Memang nampak comel dan selamat apabila bayi baru lahir pakai sarung tangan. Lagi satu alasan yang biasa diberikan adalah ia akan selamat kerana bayi tak akan mencakar muka sendiri serta nak elak anak rasa sejuk.
Namun ibu bapa tahu tak sebenarnya kesan pemakaian sarung tangan ini akan mengehadkan perkembangan anak?
Menurut Najmi Nawawi yang juga penulis buku dan pakar motivasi, kita hidup di zaman semua orang berlumba-lumba supaya perkembangan anak mereka cepat. Tetapi kenapa masih ada yang pakaikan anak mereka ‘mittens’, sedangkan ia akan melambatkan perkembangan anak-anak. Takkan kita mahu anak kita ketinggalan pula nanti.
Ads
Jika anak dipakai dengan ‘mittens’, tangan anak-anak akan sentiasa dalam keadaan menggenggam dan ini bukanlah sesuatu yang baik. Kita perlu buka ‘mittens’ agar anak dapat membuka genggaman dan mula menyentuh tekstur agar dapat merangsang perkembangan otak bayi.
Jangan risau anak cakar muka sendiri, kerana anak kita sangat bijak. Mereka akan belajar dari sakitnya tercakar muka sendiri dan tidak akan mengulangi lagi. Dalam masa yang sama, ia menjadi tugas ibu bapa untuk memastikan kuku anak mereka pendek.
Beri peluang untuk anak tingkatkan kemampuan motor halus dan kasar mereka, kinestetik dan sebagainya. Biarlah jari jemari comel itu menerokai tekstur pelbagai dunia.
Anak aku Aisyah Deen tidak dipakai ‘mittens’ sejak dari lahir lagi. Mommy and daddy-nya betul-betul mahu Aisyah Deen tidak ketinggalan dengan kawan-kawan yang hebat-hebat semuanya nanti.
p/s : Persaingan dalam perkembangan anak-anak ialah satu persaingan yang sihat. Saling membantu dan berkongsi ilmu untuk dunia mereka yang lebih baik.
Merangkak melibatkan seluruh badan bayi. Apabila bayi merangkak, dia perlu menggunakan tangan dan kakinya untuk mengangkat dirinya dari lantai serta bergerak. Terdapat banyak kebaikan merangkak diperolehi bayi seperti kekuatan fizikal, keseimbangan, penjajaran tulang belakang, kemahiran visual-spatial dan pembangunan sosio-emosi.
Ia merupakan pencapaian besar dalam kehidupan bayi dan ibu bapa perlu membantu anak mereka mencapainya. Merangkak adalah salah satu cara untuk perkembangan fizikal yang lebih baik.
Terdapat beberapa cara yang anda boleh digunakan untuk menggalakkan lutut kecil itu yang bergerak dan merangkak. Antaranya ialah;
BAYI AMBIL MASA UNTUK MENIARAP
Bayi memerlukan masa meniarap untuk mereka membiasakan diri dengan persekitaran. Dengan meniarap juga mereka boleh membina otot-otot yang diperlukan supaya mereka dapat menyokong berat badan mereka sendiri semasa merangkak.
Perkenalkan sesi meniarap sekali-sekala dengan perlahan pada usia 3 hingga 4 bulan selama 20 hingga 30 minit. Latih sehingga bayi boleh meniarap sendiri (selalunya pada umur 5 hingga 7 bulan). Untuk membantu bayi meniarap, anda boleh mendapatkan tikar bertekstur, yang akan memberikan sesuatu untuk bayi disentuh dan rasa semasa mereka berada di atas lantai.
DUDUK SAMBIL DIPEGANG
Dudukkan bayi di atas kusyen atau objek lembut sambil anda menyokong pada bahagian ketiaknya. Ini ialah senaman untuk menguatkan tubuh serta koordinasi tangan-pinggul.
‘UMPAN’ ANAK DENGAN MAINAN
Berikan dorongan untuk mereka bergerak. Letakkan mainan sedikit jauh sehingga mereka berminat untuk bergerak ke arahnya. Biarkan mereka cuba untuk mendapatkannya, tapi jangan letakkan mainan terlalu jauh untuk mengelakkan mereka kecewa!
Anda boleh juga meletakkan kotak mainannya sebagai ‘umpan’. Boleh juga galakkan mereka untuk datang kepada anda juga dengan memanggil namanya. Rendahkan badan anda dan bercakaplah dengan mereka dan melambai-lambainya sehingga ke garisan penamat.
