Madu memang bahaya dan tidak sesuai diberikan kepada bayi dan kanak-kanak di bawah usia setahun. Ia boleh mengakibatkan botulisme atau keracunan serius yang disebabkan oleh bakteria dikenali sebagai clostridium botulinum.
American Academy of Pediatrics (AAP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan bahawa madu tidak boleh ditambah kepada makanan, air atau formula yang diberikan kepada bayi yang berusia lebih muda daripada usia 12 bulan. Secara teknikalnya, ia termasuk madu mentah mahu pun yang terkandung di dalam makanan makanan yang dipanggang atau diproses menggunakan madu.
Madu, Bahaya Kalau Beri Pada Bayi Bawah 1 Tahun
Ramai yang tidak tahu madu bahaya kepada bayi berumur di bawah 12 bulan walaupun madu telah diletakkan atau dicampur ke dalam makanan ketika dalam peringkat pemprosesan. Terdapat kebanyakan etnik dan budaya yang terus memberikan bayi madu seawal dari lahir dan terus memasukkannya awal ke dalam diet bayi tanpa menyedari tindakan ini boleh mengundang bahaya dan boleh mengancam nyawa si kecil.
KENAPA MADU BERBAHAYA KEPADA BAYI?
Madu berkemungkinan mengandungi spora Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulisme. Daripada 145 kes botulisme yang dilaporkan setiap tahun di Amerika Syarikat, kira-kira 94 kes (65%) adalah botulisme bayi.
Walau bagaimanapun pakar-pakar menganggarkan angka-angka ini daripada 250 kes setahun dengan banyak kes yang tidak dikenalpasti. Apa yang menyedihkan ialah 90% bayi yang didiagnosis dengan botulisme bayi di Amerika Syarikat adalah di bawah umur enam bulan!
Pencemaran spora Clostridium botulinum boleh terjadi apabila lebah terdedah kepada flora yang tumbuh pada tanah yang mengandungi spora / bakteria botulisme atau sarang lebah terdedah secara terus kepada spora ini.
Madu kebanyakannya dimakan dalam bentuk mentah dan biasanya tidak dipasteur atau disterilkan. Madu walau telah dipasteur boleh mengandungi spora botulism dan tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah umur 12 bulan!
Jika bayi menelan spora Clostridium botulinum, ia akan berkembang di dalam usus mereka dan akan menghasilkan toksin. Tidak seperti orang dewasa dan kanak-kanak lebih tua, bayi boleh jatuh sakit akibat daripada toksin yang dihasilkan oleh bakteria ini.
Ads
Boleh Bawa Maut
TANDA-TANDA AMARAN BOTULISME BAYI
Botulisme akibat daripada kolonisasi oleh bakteria dalam sistem penghadaman bayi. Gejala biasanya muncul dalam masa 12-36 jam selepas bayi terdedah kepada makan makanan yang tercemar. Ia juga mungkin berlaku seawal beberapa jam dan sehingga 10 hari. Gejala botulisme pada bayi mungkin berlaku sehingga 14 hari kemudian!
Bayi dengan botulisme mungkin mempunyai gejala berikut:
*Keletihan *Selera makan menurun atau kurang menyusu *Sembelit *Tangisan yang lemah *Otot menjadi lembik (tanda mungkin atrofi otot) *Kelemahan muka *Susah untuk menelan atau refleks gag yang lemah
Gejala ini disebabkan oleh lumpuh otot yang disebabkan oleh toksin bakteria. Sekiranya bayi anda mempunyai tanda-tanda botulisme, terus bawa ke bahagian kecemasan dengan segera kerana ia boleh mengancam nyawa!
Ads
BAYI TERLALU KECIL UNTUK MELAWAN BOTULISME
Orang dewasa tidak terjejas dengan sejumlah kecil spora botulinium berbanding bayi. Pada orang dewasa, jumlah spora botulisme yang ditelan (jika ada) dari madu sangat kecil jumlahnya kerana kita mempunyai usus matang. Usus orang dewasa mengandung asid yang cukup untuk menangkal pengeluaran toksin yang menghasilkan bakteria botulisme.
Sebaik sahaja bayi mencapai umur satu tahun atau lebih, usus mereka akan mempunyai keseimbangan asid yang akan membantu memusnahkan dan melawan sebarang toksin yang menghasilkan bakteri botulisme.
BOLEHKAH BAYI SAYA MAKAN MAKANAN YANG DIBAKAR DENGAN MADU?
Hati-hati ketika makan di luar bersama bayi, pastikan sajian yang diambilnya tidak mengandungi madu.
Ads
Spora botulisme hanya boleh dibunuh oleh haba yang tinggi yang boleh diperolehi dalam tekanan pembakar. Toksin (yang dihasilkan dalam keadaan anaerob) hanya boleh dimusnahkan dengan mendidih (WHO). Jadi secara teknikal, madu tidak selamat untuk bayi walaupun dalam bentuk yang dimasak seperti dalam makanan yang dipanggang seperti roti.
