Kehamilan

“Maafkan Umi Tak Perasan Kehadiran Awak.” Ardell Kongsi Kandungannya Dah 4 Bulan

Share

Pelakon Ardell Aryana yang disahkan hamil baru-baru ini mendedahkan bahawa usia kandungannya itu sebenarnya sudah mencecah empat bulan.

Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, rezeki tanpa saya sedar esok genap empat bulan usia ini dalam perut umi. Maafkan Umi tak sedar kehadiran awak.

“Tiba-tiba awak dah boleh gerak tendang-tendang je. Masya-Allah,” kongsinya.

Menerusi entri berkenaan, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu turut berkongsi rakaman video ujian imbasan ultra bunyi yang dilakukannya.

Pendedahan Ardell itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan rakan artis dan pengikutnya.

Rata-rata mereka gembira dengan perkhabaran tersebut dan tidak sabar untuk melihat Ardell bergelar seorang ibu.

“Ya Allah, empat bulan dah?! Takde alahan sayangku, jangan layan sangat jangan fikir sangat tau pasal alahan-alahan ini. Insya-Allah okay je.

“Tak sabarnya nak tengok baby macam tak percaya kita duk shoot Anakku Diva dulu sekali sekarang awak dah mengandung,” komen pelakon Ramona Zamzam.

Terdahulu, suami Ardell yang juga pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi berita gembira mengenai kehamilan isterinya pada minggu lalu.

Tak tahu ada Ardhawardhell junior dalam perut

Sebelum ini Nadzmi turut berkongsi berita gembira ini bersama pengikut dan peminat di laman sosial.

Nadzmi pada awalnya tidak menyangka sikap Ardell yang semakin kuat makan dan mual sejak akhir-akhir ini merupakan petanda bahawa dia bakal bergelar seorang bapa.

Menurutnya juga, ketika kunjungan mereka ke Syria baru-baru ini rupanya isterinya Ardell sudah mengandung. Nadzmi meluahkan rasa syukur dan memohon doa orang ramai agar isteri dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat.

“Syukur pada Allah ️ Saya tak tahu pun dah ada adhwardell junior dalam perut awak masa ni. Tiba tiba sekarang dapat tahu. Sebak sangat. Patut la awak asyik nak makan je. Tapi lepas tu awak tak nak makan. Dari bulan lepas teman awak tido dalam toilet sebab muntah teruk ingat kan penyakit lama awak datang balik sebab awak tak nak makan dan asyik muntah.

“Rupanya Allah nak bagi kita rezeki untuk kita bawa dia pergi bersama kita di Syria. Terima Kasih Allah ! Alhamdulillah ! Semoga Allah permudahkan segala urusan awak dan sentiasa diberkati Allah. Saya akan sentiasa ada di sebelah awak. Minta korang doakan isteri dan anak dalam kandungan sentiasa sihat ya ️ Syukur Ya Allah #Adhwardell Junior 2020 New Journey for me”

Tahniah buat pasangan selebriti ini. Didoakan semoga perjalanan kehamilan Ardell berjalan lancar dan semoga ibu dan kandungan berada dalam keadaan baik dan sihat sentiasa.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu.

Sumber: ig ardellaryana

IKLAN