Mahu Anak-Anak Sentiasa Dekat Dengan Al-Quran, Oki Setiana Dewi Kongsikan 5 Tipnya!

Share

Pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi yang popular menerusi filem Ketika Cinta Bertasbih ini sering berkongsi kisah kehidupannya bersama tiga anaknya di instagram miliknya.

Terbaru, Oki tidak lokek berkongsi kisah hidupnya yang mahukan ketiga-tiga anaknya sentiasa dekat dengan Al Quran. Malah anak sulungnya, Maryam dilihat pandai mengalunkan ayat-ayat Al Quran malah sudah boleh menghafalnya sejak kecil.

Bukan itu sahaja malah Oki sebelum ini juga turut membina sebuah pusat tahfiz yang dikenali dengan rumah al-Quran berhampiran rumahnya di Jakarta kira-kira empat tahun lalu demi memenuhi impiannya untuk melahirkan anak generasi al-Quran.

Menerusi satu entri di instagramnya, Oki berkongsi lima tip yang dilakukannya kepada anak sulungnya Maryam.

“Alhamdulillah banyak sekali yang bertanya, bagaimana kakak Maryam bisa menghafal Qur’an sejak dini.

“Saya ingin berbagi tips untuk semua Umma-umma yang sedang sama sama proses mengajarkan anak untuk menghafal Qur’an.

1. Luruskan niat kita hanya karena Allah SWT.

2. Membiasakan dan sering untuk berinteraksi dengan Al-Quran dari sejak kehamilan.

3. Konsisten untuk murajaah dan tetapkan target hafalan.

4. Membuat metode belajar Al-Qur’an menjadi menyenangkan untuk anak.

5. Membiasakan lingkungan yang selalu di naungi Al-Quran.

Bukan hanya berkongsi tip malah kata Oki lagi, biasakanlah anak-anak kita dengan Al Quran sejak mereka kecil lagi. Mudah-mudahan katanya, anak-anak kecil ini akan menerima dan menjadikan Al Quran sebahagian dalam hidup mereka. Begitu kongsinya.

“Mudah-mudahan dengan berbagi tips Menghafal Qur’an untuk anak sejak kecil bisa membiasakan anak kita mencintai Al-Quran.

“Hiduplah bersama Al-Quran,” katanya berkongsi.

Terdahulu, Oki Setiana Dewi berkahwin dengan suaminya, Ory Vitrio Abdullah pada tahun 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka kini dikurniakan tiga orang cahaya mata, dua orang cahaya mata perempuan iaitu Maryam Nusaibah, 5, dan Khadeejah Fatimah, 4 serta seorang anak lelaki, Ibrahim Muhammad Abdullah, 3 tahun.

Oki juga kini sedang hamil anak keempatnya.

 

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

IKLAN