Ads

Luahan Syukur Suami Nad Zainal Undang Sebak. Tahniah Nad Zainal & Ungku Ismail Timang Bayi Lelaki

Rezeki cahaya mata sememangnya antara nikmat paling indah dalam rumah tangga. Setiap kelahiran membawa cerita baharu, bukan sahaja buat ibu dan ayah, tetapi juga seluruh keluarga yang menanti kehadiran si kecil dengan penuh kasih sayang.

Begitulah khabar gembira yang dikongsikan pelakon Ungku Ismail Aziz apabila isterinya, aktres Nad Zainal selamat melahirkan bayi lelaki hari ini.

Menurut Ungku Ismail, Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin, 36, dan bayi mereka berada dalam keadaan baik ketika ini.

Luahan Syukur Suami Nad Zainal Undang Sebak. Tahniah Nad Zainal & Ungku Ismail Timang Bayi Lelaki

“Masya-Allah, isteri saya selamat melahirkan anak kami pada pukul 9.41 pagi tadi.

“Ibu dan bayi dalam keadaan sihat serta comel, alhamdulillah,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Ads

Dalam perkongsian sama, Ungku Ismail turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan mereka sekeluarga.

“Terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa-doa yang baik.

“It’s a boy,” ujarnya.

Bagaimanapun, Ungku Ismail tidak berkongsi perincian lanjut mengenai nama anak lelakinya itu.

Ads

Perkongsian gembira itu turut mendapat perhatian ramai peminat yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah buat Nad Zainal dan Ungku Ismail.

Rata-rata peminat meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar ibu dan bayi sentiasa berada dalam keadaan sihat, selain mendoakan agar kehadiran cahaya mata lelaki itu terus menambah kebahagiaan keluarga kecil mereka.

Tidak ketinggalan, rakan-rakan artis turut menitipkan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik buat pasangan ini atas kelahiran ahli baharu dalam keluarga mereka

Ads

Luahan Syukur Suami Nad Zainal Undang Sebak. Tahniah Nad Zainal & Ungku Ismail Timang Bayi Lelaki

Untuk rekod, Nad dan Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ungku Indera Puter Al-Maajid yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum itu, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada Disember 2015 sebelum bercerai pada 2022. Hasil perkahwinan terdahulu, Nad dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 10, dan Budi Kalsom, lima tahun.

Tahniah diucapkan buat Nad Zainal dan Ungku Ismail atas kelahiran cahaya mata lelaki ini. Semoga ibu terus diberikan kesihatan yang baik dan si kecil membesar dengan penuh kasih sayang.

Sumber : IG ungkuismailaziz

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Ibu Hamil Nak Makan Durian? Ramai Masih Tak Tahu Fakta Sebenar Ini!

Ibu Hamil Nak Makan Durian? Ramai Masih Tak Tahu Fakta Ini!

Bolehkah ibu hamil makan durian? Setiap kali musim durian tiba pasti persoalan seperti ini muncul, sama ada ibu mengandung boleh menikmati buah kesukaan ramai itu atau sebaliknya.