Dia yang kini hamil empat bulan berkata, dirinya cukup teruja untuk berkongsi berita gembira berkenaan selepas lama menyimpan rahsia.
“Alhamdulillah, inilah kejutan sangat bermakna buat kami, akhir tahun lalu, ketika dalam perancangan ingin bercuti bersama keluarga.
Ads
“Kami mendapat tahu, kami bakal memiliki keluarga kecil sendiri!” katanya sambil menyatakan, semua pihak termasuk rakan perniagaan kini pasti maklum alasannya membatalkan pertemuan mereka sebelum ini.
Menyifatkan kehamilannya sebagai satu keajaiban, Sarimah dan suami tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata sulung.
Ads
Pada masa sama, Sarimah memohon peminatnya mendoakan agar proses kehamilannya berjalan lancar.
“Satu rahmat besar daripada Allah, akhirnya doa kami dijawab dengan hadiah yang indah dari syurga.
Ads
“Alhamdulillah untuk keajaiban ini. Sayang (suami) dan saya terlalu bersyukur dan gembira. Tolong doakan yang terbaik untuk kami dan buat putera atau puteri kami,” katanya.
Penyanyi lagu Kini Kau Tiada itu berkahwin dengan cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, pada 2 April 2015.
Sumber: Instagram CP Sarimah Ibrahim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak ibu-ibu dengar mengenai urutan perineum? Satu kajian pernah dijalankan menunjukkan urutan perineum ini mampu mengurangkan koyakan pada bahagian vagina kita semasa bersalin sekaligus mengurangkan risiko ‘kena gunting’ oleh doktor.
Kebanyakan wanita yang mengamalkan urutan ini melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan pada bahagian perineum atau faraj dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin normal
Anda boleh memulakan urutan perineum bermula pada minggu ke 34 dan sehingga saat ingin bersalin. Anda boleh lakukan sendiri dirumah, 2 kali sehari dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan bahan semulajadi.
Antaranya minyak zaitun, minyak kelapa dara dan sebagainya. Elakkan minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua minyak yang mengandungi bahan kimia. Nak jamin keselamatan anda, buat minyak sendiri dengan menggunakan kelapa parut yang ala- ala minyak selusuh tu.
Anda boleh minta tolong suami yang urutkan tapi yang penting lakukannya dalam keadaan tenang dan jangan sesekali dalam keadaan terpaksa. Waktu yang sesuai ialah selepas mandi dan jika anda ragu- ragu, boleh dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan urutan ini. Urutan ini tidak dibenarkan jika anda mempunyai jangkitan pada bahagian faraj.
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika hamil. Hal ini dapat memudahkan proses bersalin dalam masa yang sama dapat elakkan bahagian faraj kita digunting oleh doktor. Sekali lagi, selamat melahirkan anak-anak hebat, semoga semuanya mudah dan menjadi pengalaman berharga buat ibu- ibu semua.
Sumber: ibudoakan.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Merawat ketidaksuburan boleh jadi suatu perkara yang menyukarkan. Ia memerlukan pelbagai usaha, terutama jika anda berada dalam lingkungan 30-an, bermakna peluang anda untuk hamil adalah rendah berbanding wanita yang berusia awal 20-an.
Ini belum lagi termasuk risiko keguguran atau kecacatan kehamilan yang meningkat bagi wanita yang hamil pada lanjut usia. Malahan, lelaki juga berdepan dengan masalah yang sama. Bagaimanapun, terdapat rawatan untuk menangani masalah ketidaksuburan.
Apakah rawatan ketidaksuburan untuk wanita?
Rawatan ketidaksuburan bergantung kepada jenis masalah yang anda alami kini. Jika anda mengalami masalah ovulasi, pengambilan ubat adalah salah satu pilihan untuk anda. Terdapat ubat Clomiphene atau Metformin untuk membantu masalah ovari. Jika keadaan bertambah buruk, seperti sistem pembiakan atau reproduktif anda tidak berfungsi dengan betul, maka pembedahan mungkin diperlukan untuk memulihkannya semula.
Walau bagaimanapun, bukan semua punca ketidaksuburan perlu dipulihkan atau dikesan dahulu. Dengan punca yang tidak dapat dijelaskan, masa dan keadaan terkini anda mungkin dapat membantu dalam merawat masalah ini.
Apakah pula rawatan ketidaksuburan untuk lelaki?
