Kalau makan macaroni cheese bakar, jaranglah terasa puas. Mesti akan rasa asyik nak bertambah je sebab terlalu sedap. Gabungan rasa creamy dan pedas ditambah pula dengan cheese, mesti makan tak pandang kiri kanan. Tapi, pernah dengar tak macaroni cheese bakar dalam cawan kertas?

Salah satu cara kreatif untuk membungkus hidangan ini ialah dengan menggunakan cawan kertas. Lebih mudah untuk dibawa dan mudah untuk diagihkan kepada orang ramai. Jom lihat resepi macaroni cheese bakar yang dikongsikan.

Resepi ini dikongsikan oleh Nuralia Idayu di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.

RESEPI MINI MACARONI CHEESE BAKAR

IKLAN
Macaroni Cheese Bakar Dalam Cawan, Hidangan Untuk Pelbagai Jamuan. Lain Daripada Yang Lain!
Sumber foto: Facebook Nuralia Idayu

Esok ada jamuan dekat office. Boring dah buat macaroni bakar dalam tray besar, kita buat kelainan sikit nak bagi Nampak cute.
Edit: Ramai yang request serepi, silakan ya kawan- kawan.
Mini Macaroni Bakar (55 – 60 cup)

Bahan- bahan:
– 1 pack macaroni 400 gram (saya guna brand Kimball)
– 1 tin sos Proge – Tradisional
– 1 tin sos Prego – Cendawan
– 3 – 4 ketul cendaan butang (potong dadu)
– Ayam cincang Ramly – nak guna daging pon boleh, optional
– Sosej (potong dadu)
– Bawang besar 1 labu (cincang)
– Serbuk oregano/ parsley (takde pun takpe)
– Telur (4 – 5 biji)
– Cheese slice (brand apa pun tak kisah)
– Nak add on mozzarella cheese untuk topping pun boleh
– Cup size kecil

Macaroni Cheese Bakar Dalam Cawan, Hidangan Untuk Pelbagai Jamuan. Lain Daripada Yang Lain!
Sumber foto: Facebook Nuralia Idayu

Cara- cara:
1. Rebus macaroni sampai lembut. Boleh letak garam 1 sudu dan minyak lebih kurang dalam 2 – 3 sudu untuk elakkan melekat nanti masak. Dah lembut, toskan.
2. Tumiskan bawang sampai naik bau.
3. Masukkan ayam cincang, kacau sampai masak, letak sosej dan cendawan.
4. Tuangkan sos prego, kacau rata. Kalau pekat, tambah air sikit je. Letak garam dan gula secukup rasa.
5. Gaulkan macaroni sampai sebati, matikan api.
6. Letak macaroni dalam bekas asing sebab nak gaul dengan telur.
7. Bila dah gaul sebati dengan telur, agihkan dalam cup kecil. Letak cheese slice dan mozzarella, tabur sikit serbuk parsley.
8. Bakar suhu 170 darjah Celsius 30 minit. Siap!

IKLAN

Baca Juga:

Puding Tutti Fruity Warna- Warni, Potluck Jamuan Hari Raya Sekolah. Confirm Licin Makan Dengan Rakan Kelas Dan Guru!

IKLAN

Nasi Impit Goreng, Hidangan Sarapan Pagi Buat Seisi Keluarga!

Pencuci Mulut Puding Jagung Sedap Dimakan Sejuk. Hidangan Minum Petang Seisi Keluarga!

Mudah sahaja resipi yang dikongsikan. Para ibu boleh cuba buat di rumah untuk jamu tetamu. Kalau sukakan cheese leleh yang banyak, boleh letak cheese banyak- banyak. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI