Bukan anak seorang tetapi MUA yang cukup dikenali ramai ini, MUA Bellaz sudah punya empat orang cahaya mata.
Baru sahaja habis berpantang pada awal September lalu, kini penampilan terbaru Mua Bellaz yang beberapa kali muncul di Instagramnya menjadi perhatian ramai.
Mana tidaknya, bukan hanya cukup langsing biarpun baru sahaja melahirkan anak bahkan wajah seri ibu empat cahaya mata ini cukup jelas ketara.
Menerusi Instagramnya, Mua Bellaz yang baru sahaja melahirkan anak perempuannya bernama Nur Aisywara Nealofa tampil dalam pelbagai gaya.
Ads
Malah gaya Mua Bellaz yang sempat bercuti ke beberapa destinasi selepas bersalin juga turut diintai. Langsing dan cantik sungguh.
Dalam pada itu penampilan ibu anak empat ini sudah pastinya menjadi inspirasi kepada ibu-ibu lain untuk kembali langsing dan cantik walau baru lepas bersalin.
Bukan hanya ramai yang kagum bahkan ramai yang turut meminta pelbagai tip dan petua yang diamalkan Bella selepas berpantang.
Kesihatan adalah aset paling berharga dalam hidup. Ramai yang hanya mula mengambil berat tentang kesihatan selepas mengalami masalah seperti kolesterol tinggi, diabetes, gout, dan sakit sendi.
Antara punca utama penyakit ini adalah gaya hidup tidak sihat seperti pemakanan berlemak, kurang bersenam, dan stress yang tidak terkawal.
Salah satu perkongsian menarik dari Azad Jasmi mengenai cara semula jadi untuk turunkan kadar gula, kolesterol, dan gout adalah dengan amalan minum air rebusan daun pandan.
Menerusi perkongsiannya, dia mendedahkan seorang individu yang mengalami masalah diabetes, kolesterol tinggi, dan gout selama bertahun-tahun mendapati kesihatannya bertambah baik hanya dalam beberapa bulan selepas mengamalkan petua ini.
1. Saya baru mendapat petua ini dari seseorang yang menghadapi sakit kencing manis bertahun-tahun serta tahap kolesterol yang tinggi.
2. Semalam apabila berbicara dengan beliau, beliau menberitahu saya sejak 3-4 bulan lepas kadar gula beliau yang berada pada tahap “20” ke atas dan masalah beliau juga ada “gout” dan bisul selalu naik di badan disebabkan kadar gula yang tinggi.
3. Selain itu beliau juga ada masalah sakit lutut. Umur beliau 62 tahun.
4. Namun beliau menyatakan, pada 4 bulan lepas beliau amalkan minum air daun pandan. Minum air daun pandan tanpa masukkan sebarang campuran lain. Hanya air rebusan daun pandan.
5. Ini cara-caranya menurut beliau:- i. Ambil 10 daun pandan dan rebus dalam periuk. ii. Daun pandan itu boleh dipotong atau biarkan tanpa potong. iii. Masukkan air penuh dalam periuk. Rebus sehingga air pandan jadi kekuningan. iv. Jika kita rebus dan air dalam periuk akan berkurangan separuh, tambah lagi separuh sehingga penuh. Ulang 1-2 kali sehingga air rebusan menjadi kekuningan. v. Simpan air dan boleh diminum secara suam atau sejuk. vi. Beliau simpan dalam jar dan minum segelas pagi, segelas tengahari dan segelas malam.
6. Selepas 3 minggu beliau minum dan sehingga sekarang kadar gula dah turun ke 5 dan beliau dah tak makan ubat diabetes, tiada lagi gout, tiada sakit lutut.
7. Selain itu, masalah susah buang air besar (beliau biasanya ambil masa 3-4 hari sekali untuk buang air besar namun sekarang setiap hari beliau buang air besar)
8. Bagi yang sihat tanpa diabetes juga boleh amalkan tapi segelas sehari kerana bimbang akan turunkan tahap gula terlalu renda yang jadi “hypo”. Saya belum mencuba namun saya ingin kongsikan agar masing-masing dapat manfaat insyAllah.
Semoga Allah rahmati usaha kita. Yang baik dari Allah dan buruk itu pasti dari saya.
Sumber:Azad Jasmi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan wanita Melayu masih mengekalkan amalan berpantang selepas bersalin, satu tradisi yang sudah berakar umbi dalam masyarakat kita sejak turun-temurun. Namun dalam dunia moden hari ini, semakin ramai ibu mula memilih cara yang lebih fleksibel malah ada yang tidak mengikuti pantang langsung. Perbincangan tentang pantang selepas bersalin kembali menjadi tumpuan apabila ramai ibu berkongsi pengalaman berbeza di media sosial.
Fenomena ini mula menarik perhatian apabila beberapa wanita tampil berkongsi pengalaman masing-masing di platform Threads. Walaupun kisah mereka kelihatan ‘berjaya’, pakar perubatan tetap menegaskan bahawa pemulihan selepas bersalin bukan diukur pada apa yang kita rasa, tetapi apa yang sedang berlaku di dalam tubuh.
Seorang wanita berkongsi kisahnya yang tidak berpantang ketat selepas menjalani pembedahan caesarean.
Katanya, ramai ibu Barat cepat sihat walaupun tidak berpantang, dan dia sendiri mencuba pendekatan serupa.
