Kasih seorang ibu selamanya, namun kasih ayah sentiasa mengiringi setiap anaknya. Ibu membimbing dan mendidik penuh kasih sayang namun figura bergelar ayah sentiasa menyokong apa jua yang dilakukan anaknya sehingga menjadi orang berjaya.
Itulah yang diimpikan oleh selebriti yang satu ini iaitu Diana Daniel di instagramnya baru-baru ini. Bagi dirinya yang hanya merasa kasih sayang ayah cuma seketika, Diana mahu kedua-dua anaknya, Che Mad dan Aurora mendapatkan kasih sayang secukupnya ketika mereka sedang membesar.
Luahnya di instagram, dia meluahkan rasa syukur yang teramat sangat kala dikurniakan seorang suami yang menyayangi anak-anak sepenuh jiwa raganya.
Ads
D akan selalu dalam diam terharu dengan hubungan Aurora & Babah sebab dulu D sekejap sangat rasa kasih sayang seorang Ayah. Itulah takdir, itulah kehidupan.
Ads
Saya syukur ibu saya masih hidup, dia yang korbankan segalanya untuk saya, dia peneman, dialah pembimbing, dan saya bersyukur saya ada suami yang sayang anak-anaknya seluruh jiwa raganya.
Ads
Mereka dapat rasa gomolan seorang ayah, teguran dan kasih sayang. Masa akan berlalu dengan pantas, semoga hubungan ini akan buat anak-anak kita tak lekang doa di bibir bila kita tak ada nanti. No matter what, until this day I always pray for my dad, just cause he is my dad.
Kenaikan harga barang mentah di pasaran membuatkan kita terpaksa berjimat cermat dalam berbelanja. Selagi boleh berjimat dan simpan, kita simpan dengan cara yang baik.
Buah limau nipis selalunya cepat lembik dan busuk walaupun disimpan lama di dalam peti ais. Tak mahu membazir, apa kata cuba tip mudah yang dikongsikan oleh Pn Yatie Eimra ini. Memang tahan lama.
Saja nak kongsi tip. Limau nipis ni kalau tak habis guna, selalunya sampai jadi kering dalam fridge kan.
Sekarang ni barang-barang banyak yang dah naik harga. Apa kata simpan macam ni lak untuk elak pembaziran.
Saya memang simpan baki limau nipis dalam freezer camni sebab tahan lama & tak membazir.
Lepas korang potong sikit bahagian yang nak guna, terus potong untuk kegunaan lain kali pulak. Lagi mudah kalau buang biji terus.
Letak dalam bekas (sebaiknya yang bertutup) & simpan dalam freezer (bahagian sejuk beku).
Lain kali bila nak guna, cuma ambil bahagian yang nak guna tu & biarkan kejap kat suhu bilik. Kalau nak cepat, rendam jela kejap dalam air panas sebelum guna, setel.
P/S: Baki limau nipis dalam bekas tu dah 3 minggu saya sengaja simpan untuk tunjukkan masih elok je lagi.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Perkahwinan bukan penyatuan dua jiwa antara diri dengan pasangan tetapi ia membawa kepada maksud lebih meluas terutama berkaitan keluarga kedua-dua pihak.
Membina hubungan yang baik dengan keluarga mentua itu tidak hanya tertumpu kepada ibu bapa saja malah ia perlu dilakukan bersama ipar duai, biras dan ahli keluarga yang lain.
Ia tidak boleh dianggap perkara remeh kerana tanpa sedar pelbagai masalah boleh terjadi sekiranya hubungan dengan ipar duai tidak dilakukan seikhlas hati.
Seperti perkongsian Nur Habibi Qalbi hubungan dengan ipar mestilah dianggap macam adik beradik sendiri untuk mengukuhkan hubungan dalam keluarga.
Jangan jadi IPAR MADE IN NERAKA
Bila adik beradik kita kahwin dengan seseorang. Layanlah ipar tu baik-baik. Kalau boleh jangan di beza-bezakan ipar ini dengan ipar itu.
Ipar ini mungkin rajin di dapur. Tapi ipar itu pulak tak kedekut hulur duit atau belanja. Sama-sama ada baiknya.
Buruk ipar ini jangan di jaja pada ipar lain. Kalau ipar ini bermasam muka dengan ipar itu, kita mesti jadi penyejuk dan pendamai. Bukan pengadu domba yang akan memburukkan lagi situasi rumah tangga adik beradik kita.
Jangan menuntut ipar tu sempurna di mata kita. Sebab dia kahwin dengan saudara kita, bukan dengan kita. Dia mungkin sempurna pada mata saudara kita. Bukan di mata kita.
