Dengan keadaan cuaca yang panas sekarang, kes seranagn strok haba semakin meningkat dan telah menyebabkan kematian di negara kita. Melalui artikel dari portal Bernama, seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun telah disahkan meninggal dunia akibat strok haba.

Main Dalam Kereta Datuk, Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Sebab Strok Haba
Sumber foto: www.freepik.com

Dia yang merupakan mangsa pertama strok haba di Kelantan mengalami muntah-muntah sebelum ditemui tidak sedarkan diri semasa bermain di dalam kereta datuknya di Kampung Teluk di sini, Jumaat lepas.

Muhamad Abil Qaiz Faizal Fazrin dibawa ke Klinik Kesihatan Bachok namun disahkan meninggal dunia Isnin lalu semasa menerima rawatan susulan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Baca Juga:

Tak Nak Kawan Ambil Cuti Bersalin, Tergamak Letak Racun Dalam Minuman

Suami Isteri Dera Anak 5 Tahun Guna Rotan & Penyangkut Baju Sehingga Cedera

IKLAN

Jatuh Dari Van, Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia. Ibu & Kekasih Didakwa Cuai

Main Dengan Abang & Kembar Dalam Kereta Datuk 

Nenek kanak-kanak itu, Zainun Mat Amin, 54, berkata, ketika kejadian Muhamad Abil Qaiz sedang bermain dengan abang dan adik kembarnya di dalam kereta Proton Iswara milik datuk mereka di belakang rumah.

“Ketika itu abang dan adik kembarnya mahu pulang tetapi Muhamad Abil Qaiz masih ingin bermain di dalam kereta itu pada kira-kira jam 12 tengah hari.

IKLAN

“Kemungkinan mangsa terkurung di dalam kereta itu dan hanya ditemui dalam keadaan separuh sedar kira-kira dua jam selepas itu,” katanya kepada pemberita di Kampung Teluk, di sini pada Jumaat.

Ibu Sedang Buat Kuih Ketika Kejadian 

IKLAN

Sementara itu, ibu mangsa, Roslina Rusli, 26, berkata, ketika kejadian beliau sedang membuat kuih dan mangsa ada memberitahu mahu mengikut abang, Muhamad Aqil Amsyar, 7, dan adik kembarnya Muhamad Abeel Waiz bermain di belakang rumah.

“Saya ada memberinya air ketika itu dan langsung tidak menyangka sesuatu berlaku yang menyedihkan selepas itu kerana mereka pernah bermain di sana (kereta datuk).

“Saya dan suami, Faizal Fazrin Rosidi, 33, reda dengan ketentuan tuhan dan menganggapnya sebagai ujian terbesar dalam hidup kami,” katanya.

Main Dalam Kereta Datuk, Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Sebab Strok Haba
Sumber foto: www.freepik.com

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat strok haba pada jam 11.20 pagi, pada Isnin lepas ketika dirawat di HUSM Kubang Kerian.

“Pihak jabatan kesihatan menasihatkan ibu bapa supaya memantau dan mengehadkan aktiviti di luar rumah terutama membabitkan anak-anak kecil ketika musim kemarau,” katanya ketika dihubungi.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI