Pada 28 Oktober 2023 lepas, telah berlangsungnya acara Project Parenting Care 2023 yang bertempat di KL Sentral, Kuala Lumpur. Tujuan acara ini diadakan adalah bagi memberi kesedaran kepada ibu ayah tentang kepentingan menjaga kebersihan gigi dan mulut, kesihatan serta keselamatan anak di dalam kenderaan.

Macam-Macam Ibu Ayah Belajar Di Project Parenting Care 2023! Ilmu Dapat, Menang Banyak Hadiah

Seawal jam 9 pagi, para peserta telah berkumpul untuk mendaftar dan mengmbil gambar di ruangan yang disediakan. Bukan itu saja, para peserta untuk pertandingan mewarna juga bergaya dengan pakaian yang melambangkan cita-cita mereka. Ada yang mahu mengenakan pakaian ala pemain bola, doktor, guru, model dan banyak lagi.

Macam-Macam Ibu Ayah Belajar Di Project Parenting Care 2023! Ilmu Dapat, Menang Banyak Hadiah

Demonstrasi Gosok Gigi Yang Betul

Acara yang berlangsung dari pagi sehingga petang ini menyaksikan komitmen ibu ayah untuk menimba ilmu serta memberi pendedahan kepada anak-anak untuk bersosial. Selain pertandingan mewarna, sesi sembang santai untuk berbincang tentang kesihatn gigi telah diadakan dengan kerjasama Klinik Pergigian Anitawaty.

Bagi berkongsi ilmu tentang kesihatan gigi, Dr Anitawaty Mukhtar telah bercerita tentang cara-cara penjagaan kebersihan gigi, gusi dan mulut. Selain itu, beliau turut membawa set gigi khas untuk membuat demonstrasi teknik menggosok gigi yang betul untuk kesihatan yang menyeluruh.

Macam-Macam Ibu Ayah Belajar Di Project Parenting Care 2023! Ilmu Dapat, Menang Banyak Hadiah

Ternyata sesi bersama Dr Anitawaty memberi kesedaran kepada ibu ayah yang hadir. Lebih menarik lagi, peserta yang hadir banyak bertanyakan soalan dan berkongsi pengalaman mereka sendiri untuk memelihara kesihatan gigi anak.

Sejurus selepas sesi bersama doktor, peserta diberikan peluang untuk membuat pemeriksaan asas gigi secara percuma dan mencuba sendiri ubat kumur keluaran Klinik Pergigian Anitawaty. Memang meriah, berpusu-pusu peserta mahu mendapatkan konsultasi dari doktor dan pembantu perubatan yang ada.

IKLAN

Belajar Cara Keluarkan Hingus Anak

Selepas belajar tentang kesihatan gigi, sesi diteruskan bersama Dr Nabihah yang mewakili Klinik Dr Alyna. Para peserta dapat mempelajari teknik untuk mengeluarkan hingus bayi. Selain itu, Dr Nabihah turut menerangkan tentang pengambilan ubat dalam kalangan anak yang masih kecil.

Dr Nabihah berkesempatan untuk menunjukkan demonstrasi dua kaedah yang boleh digunakan sekiranya bayi mengalami demam, batuk dan selesema. Semasa sesi bersama Dr Nabihah, banyak peserta yang bertanyakan soalan dan turut berkongsi cara mereka menangani situasi anak semasa tidak sihat.

Macam-Macam Ibu Ayah Belajar Di Project Parenting Care 2023! Ilmu Dapat, Menang Banyak Hadiah

Lebih menarik kerana demonstrasi dibuat dengan cara yang mudah menggunakan bahan yang sedia ada di rumah. Bagi memudahkan para peserta untuk memahami kaedah yang betul, Dr Nabihah membuat demonstrasi tersebut dengan seorang bayi yang hadir untuk Himpunan Bayi Comel.

Ramai Bayi Comel!

Salah satu aktiviti yang ada pada hari tersebut adalah Himpunan Bayi Comel Buckle Up yang meraikan 100 orang bayi yang memakai pakaian bertemakan kartun. Pujian harus diberikan kepada semua ibu ayah kerana sokongan dan semangat mereka membawa bayi dengan pelbagai props menarik bagi merebut kedudukan Top 5.

IKLAN

Macam-Macam Ibu Ayah Belajar Di Project Parenting Care 2023! Ilmu Dapat, Menang Banyak Hadiah

Ada yang mengenakan baju kartun adiwira, haiwan comel dan banyak lagi. Paling comel, ada juga ibu ayah yang turut memakai baju mengikut tema kartun. Semangat betul!

Kesedaran Tentang Keselamatan Dalam Kenderaan

Biarpun Himpunan Bayi Comel Buckle Up ini diadakan secara santai, namun tujuan asal Project Parenting Care 2023 ini tetap tidak dilupakan. Kehadiran Child Occupant Safety Trainer, Ms. May Hwong mewakili jenama car seat Joie telah membuka mata para ibu ayah untuk mengutamakan keselamatan di dalam kenderaan.

Macam-Macam Ibu Ayah Belajar Di Project Parenting Care 2023! Ilmu Dapat, Menang Banyak Hadiah

Ms. May turut memperkenalkan standard terbaharu iaitu ECE R129 yang jauh lebih baik kerana kualiti car seat telah dinaiktaraf serta lebih mudah untuk dikendalikan. Di dalam sesi Joie, Ms. May dan pembantunya, Ms. Farah telah menunjukkan demonstrasi untuk memasang car seat di dalam kenderaan serta cara yang betul untuk memastikan anak-anak selamat dan selesa di dalamnya.

IKLAN

Peserta Bawa Balik Pelbagai  Goodies Istimewa!

Untungnya semua peserta Project Parenting Care 2023 kerana setiap seorang membawa pulang beg istimewa untuk setiap sesi bersama panel jemputan. Selain goodies dari Pa&Ma, ada juga peserta yang memenangi pelbagai hadiah ketika sesi Cabutan Bertuah.

Antara hadiah yang diberikan adalah seperti beg sandang berjenama, pam susu elektrik, tiket Zoo Melaka untuk kanak-kanak, tiket masuk ke Farm In The City serta yang paling dinanti-nantikan adalah sebuah car seat jenama Joie dengan standard ECE R129.

Macam-Macam Ibu Ayah Belajar Di Project Parenting Care 2023! Ilmu Dapat, Menang Banyak Hadiah

Tahniah kepada semua pemenang bertuah serta terima kasih tidak terhingga kerana banyak menyokong Pa&Ma!

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI