Mahu Anak-Anak Lebih Berdikari, Rita Rudaini Ajar Mereka Basuh Kasut Dan Kemas Katil Sendiri

Share

Memegang tanggung jawab sebagai ibu tunggal tidak mudah. Tetapi itu tidak menjadi penghalang buat aktres berbakat, Rita Rudaini untuk memberikan yang terbaik buat kedua orang anak lelakinya. Tidak lokek, Rita berkongsi cara didikannya itu melalui laman Instagram peribadinya.

Kata Rita, dia selesa mengajar anak-anaknya agar merasa sedikit kesusahan agar mereka dapat membesar menjadi anak yang matang dan boleh berdikari. Tidak mahu terlalu memanjakan Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna, ibu cantik ini mengajar mereka untuk menguruskan keperluan sendiri.

Baca Artikel Ini: [Anak Sulung Selalu Dimarah Tapi Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah]

Juga tidak betah untuk mengajar anak-anaknya itu untuk hidup dalam kemewahan. Menurutnya lagi, lebih baik jika mereka belajar hidup susah dan buat semua benda sendiri, seperti mana dia dahulu dibesarkan.

Tambahnya lagi, memanjakan biar bertempat. Kerana sayang, dia tegas kerana mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Pa&Ma bersetuju dengan cara didikan begini, bertegas kerana sayang. Tidak terlalu memanjakan, tetapi tidak juga terlalu strict sehingga membuatkan anak-anak rasa terbeban. Lagi pula anak lelaki, perlulah dididik dari awal agar membesar menjadi anak lelaki yang bertanggung jawab.

Sumber: Rita Rudaini

IKLAN