Siti Aafiyah, anak kepada penyanyi nombor satu Malaysia menjadi kesayangan ramai. Dato’ Sri Siti Nurhaliza mensasarkan untuk menambah cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.
Beliau yang dilahirkan 11 Januari 1979 menerima kehadiran permata hati pertama pada iaitu Siti Aafiyah yang kini sudah berusia satu tahun selepas 11 tahun menanti.
Kata Siti kepada Gempak, hasrat pada awal perkahwinan ialah untuk memiliki anak yang ramai.
“Selepas berkahwin, saya memang teringin untuk mendapat cahaya mata yang ramai. Tetapi hasrat itu tidak kesampaian.
“Alhamdulillah, selepas menanti lama baru saya dikurniakan dengan kehadiran Siti Aafiyah.”
Ads
MAHU TAMBAH BILANGAN ANAK SEBELUM USIA 43 TAHUN
Isteri kepada Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa ini juga menyatakan hasrat untuk menambah cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.
“Insya-Allah, jika diizinkan Allah dan ada rezeki, saya mahu menambah bilangan cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.
“Sebelum itu, saya harus berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihar terlebih dahulu.
Ads
“Saya mohon doa yang baik-baik dari semua peminat, Insya-Allah,” kata Siti.
SEBAK LIHAT AAFIYAH MEMBESAR
Siti yang ditemui di majlis sambutan Hari Raya bersama kelab peminatnya, Sitizone di The Pearl Kuala Lumpur menyatakan rasa sebak melihatkan perkembangan si kecil Aafiyah yang kini semakin membesar.
“Masa itu terlalu cepat berjalan. Rasa macam sekejap sahaja, kini Aafiyah sudah boleh berjalan. Jujur saya akui saya rasa sebak dan gembira melihat dia membesar depan mata.
Ads
SYUKUR ATAS PENGALAMAN MENJADI IBU
Penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini juga memanjatkan kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan Ilahi memberi peluang menjadi ibu. Siti turut mendoakan pasangan yang masih menantikan kehadiran zuriat dalam rumah tangga.
“Naluri ibu, saya rasakan semuanya pasti dapat fahami apa yang saya sedang hadapi sekarang. Alhamdulillah, Allah memberikan rezeki untuk saya merasai pengalaman menjadi ibu.
“Saya juga mendoakan agar semua ibu bapa yang menanti cahaya mata di luar sana turut dikurniakan rezeki yang sama, Insya-Allah,” katanya lagi.
Dengan adanya lif di mana-mana bangunan memang memudahkan. Namun kurang keprihatinan membuatkan sesetengah ibu bapa yang membawa bayi dan anak menggunakan stroller (kereta sorong) terpaksa menunggu lama hingga kadang kala mengambil jalan pintas menggunakan escalator untuk sampai ke lokasi yang dituju.
Perkongsian bapa ini diharapkan membuka mata semua. Khairul Abdullah tentang masalah yang seringkali dihadapi ibu bapa semasa ingin menggunakan kemudahan lif, terutamanya di pusat membeli belah.
Faham stroller tidak dibenarkan naik menggunakan eskalator. Memang bahaya
Kadang kala ibu bapa tiada pilihan.
Lif didominasi orang yang nampak sihat & boleh menggunakan eskalator. Mak bapak kena tunggu 2-3 round baru dapat guna lif.
Sakit mata tengok golongan yang tak prihatin.
Faham kalau ada yang sakit, tua, bawa barang banyak & anak ramai. Tapi nampak yang tunggu lif tu uda-muda, sihat & sado, siap bergelak tawa dah kenapa?
Ibu bapa tak ada pilihan kalau nak selit stroller dalam lif tak lepas, kerana orang tak prihatin, kena tunggu lama!
Berilah keutamaan kepada mereka yang memerlukan.
Di negara ni siapa cepat dia dapat. Takpelah biar mereka naik lif.
Cadangan untuk penggunaan lif yang lebih berkesan. Letakkan pengawal untuk pantau penggunaannya perlu mendahulukan golongan memerlukan.
Bagi yang ada anak akan faham bagaimana perasaan ibu bapa ini.
Mana-mana ibu menyusu yang masih belum isi e-Filing LHDN, cepat ya isi sebelum 30 April. Jangan lupa claim peralatan penyusuan yang dah dibeli.
(Kalau belum daftar, kena daftar dulu. Cara nak daftar seperti berikut).
Cara daftar untuk kali pertama:
1. Klik http://edaftar.hasil.gov.my untuk daftar secara online. Klik ‘Borang pendaftaran online’ dan daftar.
2. Pergi cawangan LHDN terdekat untuk mohon nombor PIN e-filing individu (16 digit).
3. Lepas dah dapat nombor pin e-filing, pergi dekat website https://ez.hasil.gov.my/CI/ untuk login kali pertama. Masukkan nombor PIN dan nombor kad pengenalan.
4. Set semula password baru dan juga frasa keselamatan
5. Login sekali lagi di website yang sama dan masukkan nombor IC dengan password yang baru (PERINGATAN: jangan silap tekan password tau kat sini sebab hanya 3 kali percubaan je diberi. Kak Nad pernah tersilap password, sudahnya kena pergi semula pejabat LHDN. Haru!)
