Ajar anak menulis dan memegang pensel bukanlah perkara yang mudah seperti yang kita jangka. Kalau tak kena cara, anak boleh mengamuk dan kita juga lebih mudah putus asa. Hal ini mungkin menjadi lebih sulit jika anak sudah mencapai satu posisi yang ‘pelik’ untuk memegang pensel.
Memegang pensel bukan hanya melibatkan kemahiran motor halusanak, malah ia juga melibatkan kemahirannya untuk mengawal otot-otot pada tangan dan bahu. Dengan teknik yang sesuai untuk ajar anak menulis, mereka akan dapat melakukannya dengan baik walaupun secara santai.
Aktiviti mengumpal kertas dan menjadikan seperti sebiji bola serta dilemparkan ke dalam bekas sasaran boleh meningkatkan koordinasi mata dan tangan anak untuk memegang pensil dan menulis.
Berikut antara perkongsian dari seorang ibu, Puan Aminah Hussain membantu anak-anaknya meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan.
Guna kertas apa-apa pun
Semasa hendak memasukkan anak saya ke tadika semasa umurnya 5 tahun, saya ada berjumpa dengan bakal gurunya. Bakal gurunya yang saya mesra dipanggil ummi beritahu, jika boleh ajarlah anak pegang pensil dengan betul dulu.
Ads
Minta anak gumpal kertas, jadikan bola. Bola besar tu guna 4 helai kertas terpakai.
Jika datang dengan menggenggam pensil, nampak gaya ummi kena bekerja keras untuk melatih anak ini supaya mahir menulis dan membaca.
Saletip sedikit mana yang terbuka. Biar nampak macam bola
Pernah tak kita marah anak tuang air ke dalam cawan dan air tu tumpah? Sebenarnya anak kekurangan “eye-hand coordination skill” atau bahasa melayunya anak kekurangan kemahiran koordinasi mata dan tangan.
Ads
Letakkan 1 kotak kecil di suatu sudut rumah. ada 2,3 kotak lagi yang berlainan saiz lagi bagus
Bahasa lebih mudahnya ialah mata dan tangan menjalankan aktiviti serentak. Koordinasi mata dan tangan ini sangat diperlukan untuk anak kita pandai memegang pensil dan menulis.
Ajak anak baling ‘bola’ kertas ke dalam kotak. Jika berjaya kesemua boleh jarakkan kotak jauh lagi
Selain itu anak akan lebih mahir memasukkan sesuatu dalam bekas.
Ads
Banyak aktiviti mudah yang kita boleh main dengan anak dirumah. Salah satunya yg saya kongsikan pada gambar.Ini saya panggil main bola keranjang dalam rumah ini atau “indoor basketball”.
Si kecil boleh bertukar wataknya dalam sekelip mata daripada gadis cilik yang manis dan mahu ibu memeluk dan menciumnya, kepada seorang yang degil dan garang.
Jangan hairan atau marah dengan sikap si kecil anda kerana ini sebenarnya adalah proses semula jadi kanak-kanak berusia 3 tahun yang sedang melalui perubahan besar dalam kehidupannya. Mereka mula hendak membina perasaan sendiri dan cuba untuk berdikari dengan cara meniru perlakuan orang dewasa.
Jika anak anda sedang melalui fasa ini yang dikenali sebagai ‘threenager’ bermaksud si kecil yang berusia 3 tahun, tetapi berkelakuan seperti seorang remaja atau orang dewasa.
Walaupun tanpa sedar sikapnya boleh dianggap biadab, proses perkembangan ini merupakan pengalaman pembelajaran kepada ibu bapa dan anak. Ini masa untuk anak membesar dan membentuk personaliti dan karektor dirinya. Jadi berikan mereka sedikit ruang untuk belajar tetapi dalam masa yang sama bimbinglah dengan cara betul cara untuk meluahkan perasaan dan dirinya.
Sekiranya anda mempunyai anak berumur 3 tahun yang berperangai seperti ini, anda tentu faham cabarannya. Sebelum anda bertindak balas pada tingkah laku si kecil tanpa usul periksa, ingatlah perkara paling penting perlu dilakukan adalah untuk menunjukkan contoh tingkah laku yang baik kepada mereka.
Inilah antara perubahan besar yang dilalui dalam hidup anak umur 3 tahun:
1. Mereka belajar untuk menguruskan emosi
Sekitar umur 3 tahun, kanak-kanak mula belajar memahami emosi mereka. Mereka mungkin mula mengenal pasti perasaan mereka dengan perkataan. Bagaimanapun, mereka masih belum lagi bersedia untuk mengawal emosi sendiri. Jika ada sesuatu yang kelakar, mereka akan ketawa tanpa dikawal. Jika sesuatu berlaku dan rasa sedih, mereka akan menangis tanpa henti.
Emosi mereka kuat dan kadangkala boleh di luar kawalan. Cuba untuk bersabar dan faham pada umur 3 tahun, mereka belum ada keupayaan dengan betul untuk mengawal emosi mereka dengan betul.
