Sebuah video yang menyentuh hati kini tular di media sosial, memaparkan seorang ibu yang sebak ketika terpaksa mengumumkan pembatalan majlis perkahwinan anak lelakinya. Apa yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi saat yang menyedihkan apabila calon pengantin perempuan membuat keputusan mengejut untuk menarik diri pada detik akhir.

Mengatasi situasi tersebut, keluarga pengantin lelaki mengambil keputusan untuk meneruskan majlis dengan mengadakan bacaan doa selamat sebagai pengganti. Dalam satu hantaran di TikTok pada hari Selasa, ibu kepada pengantin lelaki memaklumkan berita tersebut dengan hati yang berat.

Hari Bahagia Bertukar Pilu, Pengantin Perempuan Batalkan Perkahwinan

“Dengan berat hati saya dan keluarga ingin memberitahu, di atas sebab-sebab tertentu, pengantin perempuan telah membatalkan majlis perkahwinan ini pada saat akhir. Saya tidak dapat memaklumkan kepada setiap jemputan kerana ketika itu saya tidak mempunyai kekuatan untuk menjelaskan,” katanya.

Majlis tersebut akhirnya diisi dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh ustaz dan beberapa anak tahfiz. Menurut ibu tersebut, keputusan untuk meneruskan majlis bukanlah kerana segala persiapan sudah siap, tetapi kerana dia ingin memaklumkan sendiri kepada para tetamu tentang apa yang berlaku.

Pengantin lelaki, Adam, juga tampil bersuara dan reda dengan ujian yang dihadapi. Dalam ucapan ringkasnya, dia mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir walaupun majlis tidak berjalan seperti yang dirancang.

Hari Bahagia Bertukar Pilu, Pengantin Perempuan Batalkan Perkahwinan

“Walaupun saya sudah cuba mempertahankan hubungan ini, saya masih gagal. Saya reda dengan apa yang ditetapkan oleh ALLAH SWT dan yakin ada hikmah di sebalik kejadian ini. Terima kasih kerana hadir dan saya minta maaf jika ada kekurangan,” katanya.

Adam juga menyatakan bahawa pengalaman ini menjadi pengajaran yang besar buat dirinya dan berharap segala doa baik dikembalikan kepada mereka yang menyokongnya.

 

@demflaccoAku kena kuat untuk mereka walau pada hari kejadian hati aku tidak mempunyai rupa. Setebal tebalnya muka kami pada hari itu. Pelamin yang indah namun tidak lengkap, perhiasan yang cerah namun jiwa ku gelap. Bila toleh, hanya bayangan dia sahaja yang diri ini lihat.

♬ Rahsia Tuhan – Noh Salleh

Sumber: Tiktok

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI