Kehilangan bayi di taska memang satu peristiwa yang meruntun jiwa. Sebagai seorang ibu, setiap saat teringat wajah kecil anak, senyuman manisnya, bau tubuhnya… semua tu buat rindu jadi semakin dalam. Malam-malam yang sunyi, selalu terfikir, “Kalau ada dia, mesti rumah ni lebih meriah.” Tapi sekarang, hanya kenangan yang tinggal, dan hati ni tak pernah berhenti bertanya, kenapa?
Nyata, setiap ketentuan yang ditakdirkan Allah SWT itu di luar kemampuan kita untuk menolaknya dan ia juga tidak boleh diubah kerana sudah tertulis sejak di Luh Mahfuz lagi.
Namun sebagai manusia, pastinya jiwa sentiasa merindui yang tersayang. Lebih meruntun jiwa anak yang baru lahir.
Begitulah yang dirasai oleh Nurul Fateha Sandollah yang kehilangan bayinya, Haura Najia yang baru berusia 6 bulan di sebuah taska di Melaka.
Terbaru menerusi perkongsianya di Facebook, dia meluahkan rasa isi hatinya tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
Ads
DUA-DUA BAYI INI MENINGGAL DI TASKA DI MELAKA. Sept 2024 dan Oktober 2022
Ironinya bayi yg br meninggal ini mendapat tindakan awal dari polis n mendapat keputusan postmortem yg cepat dari forensik dan bukti kukuh melalui cctv. Sakitnya kehilangan spt ini sbb sy masih merasa kan hgga kini. Keluarga ini 13 tahun menunggu zuriat pertama.. Manakala sy mendapat bayi ke3 sy selepas 7 tahun.
Tetapi bayi sy HAURA Najia 6 bulan meninggal di taska pada 27hb Oktober 2022 tidak mendapat tindakan yg sewajarnya dari pihak polis dan forensik dan JKM
Berbulan baru keputusan postmortem diterima yg akhirnya tidak memihak kepada kami.
Ads
CCTV taska pula dikatakan dummy tetapi firasat sy kuat menyatakan cctv telah dipadamkan kerana polis lmbt tiba di taska tersebut untuk menyiasat.
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MELAKA tiada mengambil apa2 tindakan terhadap taska tersebut malah sesorg kakitangan jkm dengan lancang berjaya KAMI AKAN BANTU TASKA BEROPERASI SEMULA. Dan ya taska itu hanya di tutup sementara dan telah melebarkan sayapnya semula tanpa ada apa2 tindakan sewajarnya. Lesen tros diberikan selepas lebih 10tahun beroperasi tanpa lesen.. Hebat bukan JKM Melaka?
APA YG SY HENDAK? HANYA PENJELASAN SY PERLUKAN DAN TINDAKAN SEWAJARNYA DR PIHAK TERLIBAT. TETAPI KES ANK SY DISENYAPKAN OLEH MEREKA2..
ALLAH itu ada..kepada yg terlibat sy tidak redha atas perbuatan dan tindakan anda semua terhadap ank sy..
Alfatihah bayi2 syurga.. Tunggu ibu n baba di sana.
Ads
Haura syg jumpalah ibu walau seketika kerana ibu amat rindukan haura.. Peluklah ibu walau dlm mimpi kerana ibu rindu pelukan terakhir haura.. Maafkan ibu…
Meninjua di ruangan komen rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Seorang ibu berlari ke sekolah membawa baju sukan yang anaknya tertinggal. Seorang ayah menulis semula karangan anak kerana katanya “cikgu takkan faham bahasa budak-budak”. Seorang ibu menghubungi guru untuk minta anaknya dikecualikan dari pembentangan kelas kerana anaknya pemalu.
Jika situasi ini pernah berlaku pada anda — mungkin tanpa sedar, anda telah tergolong dalam kumpulan “lawnmower parents”.
Apa Itu Lawnmmower Parenting?
Lawnmower parenting ialah gaya keibubapaan di mana ibu bapa “menebas” segala halangan, cabaran atau kesusahan di hadapan anak agar anak tidak perlu berhadapan dengan ketidakselesaan, kegagalan atau kekecewaan.
Ibarat mesin pemotong rumput yang meratakan segala halangan kecil di tanah, ibu bapa jenis ini akan melakukan apa sahaja untuk memastikan laluan anak sentiasa licin dan selamat walaupun itu bermaksud mengambil alih peranan yang sepatutnya anak pelajari sendiri.
Kenapa Ibu Bapa Jadi Begini?
Dalam dunia yang makin mencabar, ramai ibu bapa hari ini rasa bertanggungjawab untuk melindungi anak dari kegagalan, dari kekecewaan, dari tekanan emosi dan mental. Niatnya memang baik, sayang anak, nak anak berjaya.
Namun, dalam usaha melindungi, kita sebenarnya menafikan hak anak untuk belajar berdikari, mengurus tekanan dan membina ketahanan emosi (resilience).
Tanda-Tanda Anda Seorang Lawnmower Parent
✅ Anda selesaikan masalah untuk anak, bukan bersama mereka Contoh: Anak tertinggal kerja sekolah? Anda tulis semula.
✅ Anda mengelakkan anak daripada situasi yang mencabar Contoh: Tak benarkan anak menyertai pertandingan kerana takut mereka kalah.
✅ Anda menghubungi guru, jurulatih atau pihak sekolah setiap kali anak stres Contoh: Minta anak dikecualikan dari aktiviti kerana terlalu penat.
✅ Anda lebih risaukan ketidakselesaan jangka pendek berbanding pembentukan jangka panjang Contoh: Biarkan anak ponteng kerana “hari ni dia moody sikit”.
Apa Kesan Gaya Ini Pada Anak?
“Jika kita sentiasa membuka payung untuk anak setiap kali hujan, mereka takkan belajar mencari perlindungan sendiri.”
Antara kesan jangka panjang yang sering dilaporkan:
❌ Anak sukar berdikari – Tak tahu buat keputusan tanpa bantuan
❌ Takut gagal – Mudah putus asa bila diuji
❌ Kurang keyakinan diri – Sentiasa rasa tak cukup bagus
❌ Cepat stres dan tak tahan tekanan – Kerana tidak biasa berhadapan dengan konflik atau cabaran
Apa Yang Boleh Ibu Bapa Lakukan Sebaliknya?
Berikut ialah pendekatan yang lebih sihat dan seimbang:
1. Beri Ruang Untuk Anak Rasa Susah (Tapi Dalam Seliaan)
Biarkan anak belajar menghadapi situasi tidak selesa, seperti kegagalan kecil atau konflik rakan. Tugas kita ialah menjadi pendengar dan penyokong, bukan penyelamat automatik.
2. Fokus Pada Proses, Bukan Keputusan
Puji usaha, bukan hanya hasil. Jika anak kalah pertandingan, tanya mereka apa yang mereka belajar — bukan kenapa tak menang.
3. Ajarkan Strategi Menghadapi Masalah
Ajar anak fikirkan pilihan bila berhadapan dengan cabaran. Jangan terus beri jawapan — galakkan mereka cari penyelesaian sendiri.
4. Tunjukkan Keyakinan Anda Pada Kemampuan Anak
Bila ibu bapa yakin anak boleh hadapi situasi sukar, anak juga akan percaya pada dirinya sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekarang ni, memang jadi trend di media sosial untuk Mama Papa berkongsi gambar atau video anak. Kadang-kadang comel sangat tengok anak gelak, menari, atau pakai baju sedondon, sampai rasa rugi kalau tak kongsi dengan kawan-kawan online. Untuk rasa lebih “selamat”, ramai Mama Papa pilih untuk tutup wajah anak dengan emoji. Nampak macam dah cukup melindungi, kan?
Tapi, realitinya cara ini tidak lagi selamat. Teknologi AI kini mampu menanggalkan emoji atau pelekat yang diletakkan di atas wajah anak, malah boleh membina semula wajah mereka. Jadi, emoji bukan lagi perisai yang boleh menjamin privasi anak.
Ikut Trend, Tapi Risau Keselamatan
Mama Papa sebenarnya tidak salah nak ikut trend. Normal untuk kita rasa bangga dengan anak, nak tunjukkan momen manis mereka di timeline. Tapi dalam masa yang sama, ramai juga yang mula risau – betul ke emoji cukup untuk lindungi anak? Atau sebenarnya kita tanpa sedar mendedahkan anak kepada bahaya lebih besar?
Bahaya over-expose anak di media sosial bukan sekadar orang luar kenal wajah mereka. Lebih membimbangkan, butiran kecil seperti pakaian sekolah, logo tadika, atau latar belakang rumah boleh mendedahkan lokasi sebenar anak. Pemangsa boleh meneka di mana anak tinggal, belajar atau bermain hanya melalui satu gambar atau video.
