untuk bermain sepuas hati mereka.
Aktiviti bermain berciri sosial bermula pada usia bayi lagi, sebaik sahaja si kecil lahir ke dunia. Umum mengetahui bahawa semasa usia bayi, kanak-kanak sudah mula belajar dan bermain dengan cara yang tersendiri. Beberapa bulan selepas dilahirkan, seorang bayi dapat menggunakan pancaindera untuk memahami alam sekeliling. Bayi itu juga sedang melalui proses perapatan (attachment) dengan papa, mama dan penjaga atau pengasuhnya.
Proses perapatan berlaku secara semula jadi dan salah satu cara proses ini berlaku adalah melalui aktiviti bermain berciri sosial! Bila orang dewasa memberi perhatian kepada seorang bayi dan menyapa (agah) atau mengusiknya sebagai contoh, aktiviti bermain berciri sosial mula berlaku. Kemudian sekitar usia dua tahun dan ke atas, aktiviti bermain berciri sosial pun berubah bentuk. Kalau dahulu kitalah yang menjadi teman bermain, bermula saat ini seorang anak kecil lebih cenderung untuk bermain dengan kanak-kanak lain. Semakin banyak kanak-kanak berinteraksi dan bermain sesama mereka, semakin tinggi frekuensi dan kualiti aktiviti bermain berciri sosial yang mereka rasai.
Apabila usia si kecil meningkat kepada 3 hingga 4 tahun, aktiviti bermain berciri sosial berubah bentuk lagi menjadi aktiviti berkumpulan. Apabila tiga orang atau lebih kanak-kanak merasai pengalaman bermain berciri sosial, mereka dapat menguasai kemahiran sosial dan hidup berkumpulan. Dari titik ini, mereka mula faham dan sedar akan konsep komuniti dan masyarakat walaupun pemahaman mereka masih terhad.
Kanak-kanak juga gemar bermain dengan objek. Suatu hakikat hidup yang kita semua tahu, kanak-kanak pada usia pendidikan praformal amat suka bermain dengan objek biasa atau alat permainan! Seperti juga aktiviti bermain berciri sosial, aktiviti bermain dengan objek pada hakikatnya bermula pada usia bayi lagi. Lihat sahaja telatah bayi yang diberi sesuatu, jika tidak dipantau segala macam benda akan dimasukkan ke dalam mulutnya, dikeluarkan dan dimasukkan lagi. Ini sebenarnya awalan aktiviti bermain dengan objek dalam hidup si kecil kontemporari. Apabila mencecah usia 2 tahun dan ke atas, bayi tadi kini semakin cekap memanipulasi objek di sekelilingnya misalnya apabila dia bermain dengan blok mainan.
Lebih menarik lagi, aktiviti bermain dengan objek kadangkala melibatkan aktiviti bermain berimaginasi juga. Sebagai contoh, blok mainan itu dibina menjadi sebuah ‘rumah’ dan di dalam rumah berkenaan ada pula penghuni olok-oloknya. Semakin meningkat umur si kecil, aktiviti bermain dengan objek akan menjadi semakin kompleks. Ini disebabkan dia sudah semakin cekap dan semakin cepat memanipulasi objek-objek yang ada di sekeliling.
Malah jika diberi peluang dan ruang secukupnya, aktiviti bermain dengan objek akan menjadi asas pembinaan konsep dan pemikiran saintifik si kecil di samping membantunya mempelajari asas kemahiran penyelesaian masalah dan penaakulan deduktif (deductive reasoning). Walau bagaimanapun, perlu saya tekankan di sini bahawa manfaat aktiviti bermain dengan objek perlu diseimbangkan dengan arahan dan sedikit bantuan daripada orang dewasa, lebih-lebih lagi pada peringkat usia 0-3 tahun.
