Pada usia tiga tahun, anak sedang membesar dan telatahnya pasti mencuit hati. Sebagai ibu ayah, inilah fasanya kita menyaksikan anak kesayangan menjadi semakin aktif dan bijak. Dengan umur begini, mereka masih kecil dan hanya mahu bermain. Kadang-kadang apabila bermain, mungkin berlaku kejadian yang tidak diingini sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian.
Seperti yang dipetik dari portal Sinar Harian, seorang wanita dan kekasihnya yang dituduh mengabaikan kanak-kanak berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kematian telah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.
Mengikut pertuduhan, Noraini Haron, 42, dan Mohd Khairul Shamsua Israk, 38, dengan niat bersama sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Nuraireen Afeeya Muhammad Padzli telah mengabaikan kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan kematian.
Perbuatan kejam itu dilakukan tertuduh dari 18 Mac hingga 24 Mac 2024 di sebuah rumah di Taman Mayung di Port Dickson.
Susulan daripada itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ads
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syafina Mohd Radzuan tidak menawarkan jaminan kerana menyifatkan kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius. Noraini yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah kerana tidak bekerja dan mempunyai tiga anak anak termasuk mangsa. Manakala Mohd Khairul memberitahu, dia hanya bekerja sebagai pembantu bengkel dan mempunyai enam orang anak serta menanggung ibu bapa.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh dengan syarat perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan. Sebutan semula kes untuk laporan forensik 2 Mei depan.
Terdahulu, polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Bandar Sunggala, Port Dickson bagi membantu siasatan membabitkan kes pengabaian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.
Jatuh Dari Kenderaan
Ads
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan dari Hospital Port Dickson pada 24 Mac memaklumkan mangsa dalam keadaan kritikal akibat terjatuh daripada kenderaan.
Sebelum ini media melaporkan polis menerima laporan daripada Hospital Port Dickson, Ahad lepas yang memaklumkan mangsa berada dalam keadaan kritikal akibat terjatuh daripada kenderaan.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 15 Mac kira-kira jam 8.30 malam ketika suspek yang dipercayai teman lelaki kepada ibu mangsa ingin membuka pintu van semasa berhenti di sebuah kedai, dalam perjalanan dari Taman Anggerik ke Taman Mayung, Telok Kemang.
Ekoran daripada kejadian tersebut, kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan lebam di beberapa bahagian anggota badan dan mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menyambut kelahiran putera kedua, berita menggembirakan ini telah pun dikongsikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail di Instagram rasmi baginda.
Selepas bersalin, Yang Mulia Che Puan Khaleeda Bustamam dikhabarkan telah dibenarkan pulang. Menerusi kemaskini Instagram, Yang Mulia Che Puan Khaleeda turut mengucapkan terima kasih kepada semua staf kesihatan di Hospital Sultanah Aminah dan semua yang terlibat.
Yang Mulia Che Puan Khaleeda juga turut mengucapkan penghargaan buat semua yang mendoakan kesejahteraan dirinya & keluarga.
“Syukur alhamdulillah, he is the best birthday gift ? . Thank you to all the staff at HSA, my amazing obstetrician Dr Ravi, the paediatricians, my incredible doula
“@red_miller_midwife and everyone who was involved??.
I would also like to thank everyone who have prayed for me and my family’s well being. I don’t think I can thank you enough. Lots of love from us.
Kegembiraan menyambut putera kedua ini dikongsikan rakyat jelata. Masing-masing mendoakan kesejahteraan dan memuji kecantikan Yang Mulia Che Puan Khaleeda selepas melahirkan.
Asyraf & Tya sambut ulang tahun kedua si comel Arif jiwa di rumah anak yatim, para follower mendoakan keluarga ini dimurahkan rezeki.
Berkongsi kegembiraan dan keceriaan dengan anak-anak yatim adalah tindakan yang baik. Sempena ulang tahun kelahiran si sulung, Asyraf Dato’ Sri Khalid dan Tya Ariffin memilih untuk menyambutnya bersama anak-anak yatim.
Asyraf dalam posting Instagram menyatakan tujuannya ialah untuk mendidik Arif untuk berkongsi kegembiraan dengan anak-anak yatim. Asyraf bersyukur kerana dimaklumkan oleh prinsipal rumah berkenaan yang anak-anak yatim gembira dan seronok.
Jarang-jarang berlaku, tapi ini realitinya! Seorang wanita di Mali menarik perhatian selepas melahirkan bayi kembar sembilan di Maghribi melalui pembedahan caesarean pada Selasa.
Mula nampak tujuh, keluar lima perempuan, 4 lelaki
Menerusi laporan Mirror.co.uk, Halima Cisse, 25, berasal dari sebuah wilayah miskin di barat Afrika, pada awalnya disahkan mengandung bayi kembar tujuh menerusi pemeriksaan ‘ultrasound’ dan diterbangkan ke Maghribi bagi mendapatkan penjagaan kesihatan yang lebih baik pada 20 Mac lalu.
Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Mali dalam satu kenyataan memaklumkan Cisse melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki menerusi pembedahan.
Ibu dan bayi dalam keadaan sihat
Menteri Kesihatan Mali, Fanta Siby, dimaklumkan oleh doktor yang merawat Cisse bahawa mereka berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Ibu dan semua bayinya dijangka pulang dalam tempoh beberapa minggu lagi,” katanya.
Siby turut mengucapkan tahniah kepada pasukan perubatan di Mali dan Maghribi kerana sudah melakukan yang terbaik dan profesional ketika menyambut kelahiran luar biasa itu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!