Menjadi satu masalah bila mana terpaksa menjaga luka selepas menjalani pembedahan C Section selepas melahirkan anak. Bukan seminggu dua bahkan ia mengambil masa yang lama sehingga luka dalaman benar-benar pulih sepenuhnya.
Pun begitu jika tahu cara dan tip yang tepat, luka di kawasan ini sebenarnya cepat sembuh. Tip yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat Abd Razak ini pastinya membantu semua mama selepas bersalin. Jom cuba!
Tips untuk sembuh cepat lepas C-section
1) Makan secara sihat. Eat clean. Tetap suku-suku separuh. Makanan berprotein tinggi – daging, telur, soya contohnya, baik untuk penyembuhan luka dan pembetukan sel/tisu baru. Kalau allergik telur jangan makan, otherwise boleh ambik jika tiada allergi.
2) Minum air yang mencukupi. Pastikan kekal terhidrat. Air mencukupi penting untuk elakkan ibu kering sekaligus tingkatkan risiko untuk dapat thrombosis ( darah beku ). So, jangan sekat minum air.
3) Wound hygiene. Pastikan luka pembedahan sentiasa kering dan bersih. Kalau basah/lembab anginkan luka guna blower from hair dryer.
Ads
Jangan sapu apa apa bahan pada luka, melainkan ubat yang diberikan oleh doktor sahaja. Mandi bersih-bersih seperti sediakala.
4) Abdominal support. Lepas bersalin perut akan menggelebeh akibat lebihan kulit dan akan berasa tak secure bila berjalan sebab dia goyang-goyang.
Pakai abdominal support yang tidak terlalu ketat, mampu pegang perut tu so semasa ketawa, batuk atau bergerak rasa more secure dan tak sakit.
Ads
Pastikan kain abdominal support tu jenis breathable supaya tak panas dan tak berlengas tempat luka tu. Bukan untuk kurus ramping, hanya untuk bagi sokongan pada abdomen sahaja.
5) Pastikan berjalan banyak. Walaupun ada pembedahan, tak bermakna kita kena baring berehat sepanjang masa. Lagi lambat kita jalan, lagi la lambat penyembuhan. So please move a lot. Ambulation dapat kurangkan risk dapat darah beku (thrombosis) juga.
6) Ubat tahan sakit generally safe untuk breastfeeding, manage your pain well. Jangan takut nak ambik ubat tahan sakit.
Ads
7) Jika luka c-Section merah, panas, keluar darah, sakit amat, keluar nanah dan pelik, sila berjumpa doktor. Pemeriksaan perlu dilakukan untuk tengok ada jangkitan kuman atau tak.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehadiran anjing liar sering kali mengganggu ketenteraman awam. Bukan sahaja di tempat kita, malah di negara lain juga turut menghadapi masalah yang sama. Seperti yang berlaku di sebuah hospital swasta di Farrukhabad, Uttar Pradesh baru-baru ini yang mana seorang bayi mati dicakar anjing.
Menurut laporan akhbar antarabangsa, bayi yang baru sahaja dilahirkan ke dunia selama tiga jam itu dicakar anjing sehingga meninggal dunia. Berdasarkan laporan itu juga anjing yang mencakar bayi tersebut memasuki hospital menerusi tingkat di dewan pembedahan.
Ekoran daripada kejadian tersebut yang meragut nyawa, kakitangan hospital tersebut ditahan dan didakwa kerana menyebabkan kematian.
Pegawai penyiasat, Ved Prakash Panday berkata, keluarga mangsa mendakwa bahawa bayi itu ditinggalkan tanpa pengawasan di dalam dewan pembedahan.
“Kami sedang menunggu bedah siasat sebelum membuat sebarang tangkapan berhubung kematian mangsa,” katanya.
Sementara itu, keluarga mangsa mendakwa hospital cuba menyembunyikan kejadian dengan mendakwa kematian bayi itu disebabkan ibunya keguguran.
Mereka mendakwa bahawa ditawarkan wang untuk tidak membuat aduan berhubung perkara berkenaan.
Pihak berkuasa kini menutup hospital berkenaan atas alasan ia beroperasi tanpa lesen.
Dianggarkan, ada lebih 30 juta anjing liar di India dan lebih 20,000 orang di negara itu mati akibat penyakit anjing gila, setiap tahun.
Laporan bahawa anjing merayau di hospital juga bukan perkara asing.
Minggu lalu, ada dakwaan bahawa anjing tidur di katil di hospital kerajaan yang menyebabkan protes awam.
Ibu bapa harus ingat setiap kali nak berikan ubat pada anak-anak, pastikan semuanya telah mendapat nasihat doktor atau ahli farmasi. Jangan beri ikut pengalaman orang sehingga mendatangkan mudarat.
Seperti dikongsikan dalam FB Public Health Malaysia, walaupun kes ini berlaku di negara luar, mungkin ada baik sekiranya ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini.
Bonjela adalah ubat yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut. Produk ini mengandungi salicylate salts iaitu bahan kimia mempunyai kesan yang sama dengan Aspirin.
Kanak kanak berusia 16 tahun ke bawah ditegah dari mengambil Aspirin kerana terdapat risiko Reye Syndrome, satu komplikasi yang boleh menyebabkan kegagalan hati, kerosakan otak dan kematian.
Medicines and Healthcare products Regulatory Agency (MHRA) telah mengeluarkan amaran ini sejak 2006 lagi. Walaupun risiko Reye Syndrome dan penggunaan Bonjela hanya satu teori, amaran ini dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Terkini, seorang bayi dari New Zealand hampir maut setelah mengalami salicylate overdose setelah di sapu cecair Bonjela berulang kali dalam tempoh masa yang singkat.
Bayi berusia 7 bulan itu, berhenti bernafas dan dikejarkan ke hospital.
Kesimpulan
✔️ Rujuk profesional kesihatan seperti doktor dan ahli farmasi sebelum guna
✔️ Untuk keselamatan, kanak-kanak tidak digalakkan untuk menggunakan cecair ini. Sekiranya perlu juga, pastikan guna mengikut arahan. Elakkan penggunaan berlebihan
✔️ Sentiasa ikut dose yang disarankan, pemberian dose berlebihan boleh menyebabkan risiko keracunan
✔️ Terdapat pelbagai alternatif untuk mengurangkan kesakitan gigi yang baru tumbuh (untuk bayi), tanpa salicylate.
Rata-rata kini, sama ada di rumah, di dalam kereta, terutamanya di restoran, penggunaan gajet-gajet elektronik adalah sangat meluas, sehinggakan kita merasakan ia adalah benda paling wajib untuk membantu mententeramkan anak-anak. Telefon pintar merupakan gajet wajib untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil untuk mengelakkan mereka mengganggu ibu bapa yang sedang sibuk atau sebagai hiburan harian untuk si kecil.
Kemudian pula, myopia. Myopia atau rabun jauh telah menjadi isu kesihatan umum global sejak beberapa dekad yang lalu. Memetik statistik terkini dari jurnal optometris, myopia melibatkan kira-kira 85 hingga 90% remaja di beberapa negara Asia seperti Singapura dan Taiwan. Sebagai perbandingan, pada tahun 1950-an, hanya 10-20% penduduk China yang rabun jauh.
Ini jelas menunjukkan secara global, wujudnya kaitan antara penggunaan gajet atau skrin digital yang berlebihan dan peningkatan kes myopia. Tidak boleh dinafikan bahawa kanta lekap, cermin mata atau pembedahan LASIK boleh memperbetulkan rabun jauh, tetapi jika dilihat dari dasarnya, masalah myopia berpunca dari bola mata yang memanjang.
Sebagai kesimpulan, adakah penggunaan telefon pintar dan gajet elektronik boleh dipersalahkan? Jawapan ringkasnya adalah “ya. Ikuti kupasan lanjut mengenai bahaya pengunaan gajet kepada anak-anak kecil Bersama Dr Tan Jin Poi, Pakar Bedah Mata, Pantai Hospital Pulau Pinang.
Bahayakah Gajet Kepada Kanak-kanak?
Menurut Dr Tan Jin Poi, ibu bapa dan kanak-kanak pada masa kini gemar dengan penggunaan gajet dalam rutin harian disebabkan oleh kesan positifnya seperti hiburan atau sesuatu yang menghiburkan anak-anak dan pendidikan untuk kanak-kanak, meningkatkan kemahiran, dan lain-lain.
