Dalm bab mendidik anak, setiap orang ada cara tersendiri. Sesetengah ibu bapa ada yang suka pendekatan bertegas, santai, tinggi disiplin atau terbiasa guna kata-kata kasar. Mungkin dari sudut pandangan peribadi ibu bapa, mereka mempunyai alasan tersendiri mengapa didikan sedemikian dipilih untuk membesarkan anak-anak.
Walaupun banyak perkongsian daripada pakar keibubapaan dan psikologi yang boleh dijadikan iktibar, namun berapa ramai di antara kita yang mampu mengambilnya secara positif?
Apapun, dalam mendidik, masih ada garis panduan yang perlu ibu bapa ambil kira. Ia perlu dijadikan asas supaya didikan yang diterap tidak merosakkan masa depan anak-anak. Menurut Pakar Psikiatri & Pensyarah UIAM Kuantan, Dr Rozanizam Zakaria, ada pantang larang yang perlu dielakkan bila berdepan emosi marah dengan anak agar tak meninggalkan ‘parut’ dalam diri mereka.
Marah macam mana pun dengan anak, jangan buat benda ni:
1. Pukul sampai berbekas 2. Kurung dalam bilik 3. Ugut tinggal luar/tepi jalan/bagi kat orang lain 4. Banding dengan kawan baik dia 5. Silent treatment tanpa explain/closure 6. Ugut sayang anak lain sahaja 7. Tinggal di tempat gelap 8. Rekod anak menangis dan malukan dia 9. Kata anak ni “menyusahkan” 10. Menyumpah/keluar kata-kata kesat
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketaksuban anak-anak menonton video atau mendengar muzik di gajet dan telefon bimbit sukar dibendung. Anak-anak sekarang sudah bijak menggunakan gajet tanpa perlu bantuan orang dewasa. Hendak dihalang memang sukar, tetapi sebagai ibu bapa kita harus bijak mencari jalan untuk mengelakkan mereka dari menggunakan gajet dan telefon bimbit secara berlama-lamaan. Bijak mencari penyelesaian, pengguna akaun Facebook, Afiza Aziz memuat turun sebuah aplikasi yang dapat membantu untuk menghentikan internet mengikut tetapan masa yang dibuat.
Beginilah perkongsian Afiza Aziz:
Tengah kusyuk menulis, tiba-tiba terdengar jeritan kecil. “Alamak!” “Alahhhhhh” Terkejut mak! Ingatkan kenapa. Rupanya telefon masing-masing dah kena block sebab saya dah setkan masa sampai pukul 11 malam. Dalam hati saya tahan tawa. Saya buat bodoh, buat tak tahu macam tak ada apa yang berlaku. Tapi pelik juga. Kenapa lagi seorang tak ada respon. Pelan-pelan saya capai phone dan buka apps untuk check setting. Oh, rupanya seorang lagi terlepas setting block pukul 11.30 malam. Jadi saya terus tukar setting ke pukul 11.00 malam juga. Tak sampai beberapa saat, terdengar jeritan dari bahagian atas rumah. Kali ini lebih kuat dari jeritan pertama dan kedua tadi. “Alahhh ibuuuuu” Hahaha.
Kali ini jeritan Kak Long yang tak puas hati telefon kena block ketika tengah syok menyanyi sambil dengar headphone ketika dia tengah gosok baju. “Alah ibu. Kak Long nak dengar lagu je pun. Bukannya guna internet”, dia bersuara lagi, tak puas hati. “Ibu tak buat apa-apa la Kak Long. Memang setting dia macam tu”, jawab si adik yang phone dah kena block lebih awal. Saya tak menjawab apa. Diam je sambil mata konon-konon terus menghadap laptop. Lepas tu si Abang bersuara, “Abang nak tengok tv la ibu. Nanti Abang naik”.
“Nak Ibu pasang apps kat tv keluaq time for bed jugak ka? Ka nak bagi keluaq time to go to school?” tanya saya selamba.