Aktiviti bermain melalui atau menggunakan bahasa adalah antara pencapaian yang paling hebat dalam kehidupan kanak-kanak 0-6 tahun! Aktiviti ini bermula lazimnya apabila mereka menjangkau usia dua tahun. Jika si kecil anda berada dalam lingkungan usia ini, anda boleh memerhatikan permulaan aktiviti bermain yang menarik (lagi melucukan) ini. Sebaik sahaja si kecil menguasai asas-asas berbahasa dan mula bertutur dengan pelatnya, dia akan mula ‘bercakap’ dengan dirinya misalnya sebelum tidur atau apabila dia bangun pagi. Kita yang memerhati sukar untuk faham tutur kata si kecil, namun aktiviti bermain melalui atau menggunakan bahasa penuh dengan ulangan bunyi atau perkataan ‘orang dewasa’. Aktiviti ini juga diselang-selikan dengan gelak ketawa si kecil walau hakikatnya dia sedang bercakap dengan diri sendiri (mungkin ini asalnya frasa “mudah terhibur”)! Seperti yang boleh dijangka, semakin usia kanak-kanak meningkat semakin kebolehan berbahasa mereka menjadi kompleks. Dalam lingkungan usia 3 hingga 4 tahun, aktiviti bermain melalui atau menggunakan bahasa juga semakin kompleks apabila si kecil kini mampu menyanyi dengan lebih teratur serta menggunakan bahasa secara lebih kreatif berbanding sebelumnya.
Ini sebabnya pada lingkungan usia sedemikian, si kecil amat suka mendengar cerita atau mahu dibacakan cerita oleh papa, mama atau cikgu prasekolahnya. Dia juga amat suka permainan bahasa seperti teka-teki, lagu-lagu kanak-kanak yang agak lucu dan sebagainya. Ciri humor yang semakin kompleks ini sudah pasti berkait rapat dengan aktiviti bermain dengan bahasa.
Perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek dapat disepadukan melalui aktiviti bermain berimaginasi. Dalam erti kata lain, aktiviti ini adalah aktiviti bermain yang dapat memberi paling banyak manfaat dalam hidup kanak-kanak pada peringkat usia praformal! Aktiviti bermain berimaginasi mula berlaku sekitar usia setahun hingga setahun tiga bulan apabila si kecil semakin pandai mengajuk atau meniru perbuatan orang lain.
Aktiviti yang penuh dengan imaginasi memerlukan si pelaku (kanak-kanak) dan juga si penonton (orang dewasa) untuk berpura-pura bahawa sesuatu objek atau perbuatan sedang melambangkan objek atau perbuatan berbeza. Misalnya pisang yang dipegang oleh si kecil anda itu adalah telefon bimbit dan dia sedang menggunakan ‘telefon bimbit’ itu untuk menelefon anda.
Pada mulanya aktiviti bermain berimaginasi tidak terlalu kompleks, tetapi akan menjadi lebih rumit sejajar dengan usia dan pengalaman hidup kanak-kanak. Aktiviti yang pada mulanya hanya berpura-pura akan berubah menjadi main peranan (role play). Dari hanya satu babak pendek seperti si kecil menidurkan anak patung atau beruang teddy, aktiviti bermain ini akan menjadi babak yang panjang dan memerlukan penggunaan imaginasi yang lebih kreatif.
Yang pasti, melalui aktiviti bermain berimaginasi, si kecil 0-6 tahun dapat mula belajar nilai empati dan simpati dengan memahami perasaan orang lain. Melalui aktiviti bermain ini juga mereka akan mula memantapkan kebolehan berbahasa sesuai dengan bahasa yang digunakan oleh orang dewasa di sekeliling mereka. Penyelidikan menunjukkan bahawa aktiviti bermain seperti ini membantu si kecil belajar berunding dengan kanak-kanak lain dan memahami asas-asas peraturan dan undang-undang dalam kehidupan sehari-hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada masanya bayi menangis dan meragam lebih daripada biasa. Mama papa tentu gusar akan keadaan ini, adakah bayi lapar akibat tidak cukup susu. Tapi mama papa perlu tahu satu keadaan yang dilalui bayi dalam perkembangannya iaitu growth spurt.
