Diasaskan pada tahun 1960, Sanrio telah mencipta lebih 400 watak comel dengan Hello Kitty menjadi watak paling menyerlah. Sejak berdekad-dekad lamanya, watak ciptaan Sanrio telah memainkan peranan penting sejak zaman kita membesar sehingga kini.

Pulang Ke Masa Lampau Bersama Hello Kitty Gergasi! 12 Pameran Sanrio Yang Menarik  Wajib Anda Kunjungi

Mendapat lesen daripada SANRIO dan dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, Hello Kitty dan rakan-rakan akan datang ke Malaysia untuk Pameran Our Sanrio Times – Kuala Lumpur di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur dari 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019, 11 pagi hingga 9 malam setiap hari!

Pameran sebesar 1,500 meter persegi menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio ini membolehkan pengunjung melihat secara dekat dan mengambil gambar 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang menawarkan pengalaman visual menakjubkan.

Pameran terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara ini dianjurkan selama tujuh minggu merentasi cuti sekolah, Krismas serta Tahun Baru. Ia bukan saja menjadi tarikan untuk keluarga dan kanak-kanak, malah buat mereka yang berjiwa muda untuk mengimbau kenangan lalu pada masa sama mencipta pengalaman baru.

Tiket Our Sanrio Times Kuala Lumpur berharga:

  • Pembelian awal (dari 30 Oktober hingga 20 November 2018): RM25
  • Warganegara Malaysia: RM33
  • Tiket istimewa untuk OKU dan warga emas (dari 21 November 2018 hingga 6 Januari 2019): RM20
  • Tiket bukan warganegara Malaysia: RM60.
    *   Kanak-kanak yang ketinggiannya 90cm atau ke atas dikenakan bayaran untuk kemasukan.
    ** Semua harga tiket adalah tidak termasuk RM2 yuran pemprosesan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Our Sanrio Times

Pulang Ke Masa Lampau Bersama Hello Kitty Gergasi! 12 Pameran Sanrio Yang Menarik  Wajib Anda Kunjungi

Pintu masuk ini menampilkan gaya penuh berwarna-warni Sanrio yang jelas menggambarkan tema utama pameran “Our Sanrio Times” dan secara rasmi membuka tirai perjalanan yang tidak akan dapat dilupakan. Dari generasi mana pun anda, Sanrio selalu bersama anda.

IKLAN

Sanrio Time Tunnel

Pulang Ke Masa Lampau Bersama Hello Kitty Gergasi! 12 Pameran Sanrio Yang Menarik  Wajib Anda Kunjungi

Sebanyak 100 ahli keluarga Sanrio yang dicipta dari tahun 1970-an sehingga kini digambarkan dengan jelas. Melalui Sanrio Time Tunnel, pencinta Sanrio boleh membuka kunci kenangan yang unik.

The Retro Classic

Pulang Ke Masa Lampau Bersama Hello Kitty Gergasi! 12 Pameran Sanrio Yang Menarik  Wajib Anda Kunjungi

IKLAN

Replika dompet syiling Hello Kitty, barangan pertama dicipta Sanrio dan julung kali dipamerkan di Malaysia. Peminat generasi pertama Sanrio pasti akan teruja dan berasa seronok di zon ini.

The Plushy World

Pulang Ke Masa Lampau Bersama Hello Kitty Gergasi! 12 Pameran Sanrio Yang Menarik  Wajib Anda Kunjungi

Menampilkan patung Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter bersama-sama lebih 2,000 boneka mewah terdiri daripada 100 watak rakan Sanrio.

IKLAN

Paper Doll Fun

Pulang Ke Masa Lampau Bersama Hello Kitty Gergasi! 12 Pameran Sanrio Yang Menarik  Wajib Anda Kunjungi

Pelbagai jenis anak patung kertas gergasi akan membuat pengunjung mengenang zaman kanak-kanak yang meriangkan dengan kawan-kawan. Semua orang boleh mencampur dan memadankan gaya Kiki dan Lala dengan almari kertas yang hebat.

Vintage Stationery House

Pulang Ke Masa Lampau Bersama Hello Kitty Gergasi! 12 Pameran Sanrio Yang Menarik  Wajib Anda Kunjungi

Zaman persekolahan pastinya menjadi tempoh penting dalam kenangan kita membesar dan pastinya semua orang memiliki barangan Sanrio ketika sekolah. Di zon ini, terdapat pelbagai barangan alat tulis klasik Sanrio dari 1970-an atau 1980-an yang pasti mengamit memori pengunjung.

Banyak lagi aktiviti yang menarik yang boleh anda cuba disana. Jangan lepaskan peluang untuk meneroka pameran terbesar Our Sanrio Times – Kuala Lumpur di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur dari 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019, 11 pagi hingga 9 malam setiap hari!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI