Bila dah jadi ibu, kadang kita rasa macam hidup ni ulang-ulang je. Bangun pagi, kelam-kabut urus anak, rumah, kerja, suami dan hujungnya, kita sendiri pun tak sempat tanya diri sendiri, “Aku okay ke hari ni?”
Letih yang ibu rasa ni bukan letih biasa. Ini letih fizikal, emosi, mental dan kadang spiritual sekali. Tapi jangan risau, awak tak keseorangan. Jom kita tengok 5 cara yang boleh bantu mommy elak burnout dan jaga mental sebelum ‘meletup dalam senyap’.
1. Tak Salah Nak Rehat, Tak Berdosa Pun Nak Letak Tepi Dulu Semua
Mommy bukan robot. Kalau badan letih, kepala berat, hati serabut rehat dulu. Baring kejap. Tutup mata. Biarkan rumah sepah, biarkan baju belum lipat. Yang penting mommy okay dulu. Kadang satu-satunya orang yang tahu kita perlukan rehat… adalah diri sendiri.
2. Jangan Malu Minta Tolong Ibu Bukan Wonder Woman Setiap Masa
Kadang kita nak jadi “buat semua sendiri”, tapi realitinya… kita perlukan bantuan. Minta tolong pasangan tengokkan anak sekejap, atau panggil mak datang teman. Tak perlu malu. Ibu yang bijak tahu bila dia perlukan sokongan, bukan tunggu sampai diri sendiri tumbang baru nak mengadu.
Ads
3. Berhenti Bandingkan Diri Dengan Ibu Lain, Cerita Kita Tak Sama
Dekat media sosial, semua nampak sempurna. Anak orang lain sopan, rumah bersih, suami romantik. Tapi yang kita tak nampak… adalah air mata dan penat lelah di sebalik semua tu. Jalan hidup kita lain. Yang penting, kita sayang anak, kita usaha setiap hari, dan itu dah cukup luar biasa.
4. Cari Aktiviti Kecil Yang Buat Mommy Rasa ‘Hidup’ Semula
Ads
Buat sesuatu untuk diri sendiri. Tak perlu mahal, tak perlu lama. Dengar lagu yang kita suka, tengok drama sambil makan jajan, atau sekadar duduk diam-diam depan cermin pakai skincare. Benda-benda kecil ni lah yang bantu kita rasa diri sendiri masih wujud, bukan sekadar “mak orang”.
5. Cakap Baik-Baik Dengan Diri Sendiri Jangan Jadi Penilai Paling Kejam
Kadang kita marah sangat pada diri sendiri. “Kenapa aku tak sabar?” “Kenapa aku rasa serabut sangat?” Tapi sebenarnya… mommy dah buat yang terbaik. Belajar untuk pujuk diri sendiri. Cakap macam ni, “Hari ni susah sikit, tapi aku masih bertahan. Aku masih sayang anak aku. Aku masih kuat.” Sebab kata-kata tu… akan jadi pelukan yang kita sendiri perlukan.
Ads
🌷 Akhir Kata Buat Semua Ibu Hebat Di Luar Sana…
Kalau hari ni mommy rasa nak menangis, rasa letih sangat, rasa macam hilang semangat peluk diri sendiri dulu. Tengok wajah anak. Sebab setiap peluh dan air mata tu… adalah bukti cinta yang paling agung.
Ibu bukan makhluk lemah. Ibu cuma manusia yang terlalu banyak memendam. Tapi jangan lupa, awak layak untuk bahagia juga.
👩🍼 Kongsi artikel ni dengan kawan-kawan mommy yang tengah penat dan perlukan pelukan dari jauh. Sebab kadang satu ayat pun cukup untuk buat kita rasa… “Oh rupanya aku tak sorang…”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sama seperti ibu bapa lain, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mendoakan anaknya menjadi anak solehah satu hari nanti.
Sebagai tanda bersyukur di atas kurniaan zuriat yang sekian lama dinantikan, Siti dan suami, Dato Sri Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K meraikan kelahiran bayi yang diberi nama Siti Aafiyah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Siti dan suami memilih hari ke-7 sebagai hari untuk mereka memberi nama yang baik kepada puteri sulung seperti mana yang dianjurkan oleh sunnah Nabi Muhammad s.aw.