Jangan memaksa agar ipar tu ikut gerak geri keluarga kita. Kerana dia dibesarkan oleh mak ayahnya dengan cara berbeza. Dia tidak dibesarkan di dalam keluarga kita.
Sebolehnya jadilah ipar yang memberi ketenteraman dan kebaikan agar rumah tangga adik beradik kita berkekalan.
Bukannya jadi ipar MADE IN NERAKA yang suka melihat rumah tangga keluarga hancur dan bercerai berai.
Yang dapat ipar baik tu.. Ucaplah Alhamdulillah.
Kredit :@Nur Habibi Qalbi via Viral Media Johor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tugas membesarkan anak tidak mudah. Namun untuk mendidik dan memastikan mereka membesar menjadi insan yang baik adalah lebih sukar. Ada yang mengatakan banyak cabaran untuk membesarka anak perempuan, tapi sebenarnya anak lelaki juga sama. Tambahan pula sekarang, banyak pengaruh persekitaran yang memberi kesan kepada anak-anak.
Untuk membesarkan anak lelaki, ibu ayah harus menerapkan lima perkara penting dalam diri mereka. Kesemua perkara ini jika berjaya diajarkan kepada mereka, dapat membentuk anak lelaki menjadi insan yang dihormati kelak. Ikuti perkongsian dari Taufiq Razif ini:
Ajar Anak Lelaki 5 Perkara Ni Secepatnya Sebelum Dia Menjadi Remaja
1. Ajar anak lelaki untuk jadi Respectful pada wanita terutamanya pada ibunya sendiri
– contohnya ajar anak lelaki bukakan pintu kereta untuk ibu dan adik perempuannya, jaga nada suara terhadap adik beradiknya & berbuat baik dan lemah lembut pada semua wanita
2. Ajar anak lelaki untuk ada Sense Of Responsibility
– ajar anak lelaki untuk simbah & cuci bila dah lepas hajat di tandas awam, cuci pinggan dan lap tumpahan air di meja makan, kutip sampah yang dia sengaja buang pun adalah salah satu latihan untuk bentuk Sense of Responsibility dalam diri anak
3. Ajar anak lelaki tentang Personal Hygiene & Cleanliness
– banyak anak lelaki bertukar menjadi pengotor bila berjauhan dengan mak ayah contohnya di asrama. Rupanya kerana kita lupa nak ajar anak lelaki kita tentang disiplin menjaga personal hygiene & cleanliness
– personal hygiene ni bermula daripada cara cuci tangan hinggalah kepada cara berinstibra’ & berinstinjak. Antara ilmu istibra’ yang kita kena ajar anak lelaki adalah berdehem & urut kemaluannya sebelum membasuh kencing
4. Ajar anak lelaki Coping Skills
– coping skills ni adalah cara anak kita nak selesaikan ataupun cara anak kita nak hadapi masalah dalam hidupnya. Contohnya apa nak kena buat bila anak lelaki kita tu stress ke, kena ejek ke kena buli ke
– Sebab kalau anak lelaki kita tak tahu Coping Skills yang betul, anak kita akan mudah terjebak dengan Coping Skills yang negatif. Coping Skills negatif ni contohnya adalah ambil dadah dan juga minum arak
– bila tengok pasangan kita penat, cuba suruh anak kita tengok dan fahami kepenatan pasangan kita tu
– amalkan dialog ni pada kita untuk asah Empathy anak kita “Adik, cuba tengok Mama tu. Penat kan dia lipat baju kita berdua kan? Nampak tak muka Mama dah redup dah tu jaga kita berdua tiap hari. Jom kita gi tolong Mama lipat baju nak? “
– bila anak kita dah mampu faham & rasakan emosi orang di sekelilingnya, itulah kejayaan kita dalam membentuk sifat empati dalam diri anak kita. InsyaAllah anak macam ni adalah anak yang hebat Emotional Intelligencenya. Inilah yang kita panggil sebagai anak yang cerdas emosi
Tolong sangat ajar ilmu ni pada pasangan dan anak kita sendiri. Kongsi ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye sebab saya rasa masih ramai lagi mak ayah di luar sana belum tahu tentang ilmu ni.
Perkongsian ini amat mudah difahami dan sememangnya sangat berguna kepada ibu dan ayah untuk mendidik anak lelaki. Anak yang dibesarkan dalam persekitaran yang positif dan diberikan didikan yang betul pasti dapat membentuk sahsiah diri yang baik.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.