“Masa lepas beranak czer, saya tak ada pantang macam orang Melayu sangat. Mak hanya masak normal, cuma tak pedas. Saya makan lima hingga enam kali sehari, seimbang dan cukup protein. Luka saya sembuh dalam tiga ke lima hari. Lepas tujuh hari, saya dah boleh turun naik tangga dan cuci baju.”
Wanita itu turut berkongsi tip peribadi:
“Makan buah oren, jangan makan ikan haruan.”
Walaupun pengalaman ini kedengaran meyakinkan, penting untuk diingat bahawa setiap tubuh ibu berbeza, dan kadar penyembuhan bergantung kepada banyak faktor.
Di ruangan komen, seorang lagi wanita tampil berkongsi kisah serupa. Selepas dua kali bersalin caesarean, dia mengakui tidak berpantang makanan langsung.
“Saya makan cincau, Coke, kopi ais, semua makanan sedap. Alhamdulillah, sekarang umur 45 dah sertai marathon, daki gunung, diving.”
Baginya, berpantang yang terlalu ketat boleh menjadi tidak sihat.
“Ibu dan anak perlukan nutrien sebenar. Yang penting saiz makanan dan keseimbangan. Ini bukan pasal adat saja, ini tentang logik dan cara jaga badan.”
Selain aspek pemakanan, beberapa ibu menekankan bahawa pantang bukan semata-mata tentang makanan.
“Pantang tak semestinya bab makan. Yang penting cukup rehat, tidur, emosi stabil, dan sokongan. Saya hanya faham perkara ini selepas anak ketiga.”
Seorang netizen yang sudah enam kali bersalin pula berkata:
“Saya tak pernah pantang makan. Makan macam biasa, buat kerja rumah macam biasa. Tapi saya tak pernah skip bertungku dan pakai bengkung.”
Ada juga nasihat lembut, tapi penuh makna:
“Betul, makan je sepuasnya. Tapi janganlah terus melantak ayam gepuk pedas. Berpantang tu jaga makan minum, bukan tak makan langsung.”
Tak kira ibu memilih pantang tradisi atau pantang moden, satu perkara tak boleh dinafikan: tubuh selepas bersalin berada dalam fasa pemulihan mendalam selama 6 minggu. Rahim mengecut, hormon berubah, otot lantai pelvis lemah, dan luka dalaman terutama bagi ibu czer yang memerlukan masa untuk benar-benar sembuh.
Apa pun pilihan, pastikan tiga perkara asas dijaga:
Pakar juga menegaskan bahawa pantang selepas bersalin bukan sekadar adat, tetapi satu bentuk penjagaan diri yang memberi kesan kepada jangka masa panjang. Pemulihan dalaman yang tidak dijaga boleh menyebabkan masalah berlarutan seperti sakit pinggang, luka dalaman tidak sembuh sempurna, atau masalah lantai pelvis.
Akhirnya, pantang bukan untuk menyekat ibu tetapi untuk menjaga tubuh yang telah bekerja keras selama sembilan bulan. Apa jua pendekatan yang dipilih, pastikan ia berasaskan ilmu, kesedaran dan keperluan tubuh sendiri.
Selepas hampir seminggu pelakon jelita Izara Aishah selamat melahirkan puteri sulungnya yang mempunyai berat 2.9kg, pasti ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat wajah si kecil yang menjadi penyeri hidup buat Izara dan suaminya Muhammad Adib Khalid.
Dalam perkongsian suami Izara, Muhammad Adib menerusi Instagramnya semalam, anak tiri kepada Dato Siti Nurhaliza itu memuat naik beberapa gambar puteri sulung mereka yang comel.
Menerusi perkongsian tersebut, Adib menyatakan rasa syukur dengan kelahiran puterinya itu yang diberi nama Irisa Alaia Binti Muhammad Adib.
Dia turut memberikan ucapan terima kasih kepada sokongan dan doa dari semua dan berbesar hati berkongsi gambar keluarga kecil mereka untuk tatapan ramai.
Dalam entry tersebut juga, Adib menyatakan rasa gembiranya saat pertama kali mendengar tangisan Alaia. Dia turut mendoakan puterinya itu untuk berjaya dunia dan akhirat.
“And now, there’s 3 of us.
“Alhamdullilah syukur, our little princess, Irisa Alaia Binti Muhammad Adib, was born on the 15th of April, 2020, one of the most joyous and memorable moment for Izara and I.
“Thank you for all the prayers and support, we truly appreciate every single one of the well wishes and we hope to see everyone soonest ! Till then take care and here are some family photos we would like to share with everyone.
“Welcome to the world Alaia, my heart melted the moment I heard about you, and now you are here with us. Your mother and I are overjoyed with emotions and love for you. May you be a blessed child and a bundle of joy to everyone you meet, May you be righteous in your greatness, May you have success in this life and the hereafter, Amin.”
Tahniah diucapkan kepada Izara dan Muhammad Adib atas kelahiran puteri sulung mereka. semoga Alaia membesar menjadi anak yang solehah dan membanggakan kedua orang tuanya kelak.
Air kosong bayi bawah 6 bulan boleh menyebabkan keracunan air, hiponatremia dan sawan. Ketahui sebab bayi tidak memerlukan air kosong serta waktu yang sesuai untuk mula minum air.