Ibu bapa mestilah memberikan nama yang elok dan membawa makna baik kepada anak yang baru lahir kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.
Nampaknya Siti dan suami sepakat memilih nama yang ringkas dan mudah disebut iaitu Siti Aafiyah untuk comel pipi merah mereka yang dalam tempoh seminggu sebelum ini dipanggil dengan nama timangan Fatimah Az-Zahra sempena nama puteri Rasulullah s.a.w.
Menurut Siti, suaminya sendiri yang mendapat ilham nama untuk anak mereka ketika berada di Tanah Suci Mekah semasa membaca satu doa pendek yang ada sebutan “Aafiyah”.
Doa tersebut adalah Allahumma inni asaluka al’afiyah (Ya Allah, aku meminta kepada kamu ‘afiyah)
Afiyah membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, untuk menjadi sihat, kita berada dalam afiyah, untuk mempunyai wang, kita berada dalam afiyah, untuk hidup, kita berada dalam afiyah, untuk mempunyai anak-anak kita dilindungi, kita berada dalam afiyah. Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam ‘afiyah.
“Suami selalu baca doa itu. Dia tanya setuju tak bagi nama Aafiyah yang membawa maksud segala-gala yang baik. Bila saya kerap memikirkan nama itu, kebetulan setiap hari saya dapat update doa-doa di handphone yang banyak menyebut “Aafiyah”, jelas Siti tentang pemilihan nama anaknya itu.
Mengenai nama panggilan anaknya selepas diberi nama sebenar, Siti dan suami sepakat untuk terus memanggil nama penuh pada Siti Aafiyah.
“Harapnya dah bagi nama yang baik, bila hari-hari sebut nama tu dapatlah tempias maksud Aafiyah. Saya pun dapat juga doa maksud Aafiyah tu,” ujarnya yang akan membahasakan diri sebagai Ibu kepada anaknya.
Berpegang kepada sunnah Nabi yang ada disebut dalam satu hadis yang bermaksud:
Dari Abu Musa Al-Asy’ari, ia berkata.
“Anak lelakiku baru saja lahir, lantas aku membawanya kepada Rasulullah SAW. Sesampainya di hadapannya, Baginda memberinya nama Ibrahim, lalu mentahniknya dengan kurma dan memohonkan keberkatan baginya, setelah itu menyerahkan kembali bayi itu kepadaku.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Justeru, penyanyi kesayangan ramai ini turut menjemput Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli al-Bakri untuk meraikan kelahiran puteri kesayangan serta melakukan tahnik.
Selain itu Siti turut menjemput ramai guru dan ustaz yang banyak membimbing keluarga mereka untuk turut sama melakukan amalan sunat ini serta mendoakan kelahiran Siti Aafiyah.
Semua sedia maklum, Siti menantikan selama 11 tahun untuk bergelar seorang ibu. Katanya, dia sentiasa berdoa supaya diberi pengalaman menjadi ibu dan bersyukur sangat kepada Allah SWT kerana memberikannya pengalaman terindah tersebut.
“Saya hargai dan bersyukur kepada Allah, kepada ibu yang melahirkan saya dan ibu mertua yang telah melahirkan suami saya. Ini anugerah yang terindah dalam hidup saya.”
Menganggap anak adalah amanah dari Allah dan juga dugaan kepada ibu bapa, Siti dan suami bertekad untuk berikan yang terbaik untuk anaknya terutama bab didikan agama, adab dan pelajaran.
Sebagai tanda kesyukuran, Siti dan Khalid turut mengadakan ibadah aqiqah pada hari ke-7 kelahiran puteri sulung mereka.
Menurut Siti, antara cabaran selepas bersalin yang dirasakan adalah menyusukan anak.
“Ia bukan senang Ya Allah. Tapi bila fikirkan mak saya boleh jaga anak sampai lapan orang dan menyusukan kami semua dan tak tidur malam, apalah sangat saya yang baru anak seorang ni,” beritahu Siti.