Menurut pakar laktasi & IBCLC, Rita Rahayu Omar, paling mustahak bagi anda untuk yakin dengan diri sendiri apabila memutuskan mahu menyusukan bayi dengan susu ibu. Walau bagaimanapun, keyakinan ini hanya akan timbul dan menjadi lebih mantap lagi jika anda mempunyai ilmu berkenaan asas penyusuan susu ibu yang betul.
Dengan berbekalkan ilmu, ibu mampu menangkis sebarang maklumat kurang tepat yang diberikan oleh mana-mana pihak. Perlu diketahui bahawa tidak semua anggota kesihatan dilatih dalam bidang penyusuan. Oleh itu, rujuklah kepada anggota kesihatan terlatih yang bergelar kaunselor ataupun pakar laktasi.
Anda boleh memerhati dan menilai kelakuan bayi, kekerapan menyusu, keadaan payu dara, kuantiti susu yang diperah keluar, sensasi pancutan refleks bukanlah cara untuk menentukan sama ada penghasilan susu anda cukup atau tidak.
Sekiranya jumlah lampin basah dan kotor bayi adalah normal (5 – 6 helai lampin basah atau 3 – 4 helai lampin kotor), bermakna bayi mendapat cukup susu.
Peningkatan berat badan yang baik (100 hingga 150gram seminggu) juga merupakan petanda bayi mendapat cukup susu.
Anda juga perlu menilai sama ada dia peka, cergas, pertumbuhan dan perkembangannya normal dan memeriksa petanda-petanda ini.
Perlu diketahui bahawa susu ibu sangat mudah di hadam (mengambil masa lebih kurang 1.5 hingga 2 jam sahaja). Oleh itu, bayi yang menyusu susu ibu akan menyusu dengan lebih kerap.
Faktanya, bayi juga mempunyai keperluan yang tinggi untuk menghisap. Anda akan dapati bayi gemar berada dekat dengan anda supaya dia berasa lebih selesa dan selamat. Ini adalah perkara normal. Jangan pula disalah ertikan sebagai memanjakan bayi.
Hal sebegini dipanggil growth spurt. Pada waktu ini, bayi akan menyusu dengan lebih kerap (mungkin setiap 1 jam) dan akan sering meragam.
Keadaan ini sering membuatkan ibu panik. Situasi ini hanyalah sementara dan akan kembali normal selepas beberapa hari hingga seminggu.
Growth spurt biasanya berlaku selepas bayi dilahirkan, 7 – 10 hari, 2 – 3 minggu, 4 – 6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 9 bulan. Ini merupakan anggaran sahaja. Yang pasti, setiap bayi adalah berlainan. Jadi, anda perlu bersedia untuk menangani cabaran ini.
Growth spurt merupakan satu proses semula jadi yang mana kekerapan penyusuan oleh bayi dapat membantu anda meningkatkan penghasilan susu. Anda dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang suplemen ketika ini kerana ia akan memberikan isyarat negatif kepada tubuh. Kesannya, penghasilan susu akan berkurangan.
Kebanyakan bayi akan meragam terutamanya pada waktu petang dan malam. Biasanya ia akan reda setelah beberapa ketika. Cara paling baik untuk menenangkan bayi ialah mendukung, memeluk dan kerap memberi payu dara sebelum dia mula meragam.
Bayi hanya mahu dibelai dan ingin rasa selamat kerana selama ini dia berada di dalam rahim yang keadaannya sangat tenang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Air kosong bayi bawah 6 bulan boleh menyebabkan keracunan air, hiponatremia dan sawan. Ketahui sebab bayi tidak memerlukan air kosong serta waktu yang sesuai untuk mula minum air.