Setiap pagi diibaratkan seperti berlumba pada mak-mak. Mana taknya, berlumba untuk menyiapkan anak ke sekolah dan segala persiapan lain sebelum masuk kerja. Memang mencabar.
Personaliti media sosial, Dr Fatin Liyana turut berdepan hal sama menguruskan tiga orang cahaya matanya setiap pagi. Bagi dirinya yang bertugas sebagai seorang doktor, setiap pagi adalah satu perlumbaan hebat.
Tidak hanya mempersiapkan tiga anak bahkan diri sendiri untuk melunaskan tanggungjawab sebelum mula bekerja seawal pukul lapan pagi. Memang berpeluh.
Menerusi Instagramnya, Dr Fatin memuatkan naik sekeping gambar dengan tiga beg keperluan anak setiap pagi dan inilah cabaran mak-mak.
“Korang ada rasa macam I tak? Setiap pagi I rasa macam perlumbaan.
“Perlumbaan untuk siapkan anak, siapkan bekal, siapkan bags & siapkan diri. Rushing nak kena settlekan semua & hantar anak before punch in pukul 8 am,” tulisnya berkongsi.
Ads
Bukan sekadar menyiapkan anak dan diri sendiri bahkan untuk melengkapkan perjalanan awal pagi itu dipecahkan kepada kerja dan tanggungjawab berbeza.
Namun kata Dr Fatin lagi, dia bersyukur kerana tinggal di rumah bawah (landed) sambil mengenangkan ibu-ibu yang terpaksa mengangkat barang yang banyak jika tinggal di pangsapuri atau kondo. Sememangnya tak mudah.
Ads
“Perlumbaan memasukkan timbunan bags & anak-anak dalam kereta memerlukan ketahanan fizikal & mental yang mantap.
“Nasib baik duduk landed house, boleh parking kereta depan mata. Kalau duduk condo, rasanya dah lama ku seludup sebuah troli NSK untuk membantu kelancaran,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Dr Fatin Liyana mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Ajda, Nolan dan Kayla. Pada April lalu, Dr Fatin Liyana selamat menimang cahaya mata ketiganya yang diberi nama Kayla.
Ibu muda ini sememangnya rajin berkongsi cerita dan pengalamannya sejak bergelar ibu. iarpun mungkin ada sesetengah perkongsiannya itu disalahertikan sesetengah pihak, itu tidak menghalang Shakilla Khoriri untuk terus bercerita tentang kehidupannya sebagai seorang ibu.
Baru-baru ini, Shakilla memuatnaik sebuah video dengan kapsyen yang menceritakan tentang realiti kehidupan seorang ibu. Katanya, sejak kelahiran anaknya itu, banyak perkara yang tidak mampu dilakukan untuk diri sendiri kerana terikat dengan tanggungjawab.
Tak sabar nak tunggu anak Shakilla ni membesar. Confirm Shakilla akan banyak bergaya sedondon dengan si comel Ameena. Apa pun, Pa&Ma doakan agar Shakilla akan terus berbahagia di samping suami dan anaknya tersayang. You are a supermom, Shakilla!
“Pergi mandi sekarang, nanti mak buang semua mainan!” Ni antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia ni.
Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap. Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga. Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.
Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak. Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu. Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni.
“Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun.” Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.
“Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?” Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.
“Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?”
Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.
“Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin.”
“Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!”
“Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!”
Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.
“Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita”
Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja. Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.
1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.
2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.
Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni’. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman.
Walaupun dia menangis jerit masa tu. Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.
3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.
Kata pada dia, “hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok.”
Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.
4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.
5. Jangan lupa berdoa pada Allah SWT. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.
6. Suami isteri kena saling bekerjasama usaha tegas begini. Tak boleh salah seorang saja. Katakan isteri tegas, suami tak tegas. Anak-anak akan pandang ibunya tu tak best, ayahnya best. Anak-anak akan lebih rapat dengan ayah sebagai jalan dia lepaskan diri dari ketegasan si ibu. Kata kunci adalah bersama-sama. Ia takkan menjadi jika hanya salah seorang saja yang usaha begini.
Walaupun aku tiada anak lagi, tapi aku kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.
Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita. Supaya anak kita semua juga menjadi anak yang dengar kata. InsyaAllah.
Sumber: Muhammad Zukermi Bin Edi-
Gambar Google
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terkurung dalam rumah sendiri lebih 7 jam benar-benar memberi trauma buat ibu dan dua anaknya berusia 5 dan 2 tahun apabila terkunci dari dalam bilik air setelah tombol pintu tak boleh dibuka secara tiba-tiba.
Menurut Puan Safra Hussain, pada pagi kejadian, selesai memandikan anak-anak, ketika keluar dari bilik air untuk siapkan anak ke sekolah, tak tahu macam mana pintu tak boleh buka. Dah macam-macam cara cuba tapi tak berjaya. Sehinggalah suami pulang ke rumah kerana rasa tak sedap hati.
Alhamdulillah. Kami anak-beranak selamat selepas terkurung dalam bilik air dengan anak-anak selama 7 jam lebih.
Paling saya risaukan adalah anak, sampai biru kecut tangan kakinya. Cara kita orang nak survive “Buka air heater paling panas” tapi risiko sesak nafas.
Masa tersedar terkunci dari dalam, saya cuba untuk tenangkan diri sebab saya jenis cepat panik, cuba alihkan tumpuan anak-anak main bubble. Macam-macam usaha nak buka pintu sampai hanger towel pun kita cabut untuk ketuk tombol. Segala usaha sia-sia.
Bila Mikayla cakap lapar, kita suruh dia minum air heater, Maleeqa pula menyusu je. Sampai tahap kita dah hypo dan dah lemah. Rasa nak tidur, rasa macam nak tutup je mata.
Hanya Allah je tahu, masa awal-awal cuba nak alihkan perasaan panik, saya basuhlah toilet, bila dah hujung-hujung tak tahu masa tu pukul berapa, rasa tak larat tapi bila fikirkan anak-anak cuba kuatkan diri dan ketuk-ketuk juga tombol. Namun usaha itu tak berjaya juga.
Bila Mikayla cakap “Im cold” maknanya memang dia betul-betul sejuk. Ini kerana Mikayla kalau tidur dalam aircond tak nak selimut sebab dia suka sejuk. Tapi kalau dia cakap “dah sejuk” tandanya dah sejuk sangat lah tu. Luluh hati saya bila dia tanya kenapa tangan dia warna putih. Tangan kaki dia dah kecut.
Pukul 2 suami tak sedap hati dah sebab kita tak update story, tak tengok whatsapp dan tak jawab panggilan telefon. Pukul 4.30 petang dia tergerak hati nak pergi sekolah Mikayla, bila cikgu cakap Mikayla tak pergi sekolah, terus cepat-cepat balik rumah.
Alhamdulillah, bila suami pulang dia yang selamatkan kami. Pengajaran untuk kita dan juga semua. Selain Allah tempat bergantung, bawalah phone ke mana sahaja.
P/s : Rupanya tombol jenis ni memang kena berhati-hati, ramai rupanya dah terkena cuma cerita kita sedih sebab dalam bilik air. Kalau dalam bilik mungkinlah kita boleh terajang. Kebetulan, bilik air pula berada dalam bilik tidur kami.
Lagipun rumah yang kami duduki ni baru 3 bulan. Masih belum ada jiran di kiri dan kanan rumah. Tambah pula bunyi bising sebab banyak rumah tengah buat renovation. Lepas jadi kes ni, pihak pengurusan datang untuk check semua tombol.
Doakan moga anak-anak saya yang masih lagi trauma dan tidur pun asyik mengigau dapat pulih kembali semangatnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.