Siti bersyukur kerana menantunya Tya Ariffin banya membantunya terutama dalam bab menyusukan anak.
“Menantu saya, Tya macam cikgu. Dia banyak membantu, ajar tentang menyusu bayi. Macam-macam dia ajar. Kalau orang lain lepas bersalin, selalunya mak yang ajar anak tapi saya special sebab menantu yang ajar,” ceritanya tersenyum bahagia.
Menurutnya lagi, setiap bayi memang mempunyai ragam yang berbeza. Oleh kerana nak membesar maka Aafiyah juga semakin kerap menyusu.
“Tak mengapalah saya kena berkorban. Buat semua kerana Allah sebab nak tengok anak membesar dengan sihat,” cerita Siti tentang ragam anaknya sendiri yang kuat tidur waktu siang dan malam pula asyik berjaga.
Mengakui sejak seminggu selepas melahirkan anak tiada lagi istilah tidur lena, Siti yang hanya tidur selama tiga jam pada hari tersebut bersyukur kerana diberi kesihatan dan kekuatan untuk menjayakan majlis meraikan anaknya.
Siti yang melahirkan Siti Aafiyah secara pembedahan caesarean pada 19 Mac lepas bercerita pengalamannya yang kehilangan banyak darah ketika proses kelahiran puterinya atas sebab-sebab tertentu.
Beliau bersyukur atas kecekapan para doktor yang merawatnya sehingga dia kembali sihat semula. Katanya pada hari ketiga lepas bersalin, dia sudah kuatkan semangat untuk bangun berjalan.
Walaupun luka pembedahan masih sakit, tetapi Siti percaya ibu yang bersalin secara caesarean tak boleh terlalu banyak berbaring. Sebaliknya kena kuatkan diri dan semangat untuk cepat sembuh.
“Kita yang lahirkan anak so kena kuat. Bila tengok baby depan mata, hilang segala sakit melahirkannya,” demikian Siti berkongsi tip bagaimana dia kelihatan sudah kuat walaupun baru seminggu bersalin.
Pernah melalui tempoh masa yang lama sebelum dikurniakan zuriat, Siti turut menasihatkan pasangan yang masih belum dikurniakan anak supaya jangan berputus asa.
“Saya tak pernah putus asa dan tak putus berdoa serta sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dalam hati sentiasa cakap Allah akan bagi saya anak pada tarikh, hari dan masa yang terbaik.
Saya pergi umrah banyak kali, dan doa yang sama akan saya pinta pada Allah. Saya tahu Allah akan jawab doa saya satu hari nanti. Teruskan berusaha dengan cara tradisional dan moden,” ujarnya memberi kata-kata semangat pada wanita yang masih belum mendapat cahaya mata.
Kita berkira dengan anak, rezeki akan berkira dengan kita. Pernah tak kita terfikir? Orang tua-tua cakap bila ada anak ni rezeki murah. Tapi lain jadi kat kita, anak dah ramai tapi rezeki masih sama macam masa belum ada anak.
Perkongsian dari seorang bapa, Mohd Fhais ini mengenai rezeki yang tak pernah putus baginya walaupun pada awalnya dia sendiri rasa tak mampu.
Pengalaman sendiri.
Alhamdulillah selepas Annur Rania dilahirkan rezeki saya mudah je masuk. Kadang-kadang rezeki tak di sangka-sangka dapat. Dapat tawaran kerja di kampung halaman. Padahal tak pernah terfikir pun saya boleh dapat sebab ramai sangat calon yang temuduga.
Masa berhenti kerja lama gaji pada bulan tu di tahan sebab berhenti tak cukup notis. Susah jugak nak survive bulan tu dengan komitmen yang ada tapi alhamdulillah semua berjaya di harungi. Rezeki ada je untuk bayar semua.
Semua berubah bila saya leka.
Di tempat baru kerja bertambah banyak, kadang-kadang balik ke rumah jam 9-10 malam. Kurang luangkan masa dengan keluarga dan anak-anak. Sedikit demi sedikit wang gaji tak cukup.
Bila wang tak cukup mulalah berkira-kira dengan anak. Mainan rm5 pun tak belikan. Sanggup biarkan anak menangis berlinangan air mata. keluar beriadah jauh sekali.
Pada mulanya salahkan gaji yang sedikit jika banding dengan gaji dulu. Tapi sebenarnya semakin jauh kita mengabaikan anak semakin jauh rezeki akan bai bai kita.
Anak-anak adalah anugerah setiap insan bergelar ibu bapa. Mereka adalah amanah Allah kepada kita. Mereka adalah masa depan generasi kita.
Besar tanggungjawab kita untuk membesarkan mereka jadi seorang anak yang setia kepada negara dan agama.
Saya tidak manjakan anak cuma saya tidak pernah berkira dengan anak.
9 amalan saya menjemput rezeki berbakti pada anak :
Alhamdulillah selepas saya praktis 8 amalan di atas rezeki mencurah-curah masuk. Satu persatu hutang dapat habis. Bisnes pun semakin berkembang sehingga mampu upah 5 orang staf.
Rezeki adalah ketetapan dan tidak wajar kita merasa ragu dengan rezeki yang diperlukan bagi membesarkan zuriat kita.
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31)
Nak rezeki mencurah-curah cuba curah dulu kasih sayang kat anak isteri. Barulah rezeki datang mencurah-curah.
P/s : Tolong sampaikan pesanan ini pada ibu bapa lain ye supaya makin ramai ibu bapa yang tahu pentingnya tak berkira untuk anak isteri.
Nama Cik Epal dan suaminya, Jofni Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Jo melonjak naik selepas isu kes saman menyaman di instagram. Dek kerana terlalu terbuka berkongsi segala hal, mereka dikecam tanpa usul periksa.
Mendekati Cik Epal dan suami ketika sesi fotografi bersama si comel Yuki, sebagai penghias muka Majalah Pa&Ma Ogos nanti, kedua-duanya terlihat cukup mesra dan cukup cool dalam segala hal. Malah pasangan ini cukup sporting berkongsi cerita.
Kala diminta berbicara soal anak-anak, kedua-duanya cukup teruja malah tidak lokek berkongsi cerita.
Menariknya, Cik Epal dan suami punya cara sendiri dalam mendidik kedua-dua anak mereka, Han, 4 tahun dan si comel Yuki, 4 bulan. Mereka sepakat untuk tidak terlalu memaksa anak-anak dalam segala hal. Malah kalau boleh mereka mahu mengikut rentak anak-anak itu sendiri daripada memaksa mereka untuk melakukan satu-satu hal.
“ Han anak yang suka explore semua benda. Malah dia banyak belajar daripada apa yang dilihatnya setiap hari. Kalau kami keluar, ada sahaja pertanyaan dari Han dan dari situlah kami akan beritahu dia dan dalam masa yang sama mendidiknya dengan pelbagai perkara. Di rumah juga kami tak memaksa untuk dia belajar, sebaliknya mendidik daripada apa yang dilihat disekelilingnya.
Malah kami juga sepakat untuk hanya memasukkan Han ke sekolah apabila usianya lima tahun kelak. Bukan pada kami terlalu awal ketika usianya 4 tahun tetapi kami yakin usia 5 tahun adalah waktu yang paling sesuai untuk Han,” kata Jo bercerita.
Malah kata Jo lagi, dia senang melihat cara didikan yang didedahkan pada anak-anak Jepun.
“Pernah ketika bercuti ke Jepun, seorang wanita berusia berkongsi cara didikan Jepun yang sekian lama menjadi tradisi mereka.
Katanya pada usia 1 hingga 3 tahun, anak-anak dididik dengan kasih sayang, 4 tahun pula dididik dengan adab dan pada usia 5 tahun barulah mereka di dedahkan dengan pendidikan sebenar di sekolah.
Pada kami tidak salah jika cara ini baik untuk perkembangan dan peribadi anak-anak itu sendiri. Kami ambil mana yang dirasakan baik buat anak-anak. Benda yang baik kita kena contohi,” katanyalagi.
Kredit Foto: @cikepal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!