Bila diimbau kembali pengalaman menyusukan anak, pasti ramai ibu yang merindui saat ‘struggle’ itu. Susah payah yang sangat berbaloi kerana selama lebih 2 tahun anak dapat merasai susu ibu.
Pelakon, Datin Lisa Surihani berkongsi pengalaman menyusukan anak kedua pada 4 tahun yang lepas dimana dia juga berhadap dengan situasi anak pertama meragam inginkan perhatian, syndrome dapat adik baru!
Pengalaman Menyusukan Anak Pertama
“Sejak lahirkan Yahaira, Lisa lebih suka mengambil tawaran kerja yang tidak memakan masa lama”
“Kalau ada kerja yang makan masa yang lama, Lisa akan cuba bawa Yahaira bersama disebabkan Yahaira memang menyusu badan.”
“Lisa memang memainkan peranan dalam menyusukan & menidurkan anak.”
Pengalaman Menyusukan Anak Ke-2 Dahulu
“Pengalaman menyusukan anak memang banyak terutama semasa menyusukan anak kedua dahulu, Yusof.”
Ads
“Masa mula-mula Yusof lahir dulu memang Yahaira sayangkan Yusof. Tapi selepas Yahaira nampak saya menyusukan Yusof, Yahaira mula berubah sikap.”
“Dia sering menangis apabila nampak saya menyusukan Yusof dan meragam untuk mendapatkan perhatian saya dan suami.”
“Saya tidak mahu Yahaira berasa sedih begitu kerana dia rasa seperti diketepikan.”
“Situasi itu benar-benar buat saya patah hati kerana saya dalam dilema kerana perlu memastikan Yusof ketika itu mendapat perhatian dan diberikan susu badan.”
Bahagikan Masa Antara Anak Pertama & Kedua
“Secara perlahan-lahan saya mula belajar untuk membahagikan masa agar tiada di antara mereka merasakan seperti tidak penting dan mendapat kasih sayang sama rata.”
Ads
“Walaupun sudah mempunyai cahaya mata tetapi kehadiran Yusof buat saya sedar kaedah penjagaan & mendidik anak itu tidak lagi sama dan perlu mengikut situasi mereka.”
“Alhamdulillah walaupun ketika itu dia masih kecil tetapi nampaknya dia memahami bahawa Yusof adalah adiknya.”
Menyusu Bukan Tanggungjawab Ibu Je, Tapi Ayah Pun Ada Peranan
“Sebenarnya bapa pun boleh ambil tanggungjawab dalam penyusuan susu ibu. Bapa juga boleh tolong berikan susu yang telah diperah dan diletak di dalam botol untuk bayi.”
Ada beberapa tip yang dikongsi oleh Lisa buat ibu yang menyusu:
Ads
1. Pengendalian susu ibu
Buat sistem penyimpanan susu ibu (Jika ruang di dalam peti ais mencukupi). Contohnya kategorikan bekas dalam bentuk bulan. Januari 2021 dalam satu bekas kemudian susun susu yang sudah dimasukan ke dalam botol/plastik dan boleh susun dalam bekas yang telah dikategorikan. Tujuanya adalah untuk memudahkan ibu supaya tak bercampur antara stok susu bulan 1 dan bulan 2. Lebih bersistematik bila bulan januari semua dalam satu bekas.
2. Menyusu bayi megikut giliran payudara
Pinkan bra sebagai penanda menyusu badan. Contohnya mama settle susukan bayi dengan payudara kanan. Pinkan bra kanan supaya mama ingat payudara mana yang dah dikosongkan.
Pelakon Datin Lisa Surihani mendirikan rumah tangga bersama Datuk Yusry Abd. Halim (Yusry KRU) pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Yahaira Leanne, 6 tahun, Yusof Leonne, 4 tahun dan Yunos Laith 3 bulan.
Kredit: Astro eBu
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sayang anak ketat-ketat bukan bermaksud ibu bapa mengikut segala kehendak anak-anak tanpa pernah berkata tidak.
Sekiranya kita beranggapan cara keibubapaan sedemikian sebagai bukti kasih sayang terhadap ia sebenarnya salah.
Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose, Pakar Motivasi, Family & Love Guru yang berpengalaman luas dalam bidang keibubapaan sejak 28 tahun lalu menjelaskan apa sebenar maksud sayang anak ketat-ketat.
Dalam mendidik anak-anak, kasih sayang ibu bapa terhadap mereka memang tanpa syarat tetapi bukan bermakna kita menuruti segala kehendak mereka tanpa ketegasan atau halangan.
“Bahaya kalau ibu bapa ikut semua kehendak anak. Ibu bapa memimpin sebab anak belum ada kematangan. Dalam sayang ada tough love.
Sayang anak ketat-ketat maksudnya memberikan kasih sayang dan membina anak-anak,” demikian jelas beliau ketika sesi FB Live Borak Pa&Ma.
Sayang Anak Ketat-Ketat: Parenting Pengasih & Tegas
Ibu Rose mengingatkan ibu bapa agar menggunapakai cara keibubapaan pengasih dan tegas semasa mendidik anak-anak. Keduanya perlu datang seiring.
Ibu bapa kena membimbing supaya anak tak tersalah hala tuju.
Photo by Ketut Subiyanto from Pexels
“Sayang anak ketat-ketat adalah sayang tanpa syarat tapi bukan maksudnya takde apa-apa halangan pun.
“Sekiranya anak buat silap bukan ibu bapa membenci anak tu. Kalau anak silap atau tak mencapai dalam perkembangannya, kita bantu dia sampai dia capai.
“Setiap teguran, kita perlu beritahu pada anak apa sebabnya dan itu sebagai tanda ibu bapa sayang kepada anak.
“Contoh jika seorang ibu tegur anak kecil supaya tidak memegang objek bahaya, kena beritahu sebab benda tu bahaya dan sebab ibu sayang kepada anak. Baru anak faham dan tak keliru akan ketegasan ibu terhadap situasi tersebut.”
Webinar Keibubapaan Sayang Anak Ketat-Ketat PERCUMA
Justeru itu ibu bapa perlu mencari ilmu keibubapaan daripada mereka yang berilmu dan mahir bab keibubapaan supaya kita tahu cara betul mendidik anak-anak.
Menurut Ibu Rose, usia 0-3 tahun anak membentuk identiti diri dan jadi imej dirinya sampai besar. Bila dah besar kita akan membawa imej diri yang tertanam sejak kecil. Jadi pastikan imej diri yang terbina dalam diri anak adalah imej yang positif.
Ada banyak lagi tips dan ilmu yang akan dikongsi oleh Ibu Rose dalam Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat yang akan berlangsung pada 20 Mac 2022 (Ahad) secara online pada pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang.
Selain Ibu Rose, ada ramai lagi speaker lain yang berkaliber termasuk Prof Dr Nik Salida, Puan Maryam Jamadi, Dr Ahmad Rostam, Puan Azlina Roszy dan selebriti Irma Hasmie.
Antara topik menarik yang akan dikupas oleh speaker termasuk Sayang Anak Ketat-Ketat, Strategi Didik Anak Ikut Perspektif Islam, Rangsang Perkembangan Anak Tanpa Stress, Sistem Ganjaran Bukti Sayang Anak, Benarkah?, Tolong, Saya Burnout! dan Didik Anak Jadi ‘Orang’, Perlu Ke Mak Garang?
Rugi kalau tak rebut peluang menimba ilmu yang sangat bermanfaat ini demi mendidik anak-anak di zaman sangat mencabar.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi peserta Webinar Keibubapaan PERCUMA. Selain dapat ilmu, peserta turut berpeluang menang pelbagai hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah bintik hitam atau tahi lalat pada pakaian antara perkara yang sering berlaku. Tahi lalat pada baju ini timbul disebabkan kelembapan. Mungkin boleh jadi kerana terkena air kemudian diletak dalam bakul berhari-hari sebelum dibasuh. Contohnya baju anak yang tertumpah air atau susu.
Selain itu, masalah tahi lalat ini juga sering terjadi pada telekung solat. Biasanya dibahagian bawah dagu. Banyak petua yang pernah dikongsikan untuk menghilangkan kesan tahi lalat.
Antaranya menggunakan lemon, cuka, garam dan sebagainya. Cuma untuk yang nak jimatkan masa, boleh cuba guna sabun ini. Modal dalam RM2.40, kesan tahi lalat semakin pudar dan hilang.
Berikut perkongsian Saida Bushri yang boleh ibu-ibu cuba.
Suri-suri hati semua mesti ada masalah ni juga kadang-kadang kan. Saya ada google cara-cara nak hilangkan tahi lalat di pakaian ni.
Antara kaedahnya, guna cuka, guna lemon + garam, dan ada lagi 3 kaedah lain. Tapi saya dah cuba guna kedua-dua kaedah ni tapi tak berjaya.
Saya tak tahu mungkin salah teknik atau apa. Mungkin ada yang dah praktik kan jadi, tapi saya tak jadi.
Lepas tu saya baru teringat kan sabun ajaib, sabun kuning Ganso dari ECO tu. Saya cuba gonyoh menggunakan berus sabut. Alhamdulillah hasil yang memuaskan walaupun tak hilang semua. Dan kain pun tak berubah material, lembut macam guna softener.
Mungkin kena ulang basuhan 2-3 kali kan.. sebab kotoran ni dah lama. Yang penting, saya suka sabun ni sebab serbaguna. Sangat membantu dalam buat kerja harian saya.
Leceh betul bila nak masak ada bahan yang tak cukup. Sebagai mak-mak dan isteri, bila bahan masakan cukup lengkap, terasa bahagia dan cepat untuk memasak. Kurang rasa penat. Puan Naeamah berkongsi tip penyimpanan bahan basah untuk sebulan.
Tips Mudah Memasak Untuk Sebulan, Korang boleh start buat mula januari 2019 nie. Alhamdulillah..Stok lauk keluarga untuk sebulan dah selesai. Bajet untuk 3 minggu, agak2 sehingga gaji la. Ok, dah setel kemas semua…berjam2 duk kat dapur jer, takper penat masa ni, manis selepas ini.
Masak setiap hari…bawak bekal ke opis dan masak untuk anak sekali sebelum ke sekolah…balik kerja masak lagi untuk makan malam…buat mcm ni mudahkan kerja kita…mcm biasa kalau malas boleh amik kuali ketuk atas kepala
Rutin berbelanja barang dapur adalah setiap hujung bulan selepas gaji, pepagi hari pasaraya bukak jer pintu kita dah sampai. Ikan, udang, sotong beli kat pasaraya CS. Ayam beli kat pasar malam
pstt: petua nak tahu ayam tu segar tengok kaki ayam tu..pilih yang kaki tegak ke atas .. Ayam lama kaki jatuh…tp kalau peniaga masukkan kaki kat dalam perut ayam..takleh nak cakap apa daa..jangan ditarik kaki ayam tu keluar lak.
Mcm biasa..siap asingkan lauk dlm bekas untuk sekali masak….tp kalau nak masak lebih…akan amik 2 bekas..contoh mcm udang…kalau nak letak dlm goreng sayur atau tomyam ke amik jer sebekas…kalau nak buat sambal udang, kena amik 2 bekas.
Simpan lauk cara saya
Masukkan lauk dalam satu bekas (saya hanya guna tipuware) untuk sekali masak. Masukkan air sampai menutupi lauk tadi. Simpan kat tempat beku, letak air untuk apa? Untuk kekalkan kesegaran lauk td, anggap lah mcm ikan2 kat kutub sana dilitupi air batu..bila ais cair, ikan tu tetap segar kan…hahaha…orang sains jangan kecam lak…saya buat contoh jer…senang nak fhm..untuk orang yang ckp manis udang akan hilang bila letak air…simpan lama..terpulang…kita raikan pendapat berlainan….pandangan masing2..tp bagi saya…saya tetap rasa sama jer dengan masa saya baru beli terus masak dengan saya simpan letak air bekukan.
