Kehidupan sebuah rumahtangga akan cukup lengkap apabila dihadirkan dengan cahaya mata yang comel-comel. Begitulah kehidupan keluarga pengacara dan pelawak terkenal Nabil Ahmad dan Isteri Zira Ayub yang semakin berseri dengan kehadiran cahaya mata ketiga mereka, Mishall Imani yang kini sudah berusia lima bulan.
Dilahirkan pada 24 April 2019, kehadiran si kecil ini dalam kehidupan keluarga Nabil dan Zira juga dua lagi anak perempuan mereka iaitu Naera Mikayla dan Leyla Medyna pasti lebih meriah. Bayinya yang comel ini juga cukup keletah dan sering mendapat perhatian saat ada perkongsian tentangnya di laman Instagram milik Nabil atau Zira sendiri.
Semalam Nabil telah mengadakan majlis akikah buat puterinya itu. Memilih tema warna putih dan ungu, majlis yang berlangsung cukup meriah dan dihadiri kenalan rapat serta sanak saudara.
Gambar-gambar sekitar majlis turut dikongsikan di laman Instagram milik Nabil dan Zira.
Peminat-peminat juga tak lupa mendoakan keluarga Nabil dan Zira untuk kekal bahagia.
Ads
Selain majlis akikah untuk anakanda tersayang, turut diselitkan dalam majlis tersebut adalah sambutan hari lahir Nabil yang ke-36 yang jatuh pada minggu hadapan. Cukup sederhana tetapi bermakna dengan kehadiran tetamu yang hadir. Apa yang menarik kek harijadi Nabil yang berbentuk karikatur dirinya berpakaian orang Arab mencuri tumpuan yang hadir.
Menjaga anak kecil bukan satu hal yang mudah. Hampir 100 peratus masa dan ruang perlu diperuntukkan untuk bayi kecil agar anak terjaga dengan baik.
Keinginan untuk menjadi ibu terbaik dan sempurna ada waktunya membuatkan ibu lupa diri sendiri, penat dan burnout dengan waktu yang tidak pernah terurus.
Perkongsian Pn Insyirah Soleha ini banyak benarnya. Jika ada dikalangan rakan terdekat kita yang perlukan bantuan, kita bantulah. Bantu ibu menguruskan emosinya sendiri dan dirinya. Biar dia makin yakin.
Ibu ada anak kecil burnout bukan sebab tidak bersyukur ada anak, cuma perlu sedikit ruang dan juga suasana yang mampu pulihkan emosi.
Tak membantu emosi ibu bila dianggap tidak bersyukur lalu dibanding-bandingkan dengan mereka yang belum ada zuriat. Please, support each other.
Kadang jadi macam tu sebab terlalu penat, lapar, dah lama tak ada self care. Dah lama tak sikat rambut elok-elok. Rupa pun kusut masai kadang muka suram sangat. Dia cuma penat, sangat penat.
Dah lama tak jaga diri sendiri. Bukan pasangan tak hiraukan cuma kalau semua buat sendiri dan tak minta tolong, pasangan pun tak tahu macammana nak bantu untuk isteri baiki keadaan. Bincanglah.
Sedih bila disindir-sindir, ibu sudahlah sedang down. Penat dan lapar adalah kombinasi mantap jadi struggle nak urus emosi, lebih lagi ibu yang menyusu. Tak puasa, sambil tidur pun bakar kalori juga.
Just be kind. Kalau ada cara yang baik dan sesuai untuk bantu, kongsikan. Mungkin boleh beri pandangan yang ibu-ibu burnout tak terfikir.
Selalu, yang menjatuhkan seorang wanita… adalah wanita lainnya. Why not sama-sama bantu supaya sama-sama boleh gembira?
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum selalu salah faham mengenai konsep taat kepada suami. Ia tidak bermakna segala perihal rumah tangga perlu digalas sendirian. Untuk menjadi bidadari suami, bukan bererti anda harus mengabdikan diri kepada suami semata-mata.
Pastinya setiap pasangan yang berkahwin mengetahui hal menguruskan rumah tangga dan anak-anak bukanlah tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan tolak-ansur dan rasa saling membantu antara pasangan suami isteri.
Jangan kerana terlalu sayangkan suami dan ingin dianggap sebagai isteri yang terbaik, anda merelakan diri anda untuk melakukan segala-galanya. Ia seolah-olah terlihat seperti anda ‘merajakan’ suami.
Adakah itu caranya untuk menjadi bidadari suami? Sudah tentulah tidak. Ini kerana jika begitu amalan anda, nescaya ia akan mendatangkan mudarat kepada emosi dan fizikal isteri.
Bagaimana untuk menjadi bidadari suami?
Terdapat beberapa cara yang boleh anda dan pasangan lakukan untuk memperolehi keluarga yang bahagia. Sudah tentu ia memerlukan kerjasama daripada suami isteri dan bukan sekadar bergantung harap kepada isteri semata-mata.
Berikut adalah 3 cara utama yang perlu diamalkan setiap pasangan yang berkahwin jika ingin mempunyai rumah tangga yang bahagia, iaitu:
Melakukan tugasan rumah bersama-sama
Jika anda sedang melakukan sebarang tugasan rumah seperti mengemas, cuba untuk meringankan mulut meminta bantuan si suami. Ya, anda mungkin boleh melakukan segalanya sendiri tetapi jangan menjadikan diri anda sebagai kuli.
Rumah tangga yang dibina adalah milik anda berdua, maka atas sebab itu suami juga bertanggungjawab dalam menjalankan sebarang tugasan rumah. Tetapi elakkan daripada memberikan arahan kepada suami.
Berikan pilihan kepadanya untuk melakukan pekerjaan. Sebagai contoh, katakan kepadanya bahawa anda akan memasak, dan tanyakan sama ada si suami boleh membantu anda dengan menguruskan pakaian kotor.
Paling penting jangan melakukan segalanya sendirian. Lakukan segalanya bersama-sama pasangan.
Meluahkan secara jujur
Ada sesetengah isteri sukar untuk mengakui apa yang dirasainya dan memilih untuk memendam perasaan. Lebih parah lagi apabila anda memilih untuk menzahirkan apa yang anda rasai dengan mimik wajah anda.
Percayalah suami anda tidak akan dapat menangkap apa yang anda rasai melainkan anda melafazkan secara lisan kepada mereka. Malahan semakin lama anda memendam perasaan, akan semakin berat bebanan yang anda tanggung.
Jadi sebaiknya, sejak dari awal perkahwinan, cuba untuk jujur dengan pasangan tentang apa yang anda rasai. Tetapi luahkan dengan cara yang baik dan elakkan daripada menggunakan bahasa yang kasar, okay?
Dalam masa yang sama hindari daripada membuat sebarang andaian negatif kepada pasangan anda. Jika wujud perkara atau isu yang menimbulkan rasa tidak puas hati, berterus-teranglah dengannya. Komunikasi adalah kunci utama kebahagiaan sesebuah rumah tangga.
Berterima kasih
Anda pasti tahu 2 perkataan paling ajaib adalah terima kasih dan maaf. Percayalah saat anda melafazkan 2 perkataan ajaib itu, hati individu yang menerimanya pasti rasa dihargai walaupun tidak ditunjukkan melalui reaksi wajahnya.
Jika pasangan anda melakukan sesuatu selepas anda memintanya, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih, walaupun mereka hanyalah sekadar membuang sampah ke luar atau menukar lampin si kecil.
Mungkin ada yang mengatakan, penghargaan itu boleh ditunjukkan melalui perbuatan seperti membalas pertolongan pasangan dengan menyediakan segelas air. Tetapi hakikatnya 2 patah perkataan ajaib, “Terima kasih, Sayang” pasti akan mendatangkan kesan di hati pasangan anda.
Anda pun pastinya akan berasa terharu dan dihargai jika mendapat ucapan terima kasih daripada pasangan selepas melakukan sebarang tugasan, bukan? Jadi, cuba untuk amalkannya.
Isu menjadi kuli atau bidadari suami tidak seharusnya timbul kerana setiap hubungan rumah tangga itu perlulah mempunyai sifat tolak ansur dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
Jika anda sayangkan rumah tangga anda, maka ringan tangan dan bantulah pasangan anda dalam melakukan setiap tanggungjawab dan tugasan di rumah.
Sumber:Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Punya keluarga yang ramai memang seronok. Pasti meriah dengan adik-beradik yang ramai dan punya macam-macam karenah. Itu mungkin yang dirasakan buat penyanyi Aiman Tino dan kakaknya Fara Hazel yang baru tiga hari lepas ibunya melahirkan seorang adik perempuan.
Ibu kedua penyanyi itu, Hazelina, 43, melahirkan anak ke-11, pada Khamis lalu . Bapa mereka, Yusry Ishak ketika dihubungi berkata, bayi seberat 3.39 kilogram itu dilahirkan secara normal di Hospital Selayang pada jam 6.55 pagi.
Yusry berkata, proses kelahiran anak ke-11 ini memberi dugaan besar kepada isterinya apabila terpaksa berada di bilik bersalin hampir lapan jam.
“Ini satu-satunya proses kelahiran yang saya lihat isteri seakan sedang bertarung nyawa. Saya kasihan melihat keadaannya yang terpaksa bertahan hampir lapan jam di bilik bersalin .
“Selalunya kurang dari dua jam dia sudah melahirkan anak, tapi kali ini proses kelahiran luar biasa. Jadi mungkin sudah tiba masanya untuk ‘tutup kilang’ seperti yang disarankan doktor, ” katanya.
Menurut Yusry, isterinya sudah dibenarkan pulang ke rumah mereka di Kuala Kubu Bharu, Selangor, hari ini.
Yusry berkata, seboleh-bolehnya dia mahu menambah zuriat lagi, tetapi usia isteri sudah mencecah 43 tahun. Dia juga akan membawa isterinya ke hospital untuk melakukan pembedahan kecil bagi mencegah kehamilan.
“Soal zuriat ini adalah rezeki Allah. Namun, disebabkan usia isteri yang semakin meningkat serta doktor juga menyarankan supaya isteri tidak lagi hamil, saya ikut saja.
“Lagipun masa menantikan isteri bersalin timbul rasa insaf dalam diri dan tidak mahu isteri hamil lagi kerana kasihan melihat keadaannya yang letih. Mujurlah saya ada di sisinya ketika itu. Saya juga bakal menimang cucu hujung tahun ini. Jadi nak tambah anak pun rasa tak sesuai,” katanya.
Ketika dihubungi oleh akhbar Harian Metro, Aiman Tino berkongsi rasa teruja apabila menerima kehadiran adik baru dalam keluarga mereka yang diberi nama Nina Delisya.
Aiman ketika dihubungi berkata, perasaan itu berbeza berbanding kali terakhir dia menerima adik baru ketika berusia 18 tahun.
“Perasaan itu berbeza berbanding sebelum ini. Mungkin sebab saya sendiri sudah dewasa dan lebih matang, jadi rasa lebih teruja berbanding ketika zaman remaja,” katanya kepada Harian Metro.
Aiman bagaimanapun perlu menjaga jarak dengan adiknya yang baru berusia tiga hari itu memandangkan wabak Covid-19 yang melanda negara sekarang.
“Kalau nak ikutkan, rasa geram dan nak gomol saja. Tapi, disebabkan situasi sekarang, saya pun berjaga-jaga. Selalunya, selepas mandi baru saya akan dekat dengan dia,” katanya.
Menurut Aiman, kehadiran anggota baru dalam keluarganya itu menambahkan lagi kemeriahan dan keceriaan rumah mereka.
“Sebelum ini, kami 11 beranak dan sekarang bertambah lagi seorang ahli keluarga. Bertambah meriahlah lagi.
“Itu belum lagi kira kakak dan abang yang sudah berkahwin kerana sekarang mereka menetap di tempat lain. Kalau tidak, sudah macam Hari Raya,” katanya
Selain Aiman dan Fara, Yusry dan Hazelina dikurniakan lapan lagi anak iaitu Mohd Aidil, 24, Nurfarazira, 23, Nur Isfasha, 17, Mohd. Haikal, 13, Nur Alya Mahsuri, 10, Nur Qaseh Mahsuri, 8, Mohd. Ikhwan, 5 dan Nur Nina Izara, 4.
Tahniah diucapkan kepada keluarga Aiman Tino dan Fara Hazel dengan kedatangan adik baru dalam keluarga. Pasti lebih meriah kehidupan mereka sekeluarga dengan kehadiran Nina Delisya.
Pergerakan bayi boleh memberi petunjuk penting tentang kesihatan dan keperluan si kecil. Ketahui 7 pergerakan yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa serta bila perlu mendapatkan nasihat doktor.