Keibubapaan

Linda Rafar Rakam Tik Tok Dengan Anak, Berjaya Kurangkan 3 Kg Dalam Seminggu. Mama Papa Boleh Cuba Kalau Nak Bersenam Dengan Si Kecil.

Share

Siapa kata semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kita tak dapat nak buat banyak benda. Buktinya Linda Rafar yang memuat turun video merakam tik tok bersama anaknya Syed Rezaliif yang baru berusia 4 tahun.

Aplikasi Tik Tok yang kini dilihat menjadi trend oleh segenap lapisan umur boleh dijadikan salah satu aktiviti yang boleh dimanfaatkan bersama anak-anak. Bukan sahaja untuk berhibur, malah boleh dijadikan sebagai rutin untuk bersenam bersama anak-anak ketika PKP ni.

Sempat menjenguk akaun Instagram milik Rezaliif, ternyata memang si kecil ini suka memuat naik video Tik Tok yang dirakam bersama abang-abang dan juga mamanya. Comelnya mereka.

 

Dalam masa yang sama menerusi perkongsian video tersebut, Linda turut menyatakan dia kini sudah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 3 kg seminggu selepas bermain dengan aplikasi tersebut bersama si kecilnya.

Kongsi Linda:

Percaya tak linda turun 3kg per week..sejak layan @rezaliif_ main tiktok 😂@tiktok.malaysia 📷📹📸

 

Pengikut Linda di IG turut memberikan komen dengan perkongsian video yang dibuat oleh dua beranak yang comel ni.

Walaupun kita dalam PKP, jangan jadikan alasan tersebut untuk hadkan pergerakan. Kalau tak mampu nak bersenam mungkin boleh jadikan aktiviti merakam Tik Tok bersama keluarga sebagai salah satu cara untuk bergerak dan bersenam. Manalah tahu boleh kurangkan berat badan macam Linda Rafar juga.

Sumber: Linda Rafar & Rezaliif

IKLAN