Kanak-kanak umur 3 tahun tidak mempunyai banyak kawalan gerak hati. Sekiranya mereka rasa keperluan untuk buat sesuatu, mereka akan terus lakukan tanpa perlu banyak berfikir.
Contohnya, si kecil terus mengambil barangan yang anda larang daripadanya walaupun selepas anda berkata “Tidak”, atau dia mungkin akan memukul orang lain sekiranya dia rasa marah. Menangguh sesuatu keputusan perlu dipelajari oleh si kecil dalam tempoh masa yang lama, ia bukan mudah difahami oleh anak usia 3 tahun.
Kanak-kanak umur 3 tahun mungkin akan memukul, mengigit atau menolak sebagai cara untuk menyelesaikan konflik. Oleh kerana mereka bertindak balas mengikut gerak hati, si kecil tak faham perbezaan kemahiran antara penyelesaian konflik yang sesuai dan tidak sesuai.
Sebagai ibu bapa, penting untuk menunjukkan ‘threenager’ anda cara betul dan tak betul untuk meluahkan emosi dan menyelesaikan masalah dengan yang lain.
Biasanya kanak-kanak umur 3 tahun ini mempunyai sikap lucu yang boleh membuat orang lain ketawa. Mereka sedang cuba membentuk sikap lucu. Mereka gemar buat orang lain ketawa. Kadangkala perbuatan mereka terkentut pun dirasakan sangat lucu dan menghiburkan. Ingat, anak comel anda sedang belajar untuk menjadi orang yang kelakar.
Empati mula terbentuk dalam diri kanak-kanak sekitar usia tiga tahun. Mereka boleh merasakan kesakitan atau kesedihan yang dilalui oleh orang lain dan anda boleh mendapat tindak balas daripada mereka bila anda bertanyakan apa perasaannya. Si kecil mungkin akan menangis jika mereka rasa mereka melukakan anda, terutama kalau mereka tak bermaksudkannya.
Kanak-kanak umur 3 tahun belajar untuk bermain dengan orang lain. Pada usia ini mereka mula berminat untuk berkawan dengan orang lain. Mereka juga suka mengajak ibu atau ayah bermain bersama.
Bayi anda semakin membesar dengan pantasnya dan mula membentuk karektor diri sendiri. Sebenarnya seronok menyaksikan fasa perubahan sikap si kecil menjadi diri sendiri. Mereka mula mempunyai minat sendiri atau apa yang tak diminati, personaliti diri dan keinginan tahu tentang kehidupan.
Penting untuk semua ibu bapa yang mempunyai anak umur sebegini sentiasa bersikap konsisten dan bersabar kerana ia adalah kunci utama melalui fasa ini dengan bertenang dan tanpa sebarang stres atau marah-marah. Ingatlah yang fasa mereka membesar sangat pantas dan tanpa sedar si kecil usia 3 tahun anda berubah menjadi anak yang bijak dan matang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa dianggap pembuli emosi dalam diam jika suka membezakan anak-anak. Adakah anda perasan?
Bila dah ada lebih dari dua anak, sebagai ibu bapa kita tak perasan yang sebenarnya kita ada sikap suka membandingkan. Nampak macam isu remeh. Namun impak sangat besar pada jiwa anak-anak.
Perlu diketahui anak yang umurnya 0 hingga 7 tahun, minda mereka menyerap semua apa yang di dengar dan di lihat. Kelakuan ibu bapa menjadi role model mereka.
Menurut Perunding Motivasi, Azura Hashim apabila ada sikap membanding-bandingkan umpama kita meremehkan keupayaan anak-anak dan secara tidak langsung menjadikan anak itu membesar sebagai seorang yang tidak berkeyakinan dan penuh dengan tekanan.
Lebih malang lagi, potensi anak-anak tidak di gilap sebaiknya disebabkan tidak yakin atas keupayaan diri mereka.
Jika diikutkan, membanding- bandingkan anak dikatakan antara salah satu cara ibu bapa membuli anak. Mungkin bagi ibu bapa niat sebenar bukan mahu memotivasikan anak dengan membanding, sebaliknya menjadikan anak mereka seorang yang reaktif.
Sebagai ibu bapa, kita yang harus proaktif. Tukar daripada pujian atau membanding anak kepada memuji Allah.
Contohnya:
Anak yang sulung rajin dan bijak belajar
Maka pujian untuknya yang secara tidak lansung memuji Allah :
Terima Kasih Allah kerana berikan anak yang soleh, rajin dan bijak seperti Hadif ini
(Pujian untuk Allah indirect semangat pada anak. Pujian juga berbentuk general untuk memuji anak kita yang lain).
Saat anak lain pula yang tolong walaupun mungkin terpaksa, Puji yang sama :
Terima Kasih Allah kerana berikan anak yang solehah seperti Umairah ini. Jadi tak nampak membanding-bandingkan.
Setiap manusia diberi potensi, kelebihan yang berbeza. Salah satu bukti menunjukkan bahawa Allah Ya Musowwir Yang Maha Kreatif.