**Lauk yang saya letak air – Udang + sotong + ikan + ayam…semua bersihkan siap2…simpan lauk yang dah bersih
** Daging + tulang – simpan mcm biasa…jangan letak air bila nak masak…keluarkan…alirkan bawah air paip…kalau udang + sotong sekejap jer cair…kalau ayam amik masa sikit…kalau ikut saya..memang bila nak masak baru bawak keluar…kenapa? Sebab saya tak rancang nak masak apa…bangun pagi baru pikir nak masak apa…mcm gak balik keje…sampai rumah…buka peti baru pikir nak masak apa…hahahha takder masalah nak cairkan ais tu…uolss kalau nak masak pagi esok..malam tu boleh letak kat chiller…ramai orang buat mcm tu kan.
Simpan sayur cara saya
– Halia + lengkuas + serai letak dalam bekas dan masukkan air sampai menutupi sayuran tersebut.
– cili hijau + limau + bawang putih + bawang merah + daun sup + kacang panjang + cili merah + carrot + timun + petai + kobis + sawi jepun + bunga kobis + brokoli….letak tisu kat bahagian bawah untuk serap air yang akan menitis kat dlm bekas tersebut…sayur tersebut akan tahan lama…insyaallah…cuma sawi jepun + kobis tak tahan lama…seminggu ok lagi…selepas tu sawi akan lembik dan kobis akan hitam dekat tepi… Sebab tu lah sayur berdaun saya tak beli banyak sekaligus..cukup untuk seminggu.
Saya letakkan sekali bajet untuk bulan ni sebab nanti ada yang tanya berapa bajet untuk lauk2 ni:
Bajet lauk kat pasaraya cs :- Udang biasa – Rm 40.94 Sotong – Rm 37.63 Ikan Siakap – Rm 17.98 (2 ekor) Lala – Rm6.40 Tulang Lembu – Rm 8.35 Ikan Cencaru – Rm8.64 Telur – Rm 8.60
Bajet lauk kat Pasar Malam :- Ayam (3 ekor ) – Rm 62.00
Jumlah = Rm190.54 (Lauk) = Rm 47.00 (sayur – limau kasturi + cili merah + cili hijau + cili api merah + ubi kentang + brokoli + kobis bulat + labu air + serai + tomato + kacang panjang + kangkung + celeri + daun kesum + halia + carrot + sawi jepun + cili benggala + timun jepun )
Bajet bergantung kepada keperluan individu…saya bertiga…Adakalanya akan lebih juga sikit bajet tu..contoh kalau saya nak buat nasi ayam..saya akan beli ayam lain..sbb ayam yang ada tak sesuai untuk buat nasi ayam..ayam dipotong kecik2..
saya bukan nak tunjuk bajet saya….saya nak tunjuk cara saya simpan lauk untuk mudahkan untuk kita mak2 ni masak…dan juga cara simpan sayur2 untuk tahan lama terutama mak2 bekerjaya keluar pepagi hari dan hampir nak malam baru balik mcm saya.
Jangan ckp peti besar boleh la buat mcm ni…saya dah kahwin 14 tahun….baru kawin dulu peti kecik jer…tp saya buat mcm ni jugak..saya letak dlm plastik…cuma tak letak air la bila letak dlm plastik…cuma rasa kering sikit lauk tu berbanding yang letak air mcm sekarang…tp ok sangat lagi dari tak buat apa2 kan.
Bekas pink saya isi lauk dan sayur ni…bukan tupperware yer …ni tipuware jer…beli kat Mr Diy…tak perlu bekas mahal2 …yang ni pun tahan lama…kat kedai eco rm2 pun ok.
Kenapa letak air…jawapan saya dah letak awal2 kat atas sana.
Bajet untuk berapa lama..jawapan ada kat atas juga, dengan kata lain semua persoalan yang banyak ditanya kat komen…jawapan dah ada kat post.
Mintak maaf kalau komen tak sempat saya balas…dan terlepas pandang
Berbeza pendapat dan pandangan…saya raikan…saya terima
Semoga perkongsian ni menjadi ilmu yang manfaat…terima kasih pada yang mendoakan yang baik2 untuk saya
Kredit: Naeamah Balqis
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.