Berita peningkatan kes influenza di Kelantan pastinya merisaukan ramai ibu bapa, apatah lagi apabila melibatkan anak-anak di sekolah berasrama.

Dalam suasana sekarang, kesedaran tentang penjagaan kesihatan anak semakin penting bukan sahaja di rumah, tetapi juga di sekolah. Konsep parenting hari ini menuntut ibu ayah lebih peka terhadap simptom awal penyakit seperti demam, batuk dan selsema, agar tidak menular kepada rakan-rakan lain di asrama atau komuniti sekolah.

Lima Kluster Influenza Dikesan Di Sekolah Berasrama, Ibu Ayah Diminta Lebih Peka Kesihatan Anak

Menerusi laporan media,  Jabatan Kesihatan Kelantan mengesahkan berlaku peningkatan kes influenza dengan lima kluster dilaporkan melibatkan institusi pendidikan khususnya di sekolah berasrama, kata Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata walaupun influenza merupakan penyakit ringan dan lazimnya sembuh dalam tempoh seminggu, jumlah pesakit yang hadir ke klinik menunjukkan peningkatan ketara sejak minggu epidemiologi (ME) ke-40.

Ads

“Setakat ini, tiada pesakit yang dimasukkan ke wad atau mengalami komplikasi serius. Namun, peningkatan kes yang datang ke klinik menunjukkan penularan aktif dalam komuniti.

“Lima kluster dikenal pasti setakat ini melibatkan institusi pendidikan dan mencatatkan 514 kes,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Operasi Selamat Paru-Paru (Malam) sempena Penguatkuasaan Penuh Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) peringkat negeri di Cawangan Kawalan Kota Bharu, malam tadi.

Lima Kluster Influenza Dikesan Di Sekolah Berasrama, Ibu Ayah Diminta Lebih Peka Kesihatan Anak
Gambar sekadar hiasan

Dr Zaini berkata semua kluster adalah daripada sekolah berasrama dan penutupan asrama terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Pendidikan Negeri yang boleh dilaksanakan jika kesihatan pelajar terjejas.

Ads

Menurut beliau, sesuatu kluster influenza ditakrifkan apabila terdapat dua atau lebih kes yang mempunyai kaitan epidemiologi dan walaupun influenza tidak termasuk dalam senarai penyakit wajib notifikasi, pemantauan berterusan tetap dijalankan.

“Individu yang bergejala dinasihatkan memakai pelitup muka, selain mengelak daripada menghadiri tempat awam atau majlis keramaian.

Ads

“Pihak sekolah juga perlu memantau kesihatan pelajar secara konsisten dan memberi kefahaman kepada ibu bapa mengenai peranan mereka dalam mencegah penularan jangkitan,” katanya

Dr Zaini berkata jika terdapat kes di sekolah, pihak pengurusan digalakkan melaksanakan langkah pengasingan dan kuarantin terhadap pelajar bergejala.

“Keadaan semasa masih terkawal dan tiada kematian dilaporkan. Jabatan kesihatan sentiasa berhubung dengan JPN bagi tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads