Pejam celik pejam celik, dah 10 bulan buah hati Izara Aishah dan Adib Khalid. Puteri sulung yang diberi nama Irisa Alaia ini nampaknya semakin lincah dan pandai buat mimik muka tiap kali depan kamera.
Bukan itu saja, kecomelan Irisa Alaia yang bermata sepet dan berkulit putih mulus ini buatkan ramai peminat ibunya geram melihat keletahnya yang comel.
Melalui perkongsian di instagram Izara Aishah, bergelar seorang ibu benar-benar buatkan dirinya rasa lengkap. Boleh dikatakan setiap aksi anak perempuannya dijadikan momen dan dikongsi bersama peminat.
Apa yang membuatkan ramai geram dengan aksi comel Irisa Alaia adalah dia suka tersenyum. Tak kisah bangun dari tidur atau bermain sekalipun, senyuman tak lekang dibibirnya.
Ads
Makin besar, ramai yang cakap wajah Irisa Alaia seperti anak Korea dengan rambutnya yang hitam dan ikal. Siapa tak cair tengok wajah comel cucu Datuk Seri Siti Nurhaliza ni kan?
Ads
Tidak seperti anak selebriti yang lain, setiap perkembangan Irisa Alaia ini hanya boleh dilihat di instagram Izara Aishah.
Sebelum ini, Izara Aishah dan Adib berkahwin pada 17 November 2017 sebelum dikurniakan Irisa Alaia pada 15 April 2020.
Kredit: Ig Izara Aishah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak kerap demam, perkara yang biasa diperiksa adalah adakah tonsil anak bengkak. Keadaan ini boleh menyebabkan kerisauan ibu bapa. Sudahlah demam berpanjangan, anak pula tidak mahu makan atau minum sebab hilang selera.
Kerap demam akibat terkena jangkitan tonsil memang mengundang dilema dan persoalan. Perlukah anak dibedah untuk buang tonsil? Apakah rawatan terbaik untuk tonsil? Bahayakah tonsil kepada kanak-kanak?
Berikut antara perkongsian Doktor Telinga, Hidung Dan Tekak, Dr Ezairy M.Sallih
Sakit tekak dan tonsil…. bila anak saya perlu dibedah?
Tak semua masalah sakit tekak adalah disebabkan oleh masalah tonsil. Dan tak semua masalah tonsil perlu dibedah!
“Tapi, tonsil anak saya besar sangat doktor, tidurnya pun berdengkur teruk…”
Sakit tekak boleh berlaku oleh sebab lain selain daripada tonsil. Walaupun pembedahan membuang tonsil sudah dilakukan, anda masih boleh mengalami masalah sakit tekak sekiranya masalah resdung tidak dikawal, ada jangkitan lain di kawasan tekak dan sebagainya.
Oleh itu, bila pembedahan membuang tonsil perlu dilakukan?
Jadi, jumpalah doktor jika ada sebarang masalah. Jangan membuat konklusi sendiri.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menulis merupakan satu kemahiran 3M yang perlu dikuasai kanak-kanak selain membaca dan mengira. Tak seperti membaca, anak-anak lebih cepat terasa penat dan cepat putus asa untuk menulis.
Nak tahu lanjut mengenai urutan untuk anak belajar menulis, ini perkongsian Puan Hanis Athirah Rusli. Moga membantu ibu bapa untuk melatih anak menulis dengan baik dan tulisan akan jadi cantik.
Sebelum belajar menulis, anak-anak akan melalui peringkat pra tulisan. Sebab itu jika anak menconteng jangan dimarahi mereka, kerana ini merupakan satu peringkat anak belajar mengenali sekeliling mereka sambil tinggalkan kesan yang ke atas permukaan tersebut.
Cuma bimbinglah mereka, salurkan ditempat yang betul. Jemput baca disini
Selain menconteng, pada peringkat pra tulis ini kita oleh bantu anak membuat latihan otot, tangan dan jari serta aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan tangan. Bila tangan kuat, mudahlah anak untuk belajar menulis. Jadi, hari ini saya ingin kongsikan urutan menulis mengikut perkembangan usia anak.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak lelaki ini pernah viral suatu ketika dulu kerana menolak gajet dan memilih melakukan kerja-kerja rumah dan luar rumah. Pa&Ma kali ini berpeluang menemuramah ibunya berkongsi tip berguna.
