Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan dan menghidap sindrom down, ditemukan dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kemayan, Bera, Pahang.
Ketua Polis Daerah Bera DSP Mansor Samsudin berkata bayi itu ditemukan kira-kira 1.45 tengah hari oleh dua pemancing, yang masuk ke ladang tersebut untuk menahan jaring menangkap ikan di kawasan yang dilanda banjir.
Ads
“Pemancing berkenaan mendakwa mereka menjumpai sebuah kotak dan apabila diperiksa, terdapat bayi perempuan yang cukup sifat dibalut menggunakan kain batik berwarna hitam, dengan kesan gigitan semut di badannya.
“Pemeriksaan pegawai perubatan mendapati bayi seberat 2.12 kilogram itu dipercayai dilahirkan antara 5 hingga 7 pagi tadi, dan dicuci dengan air kotor sebelum ditinggalkan,” katanya semasa dihubungi.
Mansor berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan kerana lebih dekat dengan lokasi dan penemuan tersebut dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Enam beranak yang menghuni pondok buruk dalam kebun getah di Kampung Air Kembai, Mukim Kupang di Baling menarik nafas lega apabila bakal menerima rumah baharu lebih selesa Ramadan ini.
Megat Noor Asyeqi Megat Hussin, 36, berkata dia terpaksa berteduh di pondok itu bersama isteri, Siti Roshamilia Mat Radzi, 32, dan empat anak mereka sejak lebih setahun lalu.
Pernah sewa rumah tapi tak mampu bayar
Menurutnya, sebelum ini dia ada menyewa rumah, namun pendapatannya sebagai penoreh getah yang tidak menentu menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke pondok berkenaan.
“Saya sedih melihat tiga anak (Puteri Amira Husna, 11, Puteri Aleesya Husna, 8, dan Megat Hanif Mukhriz, 7) yang sudah bersekolah terpaksa belajar dalam keadaan serba kekurangan.
“Walaupun hidup miskin, saya sangat pentingkan soal pendidikan anak agar mereka tidak terabai dan menerima nasib seperti saya,” katanya ketika ditemui selepas dikunjungi Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Megat Noor Asyeqi berkata, meskipun hidup serba kekurangan, anaknya masih berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan di sekolah.
“Puteri Amira berjaya mendapat tempat pertama peperiksaan akhir tahun dan turut mendapat tempat pertama di sekolah agama tahun lalu. Puteri Aleesya pula mendapat tempat kedua peperiksaan akhir tahun dan tempat pertama di sekolah agama. Hanya anak bongsu (Puteri Anisa Husna, 4) yang masih tidak bersekolah,” katanya.
Sementara itu, Abdul Azeez berkata, pihaknya akan membantu membina rumah baharu di tanah milik bapa Megat Noor Asyeqi yang terletak tidak jauh dari kebun getah berkenaan.
Katanya, rumah berkenaan akan dilengkapi bilik tidur, dapur dan bilik air bagi membolehkan keluarga itu hidup selesa dan anak Megat Noor dapat terus belajar.
Menangis tengok kesusahan 6 beranak
Sementara itu, dalam perkongsian terbaru di Facebook Ebit Lew, beliau kembali semula memulakan kerja amalnya membantu insan memerlukan. Beliau turut berkongsikan kisah keluarga ini yang cukup buatkan hatinya sebak.
Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal disini. Dalam pondok atau khemah. Sedihnya. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Tak lepas kereta saya. Naik hilux atau jalan kaki. Banyak nyamuk. Tandas tiada air. Air hujan jer. Setahun macam manalah yer anak baik tinggal disini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.
Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Tapi tuler mesti lambat lagikan ustaz. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih yb dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua.
Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.
Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan.
Bagaimanapun difahamkan keluarga ini terpaksa menolak permintaan Ustaz Ebit untuk berpindah ke pekan Baling kerana jauh dari kebun getahnya untuk menoreh.
Alhamdulillah hasil dari kerjasama semua pihak, keluarga ini bakal menerima rumah yang lebih selesa bagi menjamin keselamatan ahli keluarga dan keselesaan anak-anak.
Polis akan memohon perintah reman pagi ini terhadap pelajar lelaki 14 tahun yang disyaki mencekik adik kandungnya hingga mati di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu, di sini, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi berkata, suspek dijangka dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh, jam 10 pagi ini.
Katanya, siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Kita masih menyiasat motif suspek melakukan perbuatan itu,” katanya.
Dalam kejadian semalam, seorang kanak-kanak lelaki mati selepas dipercayai dicekik abangnya.
Kejadian disedari ibu mereka yang terlihat perbuatan suspek melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) di telefon bimbitnya sebelum menghubungi jiran untuk membantu memeriksa keadaan anaknya.
Mangsa ditemui terbaring di ruang tamu dengan kesan kecederaan di bahagian muka, hidung dan leher.
Ketika kejadian, suspek hanya tinggal berdua bersama adiknya itu manakala ibu bapa mereka keluar bekerja.
Suspek adalah anak sulung daripada empat beradik dan pelajar sebuah sekolah Arab yang disahkan tidak memiliki sebarang rekod disiplin.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula tengah malam 14 hingga 27 Oktober ini berikutan peningkatan kes COVID-19.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas mendengar nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
Beliau berkata, ia juga mengambil kira peningkatan dan penularan kes yang berlaku, termasuk di Klang dan Petaling, selain pertambahan jangkitan di Gombak serta daerah lain.
Katanya, berikutan penguatkuasaan PKPB itu, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan.
Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, beliau berkata, mereka dikehendaki menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
“Hanya dua orang dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
“Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, TADIKA, TASKA, pusat tahfiz, taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup,” katanya pada sidang media.
Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat
kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
• Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup.
• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.
Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.
Kredit Gambar: Astro Awani & Sinar Harian
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.