Selepas genap tujuh hari anak Adam Corrie Lee lahir, hari ini dia mengumumkan nama anak pertamanya. Kelahiran pertama yang amat dinantikan setelah 10 tahun menunggu cahaya mata. Anak ini menjadi penyeri hidup mereka.
Sebelum ini isteri Adam Corrie, Fazema Mohd Fuad pernah hamil tetapi mengalami keguguran sebanyak empat kali. Kali ini rezeki menyebelahi mereka setelah isterinya mengamalkan tip dengan membaca beberapa surah sebagai amalan. Dia turut berkongsi kegembiraan ini di instagramnya, Adam Corrie lee;
Melalui perkongsianya juga, Adam Corrie turut berkongsi wajah anaknya buat kali pertama selepas tujuh hari. Katanya lagi, setelah tujuh hari bayi lahir disunatkan memberitahu nama bayi dan bercukur.
Baby Lee juga menerima kunjungan daripada ustaz-ustaz yang hebat-hebat. Antaranya ustaz Syed Kadir sekaligus tahnik. Beruntung baby Lee menerima doa dari orang-orang alim. Semoga menjadi anak yang soleh dan dapat menyambung perjuangan dakwah mereka.
Rata-rata netizen memuji wajah dan baby Lee. Indah betul nama Fateh sesuai dengan namanya. Ada juga yang turut mengucapkan tahniah dan syukur atas kelahiran baby Lee.
Malang tak berbau, begitulah nasib yang menimpa ibu muda ini apabila mengalami kecederaan parah dan melecur hampir 7% di bahagian anggota badan akibat hos gas yang bocor.
Kejadian ini dikongsi oleh kakak mangsa menerusi laman media sosial dan memohon doa ramai agar adiknya yang sarat hamil agar cepat sembuh dan memohon orang ramai agar lebih berhati-hati sekiranya terbau gas bocor.
Jadikan pengajaran buat kita semua
“Doakan adik kami Hatikah Zainoddin kuat dalam menempuhi tempoh menyembuhan luka dari kesan tebakar..adik sis ni mengandug 7bulan..doc cakap..dia seorang yang kuat..kesan tebakar pada tangan dan kaki dia doc cakap 7%..dengan ubat tahan sakit tak boleh makan..hanya boleh makan panadol sahaja..bisa jangan cakap..sis dengan dia dari awal ..dari dia masuk red zone sampai sekarang..tadi baru dressing untuk ke-2..kulit mati dan gelembung-gelembung semua doc dah buang..dari hitam jadi pink..bertapa pedih tengok..sis sendiri tak kuat nak tengok”
“Punca kejadian…hos gas bocor… mungkin tak perasan (lepas ni kena rajin check kalau boleh tong gas dok luar lagi elok)…benda nak jadi…gas pulak dalam kabinet..sebab tu penah dengar bomba bagi tahu…bahayanya gas dalam kabinet sebab penudaraan terhad”
“Masa kejadian dia nak rebus ayam bagi anak-anak bulus dia makan…dok perasan api kecik..dia kuatkan..sekali tengah nak kuatkan..api sambar dari bawah …pintu kabinet pun sampai terbuka…lengan sampai siku..peha sampai bawah..rambut habis burn…memang masa awal-awal bawa dia ke kecemasan kesian sangat..dengan bawa perut… tak pernah lagi terjadi dalam family… Alhamdulillah Allah lindung lagi dia suami isteri..suaminya tak teruk sangat macam dia”
“Sekarang ni dia tengah trauma nak balik rumah sendiri pun.. tak nak…duduk la umh yayah adik no2..sebelum-sebelum ni kalau kakak-kakak nak makan apa-apa dia masakan..anak-anak buah request je nak makan apa..dia buatkan..lepas ni entah bila la dia nak masak lagi… takpelah..janji sihat…doc n misi-misi semua cakap dia kuat..semua kesian..sebab dia tengah sarat…doakan dia kuat yer…ujian kita berbeza beza”
Seorang bayi berusia 2 tahun maut setelah tercampak dari pangkuan ibunya dalam kemalangan di Jalan Titi Haji Idris, di sini, awal pagi tadi.
Kejadian jam 7.40 pagi itu melibatkan kereta Perodua Myvi yang dipandu pasangan suami isteri bersama bayi tersebut dengan Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berusia 30-an.
Wanita yang memandu Alza itu pula hanya cedera ringan di tangan dan kepala. Kedua-dua kereta dipercayai bertembung lalu terjunam ke dalam parit sawah.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pemandu kereta Myvi itu tersepit di tempat duduk hadapan manakala bayi itu pula tercampak ke bahagian hadapan kereta.
Pemandu berusia 20-an itu patah paha kanan dan kaki kiri, manakala isterinya mengalami kecederaan di kepala dan kaki.
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan lanjut, manakala jenazah bayi dihantar ke unit forensik HSB.
Hanya isyarat mata saja penghubung antara ayah ini dengan bayinya sejak dilahirkan lebih sebulan lalu. Begitulah kisah seorang seorang suami yang kini terlantar dan lumpuh selepas terjatuh dari bumbung setinggi 12 meter selepas dua hari bekerja pada Jun tahun lalu. m
Sebelum terlantar, tak sempat tahu isteri hamil
Lebih menyedihkan Muhammad Rosdi Sefai, 27, tidak sempat mengetahui isterinya, Siti Nor Shafika Salmizi, 21, hamil anak sulung mereka selepas dua kali keguguran.
Menyingkap kembali kisah sedih itu, Siti Nor Shafika berkata, pada hari kejadian suaminya sempat membuat panggilan telefon memintanya membelikan buah lai di pasar raya berhampiran rumah mereka.
“Selepas itu saya menerima panggilan telefon memaklumkan suami mengalami kecederaan teruk selepas terjatuh dari bumbung bangunan dan sedang menerima rawatan di hospital.
“Akibat kejadian itu, kedua belah tangan, tulang rusuk, kerangka punggung dan kaki kiri suami patah. Suami turut mengalami pendarahan di bahagian kepala. Kini dia hanya mampu terlantar di atas katil atau kerusi roda khas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lubok Pukol, Kedai Baru Kota Bharu.
Setiap kali lihat anak, mengalir air mata suami
Menurutnya, dalam keadaan berbadan dua ketika itu, dia tetap gagahkan diri menjaga suami yang lumpuh dan terlantar.
Katanya, dia cukup beruntung apabila ibu mentua, Meksom Jaafar, 65, banyak membantu menguruskan suami lebih-lebih lagi dia baru sahaja melahirkan anak sulung, Muhammad Raihan yang kini berusia 49 hari.
Siti Nor Shafika berkata, setiap kali dia cuba berinteraksi dan memberitahu tentang anak mereka, suaminya hanya mampu mengedipkan mata.
“Setiap hari hanya mata yang menjadi penghubung kami untuk berkomunikasi. Saya rasa suami faham apa yang disampaikan kerana dia sering mengalirkan air mata setiap kali melihat anak kami,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, Siti Nor Shafika layak menerima bayaran bagi Faedah Hilang Upaya Kekal berjumlah RM56,176.10 serta layak menerima Elaun Layanan Sentiasa sebanyak RM1,194.50 sebulan bagi pihak suaminya.
Beliau berkata, sumbangan bekalan susu dan lampin pakai buang turut diberikan kepada Siti Nor Shafika untuk kelangsungan menjaga suami.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!