Tetapi ia boleh memudaratkan jika penggunaan yang berlebihan. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan gajet yang terlalu lama boleh menyebabkan kesan negatif fizikal dan mental contohnya seperti:
Ia benar-benar mengejutkan bahawa satu kajian yang dijalankan Amerika Syarikat mendedahkan 1 dalam 3 kanak-kanak di Amerika Syarikat boleh menggunakan tablet atau telefon sebelum mereka mula bercakap.
Biasanya kanak-kanak yang menggunakan gajet ini selalunya sangat fokus memberi tumpuan pada kandungan sehinggakan mereka tidak memberi perhatian kepada postur mereka, terutamanya jarak mata mereka dari skrin. Ia adalah perkara biasa untuk melihat gajet dengan postur membongkok, berbaring dan selalunya tidak berada dalam postur yang sihat. Dan ini akan memberi kesan kepada badan dan mata.
Bagaimana gajet boleh menjejaskan mata
Jelas Dr Tan Jin Poi lagi merenung skrin elektronik secara berterusan untuk masa yang lama boleh menyebabkan ketegangan mata. sindrom penglihatan komputer juga dikenali sebagai ketegangan mata digital adalah suatu keadaan yang disebabkan oleh masa skrin lanjutan. Ia adalah gabungan mata dan bukan okular gejala
Ini termasuk: tahap penglihatan turun naik, penglihatan berganda, sukar memberi tumpuan, ketegangan mata dan keletihan, mata gatal-gatal, berair, mata merah, mata kering, sakit kepala dan keletihan, leher, belakang dan bahu sakit/lenguh.
Para penyelidik juga menyedari bahawa masa skrin meningkat di kalangan kanak-kanak adalah satu faktor risiko besar untuk pembangunan dan perkembangan sightedness pendek (myopia)
Adalah difahamkan bahawa kelaziman myopia telah meningkat dengan ketara dalam beberapa dekad yang lalu yang berlaku serentak dengan peningkatan penggunaan peranti digital.
Kesan terlalu kerap tumpu pada skrin terhadap mata kanak-kanak
Kajian menunjukkan mereka yang menggunakan skrin dengan kerap mempunyai lebih gejala mata berbanding mereka yang tidak. Didapati bahawa kanak-kanak boleh menghabiskan lebih daripada 2 jam sehingga 9 jam sehari masa pada skrin.
Skrin berkilat pada kebanyakan gajet boleh menyebabkan ‘glare’ yang boleh menyebabkan ketepatan (clear) penglihatan menurun dengan ketara dan dengan itu menyebabkan penglihatan kabur.
Kanak-kanak yang menggunakan gajet lebih daripada 4 jam sehari mempunyai sindrom penglihatan komputer lebih teruk daripada individu yang kurang fokus pada gajet. Oleh itu risiko untuk mendapat masalah myopia (rabun pendek) juga boleh meningkat pada kanak-kanak apabila mereka sering menghabiskan masa kira-kira 8 jam setiap hari pada gajet.
Jika boleh, hadkan jumlah masa kanak-kanak pada alat atau peranti dan tidak membenarkan mereka untuk menggunakan selepas masa mereka tamat. Juga menghadkan masa menonton televisyen. Kanak-kanak kecil boleh menggunakan alat atau peranti satu jam sehari dan dua jam sehari untuk kanak-kanak sekolah sebaiknya tidak perlu menggunakan komputer atau peranti mudah alih lebih daripada 4 jam secara berterusan dalam satu hari.
Penggunaan skrin digital seperti komputer riba, tablet atau telefon pintar melibatkan satu proses penglihatan yang aktif untuk mengekalkan imej yang jelas, iaitu proses akomodasi. Proses akomodasi adalah mekanisme di mana mata berubah fokus dari melihat imej jauh ke dekat dengan mengontraksi otot-otot siliari. Ini membolehkan kanta mata melengkung dan membenarkan imej dekat tertumpu tepat pada retina, dengan itu memberikan fokus yang jelas kepada objek tersebut.
Sebaliknya apabila mata berubah fokus ke imej yang jauh, proses akomodasi merehatkan oto siliari, serat mata ditegangkan dan kanta mata memanjang. Cahaya dari imej jauh akan tertumpu tepat pada retina. Pemfokusan pandangan ke objek dekat untuk tempoh yang berpanjangan, contohnya ketika menggunakan telefon pintar, memerlukan otot siliari kontraksi/mengecut untuk masa yang lama.
