Ahli keluarga gemar makan makanan western? Susah nak makan nasi putih dengan lauk biasa? Kalau nak makan nasi mesti nak nasi yang ada rasa macam nasi tomato, nasi ayam dan seangkatan dengannya. Jangan risau, banyak menu simple yang para ibu boleh buat untuk seisi keluarga. Anak- anak pun boleh makan tau!

Salah satu menu simple yang boleh dibuat oleh ibu ialah macaroni goreng. Tak susah pun nak sediakan sajian ni. Boleh dijadikan sarapan pagi, minum petang, potluck untuk apa- apa jamuan pun boleh. Bahan yang digunakan juga tak susah pon nak cari. Boleh cari dekat pasaraya atau kedai runcit berdekatan dengan rumah.

Hidangan yang simple tapi mengenyangkan. Sesuai untuk dijamu kepada tetamu. Jom lihat resepi yang dikongsikan. resepi ini dikongsikan oleh Har Ryea di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.

RESEPI MACARONI GORENG

Macaroni Goreng Juadah Simple Untuk Jamu Tetamu, Jimat Masa Jimat Duit!
Sumber foto: Facebook Har Ryea

Semalam buat potluck untuk sambutan rumah terbuka aidilfitri (last raya) di Taman kitaorang… payah betul nak dapat isi ayam kisar, pelbagaikan guna kepingan ayam burger.
MACARONI GORENG
Bahan- bahan:
– Macaroni (rebus dan toskan)
– Lada kering (rebus dan kisar)
– Bawang merah (kisar)
– Bawang putih (kisar)
– Isi ayam kisar (harini guna kepingan ayam burger)
– Udang hidup
– 3 biji telur
– Sayur campur
– Sos tiram
– Daun sup
– Garam dan ajinomoto

IKLAN
Macaroni Goreng Juadah Simple Untuk Jamu Tetamu, Jimat Masa Jimat Duit!
Sumber foto: Facebook Har Ryea

Cara- cara:
1. Panaskan minyak, goreng isi ayam burger yang dihancur- hancurkan sehingga sedikit garing.
2. Masukkan bahan kisar tadi dan gaul rata… masukkan kiub ayam… biarkan sampai sedikit naik minyak dan wangi.
3. Masukkan ajinomoto, sedikit garam dan sos tiram, kacau rata jap.
4. Masukkan udang, kacau dan biarkan sekejap.
5. Masukkan macaroni bersama sayur campur… ratakan.
6. Masukkan telur di atas macaroni pastu gaul rata perlahan- perlahan.
7. Akhir sekali, taburkan daun sup, gaul rata.
8. Dah berwap, Alhamdulillah siap…

Baca Juga:

Puding Tutti Fruity Warna- Warni, Potluck Jamuan Hari Raya Sekolah. Confirm Licin Makan Dengan Rakan Kelas Dan Guru!

IKLAN

Macaroni Cheese Bakar Dalam Cawan, Hidangan Untuk Pelbagai Jamuan. Lain Daripada Yang Lain!

Pencuci Mulut Puding Jagung Sedap Dimakan Sejuk. Hidangan Minum Petang Seisi Keluarga!

IKLAN

Lebih sedap dapat daging kisar atau isi ayam kisar, bila payah nak dapat kepingan untuk burger pun boleh ganti. Sausage pun okay.

Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. Para ibu bolehlah buat untuk keluarga ataupun buat untuk apa- apa jamuan. Jimat masa dan tenaga. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Macaroni Goreng Juadah Simple Untuk Jamu Tetamu, Jimat Masa Jimat Duit!

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI