Macam Mimpi! Elfira Akui Baby Depan Mata Semua Sakit Masa Bersalin Terus Hilang

Share

Bagaikan tidak menyangka bahawa dia kini sudah pun bergelar seorang ibu, Elfira Loy menganggap seperti bermimpi dapat pegang bayi lelaki.

Dilahirkan pada 1 Oktober lalu, akhirnya Elfira Loy mendedahkan wajah anak pertama selepas mendirikan rumah tangga 1 Januari lalu dan menceritakan serba sedikit detik-detik ketika bersalin, menerusi instagramnya.

Lahir normal, berat baby 3.68kg …

Menerusi entri instagramnya, Elfira berterima kasih kerana berkat doa orang ramai akhirnya bayi lelaki yang dinantikan selamat dilahirkan seberat 3.68kg secara normal pada jam 5.40 petang.

Diberi nama Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris, kelahiran zuriat yang pertama ini nyata mengukuhkan lagi hubungannya dan kebahagiaan dalam hidup Elfira dan suaminya, Faris.

Macam bermimpi

Seperti satu mimpi buat El, apabila segala detik-detik menahan sakit ketika melahirkan masih lagi terasa. Baru tahu bukan mudah nak lahirkan seorang anak!

“Semalam tidur bagai dibuai mimpi, every minutes in the labour room, every pain, ever moments I went through dia recap balik…”

Ya Allah macam tak percaya. Terima kasih Ya Allah, terima kasih keluarga, terima kasih sahabat, terima kasih semua yang mendoakan kami.

Syukur Ya Allah Rayyan dilahirkan dengan sihat dan memberi kegembiraan buat seluruh ahli keluarga,” kongsinya.

Semangatnya baby..

Perkongsian sekeping gambar yang menunjukkan kecomelan Rayyan buatkan ramai yang teruja. Dengan pipi yang tembam dan berkulit cerah semua rakan artis dan peminatnya mengucapkan tahniahnya pada Elfira.

Sumber : Elfira Loy

IKLAN