Apabila mata berubah fokus ke imej yang jauh, ada kalanya otot siliari gagal untuk direhatkan untuk membolehkan kanta mata memanjang dan seterusnya memfokuskan cahaya dari imej jauh ke retina. Keadaan ini dipanggil ‘Kekejangan Akomodasi’. Imej jauh tersebut akan terfokus di hadapan retina dan menyebabkan kekaburan. Sindrom ini dipanggil pseudo-myopia atau rabun jauh palsu. Pada kebiasannya, keadaan ini bersifat sementara dan akan hilang selepas penggunaan skrin digital diberhentikan.
Antara kesan-kesan kerana terlalu lama merenung skrin
Menurut kajian yang berbeza, kanak-kanak akan berkemungkinan memiliki berat badan berlebihan atau mempunyai masalah penglihatan apabila mereka menghabiskan terlalu banyak masa dengan menggunakan alat atau peranti gajet.
Pemikiran dan perkembangan emosi dalam tempoh lima tahun pertama seorang kanak-kanak adalah penting. Menghabiskan masa lebih daripada dua jam sehari pada sesuatu skrin boleh menyebabkan perkembangan kognitif perlahan dan defisit perhatian.
Oleh itu, secara keseluruhannya adalah dinasihatkan untuk mengurangkan masa skrin dan menambah penglibatan aktiviti-aktiviti lain untuk mempunyai pembangunan tumbesaran mereka yang seimbang.
Cara untuk praktikkan gaya amalan mata sihat untuk anak-anak
Mungkin tidak realistik untuk menghentikan kanak-kanak dari menggunakan alat dan peranti digital pada hari ini. Namun ibu bapa boleh mengamalkan cara yang sihat supaya mata si kecil tidak terlalu terdedah dengan bahaya penggunaan skrin yang lama. Antaranya adalah:
Waktu sesuai untuk membuat pemeriksaan mata
Menurut Dr. Tan Jin Poi, seorang doktor atau pakar profesional kesihatan akan memeriksa bayi yang baru lahir dan ketika ibu bapa membawa anak mereka untuk pemeriksaan susulan atau apabila diberi vaksinasi. Mereka akan menyaring dan melihat sebarang jangkitan mata, kecacatan mata, katarak kongenital atau glaukoma semasa pemeriksaan dan lawatan.
Selain itu juga, bu bapa boleh membawa anak-anak mereka kepada optometris, pakar pediatrik atau pakar mata seawal 3 hingga 5 tahun untuk saringan mata selagi mereka boleh bekerjasama.
Walau bagaimanapun, jika ibu bapa mula perasan anak mempunyai masalah juling (strabismus), mata malas (amblyopia), isu mata memberi tumpuan atau mata murid berwarna putih (leukocoria) semasa mengambil foto, kanak-kanak perlu menjalani pemeriksaan yang menyeluruh oleh pakar mata. Sebaiknya kanak-kanak yang sudah berusia 5 tahun dan ke atas, digalakkan membuat pemeriksaan mata setiap tahun.
Tip untuk melindungi kanak-kanak dari kesan buruk skrin elektronik
Dalam era ini, ia tidak praktikal untuk menghentikan diri kita sendiri atau anak-anak kita daripada menggunakan peranti ini. Oleh itu, ia adalah penting bahawa kita harus cuba untuk mengurangkan kesan alat-alat ini pada anak-anak kita.
Ia adalah penting untuk ibu bapa dan penjaga untuk mewujudkan gaya hidup yang seimbang dan sihat untuk anak-anak mereka sejak awal usia. Ini boleh menjadi penting dalam membesarkan anak-anak yang dapat menjaga diri mereka sendiri semasa dewasa.
Makanan baik untuk mata?
Kemungkinan kita mesti mempunyai mengambil sejenis makanan yang cepat dimasak dan disiapkan tetapi sebaik-baiknya elakkan makanan yang telah diproses. Ini kerana makanan segera yang diproses mengandungi bijirin halus, lemak, gula, garam, dan bahan tambahan yang membawa kepada peningkatan keradangan dan tekanan oksidatif, mempercepatkan proses degeneratif.
Awas: Elakkan mengambil suplemen berlebihan. Lebih tidak semestinya lebih baik. Terdapat bahaya nutrien diulang yang boleh menyebabkan mudarat kepada badan. Berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...