Kata ibunya yang bertugas sebagai seorang jururawat, Norliyanti Ramli anak keduanya itu memang sudah dilatih daripada usia 2 tahun lagi. Pada awalnya dia menggunakan sistem reward dan pujian serta ucapan terima kasih selepas Mikail berjaya melakukan sesuatu tugasan.
“Kami dedahkan dia dengan mainan-mainan lain contohnya lego, mewarna, menconteng, berenang, bermain di taman permainan, mengayuh basikal dan sebagainya,” kata ibu Mikail.
2 TAHUN SUDAH MULA AJAR BUAT KERJA RUMAH
“Saya mula melatih anak dr umur 2 tahun contohnya membuang lampin pakai buang sendiri ke dalam tong sampah. Letak botol susu ke dalam sinki atau atas meja selepas minum. Saya libatkan anak dalam kerja-kerja rumah, saya selalu ajak diorg buat sama,” katanya yang turut berkongsi apa yang dilakukan untuk melatih Mikail.
Umur 2-3 tahun
2. Baju kotor ke dalam bakul.
3. Kemas mainan.
4.Gosok gigi dan mandi sendiri tapi mesti di pantau
Umur 4-6tahun
2. Kutip & masuk kan sampah dlm bakul.
3. Kemas katil sendiri.
4. Lap meja selepas makan.
5. Susun pinggan.
JAGA ADIK & URUS PAKAIAN SENDIRI
Pada usia 6 tahun Mikail sudah boleh menjaga adiknya yang masih bayi. Dia sudah boleh menguruskan pakaian sendiri, menggunakan mesin basuh, membancuh minuman, memasak nugget & kentang goreng menggunakan air fryer, menggunakan vaccum cleaner untuk membersihkan rumah, melipat pakaian dan menggosoknya.
KEMAS PAKAIAN SENDIRI & TAHU PACKING KALAU NAK BERCUTI
Mikail juga menurut ibunya boleh mengemas barang sendiri untuk bercuti atau pulanh ke kampung halaman. “Mama cuma bagi tahu berapa hari nak pergi dan tempat, Mikail boleh bawa pakaian dan peralatan yang sesuai dengan tempat,” kata Norliyanti.
Ibu ini turut mendedahkan yang Mikail turut mengambil tahu barangan di dapur. Mikail malah boleh mengingati senarai barang yang sudah habis dan perlu dibeli.
SYUKUR KERANA WAKTU TERDESAK ANAK BOLEH BERDIKARI & BANTU
Norliyanti mengimbau saat suaminya mengalami kecederaan akibat kemalangan jalanraya & dia sendiri masih belum kuat kerana baru melahirkan anak ketiga.
“Kami telah diuji pada awal tahun lepas di mana suami kemalangan dan perlu bertongkat selama 8 bulan. Saya pula berpantang tapi saya bersyukur anak-anak boleh uruskan diri sendiri. Boleh tolong tukar pampers baby, buat kan susu dan kemas rumah.”
HUBUNGAN RAPAT DENGAN SI AYAH
Mikail mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya. Kata Norliyanti, aktiviti outdoor anak beranak ini bermula dari usia Mikail 5 tahun. Dia mengakui setiap anak lelaki memang perlu mempunyai hubungan rapat dengan ayah.
“Sejak dari 5 tahun selalu ikut my husband. Mereka ada geng camping,memancing, tengok bola. Mikail pernah masuk hutan start dari 12 tengah malam dari camp site dan berjalan sampai camp pada pukul 4 pagi. Dia pandai gunakan masa dalam kereta untuk tidur dulu.
“Sebenarnya bapa kena jadi idola kepada anak lelaki. Sebab di luar anak lelaki tidak akan jumpakidola mereka. Di sekolah pun ramai guru perempuan. Anak lelaki lebih mudah terpengaruh dengan perangai bapa mereka,” kata Norliyanti.
TIDAK SIA-SIA, ILMU URUS DIRI & BERDIKARI BERGUNA PADA MASA DEPAN
“Bagi saya sangat penting untuk mereka berdikari sekurang-kurangnyanya mereka dapat sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Contohnya kalau perlu duduk di asrama nanti. Mereka dah biasa basuh baju dan gosok baju, menjaga harta benda sendiri. Ini semua memudahkan urusan seharian,” kata Norliyanti.
Pada hemat ibu ini, anak lelaki juga penting diajar kerja-kerja rumah. Ia tidak akan sia-sia kerana boleh membantu meringankan beban isteri jika sudah berkeluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.