Hahaha. Pecah berderai ketawa dua beradik tu. Yang lagi seorang kat atas tu entah apa cerita. Dah jadi muncung cencerut agaknya. Saya memang tak bagi anak-anak pegang telefon pada hari persekolahan, kecuali atas sebab-sebab tertentu yang dirasakan munasabah. Mereka cuma akan dapat telefon pada hari sabtu atau cuti umum, dan kena pulangkan semula pada hari ahad malam sebelum pukul 11. Ataupun pada hari mereka perlu keluar tanpa saya atau suami, saya akan berikan telefon tapi syaratnya, kena pulangkan semula sebaik sahaja mereka sampai ke rumah.
Itu pun selalunya terlajak jugak. Bila mintak, jawapannya kejap, kejap. Bila ibu dah jadi hijau barulah masing-masing kelam kabut nak bagi balik. Haha. Bagus juga ada apps ni. Untuk mak bapak yang ada anak-anak yang bila dah pegang phone, tak ingat dunia atau buat-buat tak ingat bila nak pulangkan balik, apps ni sesuai untuk korang.
Ini apps yang korang boleh cuba install : 1. Pergi ke Play Store dan cari Google Family Link for Parents. Install ikut arahan. 2. Pastikan telefon anak yang nak di link ada dengan korang dan korang tahu apa email yang mereka guna untuk log in Google beserta dengan password. Kalau tak ada password pastikan korang minta dengan anak-anak. Sebagai ibu bapa kita ada hak untuk tahu password setiap akaun yang mereka ada. 3. Pada telefon anak – buka Play Store dan install Google Family Link for Children & Teenagers. Masa ni email dan password akaun anak diperlukan. 4. Bila dah siap install, korang dah boleh mula setting apa yang patut dan boleh add bilangan akaun sekiranya ada lebih dari seorang anak atau telefon. Kelebihan apps ni pada saya memudahkan untuk set masa penggunaan telefon anak-anak. Antaranya limit penggunaan berapa jam sehari, waktu penggunaan telefon dan mengenalpasti lokasi anak melalui gps. Walaupun apps ni tak boleh nak kawal penggunaan telefon anak-anak sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya dapatlah membantu sedikit sebanyak. Kata orang, bolehlah dari tak ada langsung. Kan? Korang macam mana? Ada guna apa-apa apps untuk monitor phone anak-anak?
Semoga dengan perkongsian ibu ini dapat membantu kita semua menyekat penggunaan gajet secara berleluasa oleh anak-anak kita. Tidak salah untuk beri mereka pendedahan, tetapi kalau berlebihan tidak elok juga. Selamat mencuba!
Proses mengupas bawang adakalanya membuatkan kerja-kerja memasak jadi sedikit terlambat. Tambah-tambah lagi ketika mengejar masa, mengupas bawang jadi terlalu sukar.
Tip yang dikongsikan oleh @awangdapur ini mama kena cuba. Memang mudah dan pantas untuk mengupas.
Tips kupas bawang merah. Siap!
Langkah-langkah:
1) Ambil satu mangkuk, masukkan semua bawang.
2) Siram dengan air yang mendidih sehingga terendam kesemua bawang.
3) Biarkan sekejap beberapa minit dan toskan airnya.
4) Tak perlu keringkan, boleh terus potong bahagian atas dan bawah bawang.
5) Hasilnya kulit bawang lebih mudah ditanggalkan.
Dalam mendidik anak-anak setiap orang ada pelbagai cara yang tersendiri. Tapi sesekali kalau nak cedok kaedah yang terbukti Berjaya dilakukan oleh orang yang hebat rasanya tak salah. Sedikit sebanyak kita dapat memperbaiki apa yang kurang dalam didikan yang diberikan.
Dah jadi mak ayah ni, apa yang diharapkan Cuma inginkan yang terbaik buat anak-anak. Moga dengan cara didikan yang diberikan akan melahirkan generasi akan datang bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah akhlak juga.
Melalui perkongsian yang dibuat oleh Nur Shazareen Kamarozaman, beliau kongsikan ilmu keibubapaan yang diperolehi ketika menghadiri satu majlis. Berikut adalah perkongsian yang dibuat olehnya:
Suka saya kongsikan sedikit perkongsian yang saya dapat tempoh hari di sini. Semoga sama-sama kita beroleh manfaat. 1. Setiap anak mempunyai karakter yang tersendiri. Ada yang pantang dicabar, ada yang hanya boleh fokus satu perkara dalam satu masa dan sebagainya. Kenali karakter anak sejak mereka kecil untuk memudahkan kita mendidik dan mendekati mereka. 2. Banyakkan bonding dengan anak sewaktu mereka kecil. Sentuh, usap, peluk, cium anak-anak. Tanya anak-anak kalau mereka ada masalah. Bercerita dengan mereka. Supaya kita ibu bapa jadi orang yang paling mereka percaya dan cari untuk meluah dan berkongsi. 3. Air tangan ibu Sebaiknya ibu masak sendiri untuk keluarga. Seorang ibu akan masak with love, masak with iman, masak dengan penuh kasih sayang untuk suami dan anak-anaknya. Kalau tak sempat, kerja-kerja yang lain boleh outsource kan kepada pembantu rumah. Tapi masak sebaiknya dari air tangan ibu. 4. Wujudkan biah/suasana solehah di dalam rumah. Sentiasa pasang alunan al-Quran atau zikir. Gantung ayat-ayat al-Quran. Gantung rotan sebagai simbol kita mendidik anak-anak.
5. Makanan sunnah Bekalkan makanan sunnah buat anak-anak ketika di rumah seperti madu, kekacang dan kurma. 6. Pemilihan sekolah yang mempunyai asas Islam yang kukuh. Kata ummi, mereka hidup cukup besederhana. Tapi ummi dan suaminya tak berkira serta sanggup melaburkan duit untuk pendidikan anak-anak. Dari tadika lagi anak-anaknya dihantar ke tadika yang mempunyai asas Islam yang kukuh. Begitu juga dengan sekolah rendah dan menengah. Ummi memilih sekolah yang sangat menitik beratkan agama dan juga aspek akademik serta akhlak. 7. Busybody hal anak Pantau aktiviti anak. Kenal kawan-kawannya. Ambil tahu masalah mereka. Walaupun mereka hanya duduk di dalam bilik, intai-intailah mereka. 8. Jangan paksa anak hafal Quran. Kalau anak-anak tak nak hafal Quran, jangan paksa. Yang penting anak-anak berakhlak seperti al-Quran, mencintai al-Quran dan mentadabbur isi-isi al-Quran. Kerana matlamat kita adalah untuk anak-anak kita menjadi anak yang soleh. 9. Kekuatan mendidik anak adalah akidah itu sendiri. Akidah adalah perkara paling penting dalam pembentukkan anak-anak. Akidah perlu ditekankan sejak mereka kecil lagi. Kenalkan mereka dengan Tuhan mereka. 10. Anak-anak ibarat biji benih Anak-anak seperti biji benih. Biji benih takkan tumbuh tanpa disiram dan dibaja. Kita sebagai ibu bapalah yang harus menyiram dan membaja anak-anak kita dengan didikan agama, kasih sayang dan doa.
Kalau kita frust anak-anak kita tak menjadi, boleh jadi sebab kita yang tak siram dan baja anak-anak kita sebaik mungkin.
11. Kalau ada apa-apa masalah antara kita dan anak-anak, kembalilah kepada pencipta. Bangun malam, menangis dan mengadulah pada Allah. Minta Allah tunjuk jalan penyelesaian, buka hati anak untuk berubah. 12. Jangan pernah berhenti beri harapan Walau apa pun keadaan anak kita, jangan pernah berhenti bagi harapan kepada mereka. Kalau ibu bapa turut berputus asa dengan anak, siapa lagi yang anak-anak ada? 13. Doa, doa, doa Jangan pernah jemu untuk mendoakan anak-anak kita. Doa dan mintalah bersungguh-sungguh dengan Allah. Doa ibu sangat hebat dan ajaib. Jangan berhenti minta Allah supaya memegang hati anak kita.
Semoga kita dan keluarga kita bakal berpimpinan tangan di syurga kelak. Aminn ya rob.. Semoga bermanfaat. Wallahua’lam.
Melalui pengalaman keguguran sememangnya cukup menyedihkan bagi seorang ibu hamil. Perlukan sokongan emosi yang cukup kuat dari orang-orang sekeliling. Ditambah pula dengan kerisauan sama ada sudah sembuh sepenuhnya ataupun belum.