Lidah Tersangkut Pada Corong Botol Minuman. Tahan Sakit Hampir 30 Minit

Share

Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan sakit hampir setengah jam apabila lidahnya tersangkut pada corong botol dalam kejadian di Baling, Kedah.

Mangsa berusia 6 tahun itu dibawa ke Hospital Baling bagi mendapatkan rawatan sebelum anggota bomba dan penyelamat dipanggil jam 4.50 petang untuk memberi bantuan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling digerakkan ke hospital untuk memberi bantuan khidmat khas hospital.

ARTIKEL MENARIK [Tabiat Bagi Gajet Sejak Bayi Boleh Matikan Connection Otak. Kesianlah Anak!]

“Setibanya di hospital, kita mendapati corong botol tersangkut pada lidah seorang kanak-kanak.

Sekadar Gambar Hiasan

“Kita memotong botol menggunakan peralatan khas ‘operating scissor’,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamadul Ehsan berkata, pasukan penyelamat mengambil masa selama 28 minit untuk mengeluarkan botol tersebut dengan bantuan kakitangan hospital.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan kecil pada lidah akibat kejadian itu.

LAGI ARTIKEL MENARIK [Usia 0-7 Tahun Gantikan Marah, Guna Ayat Ni. Baru Nampak Hebatnya Kata-Kata Ibu Ayah!]

Sumber: Sinar Harian

IKLAN