Sediakan permainan yang direka untuk menggalakkan bayi merangkak seperti;
-Bola dengan lampu dan butang untuk menekan
-Mainan yang bergerak apabila ditolak. Jadi bayi akan cenderung untuk mendapatkannya
-Mainan berbunyi yang boleh diketuk dan boleh bergerak
-Mainan berbunyi dan berwarna-warni
Bayi akan merangkak juga bila tiba masanya. Jangan terlalu mendesak mereka. Biarkan anak membiasakan diri lebih lama meniarap. Ia akan membuka peluang kepadanya untuk membiasakan diri dengan persekitaran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak mencecah usia 1 tahun ke atas, soalan biasa daripada ibu bapa bila anak saya boleh mula makan seperti anak-anak yang dah besar tanpa bergantung pada puri atau bubur nasi sahaja.
Buat pengetahuan ibu bapa, ada peringkat yang dah boleh diperkenalkan makanan pada bayi supaya anak akan dapat zat yang cukup, tak memilih makan dan tiada masalah perkembangan lain.
Menurut Terapis Cara Kerja, Liyana Raya jika ibu bapa nampak anak dah bersedia jangan rasa ragu-ragu. Mula perkenalkan sedikit demi sedikit dan tengok keupayaan anak.
Berikut perkongsiannya
Anak umur 1 tahun 4 bulan dah boleh makan ayam “Upin Ipin” dengan sendiri pun. Dah siat-siat isi ayam pakai mulut.
Gigi dah banyak. 6 ke 8 batang gigi tu banyak ler tu…..
Sebab dah boleh berdiri, Jadi otot dan sendi mulut dah kukuh. Dah boleh berdikari sendiri untuk siat-siat isi ayam tu walaupun dengan gigi yang ada.
Biasanya bayi yang baru lahir hingga ke usia 3 bulan,mereka bergantung penuh kepada kekuatan otot dan sendi kepala untuk menyusu. Dan biasanya mereka menggunakan lelangit atas bahagian dalam mulut ketika menyusu. Dan proses ini dijalankan sepenuhnya secara reflex (tindakan luar kawal) melalui Rooting Reflex dan Sucking Reflex.
Di usia 3-5 bulan, bayi sudah boleh mengangkat kepalanya sendiri. Namun masih belum kuat sepenuhnya dan perlu dibantu. Ini yang biasanya Coordinated Suck/Swallow/Breath Reflex akan ambil alih according to adjustment of the head.
Waktu ni nak adjust susu yang masuk(especially kalau kita baringkan bayi ketika menyusu), nak adjust breathing and swallowing semua macam mana. Itu yang kebanyakan bayi tersedak susu adalah di usia begini. Dan keupayaan reflex ketika ini adalah sangat berbeza mengikut bayi. Itu yang pada waktu ni kalau boleh jangan bagi bayi menyusu secara baring menelentang. Angkat sedikit kepalanya sudah memadai.
Usia 6 bulan: Bayi dah diperkenalkan dengan pureed foods. Ada beberapa bayi mula tumbuh gigi di usia ini. Waktu ni, struktur rahang dan lidah sudah mula stabil untuk menyokong aktiviti mengunyah. Jadi untuk usia ini, sesuai diberikan pureed foods yang pekat/tak terlalu pekat, makanan yang cair di mulut (meltable foods) dan makanan yang lembut (soft foods) seperti pisang dan avocado.
Usia 7-9 bulan: Masa ni bayi dah boleh duduk tanpa sokongan dan mula merangkak. Perkembangan ini menyokong pergerakan rahang dengan lebih stabil, menyokong pernafasan, dan kemahiran motor halus yang berkait rapat dengan self-feeding (makan sendiri).
Masa ni kan ibu bapa dah boleh sangat tau bagi makanan/purees yang ada lumpy lumpy sikit. Bukan soft purees lagi dah. Dah boleh buat mashed potato tu ada lump potatoesnya untuk bagi bayi menggigit.
Buah (anggur dipotong kecil2 sahaja) dah boleh bagi makan.
Buah (limau) dah boleh bagi makan tapi bagi la in small portion.
Buah (pear) pun boleh. Beli pear yang jenis lembut tu la untuk bagi bayi makan.