Spora botulisme TIDAK akan musnahkan semasa proses memanggang atau melalui mana-mana kaedah memasak rumah. Berbincanglah dengan pakar pediatrik dengan untuk mendapatkan kepastian dan maklumat lanjut.
✅ Hati-hati ketika makan di luar bersama bayi, pastikan sajian yang diambilnya tidak mengandungi madu.
✅ Jika mengambil rawatan alternatif, pastikan tiada yang berunsur madu.
✅ Hati-hati dengan makanan yang diproses bersumberkan madu kerana bakteria ini tidak musnah walaupun sudah diproses. Ia hanya boleh dibunuh dengan suhu yang sangat tinggi.
Nak makan madu BOLEH tapi TIDAK untuk bayi kurang dari setahun.
Ketika memilih buah untuk anak pastikan buah yang dapat memberi kesihatan berganda. Bukan itu sahaja, ketika anak tidak sihat, lebih-lebih lagi ketika anak batuk atau berkahak, buah yang satu ini iaitu buah pear paling disarankan.
Malah menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, buah pear juga bersifat anti radang yang baik untuk memulihkan anak ketika batuk berkahak.
Pear bagus untuk kahak tau. Dalam Perubatan Cina, diorang legakan kahak anak-anak dengan sup buah pear. Menarik kan.
Reneh buah pear dengan air, tambah gula batu asli. Bagi anak minum.
Taknak letak gula, nak makan saja pun boleh. Banyak tau khasiat buah pear. Apa-apa dari sumber sebenar, memang ada kebaikan buat anak kan.
1. Pear ada folate dan niacin, bagus untuk sel tubuh berfungsi dengan baik.
2. Ada vitamin A, untuk kulit dan penyembuhan luka.
3. Tinggi potasium untuk kesihatan otot dan jantung.
4. Kandungan antioksida polyphenol, terutama di kulit buah pear, untuk melawan radikal bebas.
5. Fiber tinggi untuk penghadaman yang baik.
Dan paling penting, bersifat antiradang. Tinggi flavonoid, dan vitamin. Penting untuk anak-anak, melawan jangkitan kuman dan keradangan. Ini yang anak-anak perlukan. Imuniti makin kuat kan.
Kita cuba ya. Keserasian setiap anak dengan makanan tak sama, mana tahu berkesan dengan anak kita.
“Anak saya ini semenjak lahir, kerap sangat berbunyi nafasnya. Bila menangis, masa tidur.. lagi kuat bunyinya. Kenapa, doktor?”
Ini info ringkas yang semua ibu bapa MESTI tahu seperti dikongsikan oleh Dr Ezairy M. Sallih
‘Laryngomalacia’ adalah masalah kongenital tisu larinks (kotak suara) di saluran pernafasan bahagian atas peti suara. Ini adalah masalah paling biasa ditemui di kalangan bayi yang mengalami masalah nafas berbunyi.
Struktur larinks yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan tisu sekitarnya jatuh dan menutupi di atas bukaan saluran pernafasan dan menghalang proses pernafasan!
Dalam kebanyakan kes, laryngomalacia pada bayi bukanlah keadaan yang terlalu serius. Maknanya, anak kita masih boleh bernafas, mereka juga dapat makan, minum dan mengalami tumbesaran seperti biasa. Bagi kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini, ia akan sembuh tanpa apa-apa spesifik pembedahan pada masa mereka berusia antara 18 hingga 20 bulan.
Walau bagaimanapun, ada peratusan kecil bayi yang mengalami laryngomalacia akan mempunyai masalah pernafasan, makan dan berat badan. Gejala-gejala ini memerlukan perhatian segera!
Apa sebab berlakunya masalah ini?
Penyebab sebenar laryngomalacia tidak diketahui. Relaksasi atau kekurangan kekuatan otot di saluran pernafasan kebiasaannya menjadi faktor. Ia biasa berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan.
Masalah ini biasanya berlaku semenjak lahir atau dalam bulan pertama usia. Reflux gastroesophageal (reflux GE) mungkin menyumbang kepada gejala masalah ini. Pernafasan berbunyi akan menjadi lebih teruk apabila bayi baring menelentang atau ketika menangis.
Apakah simptom dan gejala yang boleh dilihat pada anak-anak
Sekiranya anak anda dilahirkan dengan laryngomalacia, gejala mungkin berlaku selepas lahir, dan boleh menjadi lebih jelas dalam beberapa minggu pertama kehidupan.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami laryngomalacia akan sembuh antara umur 18 hingga 20 bulan. Gejala termasuk:
Nafas yang berbunyi. Selalunya lebih teruk apabila bayi itu menangis atau tidur di belakangnya (menelentang)
Kesukaran ketika makan atau menyusu
Mengalami masalah berat badan
Kemungkinan tercekik semasa memberi makan
Apnea (penghentian pernafasan)
Menarik leher dan dada pada setiap kali nafas
Cyanosis (menjadikan biru)
Reflux gastroesophageal (meludah, muntah dan regurgitasi)
Jangkitan paru-paru (akibat penyedutan makanan ke dalam paru-paru)
Apakah teknik rawatan bagi pesakit laryngomalacia? Adakah ia serius?
Dalam 90 peratus kes, laryngomalacia akan sembuh tanpa rawatan pada masa kanak-kanak berusia 18 hingga 20 bulan.
Walau bagaimanapun, untuk sesetengah masalah yang teruk, anak anda mungkin memerlukan rawatan termasuk ubat atau pembedahan.
Perhatian!!!
Pergi ke hospital dengan segera jika bayi anda alami tanda-tanda seperti ini:
Berhenti pernafasan selama lebih daripada 10 saat
Kelihatan biru di sekeliling bibir
Anak kelihatan menarik-narik leher atau dada ketika bernafas walaupun selepas diubah posisi atau dibantu untuk melegakannya.
Masalah ini mungkin biasa-biasa, namun jika kita sebagai ibu bapa sekadar sambil lewa, tidak tahu langkah apa perlu dibuat. Takut-takut menjadi punca kekesalan kita di kemudian hari.
Jumpa doktor jika anda rasa anak anda mempunyai sebarang masalah.
Semoga perkongsian kali ini berguna untuk kita semua.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ibu bapa mana yang sanggup melihat keadaan anak yang dikandung dan dilahirkan mengalami derita dan kesakitan. Namun itulah yang perlu dihadapi pelawak Syed Ali Puteh dan isteri apabila anak yang berusia 8 hari disahkan mengalami masalah jantung.
Puteri kedua pelawak Syed Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dilahirkan pada 6 Ogos lalu dinamakan Sharifah Nur Ainul Mardhiah sebelum ini mengalami jaundis. Ia dikongsikan oleh Ali menerusi Instagram.
“Harini masuk wad…kuning naik tggi…doakan baby sihat ye semua…esok walid dtg tgk adikk ok…”
Namun tiada siapa menduga si kecil ini mengalami masalah kesihatan yang lebih serius daripada itu. Isteri Ali, Melati Fitri Abdullah juga turut berkongsi tentang keadaan terkini bayi mereka.
Dia mengakui tidak sanggup melihat bayinya diuji dengan kesakitan namun reda ia sebagai ujian buat mereka sekeluarga. Doa daripada semua dipohon agar Sharifah Nur Ainul Mardhiah sembuh.
“Salam semua… Minta doakan puteri kami yg kedua selamat dr segala apa jua masalah yg dihadapinya… Hari ke 8 anak ibu di dunia ni..
“Doctor bagitau yang adik ada masalah jantung… Allah yang tahu macam mana perasaan ibu tengok keadaan awak sekarang sayang… Ibu tak pernah hadapi semua ni…
“Ibu tahu adik kuat… Kuat ye dik… Ibu tak sanggup tengok keadaan adik mcm ni… Jika ini ujian untuk kite… Ibu redha… Ibu akan jaga adik sampai adik sembuh… Ibu , walid , kakak dan semua keluarga kita doakan adik tau… Kuat ye sygggggg…..”
Melati dalam kemaskini berkongsi tentang perkembangan terkini di mana injap jantung terbalik dan mempunyai lubang di tengahnya.
Puteri mereka yang dipanggil Ainul kini sedang dipantau di sebuah hospital dan bakal menjalani pembedahan 2 hingga 3 minggu lagi. Ibu ini amat menghargai doa dan tips yang dikongsikan.
“Assalamualaikum semua..
“Hari ni adik Ainul dah di bawa ke hospital ******* untuk berjumpa dengan doktor pakar jantung disana.. .. Doktorpakar yg bernama Dr.********* sahkan adik Ainul menghadapi injap jantung terbalik dan mempunyai lubang dibahagian tengah…
“Doktor beritahu keadaan adik ainul agak serius… Dan yg good news nya Doktor. Kata disebabkan lubang itu lah yg dpt membantu adik ainul bernafas hingga sekarang..
“Dr. sarankan buat operation seawal yg mungkin. Dan Alhamdulillah adik Ainul sekarang di bawah pemantauan doktor di hospital ******* untuk menanti hari pembedahan nya yg tidak lama lagi… In Shaa Allah berkemungkinan adik ainul akan buat pembedahan 2-3 minggu dari sekarang…
“Semoga adik Ainul kuat dan terus kuat utk menghadapi dugaan ini..
“Sy ibu dan walid kepada Adik ainul ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana kalian tidak henti2 memberi kata2 semangat , doa yg tak henti2 dan byk bg sy tips utk menghadapi situasi mcm ni.
“Dan hanya Allah S.W.T shj yg dpt membalas budi baik kalian… Semoga kalian di murahkan rezeki dan diberi keredhaan di dunia & akhirat.. Aminnn…”
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.