Cuti sekolah ini apa aktiviti menarik papa mama buat untuk anak-anak isi masa lapang? Kalau tiada apa-apa plan nak buat, beli buku-buku menarik pun boleh buat anak gembira dan tak bosan tau.
Papa mama tahu tak selain buku cerita atau buku aktiviti yang di pasaran, ada lagi buku best dengan ilustrasi warna-warni iaitu Magical Book. Dengan 15 judul menarik pasti memenuhi citarasa anak-anak. Antaranya Cinderella, Little Giraffe’s Big Idea, ABC Fun With Mickey, The Velveteen Rabbit, Roar! Went The Lion, Disney Frozen: A Sleepover Party & Disney Winnie the Pooh: Fun with First Words.
Antara senarai Magical Book yang dijual di BBW 2019
Menariknya Magical Book ini ia berasaskan teknologi 3D dengan membuat imbasan melalui aplikasi Hippo Magic. Untuk memuat turun aplikasi ini papa mama boleh gunakan Apple App atau Google Play. Aplikasi ini percuma!
Bagaimana untuk menggunakan aplikasi “Hippo Magic”?
Langkah 1: Muat turun dari aplikasinya
Ads
Langkah 2: Buka aplikasi dan tekan mula (jika notifikasi keluar meminta untuk membolehkan mikrofon, kamera – klik membenarkan)
Langkah 3: Tunjukkan peranti pintar di penutup depan terlebih dahulu, muat turun tajuk buku (untuk pengguna kali pertama sahaja)
Ads
Langkah 4: Mana-mana muka surat yang anda lihat Simbol Magic Hippo, arahkan peranti pintar untuk mengaktifkannya!
Ads
Hanya muka surat dengan logo Hippo Magic boleh diimbas, yang membolehkan anak-anak merasai keseronokan menggunakan teknologi semasa belajar.
Papa mama jangan risau selepas memuat turun aplikasi dan tajuk buku, dah boleh terus menggunakannya tanpa sebarang sambungan internet.
Menarik kan? Macam mana nak dapatkan Magical Book ini, anda boleh terus ke Big Bad Wolf (BBW KL 2019) yang mana promosinya sah bermula dari 6 hingga 16 Disember 2019 di MIECC, The Mines, Level 2, MIECC, Jalan Dulang, Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan. Pelbagai tawaran menarik menanti pengunjung yang datang membeli ye.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya ramai yang berpuas hati dengan penampilan baru watak permainan video Sonic berbanding tahun lalu semasa pertama kali mereka mengumumkan untuk difilemkan.
Individu zaman 90an semestinya mengenali watak si kecil landak biru ini terutamanya bagi yang gemar bermain permainan video seperti playstation, nintendo dan gameboy. Jom kita kembali ke masa silam dengan menonton watak dari kartun animasi SEGA kegemaran ramai ini di pawagam pula!
Filem Sonic The Hedgehog arahan Jeff Fowler ini mengisahkan tentang Sonic, seekor landak kecil antropomorfik biru yang juga merupakan makhluk asing yang tinggal di sebuah planet dan dibesarkan oleh Longclaw ( seekor burung hantu).
Oleh kerana Sonic mempunyai kuasa luar biasa, dia diburu dan terpaksa melarikan diri ke planet lain untuk menyelamatkan dirinya menggunakan gelung emas pemberian Longclaw.
Ketika tinggal di bumi, Sonic telah menimbulkan satu kekecohan menyebabkan kewujudannya dihidu oleh penjahat Dr.Robotnik yang merancang untuk menakluk dunia menggunakan kuasanya.
Setelah merasakan dirinya diburu, Sonic berkenalan dengan Tom Wachowski iaitu seorang bekas polis San Francisco yang baru sahaja dilantik sebagai syerif Green Hills, Montana, dan bekerjasama untuk menentang Dr. Robotnik.
Agaknya, kuasa apa yang dimiliki oleh Sonic sehingga dia perlu melarikan diri setiap kali diburu? Berjayakah Sonic menyelamatkan diri? Nak tahu, jom ramai-ramai ajak keluarga dan kawan-kawan untuk saksikan kehebatan Sonic bermula 13 Februari ini!
