Sepasang suami isteri di Singapura mendera anak lelaki mereka yang berusia 5 tahun dengan mengurungnya dalam sangkar kucing pada 22 Oktober 2016 sebelum menyimbahnya dengan air menggelegak semata-mata tidak mahu mandi, sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu.
Ibu bapa mangsa, Azlin Arujunah dan suaminya Ridzuan Mega Abdul Rahman, kedua-duanya berusia 27 tahun, tidak membawanya ke hospital, sebaliknya menunggu enam jam sebelum mendapatkan rawatan.
Malangnya, mangsa meninggal dunia sehari kemudian dan pasangan itu ditahan.
Hospital memberitahu mangsa mengalami lecuran tahap tiga yang meliputi 75 peratus badannya, kecederaan buah pinggang akut, penyahhidratan, patah hidung, luka pada wajahnya selain lambat bertutur.
Lebih memilukan, kanak-kanak itu turut dilapor tempang sedikit kerana tempurung lututnya senget akibat sering didera.
Ads
Mangsa juga pernah dilecurkan dengan air panas sekurang-kurangnya empat kali sebelum kematiannya.Azlin dan Ridzuan menghadapi hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup bagi tuduhan bunuh.
Ads
Mahkamah diberitahu, mangsa diserahkan sebagai anak angkat selepas kelahirannya pada 2011 tetapi kembali bersama ibu bapa kandungnya pada 2015 dan mula didera kira-kira setahun selepas itu.
Ads
**Bayangkan bukan main lama ditahan untuk siasatan dari tahun 2016 (ketika itu suspek berusia 24 tahun) tetapi tahun ini (13 November 2019) baru dibicarakan di mahkamah.
Minggu lepas tular dengan sebuah video yang memaparkan seorang murid lelaki berusia 6 tahun dikejar dan digigit oleh beberapa ekor anjing liar di sebuah sekolah yang terletak di Port Dickson.
Timbul pelbagai spekulasi berkaitan insiden tersebut sehingga mendapat perhatian salah seorang guru di sekolah terbabit.
Norzuliana Zakaria yang juga guru di Sekolah Agama Rakyat Haji Awaluddin, Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan tampil menjelaskan situasi sebenar menimpa Mohd Adib Asyraf atau Adib.
Adib tak acah-acah anjing liar
Menurut guru berusia 35 tahun itu, dakwaan bahawa Mohd Adib mengacah-acah anjing tersebut sebelum dia digigit tidak benar sama sekali.
“Saya geram bila ramai kata budak tu dok acah-acah anjing tu. Dia tak buat. bagi saya komen itu tak adik, sebab tu saya post video rakaman CCTV sekolah kami.
“Budak enam tahun nak acah apa…lagipun waktu tu dia sorang-sorang. Kalau tengok video tu Adib tu duduk elok je, anjing tu yang kejar dia,” lapor sebuah akbar.
Adib sampai sekolah awal dan pintu kelas masih berkunci
Jelas Norjuliana lagi, sewaktu kejadian Adib tiba awal di sekolah tetapi kelas berkunci.
“Kalau tengok CCTV dia sampai dalam pukul 2.10 petang. Dia tunggu depan kelas dan waktu tu memang semua kelas berkunci sebenarnya. Jadi dia memang tak masuk dalam kelas.
“Pintu bilik kelas berkunci sebab tak nak anjing-anjing liar itu masuk. Laluan seperti dalam video tu memang laluan haiwan tu. Kadang tu tengah mengajar nampaklah anjing-anjing lalu,”katanya.
Hampir diserang anjing liar tapi sempat masuk ke kereta
Malah guru berasal dari Kelantan itu turut mendedahkan dia nyaris diserang anjing liar yang sama dua minggu lalu.
“Saya sendiri pun pernah kena kejar. Waktu tu nak balik sekolah. Nasib baik kunci kereta dah ada di tangan. Huh takut…kalau tak, tak tahulah apa jadi.
“Murid lain pun ada yang pernah kena kejar tapi mereka sempat melarikan diri dan masuk ke dalam kelas. Boleh kata sekolah tu tempat tidur anjing-anjing tu.
“Kalau saya lalu Kawasan sekolah waktu malam, memang penuh anjing. Nampaklah dalam tujuh lapan ekor sebab biasanya waktu malam lampu sekolah akan dipasang,” katanya lagi.
Luka gigitan anjing pada Adib agak dalam
Bercerita lanjut mengenai keadaan Adib, Norzuliana berkata kanak-kanak itu baru selesai menjalani pembedahan malam jumaat dan masih dalam pemantauan doktor.
“Dia mengalami luka yang agak teruk di bahagian tengkuk, telinga, lengan, ketiak dan celah peha. Doktor beritahu kesan gigitan agak dalam.
“Waktu saya melawat dia Jumaat tempoh hari, dia baru lepas X-ray tapi darah masih meleleh. Kesian tengok keadaan dia. Malam tu dalam pukul 10 Adib jalani pembedahan.
“Dia sedar semula sekita jam 9.30 pagi Sabtu dan boleh makan serta ajak sembang. Tapi dia masih lagi dalam pemantauan doktor sebab takut kesan gigitan ada virus,” jelas guru berkenaan.
Malah Norzuliana turut berkongsi momen sedih Adib sewaktu menerima rawatan di Hospital Port Dickson pada Jumaat petang.
“Bila saya sampai hospital, guard cerita gelagat Adib. Guard beritahu waktu sampai bahagian kecemasan Adib menangis. Adib kata kat doktor, “Doktor cepatlah cuci luka saya ni.”
“Tapi sambil dia menangis tu dia berdoa, Dia kata “Ya Allah ampunkan dosa mak ayah aku, ampunkan dosa abang aku”. Dia memang budak baik,” katanya.
Harap pihak PBT ambil tindakan segera
Dalam pada itu, Norzuliana berharap agar pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berwajib mengambil tindakan segera ke atas anjing-anjing liar itu.
“Saya tak nak insiden sama berlaku dekat orang lain. Memandangkan ini kes pertama, ambil lah tindkan segera. Jangan sampai berlaku kes kedua pula baru nak bertindak,” katanya.
Detik seorang ibu merakam video ketika menyiapkan anaknya, penuh kasih dan senyuman, tidak pernah disangka menjadi kenangan terakhir yang abadi dalam ingatan.
Dalam sebuah video TikTok berdurasi 27 saat, Amelia Kartika Mappatata terpancar rasa rindu terhadap anak tunggalnya, Chempaka Alara Azizi atau mesra dipanggil “Bunga.” Rakaman itu memperlihatkan momen Amelia sedang mendandan rambut Bunga pada pagi kejadian, dengan kapsyen:
“Mommy dah siapkan Bunga cantik-cantik pagi tu untuk balik ke rumah kita jumpa yayah…”
Tanpa diduga, insiden kemalangan tragis menimpa mereka selepas itu. Bunga meninggal dunia di Hospital Muadzam Shah, Pahang, manakala Amelia mengalami patah rusuk dan tangan. Kemalangan tersebut turut meragut nyawa pemandu yang dipercayai ibu saudara Amelia dan seorang individu berusia 18 tahun.
“Mommy tak dapat mandikan Bunga buat kali terakhir, tak dapat hantar Bunga ke rumah baru. Tapi mommy dah siapkan Bunga cantik-cantik pagi tu…”
Amelia juga dilihat berkongsi video di TikTok yang menunjukkan dia bersama suami menziarahi kubur anak tercinta. Dalam kapsyen, pasangan itu menyebut pusara tersebut kini menjadi “rumah baharu” buat si kecil yang dirindui.
Nahas yang mengorbankan Chempaka serta dua lagi mangsa lain sebelum ini dilaporkan secara meluas di media. Difahamkan, ketika insiden berlaku, Chempaka bersama ibunya menaiki sebuah Perodua Myvi bersama empat individu lain dalam perjalanan pulang dari sebuah majlis perkahwinan di Melaka.
Bagaimanapun, di Kilometer 142, Jalan Kuantan-Seremban berdekatan Kampung Orang Asli Bukit Serok, kenderaan mereka berlanggar dengan sebuah pacuan empat roda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita tentang penyakit kronik dikalangan bayi dan juga anak-anak kecil dilihat semakin menular dikalangan masyarakat kita pada hari ini. Ibu bapa manalah yang sanggup melihat anak-anak yang masih kecil menanggung kesakitan yang maha hebat. Tapi apakan day ajika itu sudah takdir yang perlu mereka lalui.
Kebanyakkan penyakit yang berlaku kepada bayi dan juga anak-anak kecil ini dikesan sama ada dari dalam kandungan ibu mahupun setelah beberapa tahun menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.
Membuka tirai bulan November 2019, perkongsian seorang pengguna Facebook, Yeen Machi tentang bayinya yang telah disahkan mengalami masalah jantung sejak lahir sedikit sebanyak meruntun hati warganet. Dalam perkongsian itu juga ibu ini berkongsi serba sedikit masalah dan derita yang terpaksa ditanggung oleh anaknya, Amirul Fath Mikael.
2 Bulan Berkampung di Hospital, Anak Ada Masalah Jantung Sejak Lahir
1/11/19 – cukup 60 ari anak mama amirul fath mikael berkampung di HUSM. X pernah mama buka cerita pasal fath mikael. Yg bertanya kabar adalah mama cerita.. Selebihnya mama simpan.
Amirul fath mikael disahkan ada masalah jantung sejak dilahirkan. Interrupted aortic ach and Taussig bing. Nak explained pn mama bkn doktor.
Perlu Jalani Pembedahan Dengan Kos Lebih Daripada RM200, 000
Solusi utk penyakitnya hanyalah melalui pembedahan di IJN. Anggaran kos pembedahan RM200k keatas. Untuk kos setinggi tu mama mohon dana bantuan kerajaan dan kini menunggu giliran utk pembedahan. Hingga sekarang giliran anak mama belum tiba.
Jantung Membengkak, susah bernafas. Ibu Mohon doakan kesihatan Amirul
Semalam doktor mengesahkan jantung amirul fath mikael membengkak. Bengkak yg boleh menghimpit paru paru dan menghalang proses pernafasan. Itu yg mama faham semasa doktor explained. Hanya pada Allah mama berserah dan bergantung harap.
Para sahabat sekalian mama mohon ihsan doa untuk kesihatan amirul fath mikael. Dengan harapan ada doa yg dimakbulkan Allah. Insha Allah. Aamiin.
Dapat perhatian warganet
Melalui posting tersebut, ramai warganet yang turut melahirkan rasa simpati dan mendoakan kesihatan Amirul Fath Mikael. Posting tersebut juga mendapat 2.5 ribu komen dan juga dikongsi oleh 2.8 ribu warganet.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar urusan rawatan anak kecil ini dipermudahkan dan urusan mendapatkan dana untuk pembedahan berjalan lancar. Semoga Amirul Fath Mikael juga diberi kesembuhan….Amin!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.