Bila dah berjaya masuk, ikut langkah berikutnya:
1. Pergi ke bahagian e-Filling, kemudian klik e-Borang
2. Lihat bahagian individu Pemastautin. Jika tiada punca perniagaan, klik e-BE. Jika ada punca perniagaan, klik e-B. Pilih tahun taksiran 2018.
3. Akan keluar paparan tentang maklumat yang perlu dilengkapkan seperti maklumat individu, maklumat suami/isteri, pendapatan berkanun dan jumlah pendapatan. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
4. Kemudian ada bahagian pelepasan cukai. Dekat sini ada bahagian pelepasan cukai bagi ibu menyusu. Boleh isikan mengikut perbelanjaan yang telah dibuat. Pastikan resit disimpan dengan baik ya sekiranya diaudit nanti.
5. Ada bahagian lain juga yang perlu diisi jika berkaitan. Biasanya untuk insurans kalau Kak Nad tak pasti, Kak Nad akan refer agent insurans Kak Nad. Pembelian alat sukan, komputer riba, smatphone, bahan bacaan, keahlian gym pun layak mohon pelepasan.
6. Selepas dah isi semua maklumat, klik teruskan, cetak draf borang, tandatangan & hantar. Nanti mommies akan nampak jumlah lebihan bayaran yang akan dimasukkan semula ke akaun bank mommies.
7. Paling penting, isilah maklumat dengan jujur dan berhemah untuk mengelakkan dikenakan penalti.
Cepat ya mommies selewatnya 30 April 2019. Jangan terlupa ok. Dan hanya layak bagi ibu-ibu menyusu yang bekerja dan layak membayar cukai, anak di bawah 2 tahun dan tahun taksiran hanya untuk 2 tahun sekali sahaja.
Hari itu sepatutnya menjadi rutin biasa bagi Khyalmat Khan, seorang murid lelaki berusia 10 tahun di sebuah sekolah swasta di utara Pakistan. Namun tanpa disangka, ia menjadi hari terakhir dalam hidupnya.
Gambar hiasan
Pukulan Yang Meragut Nyawa
Ketika perhimpunan pagi, Khyalmat didakwa melakukan kesalahan kecil. Sebagai ‘hukuman’, guru besar sekolah, Waar Ahmed, memukulnya berulang kali dengan sebatang rotan di hadapan semua murid.
Pukulan itu mengenai tengkuk, kepala, muka, dan belakang badan Khyalmat. Dia segera dikejarkan ke hospital, namun segalanya sudah terlambat.
Guru Besar Ditahan, Siasatan Bermula
Insiden menyayat hati ini berlaku di daerah Khyber pada Jumaat lalu. Susulan tragedi tersebut, Waar Ahmed telah ditahan. Polis Daerah Khyber, Rai Mazhar Iqbal, berkata siasatan penuh akan dijalankan dan memberi jaminan bahawa keadilan akan ditegakkan.
Gambar hiasan
“Bukan Itu Tugas Seorang Guru”
“Tiada siapa berhak menyalahgunakan kedudukan mulia sebagai guru untuk melakukan kekejaman sebegini. Guru sepatutnya menjadi penjaga, bukan perosak,” tegas Rai Mazhar dalam kenyataannya.
Suara Ibu Bapa Mula Bergema
Kematian Khyalmat mencetuskan kemarahan dan kesedihan dalam kalangan ibu bapa. Ramai menuntut hukuman fizikal diharamkan sepenuhnya di sekolah. Mereka bertanya sampai bila anak-anak perlu hidup dalam ketakutan di tempat yang sepatutnya menjadi ruang pembelajaran dan perlindungan?
Undang-undang Wujud, Tapi Masih Longgar
Pakistan meluluskan undang-undang mengharamkan keganasan terhadap kanak-kanak di Islamabad pada 2021. Namun, ia belum dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara. Tragedi seperti ini menunjukkan masih banyak kelemahan dalam perlindungan kanak-kanak.
Tragedi Bukan Pertama
Ini bukan insiden pertama. Pada Januari 2021, seorang murid dipukul hingga mati kerana gagal menghafal pelajaran. Pada Jun 2020, seorang kanak-kanak perempuan pula maut selepas dipukul kerana melepaskan burung peliharaan majikan. Apa lagi yang perlu berlaku sebelum perubahan benar-benar berlaku?
Gambar hiasan
Renungan untuk Para Ibu Bapa
Sebagai ibu bapa, kita menyerahkan anak-anak kita kepada sistem pendidikan dengan harapan mereka dilindungi dan dibimbing. Tapi apabila harapan itu dikhianati dengan keganasan, siapa yang harus bertanggungjawab?
Tragedi Khyalmat bukan sekadar berita. Ia adalah peringatan bahawa anak-anak adalah amanah, dan tiada siapa berhak merampas nyawa mereka dengan kekerasan.
Semoga roh kecil ini damai di sisi-Nya dan diharapkan dunia ini lebih lembut terhadap anak-anak kecil yang hanya ingin belajar dan membesar dengan selamat.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.