Risiko Bila Gambar Anak Disalahguna
Apabila wajah anak dapat dibina semula oleh AI, gambar mereka boleh disalahgunakan – dari bahan eksploitasi hingga identiti palsu. Lebih menakutkan, sekali gambar dimuat naik ke internet, ia akan kekal selamanya. Walaupun Mama Papa padam kemudian, salinannya boleh terus beredar dan dimiliki orang lain tanpa kita sedar.
Cara Kongsi Gambar Anak Dengan Lebih Selamat
Mama Papa tak perlu berhenti terus berkongsi gambar atau video anak, tapi kongsilah dengan lebih bijak:
Kaburkan wajah atau gunakan filter yang benar-benar menyamarkan identiti, bukan sekadar emoji.
Elakkan kongsi butiran sensitif seperti lokasi, pakaian sekolah atau nombor plat kereta.
Hadkan circle audience – kongsi secara peribadi dengan orang yang dipercayai, bukan secara terbuka.
Jangan ikut semua trend secara membuta tuli, fikir dulu risiko jangka panjang pada anak.
Kesedaran Ibu Bapa Adalah Perlindungan Sejati
Akhirnya, emoji hanyalah hiasan bukan pelindung sebenar. Perlindungan sejati datang daripada kesedaran ibu bapa untuk mengawal sejauh mana kita mendedahkan anak di media sosial. Privasi yang dijaga hari ini adalah benteng keselamatan dan masa depan mereka.
Mama Papa, trend sosial media memang menyeronokkan, tapi jangan sampai ia jadi pintu bahaya buat anak. Ingatlah, kadang-kadang tidak berkongsi itu lebih selamat daripada ikut trend semata-mata.
Bayi Mula Babbling: Tanda Awal Perkembangan Bahasa yang Penting
Setiap ibu bapa pasti teruja apabila melihat bayi mereka mula mengeluarkan bunyi-bunyi lucu dan tidak dapat difahami — fenomena yang dipanggil babbling. Babbling adalah salah satu tanda awal perkembangan bahasa bayi yang sangat penting kerana ia merupakan asas komunikasi dan bahasa yang lebih kompleks di masa hadapan.
Adakah Huruf Pertama Menentukan Siapa yang Disebut Dulu?
Satu perdebatan klasik di kalangan ibu bapa: “Anak sebut ‘mama’ atau ‘dada’ dulu?”
Jawapannya? Ia tidak menentukan siapa yang anak lebih sayang. Kajian linguistik menunjukkan bahawa bunyi “da” kadang-kadang keluar lebih awal kerana lebih senang dihasilkan daripada segi otot mulut, walaupun si ibu lebih banyak bersama bayi.
Jadi, jika bayi sebut “dada” dulu, jangan kecil hati ya, ibu!
Babbling Lambat – Perlu Risau atau Tidak?
Setiap bayi berkembang mengikut masa mereka sendiri. Namun, jika:
Bayi tidak mengeluarkan bunyi babbling langsung selepas umur 10 bulan
Tidak menunjukkan reaksi kepada suara ibu bapa
Hanya menggunakan satu bunyi berulang melebihi usia setahun
… maka wajar untuk berbincang dengan pakar pediatrik atau pakar patologi pertuturan-bahasa (SLT). Kadang-kadang, ia mungkin petunjuk kepada masalah pendengaran, autisme, atau kelewatan pertuturan.
Bagaimana Ibu Bapa Boleh Galakkan Babbling?
Berbual dengan Bayi: Sentiasa bercakap dengan bayi walaupun mereka belum faham. Ini membantu bayi mengenal bunyi dan irama bahasa.
Balas Babbling Bayi: Bila bayi babbling, balas dengan suara atau kata-kata mudah untuk galakkan bayi meneruskan percubaan bercakap.
Gunakan Bahasa Tubuh: Senyum, buat mimik muka dan gunakan ekspresi wajah yang mesra untuk menarik perhatian bayi.
Bacakan Buku Bergambar: Ini juga dapat membantu bayi mengenal bunyi dan kosa kata baru.
Babbling bukan sekadar fasa ‘comel-comel’ bayi. Ia adalah landasan awal komunikasi manusia, satu perjalanan penting dari bunyi ke perkataan, dari perkataan ke ayat, dan dari ayat ke kefahaman.
Jadi, bila bayi anda mula menyebut “ba-ba” sambil tersenyum manis—sambutlah dengan bangga. Itu adalah suara pertama mereka menjelajah dunia bahasa. Dan anda, ibu bapa, adalah guru pertama yang mereka dengar dan tiru.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.