Pujian anak melalui memuji Allah boleh memperkasakan kelebihan, menutup kelemahan agar termotivasi menjadi yang lebih baik.
Kita berusaha berikan didikan yang terbaik. Selebihnya, serahkan urusan anak- anak kepada Allah Ya Baari yang maha menguruskan.
Semoga, walau di bidang apa pun, mereka menjadi insan yang memberi manfaat dan cemerlang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susahnya nak elakkan anak main gajet. Rasanya perkara ini sudah menjadi sebahagian masalah ibu ayah sekarang. Sebenarnya gajet tidaklah salah seratus peratus tetapi kena tahu hadnya.
Banyak kebaikan namun lebih banyak lagi keburukan. Banyak pro dan kontranya akibat terlalu banyak masa dilebihkan dengan gajet. Sebagai ibu dan ayah kitalah yang perlu mencorakkan mereka.
Ada waktu yang sesuai untuk mereka. Bila? Baca fakta yang dikongsikan wanita bernama Nowa Nija ni. Ibu ayah sila ambil perhatian!
BAGI LAGI ANAK MAIN GAJET SELALU
Mungkin sebab anak anak mula ke arah gajet, Allah dorong saya buka channel tv3 dan ngam-ngam topik wanita hari ini pasal anak dan gajet.
Ok panel tadi dua orang Pakar Psikologi & Pakar Pediatrik (boleh tengok gambar)
Antara pengetahuan baru yang saya dapat tadi:
*2 tahun lepas, Taiwan gubal undang-undang melarang anak dibawah umur 2 tahun didedahkan pada gajet. Kanak-kanak bawah 18 tahun boleh guna gajet tapi ada had masa.
* Steve Jobs (rata-rata kenal kan) tidak benarkan anak-anaknya guna gajet pada hari persekolahan dan ada batasan kalau weekend.
*Bill Gates hanya benarkan anak main gajet bila capai umur 14 tahun.
*Perkembangan otak berkembang sebanyak 80% dari otak dewasa bila umur anak 3 tahun sebab itu umur 0-3 tahun adalah tempoh yang tidak sesuai untuk anak terlalu kepada gajet. Nanti jejaskan perkembangan otak.
*WAJIB tahu yang stimulasi rangsangan (persekitaran) sangat diperlukan untuk 2 tahun permulaan (eye contact bila bercakap dan respon).
So hasil tadi juga bagi tamparan pada ibu dan ibu yakin pada ibu bapa lain juga:
Anak ni tengok pada ibu bapa. Sebab itu bila ibu bapa terlalu ke arah gajet, anak follow. Role model remember?
*Memang anak akan suka pada games dalam gajet sebab umur 0-3 tahun ni dunia anak-anak adalah bermain. Bak kata salah seorang pakar tadi bisnes anak-anak ialah bermain.
*Kalau seawal umur setahun tiada stimulasi rangsangan yang sangat diperlukan pada 2 tahun permulaan, penglihatan, perkembangan otak & tumbesaran akan terganggu ?
*Jangan tanya kenapa anak suka tantrum (mengamuk) bila tidak dibagi gajet bila selama ni memang jadi teman rapat anak dah ? pappp tampar pipi ibu
*Kognitif (membezakan besar kecil tinggi rendah etc) anak boleh terganggu. Even dalam gajet misalnya saiz haiwan tidak sama dengan di luar – bila masuk sekolah could be problem untuk anak-anak.
*Attention deficit menakutkan. Sebab tu anak mula tidak dengar bila kita panggil dan kurang bercakap. Pokoknya benda lain pun tidak ambil peduli bila gajet depan mata.
*Anak kecil sepatutnya Ekstrovert (periang dsb.), tapi bila dengan gajet sangat anak jadi introvert (pendiam dsb.).
Sejujurnya saya risau bila anak saya dalam sehari mencari gajet. Terkadang tu ada drama airmata bila saya kata berhenti dulu. Anak pun dah pandai tunjuk fon.
Macam yang pakar cakap there is no betul salah pasal gajet. Sebab teknologi akan stay. Cuma sebagai parents kita yang kena corakkan anak. No wonder orang kata guru pertama anak ialah ibu bapa bukan cikgu masa di sekolah.
Umur yang recommended untuk bagi gajet? 5 tahun.
Suka saya masukkan sekali analogi yang Pakar tu bagi tadi – kita dibenarkan bawa kereta bila umur sesuai (17 ke atas – pastikan ada lesen ?) Sebab sudah pandai control dan ada kebolehan bawa kereta, sama juga prinsip nya dengan bagi anak gajet. Sebab itu walaupun recommended umur sebegitu tetap ada had masa. Parents kena peduli!
Kredit: Nowa Nija
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di sebalik senyuman yang sering dipamerkan kepada peminat, pelakon dan penyanyi Hannah Delisha menyimpan satu kisah yang cukup menyentuh hati apabila terpaksa berdepan kehilangan cahaya mata sulung pada tahun lalu.