Tak legend lah kalau tak pernah main game SONIC! Kan? Kalau sebelum ni selalu tengok Sonic dalam game je, sekarang si comel hedgehog ini akan beraksi dalam sebuah filem pulak! Wow menarik kan?!Filem yang dibintangi oleh Jim Carrey, James Marsden, Ben Schwartz, dan Tika Sumpter ini akan ditayangkan di Malaysia mulai 13 Februari ini tau! So, jangan lupa ajak mak ayah abang akak kawan-kawan semua saksikan filem ini ye!#MYSonicMovie
Diasaskan pada tahun 1960, Sanrio telah mencipta lebih 400 watak comel dengan Hello Kitty menjadi watak paling menyerlah. Sejak berdekad-dekad lamanya, watak ciptaan Sanrio telah memainkan peranan penting sejak zaman kita membesar sehingga kini.
Mendapat lesen daripada SANRIO dan dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, Hello Kitty dan rakan-rakan akan datang ke Malaysia untuk Pameran Our Sanrio Times – Kuala Lumpur di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur dari 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019, 11 pagi hingga 9 malam setiap hari!
Pameran sebesar 1,500 meter persegi menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio ini membolehkan pengunjung melihat secara dekat dan mengambil gambar 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang menawarkan pengalaman visual menakjubkan.
Pameran terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara ini dianjurkan selama tujuh minggu merentasi cuti sekolah, Krismas serta Tahun Baru. Ia bukan saja menjadi tarikan untuk keluarga dan kanak-kanak, malah buat mereka yang berjiwa muda untuk mengimbau kenangan lalu pada masa sama mencipta pengalaman baru.
Tiket Our Sanrio Times Kuala Lumpur berharga:
Our Sanrio Times
Pintu masuk ini menampilkan gaya penuh berwarna-warni Sanrio yang jelas menggambarkan tema utama pameran “Our Sanrio Times” dan secara rasmi membuka tirai perjalanan yang tidak akan dapat dilupakan. Dari generasi mana pun anda, Sanrio selalu bersama anda.
Sanrio Time Tunnel
Sebanyak 100 ahli keluarga Sanrio yang dicipta dari tahun 1970-an sehingga kini digambarkan dengan jelas. Melalui Sanrio Time Tunnel, pencinta Sanrio boleh membuka kunci kenangan yang unik.
The Retro Classic
Replika dompet syiling Hello Kitty, barangan pertama dicipta Sanrio dan julung kali dipamerkan di Malaysia. Peminat generasi pertama Sanrio pasti akan teruja dan berasa seronok di zon ini.
The Plushy World
Menampilkan patung Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter bersama-sama lebih 2,000 boneka mewah terdiri daripada 100 watak rakan Sanrio.
Paper Doll Fun
Pelbagai jenis anak patung kertas gergasi akan membuat pengunjung mengenang zaman kanak-kanak yang meriangkan dengan kawan-kawan. Semua orang boleh mencampur dan memadankan gaya Kiki dan Lala dengan almari kertas yang hebat.
Vintage Stationery House
Zaman persekolahan pastinya menjadi tempoh penting dalam kenangan kita membesar dan pastinya semua orang memiliki barangan Sanrio ketika sekolah. Di zon ini, terdapat pelbagai barangan alat tulis klasik Sanrio dari 1970-an atau 1980-an yang pasti mengamit memori pengunjung.
Banyak lagi aktiviti yang menarik yang boleh anda cuba disana. Jangan lepaskan peluang untuk meneroka pameran terbesar Our Sanrio Times – Kuala Lumpur di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur dari 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019, 11 pagi hingga 9 malam setiap hari!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bank Simpanan Nasional (BSN) telah meraikan peserta-peserta BSN Smart Junior (BSJ) Junior Camp peringkat Kebangsaan 2019 dalam Majlis Penutup bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor.
Program kem selama dua (2) hari ini telah berlangsung pada 6 November lalu
melibatkan seramai 250 orang murid (24 buah sekolah terlibat) dari lima (5) negeri
iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan. Program BSJ
Junior Camp merupakan program kem yang julung kali diadakan oleh BSN dengan
kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kesemua peserta terlibat adalah murid-murid berusia antara 11 tahun hingga 15 tahun.
Majlis Penutup BSJ Junior Camp telah dihadiri oleh Encik Roslan Shaarip,
Penolong Pengarah Unit Pembangunan dan Kecemerlangan Kokurikulum mewakili
Encik Zainal Abbas, Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut sama hadir di majlis berkenaan adalah
Encik Mujibburrahman Abd Rashid, Ketua Pegawai Perniagaan BSN; wakil-wakil KPM
dan Jabatan Pendidikan Negeri serta pengurusan BSN yang lain.
Ditubuhkan pada pada tahun 1997, BSJ adalah kelab simpanan di bawah kelolaan BSN
untuk para pelajar seawal usia 7 hingga 20 tahun membuat simpanan.
Berbeza dengan Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP), BSJ tidak memberi ganjaran
kepada ahli melalui pertandingan simpanan tetapi ia menawarkan kelebihan-kelebihan
menarik kepada ahli dan salah satunya adalah aktiviti luar sekolah seperti program BSJ
Junior Camp.
Melalui program ini, para ahli berpeluang untuk melakukan aktiviti kem seperti Treasure
Hunt, Abselling, Water Confident, Survival cooking, Permainan Dinamik serta
Pengurusan Kewangan oleh Bank Negara. Pada tahun ini, program BSJ Junior Camp
Peringkat Kebangsaan dianjurkan pada 6 & 7 November 2019 dan Peringkat Negeri pula
dianjurkan di Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu pada 16 & 17 November 2019
melibatkan 80 orang murid dari dua (2) negeri iaitu Terengganu & Kelantan.
“Sememangnya mandat yang didokong oleh BSN adalah untuk memperkasakan
simpanan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda seperti pelajarpelajar sekolah. Atas dasar itu, BSN telah menyediakan pelbagai saluran simpanan
di samping memperkenalkan skim simpanan menarik khas untuk para pelajar seperti
SGSP dan BSJ. Walau bagaimanapun, menggalakkan simpanan sahaja tidak
mencukupi. Ia juga perlu didatangkan dengan ciri-ciri atau kelebihan menarik lain agar
para pelajar terus berminat untuk menyimpan. Lagi pula, aktiviti kokurikulum seperti kem
ini adalah penting untuk membina sahsiah dan keperibadian pelajar ketika menempuhi
cabaran dan menangani masalah terutamanya skil survivor di dalam hutan,” kata
Encik Mujibburrahman Abd Rashid, Ketua Pegawai Perniagaan BSN.
Selain aktiviti kem, BSJ juga telah mengadakan beberapa aktiviti luar sekolah yang lain
seperti Program STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) di Petrosains
melibatkan lebih 1,000 ahli BSJ di seluruh negara.
Ahli BSJ juga boleh menikmati pelbagai diskaun dari rakan niaga BSJ yang dilantik
seperti Petrosains, Zalora, Lazz Marketing dan banyak lagi. Setiap ahli juga turut
diberikan perlindungan insurans kemalangan berkelompok 24 jam termasuk belanja
pengurusan pengebumian sebanyak RM3,000 selain peluang untuk mendapatkan kadar
pulangan yang tinggi sehingga 1.70%.
Sehingga September 2019, lebih 327 ribu orang pelajar di Malaysia telah menyertai
BSJ. Selain itu, sebanyak lebih 9,000 buah sekolah juga telah menyertai BSJ pada
tahun ini. Jumlah ini adalah 88% daripada jumlah keseluruhan 10,208 sekolah
di Malaysia yang menyertai program SGSP. Lebih membanggakan lagi, sejumlah 1,266
daripada angka tersebut merupakan sekolah angkat BSN. Para pelajar yang ingin
menyertai program BSJ perlulah memiliki akaun simpanan BSN dan mempunyai baki
simpanan RM150, RM300 atau RM500. Para pelajar juga perlu melengkapkan borang
permohonan menjadi ahli BSJ di mana-mana Cawangan BSN berhampiran.
BSN juga terus memperkasakan lagi sikap menabung di kalangan pelajar dan pihak
sekolah melalui program-program lain seperti SGSP, BSN Educate serta Sekolah
Angkat & Buku Wang Saku (BWS) di sekolah-sekolah terpilih di seluruh Malaysia.
BSN juga sedang menjalankan Kempen #JomMenabung yang terbuka kepada semua
pelajar berumur 7 – 20 tahun. Kempen ini menawarkan hadiah berjumah RM140,000.
Kempen akan berakhir pada 31 Disember 2019.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan inisiatif dan produk simpanan BSN,
sila layari www.mybsn.com.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.