“Apa ni lubang-lubang kat depan telinga anak saya ni, doktor? Setiap dua tiga bulan aje mesti bengkak, merah, sakit.. risau saya.”
Jangan risau!
Ia bukan tanda-tanda kanser atau ketumbuhan yang perlu ibu bapa bimbangkan.
Menurut Doktor Telinga, Hidung Dan Tekak, Dr Ezairy M.Sallih, preauricular sinus atau cyst merupakan salah satu ‘congenital anomaly’ yang berlaku semenjak lahir ketika pembentukan embrio lagi. Kajian menunjukkan hampir 1% bayi lahir mengalami masalah ini, dan populasi di Afrika lebih ramai berbanding di Asia.
Ads
Jadi, kenapa ia boleh membengkak, merah dan sakit?
Akibat adanya cyst, sinus atau kantung… apabila berlakunya jangkitan di situ, ia akan menyebabkan berlakunya gejala seperti kemerahan, sakit dan pengumpulan nanah boleh berlaku!
Ads
Jika ini terjadi, ubat antibiotik perlu diberi bagi menghentikan jangkitan dan pembedahan kecil mengeluarkan nanah perlu dilakukan.
Adakah ia akan selesai?
Ads
Tidak. Pembedahan untuk membuang keseluruhan sinus dan kantung tersebut perlu dilakukan sebaik sahaja jangkitan tiada bagi memastikan tiada lagi serangan berulang.
Okey, lepas ni boleh check kat anak-anak. Ada tak lubang seperti ini pada telinga mereka?
Anak ‘mabuk’ bila naik kenderaan, boleh cuba petua ini, guna bahan dapur saja. Ada anak yang jenis ‘mabuk’ bila naik kenderaan. Entah macam mana boleh ada simptom tersebut. Asal naik kereta atau kenderaan lain, si kecil akan pening kepala dan muntah-muntah.
Bayangkan kalau yang terpaksa melalui perjalanan jauh balik ke kampung. Sudah tentu ia boleh mengganggu ‘mood’ nak berjalan dan lebih kasihan pada si kecil yang menanggung ketidakselesaan tersebut.
Mabuk perjalanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Ia boleh terjadi sama ada melalui perjalanan dalam kenderaan di darat atau laut mahupun udara.
Antara tanda-tanda anak anda jenis ‘mabuk’ kenderaan adalah kerap meragam, gelisah, mengadu kepala pening, berpeluh walaupun suhu sejuk, berasa loya dan akhirnya muntah hingga boleh mengalami dehidrasi jika terlalu banyak mengeluarkan cairan.
Bagaimanapun ibu ayah jangan risau kerana simptom mabuk kenderaan bukanlah sesuatu yang serius kerana kebiasaannya ia boleh hilang dengan sendirinya.
Tetapi sebagai ibu ayah sudah tentu kita kena sentiasa mengambil tahu dan bersedia membuat persiapan jika anak mempunyai masalah mabuk kenderaan.
Namun adalah wajib untuk kita sebagai ibu bapa mengambil tahu tanda mabuk supaya lebih bersedia, sekali gus tidak menjadikan perjalanan yang dirancang bertukar kepada perkara lain.
Pengalaman anak mabuk kenderaan turut dilalui oleh seorang ayah, Pengiran M. Nizam Rahman yang berkongsi petua tradisional bagaimana mengatasi masalah mabuk kenderaan yang dialami oleh anak kecilnya.
Perjalanan dari Kuching ke Mukah kali ini betul-betul mencabar.
Gerak dari Kuching lebih kurang jam 7.30 pagi. Sampai di Mukah jam 7.00 malam. Penat memandu.
Mungkin anda pernah mengalami situasi bila berjalan jauh, anak-anak mabuk kenderaan. Boleh cuba cara ini. Ambil beberapa biji lada hitam. Lekatkan pada pita pelekat dan tampal pada pusat anak.
Petua guna lada hitam atasi mabuk kenderaan
Bahan-bahan:
Beberapa biji lada hitam
Pita pelekat
Caranya:
Lekatkan lada hitam pada selotep, kemudian tampal pada pusat anak. Pastikan lada hitam berada pada tepat lubang pusat anak. Selamat mencuba!
Biasanya bila di rumah ajar anak membaca, menulis mak ayah rasa sedikit tercabar. Ramai yang selalu suarakan ‘Saya tak boleh nak ajar anak, rasa nak marah je, lagi-lagi sekejap fokus, sekejap nak main”’. Kenapa kita rasa macam ni?
Sebab utama kita tak faham gaya belajar anak lagi-lagi dia usia 3 hingga 6 tahun ini. Kita hanya nak anak fokus dan dengar apa yang kita nak ajar sedangkan tak faham apa ciri yang ada pada mereka.
Perkongsian dari Puan Aminah Hussain nyata sangat membantu ibu bapa untuk mengetahui ciri yang ada pada anak masing-masing.
Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Pakar Keibubapaan dan Kekeluargaan, Ibu Rose ada cara paling mudah untuk kita mengenal gaya belajar anak. Melalui pergerakan mata dia. Biasanya gaya belajar ini kita akan dapat nampak semenjak anak umur 3 tahun ke atas.
Anak visual biasa matanya ke atas. Sebab dia nak tengok gambar atau membayangkan gambar. Anak ini senang belajar menggunakan gambar, televisyen, filem dan buku.
Anak audio matanya biasa ke tengah, tapi muka anak biasanya akan ke tepi sebab anak nak tadahkan telinga untuk mendengar apa yang kita perkatakan. Kena banyak lagu atau cara belajar yang berirama .
Anak kinestetik anak matanya akan pandang ke bawah. Kinestetik dia gabungan rasa/ emosi dan pergerakan. Anak ini kena banyak bermain sambil belajar.
Kenapa nak kena tahu gaya anak kita jenis mana? Sebab paling utama ialah tidak mahu kita naik marah ketika mengajar anak.
Biasa sangat kita baca kisah seorang mak yang tertekan sebab ajar anak, anak tidak dengar atau tidak masuk. Lepas tu kita boleh cakap
“ini yang aku malas nak ajar anak aku ni, ajar bukan nak faham. takpalah nanti suruh cikgu je ajar di sekolah”
Jangan kawan- kawan. Kita perlu sedaya upaya ajar anak sendiri dirumah. Di sekolah hanya sokongan sahaja. Pendidikan bermula dirumah, kita adalah guru pertama anak- anak kita.
Tak dinafikan bahawa anak-anak memang menguji kesabaran kita, selalunya di saat kita terlalu penat di mana pada waktu ini tahap kesabaran kita berada paling rendah.
Ada sahaja yang tak kena, sama ada bergaduh antara adik-beradik, menyepahkan permainan dan buat sesuatu perkara yang diluar jangkaan ibu bapa.
Mungkin kita fikir dengan cara merotan, anak tidak akan buat hal lagi tapi sebaliknya anda perlu tahu memukul hanya jalan sementara sahaja dan tidak memberi pengajaran kepada kanak-kanak tersebut. Mereka akan takut tapi dalam masa sama menjadikannya seorang individu yang submisif dan terlalu menurut perintah.
Harus diingat individu yang dipukul semasa kecil lebih cenderung membesar menjadi individu pendera, selalunya memukul pasangan dan anak mereka sendiri.
Kita juga sering mendengar dalam kalangan masyarakat yang mewajarkan tindakan mereka memukul anak dengan berkata, “saya pun masa kecil pernah dipukul tetapi sekarang membesar dan berjaya je.”
Harus diingat, seorang anak yang dipukul berulang kali akan lebih berdiam diri, menjadi agresif dan tidak mempercayai orang lain. Siapa lagi yang boleh dipercayai jika orang yang paling anda percaya di dalam hidup iaitu ibu bapa, menyakitinya?
Tidak memukul bukan bermakna kurang disiplin. Kata-kata boleh memberi kesan yang lebih mendalam dan berpanjangan berbanding merotan. Sebagai ibu bapa, pada peringkat awal lagi kita harus menentukan batasan-batasan dan apa yang dimaksudkan dengan tingkah laku yang baik dan buruk.
Apabila anak anda berperangai buruk, terangkan kepadanya apa yang dilakukan salah. Daripada menjerit “Jangan, Tidak Boleh!” sekuat-kuat hati, beritahu anak anda mengapa tindakannya tidak boleh diterima. Sebenarnya anda perlu faham, anak kecil yang melakukan sesuatu mesti nak tahu apa Apabila anak anda memanjat, dia bukanlah nakal tetapi hanya bersifat ingin tahu.
Jadi sebagai ibu bapa, sebaiknya gunakan pendekatan berhemah dalam mendidik dan mengajar anak. Jika mahu menggunakan rotan sekalipun biarlah berpada dan tidak memberi kemudaratan pada fizikal dan emosi anak. Semoga kita terus diberi kekuatan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes bunuh kanak-kanak Taiping mengejutkan ramai apabila ibu kandung dan keluarga didakwa menyebabkan kematian mangsa berusia 9 tahun. Ikuti kronologi penuh kes ini.