Letak Syarat Makan Fast Food Dua Bulan Sekali, Demi Kesihatan Anak-Anak

Share

Kalau sebut pasal kesihatan, mesti ada kaitan dengan pemakanan kan? Sebagai ibu bapa, wajar untuk anda menitikberatkan soal pemakanan dan periksa pengambilan makanan harian anak-anak.

Itulah yang dikongsikan oleh pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam yang mengutamakan pemakanan yang sihat untuk anak-anaknya. Kerana rasa sayang yang mendalam untuk anak-anak,  Datin Rebecca meletakkan kesihatan sebagai keutamaan supaya anak-anak bebas dari sebarang penyakit yang akan memudaratkan diri mereka pada masa hadapan.

Berdasarkan perkongsiannya, salah satu cara untuk kawal pemakanan anaknya dengan hanya membenarkan anak-anak makan makanan segera dua bulan sekali sahaja.

Baginya, menjadi tugas ibu bapa untuk mengawal pemakanan anak-anak lebih-lebih lagi sewaktu usia mereka masih kecil ini supaya bebas dari penyakit seperti masalah berat badan yang berlebihan dan diabetes.

Tambahnya lagi, masakan dari seorang ibu lebih baik dari makanan yang didapati di luar dan sememangnya seorang ibu wajar rajin masak untuk keluarganya.

Perkongsiannya turut mendapat respon baik dari mengikutnya yang turut bersetuju untuk mengehadkan makanan segera untuk anak-anak.

Menurut Pegawai Dietetik, Hamidah Osman, makanan segera seperti nuget dan kentang goreng kebiasaannya amat digemari oleh kanak-kanak. Walaubagaimanapun, makanan ini merupakan makanan terproses dan kebanyakannya mempunyai kandungan garam dan lemak yang tinggi.

 

Justeru itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dimana mengawasi pengambilan makanan tersebut oleh anak-anak dan memahami kandungan zat makanan berpandukan label yang dinyatakan.

Sebagai contoh perbandingan keperluan nutrisi kanak-kanak dan kandungan nutrisi nuget adalah seperti berikut:-

Nutrisi RNI 2017 (Harian)  bagi Kanak-Kanak Berumur 1-3 tahun Kandungan Nutrisi (Bagi 4 biji nuget)
Tenaga 980 kcal (Kanak-kanak Lelaki)

900 kcal (Kanak-kanak Perempuan)

180-190 kcal
Karbohidrat 50-65% daripada keperluan tenaga sehari

(Anggaran 120-160gm )

10.5 gm
Protein* 12 gm 10 gm
Lemak 27-38 gm (Lelaki)

25-35 gm (Perempuan)

11-12 gm
Natrium (Garam) 1000mg 500-700 mg
Serat 20-30gm

Sumber: Ig Rebeccanuralislamahmad

IKLAN