Ketidaksuburan lelaki selalunya melibatkan sperma. Lazimnya, terdapat berjuta-juta sperma dalam setiap ejakulasi dan hanya satu yang akan disenyawakan. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami ketidaksuburan, ini bermakna sperma anda tidak cukup baik. Terdapat kemungkinan anda mengalami sperma abnormal, bilangan sperma rendah atau mungkin tiada sperma dalam air mani anda. Dalam kes-kes seperti ini, sperma anda mungkin akan dikumpul dan dirawat bergantung kepada keadaan.
Rawatan lazim untuk ketidaksuburan
Dengan teknologi perubatan yang maju, berikut merupakan jenis rawatan baru yang bermanfaat untuk kedua-dua jantina – ART – Bantuan Teknologi Reproduktif.
Dengan ART, proses persenyawaan tidak berlaku seperti biasa semasa melakukan hubungan intim, sebaliknya ia berlaku dengan campur tangan saintifik. Terdapat beberapa jenis ART, seperti di bawah:
Rawatan pembenihan In vitro – IVF
Jika satu telur tidak cukup untuk sperma, maka dengan IVF, masalah ini hampir dapat diselesaikan. Telur diletakkan ke dalam uterus wanita, sekali gus meningkatkan peluang untuk persenyawaan. Kaedah ini boleh dilakukan di luar, iaitu di dalam makmal, dengan tiub tiruan. Sebaik sahaja telur telah disenyawakan, ia akan dimasukkan ke dalam uterus wanita. Kaedah ini boleh meningkatkan peluang untuk hamil lebih daripada seorang bayi memandangkan proses ini melibatkan lebih daripada satu telur.
Suntikan Sperma Intracytoplasmic – ICSI
Anda mungkin sudah boleh mengagak kaedah ini apabila melihat kepada namanya. Berbanding membiarkan sperma pergi ke telur secara semula jadi, rawatan ICSI adalah kaedah di mana sperma disuntik terus ke dalam telur di makmal. Telur yang disenyawakan kemudian ditempatkan semula ke dalam uterus wanita. Melalui kaedah ini, keupayaan untuk sperma menembusi telur tidak lagi perlu dibimbangkan, sebaliknya satu-satunya perkara yang tinggal adalah persenyawaan.
Permanian/ Penyuntikan mani
Permanian atau penyuntikan mani memerlukan kurang tindakan berbanding dengan kaedah yang lain, kerana ia hanya bermaksud suntikan sperma. Semasa tempoh ovulasi wanita, sperma akan disuntik ke dalam uterus. Beberapa ubat sering digunakan untuk meningkatkan jumlah sperma.
Ketidaksuburan boleh jadi amat memberi tekanan kepada si penghidapnya. Jadi, adalah lebih baik jika anda mempersiapkan diri untuk menghadapinya memandangkan kaedah-kaedah yang dinyatakan belum tentu memberikan hasil yang anda harapkan. Malahan, kosnya juga adalah tinggi. Oleh itu, rancanglah dengan pasangan anda dan doktor bagi melihat sejauh mana anda boleh berusaha untuk menanganinya.
Musim Ke-4, berkonsepkan Jurnal Kehamilan akan bermula Selasa ini, 12/3/19 bersama pengacara baru Fad Bocey & Sya. Saksikan episod pertama Rancang Kehamilan di Astro Prima & Prima HD pada pukul 12 tengah hari dan ulanganya 9 malam.
Perut semakin rendah antara tanda waktu bersalin semakin hampir. Walau pun hampir dengan waktu untuk melahirkan, Nourul tetap dengan rutin senamannya.
Kini pada usia kehamilan 38 minggu, Nourul Wahab tetap melakukan rutin senaman. Bersenam berjalan kaki atas treadmill selama 20 minit setiap hari dilakukan untuk kecergasan diri & memudahkan proses bersalin.
nouruldepp Habis 20 min jalan atas treadmill. Kena buat lagi esok. Kami break sat hari tu sebab dok travel lah apa lah. Tapi itu alsan kami. Patutnya alasan tu tak wujud. Laki kami marah! .
Nak sihat, nak berjaya;, jangan ada alasan. Itu yang buat semua tak menjadi. .
20min okay lah. Semalam pun sama. Bagi senang sikit nak beranak.
Nourul juga turut berkongsi yang kandungannya makin rendah dan menjangkakan bersalin dalam masa terdekat.
#isabelladepp dah rendah sangat2 dah ni. Silap2 malam ni ka atau esok ka? Entahlh. Dia pilih and Allah yang putuskan. Bukan kita yang pilih .
Nourul juga turut berpesan kepada wanita hamil agar berjalan dan bukannya berlari serta mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu/
Jalan ja. Jangan berlari. Sapa yang prégnant kalau nak bersenam, tanya gynae dulu na. .
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.