Sebab usia 7-9 bulan ni,pergerakan mulut dah banyak contoh lip closure (penutupan bibir bak kata org melayu), pergerakan makanan dalam bentuk bolus dibawa ke kiri,kanan,atas,bawah,dan proses chewing (kunyahan) menjadi lebih tegap. Masa ni la anak-anak mula berdikari makan sendiri. Saya pun biasanya masa ni dah lenyek sikit nasi kita makan tu dalam dua tiga butir, suap bagi anak makan.
10 bulan: Bayi dah ada kebolehan pun untuk mengasingkan pergerakan mulut daripada pergerakan kepala sepenuhnya. So waktu ni makanan yang jatuh dari mulut tu ada tapi dia cuba control. Bagi ruang dan peluang je.
12-15 bulan: Nah, cubalah bagi makan nasi lembut. Cuba sekalikan dengan protein seperti ayam, daging, ikan dan sayur-sayuran gaul dalam nasi tu. Cuba bagi anak kunyah. Bagi juga “ayam Upin Ipin” tu haaaa… makan sendiri.
16-36 bulan: Dah boleh beransur ansur dah makan macam kita makan. Bukan asyik nak menyusu botol.
Masalahnya ramai ibu bapa yang saya jumpa sekarang ni takut sangat nak bagi anak makan makanan pejal. Kalau boleh, purees food tu nak maintain sampai usia 2 tahun.
Sebab itu ramai yang saya jumpa anak yang lambat cakap, picky eater dan ada masalah tak boleh control air liur lagi.
Ni saya dah bagi ilmu ni. Amalkan dan praktikkan. Seawal usia anak dah tumbuh gigi tu, boleh dah bagi dua tiga butir nasi kita, lenyek sikit kat jari bagi anak makan.
Makan tu kan nikmat????? Dah kalau ada budak tak nak makan, tak nikmatlah hidupnya…. kesian kat anak.
“Comelnya bayi ni, boleh saya dukung?” – mungkin ini antara ayat yang sering kita dengar bila ada ahli keluarga atau rakan datang menziarahi ibu yang baru melahirkan anak. Namun, tanpa disedari, kunjungan yang sepatutnya membawa kegembiraan boleh menjadi beban jika tidak dijaga dengan adab yang betul.
Kelahiran bayi adalah momen indah yang sarat dengan emosi, keletihan dan cabaran baharu buat ibu bapa. Justeru, menziarahi mereka memerlukan sikap peka, hormat dan penuh timbang rasa. Berikut adalah beberapa etika penting yang patut kita amalkan setiap kali ingin melawat ibu yang baru bersalin.
Jangan datang secara tiba-tiba—beri salam terlebih dahulu melalui panggilan atau mesej. Ini memberi ruang persediaan kepada ibu untuk menyambut tetamu dalam keadaan selesa.
Hindari waktu terlalu pagi, petang lewat, atau malam. Ibu dan bayi yang baru lahir amat memerlukan rehat.
Lawatan tidak perlu lama—cukup antara 20 hingga 60 minit. Lama berborak boleh mengganggu rutin rehat ibu dan bayi.
Jika anda sedang demam, batuk, selesema, atau baru terdedah kepada virus, lebih baik tunda kunjungan demi keselamatan bayi.
Basuh tangan dengan sabun atau gunakan hand sanitizer sebelum menyentuh bayi atau alatan mereka. Amalan ini mengurangkan risiko jangkitan.
Meskipun niat baik, ciuman atau pelukan boleh menyebarkan kuman serius seperti HSV-1 (penyebab sariawan), yang berbahaya kepada bayi.
Jangan ambil bayi atau sentuh tanpa izin terlebih dahulu—sebagaimana elitism terhadap kebersihan, ini juga menghormati privasi ibu.
Perfume atau losyen berbau kuat boleh menyebabkan ketidakselesaan atau alergi pada bayi ataupun si ibu.
Bawalah makanan mudah, buah-buahan, atau keperluan bayi yang berguna. Sebaiknya tanya terlebih dahulu; hadiah seperti makanan bergizi atau perkakas bayi amat dihargai.
Jangan ajukan soalan peribadi yang mungkin menyentuh emosi, seperti cara bersalin, bentuk badan ibu, atau proses penyusuan. Tumpu pada sokongan moral dan keselesaan.
Memang seronok dan excited nak lawat baby yang baru lahir, tapi jangan lupa ibu dan ayah juga perlukan ruang untuk rehat, tenang dan menyesuaikan diri dengan kehadiran si kecil. Dengan menjaga adab ketika menziarahi, kunjungan kita bukan sahaja mengeratkan silaturrahim, malah membawa ketenangan serta semangat buat keluarga baru ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.