“Apa ni lubang-lubang kat depan telinga anak saya ni, doktor? Setiap dua tiga bulan aje mesti bengkak, merah, sakit.. risau saya.”
Jangan risau!
Ia bukan tanda-tanda kanser atau ketumbuhan yang perlu ibu bapa bimbangkan.
Menurut Doktor Telinga, Hidung Dan Tekak, Dr Ezairy M.Sallih, preauricular sinus atau cyst merupakan salah satu ‘congenital anomaly’ yang berlaku semenjak lahir ketika pembentukan embrio lagi. Kajian menunjukkan hampir 1% bayi lahir mengalami masalah ini, dan populasi di Afrika lebih ramai berbanding di Asia.
Ads
Jadi, kenapa ia boleh membengkak, merah dan sakit?
Akibat adanya cyst, sinus atau kantung… apabila berlakunya jangkitan di situ, ia akan menyebabkan berlakunya gejala seperti kemerahan, sakit dan pengumpulan nanah boleh berlaku!
Ads
Jika ini terjadi, ubat antibiotik perlu diberi bagi menghentikan jangkitan dan pembedahan kecil mengeluarkan nanah perlu dilakukan.
Adakah ia akan selesai?
Ads
Tidak. Pembedahan untuk membuang keseluruhan sinus dan kantung tersebut perlu dilakukan sebaik sahaja jangkitan tiada bagi memastikan tiada lagi serangan berulang.
Okey, lepas ni boleh check kat anak-anak. Ada tak lubang seperti ini pada telinga mereka?
Tidur berdiri banyak berlaku, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak. Mungkin kerana tahan mata tak mahu tidur atau badan terlalu letih.
Anak comel Shukri Yahya & Tya Adnan ini selalu beraksi comel. Baru berusia 2 tahun, Ameena nampak pintar dan ceria.
Terbaru, Aaira Ameena tertidur di kerusi dalam keadaan berdiri dengan bersandar kepada sebuah kerusi lengan. Video ini telah dimuat naik ke Instagram si cilik ini dengan kapsyen;
Dah bosan tidur baring…. tidur berdiri pulak lah ?
Tidur dalam keadaan berdiri memang banyak berlaku di kalangan kanak-kanak dan bayi. Aksi cute dan comel Ameena ini menarik perhatian para netizen. Ramai yang kata ia lucu dan menghiburkan.
Kadangkala anak sengaja ugut nak buat sesuatu yang dia tahu kita akan marah, itu tandanya dia cuma nak dapatkan perhatian dari ibu ayah. Tak perasan atau memang biasa situasi ini berlaku tanpa kita sedar ia adalah petunjuk yang anak-anak mahukan ibu ayah memberi perhatian kepadanya.
Sedar atau tidak kurangnya perhatian dari ibu ayah akan membuatkan si kecil menjadi nakal, tak duduk diam dan mengamuk tak tentu pasal. Mungkin anda beranggapan ia perkara remeh kerana ketika itu anda sedang sibuk dengan urusan kerja atau menghadap handphone. Namun disebabkan hal yang kecil dan remeh ini ia boleh memberi kesan terhadap tingkah laku dan emosi anak.
Perkongsian daripada Noor Afidah Abu Bakar, Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK) ini boleh dijadikan panduan berguna kepada semua yang bergelar ibu bapa!
“Pecahkan ni ye Mama. Pecahkan ye!”
Tumpuan kepada kerja-kerja saya terganggu apabila mendengar nada ugutan yang keluar dari mulut seorang anak kecil kepada ibunya.
Saya menjeling ke arah datangnya suara itu. Seorang wanita duduk bersama dua orang anaknya, seorang lelaki yang berusia lingkungan 8 tahun dan seorang perempuan yang berusia lingkungan 6 tahun.
Anak perempuan masam mencuka sementara anak lelaki buat hal sendiri seakan kebosanan.
“Tengoklah abang ni Mama. Tengoklah, Dia kacau.”
Ibu masih khusyuk dengan telefonnya tanpa sebarang ekspresi. “Sekejap la, Mama nak balas ni kejap.” Si Ibu bersuara memberi respon kepada anak tanpa memandangnya.
“Nak pecahkan ni! Nak pecahkan!” Anak perempuan masih mengugut hendak pecahkah ‘tablet’ yang dipegangnya. “Sekejap la.” Balas ibu lembut dengan matanya melekap pada telefon. Sedikit pun tidak dijelingnya kepada anak yang mengugut.
Anak itu kelihatan kecewa kerana tiada perhatian daripada ibu.
“Nak kencing dalam seluar!” Ugutan anak berterusan tetapi kali ini bukan lagi tentang ‘tablet’.
“Kencing dalam seluar!” Sambil anak memegang seluarnya dan memerhatikan si ibu. Mata ibu masih pada telefonnya. Langsung tidak terganggu seolah-olah itu perkara biasa.
Rimas saya melihat si Ibu. “Oh ibu, pandanglah sekejap anak itu. Sudah lama dia cuba mencuri perhatianmu. Sekejap pun jadilah. Dia hanya ingin mengadu.” Getus hati saya.
Selama hampir 20 minit anak mengugut ibu supaya memberi perhatian kepadanya. Dia ingin mengadu tentang abangnya yang mengganggu.
Abang kebosanan, adik diganggunya. Itu biasa.
Balasan ibu hanyalah “Sekejap” “Sabar” “Ibu perlu balas e-mail” Jeling pun tidak. Mungkin itu juga perkara biasa dalam dunia yang serba terkejar-kejar sekarang ini.
Tetapi anak kecil mengugut untuk merosakkan harta benda dan melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, itu luar biasa.
Anak sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian ibubapa. Apa saja seperti anak perempuan ini. Perhatian yang diberikan adalah isyarat bahawa dirinya bernilai dan dihargai. Jika dirinya dirasakan tidak bernilai bagi ibu, kenapa perlu dia peduli tentang tablet atau seluar yang dikotorkan? Itu hanyalah material yang boleh diganti.
Ingatkah lagi penulisan saya tentang ‘sense of belonging?’
Noor Afidah Abu Bakar Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Speech delay merujuk kepada kelewatan dalam keupayaan seorang kanak-kanak itu untuk bercakap atau menghasilkan bunyi.
(Antara produk yang boleh bantu anak-anak bercakap, Followers Pa&Ma boleh klik SINI)
Kelewatan ini ditentukan berdasarkan garis masa yang sepatutnya mereka garis masa perkembangan normal untuk usia mereka. Anda boleh mula cakna tentang tanda-tanda amaran untuk kelewatan bercakap bermula usia 12 bulan.
Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang didiagnosis dengan masalah kelewatan bercakap cenderung untuk mengalami masalah tingkah laku dan emosi di masa hadapan.
Oleh yang demikian, penting untuk ibu bapa bawa si manja ke perhatian doktor bagi menyaring keupayaan mereka untuk bercakap. Sama seperti perkongsian seorang pengguna twitter, Puan Shahirah Zai di mana anaknya turut mempunyai masalah kelewatan bahasa.
Setelah berjumpa doktor, beberapa perkara dikongsi oleh wanita ini untuk rujukan buat ibu bapa lain yang mempunyai masalah sama.
Jika anda mengenal pasti tanda-tanda amaran dalam anak anda yang menunjuk ke arah masalah kelewatan bercakap, dapatkan perhatian doktor segera.
Diagnosis yang lebih awal membolehkan rawatan bermula dengan lebih cepat. Jangan biarkan si manja terus membisu.
Kredit: Shahirah Zai
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi Methadone yang meragut nyawa kanak-kanak 11 tahun di Kajang ini meruntun jiwa apabila sepucuk surat terakhir arwah kepada rakan menjadi kenangan paling menyayat hati.