Ads

Majlis Top Educator Pa&Ma 2025 Meriah! Raikan Sumbangan Pendidik dan Institusi Pendidikan Di Malaysia

Majlis minum petang Top Educator Pa&Ma 2025 telah berlangsung dengan penuh bermakna sebagai penghargaan kepada individu dan institusi yang memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan serta pembangunan generasi masa hadapan.

Majlis Top Educator Pa&Ma 2025 Meriah! Raikan Sumbangan Pendidik dan Institusi Pendidikan Di Malaysia
Antara tetamu yang sama-sama memeriahkan majlis Top Educator Pa&Ma 2025 pada 10 Disember lalu di Aurum Theatre, The Gardens Mall, Kuala Lumpur

Acara ini yang berlangsung di Aurum Theatre, The Gardens Mall, Kuala Lumpur, telah menghimpunkan barisan pendidik, wakil institusi pendidikan dan tokoh industri yang berkongsi aspirasi sama dalam memperkukuh ekosistem pendidikan anak-anak.

Kehadiran Tetamu Kehormat Mencerminkan Sokongan Industri Pendidikan

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara, Aril Pilus, yang menekankan bahawa Top Educator Pa&Ma 2025 bukan sekadar sebuah majlis anugerah, sebaliknya ruang untuk menghargai usaha berterusan para pendidik dan institusi yang menyemai ilmu, nilai dan harapan kepada generasi baharu.

Majlis Top Educator Pa&Ma 2025 Meriah! Raikan Sumbangan Pendidik dan Institusi Pendidikan Di Malaysia
Aril Pilus bertanggungjawab sebagai emcee di majlis Top Educator Pa&Ma 2025

Majlis ini turut dihadiri oleh barisan tetamu kehormat termasuk En. Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn Bhd, Pn. Ani Nadila Yusof, Pengurus Besar NU Ideaktiv Sdn Bhd, Pn. Nurhuda, Head of Sales and Execution NU Ideaktiv Sdn Bhd, Pn. Rosiati Elias, Supervising Content Editor & Managing Editor Interim Grup Family and Parenting NU Ideaktiv Sdn Bhd serta En. Shahir Rahim, Assistant Managing Editor Grup Family and Parenting NU Ideaktiv Sdn Bhd, selain para jemputan yang dihormati.

Persembahan Pembukaan Oleh Mark Adam

Suasana majlis diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Mark Adam yang berjaya mencipta aura positif dan membuka tirai acara dengan penuh energi. Pemilihan Mark Adam sebagai penghibur pembukaan turut selari dengan tema majlis memandangkan beliau juga merupakan seorang pendidik vokal yang aktif berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang nyanyian.

Majlis Top Educator Pa&Ma 2025 Meriah! Raikan Sumbangan Pendidik dan Institusi Pendidikan Di Malaysia
Persembahan istimewa dari Mark Adam ketika majlis Top Educator Pa&Ma 2025

Ucapan CEO NU Ideaktiv Perkukuh Visi Penganjuran

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh En. Syamil Fahim Mohamed Fahim yang berkongsi visi dan misi di sebalik penganjuran Top Educator Pa&Ma 2025. Beliau menegaskan komitmen NU Ideaktiv dan Pa&Ma dalam menyediakan platform yang mengiktiraf sumbangan pendidik dan institusi pendidikan yang memberi impak positif terhadap pembentukan akademik dan sahsiah anak-anak.

Ads
Majlis Top Educator Pa&Ma 2025 Meriah! Raikan Sumbangan Pendidik dan Institusi Pendidikan Di Malaysia
En. Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn Bhd, turut memberikan kata-kata semangat buat semua penerima anugerah Top Educator Pa&Ma 2025

Tayangan Video Showcase Dedikasi Para Pendidik

Sesi seterusnya menampilkan tayangan video showcase yang merakam perjalanan Top Educator Pa&Ma 2025. Video ini memaparkan dedikasi dan komitmen para penerima anugerah dalam membentuk pengalaman pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan bermakna, bukan sahaja di bilik darjah tetapi juga dalam kehidupan seharian kanak-kanak.

Penyampaian Anugerah Top Educator Pa&Ma 2025

Kemuncak majlis menyaksikan penyampaian Anugerah Top Educator Pa&Ma 2025 yang disampaikan oleh En. Syamil Fahim Mohamed Fahim diiringi oleh En. Shahir Rahim.

Penerima anugerah yang diraikan ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional bagi Anugerah Membina Generasi Hebat, Melakar Legasi Pendidikan yang diterima oleh Puan Rina Abd Rahman, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat PTPTN.

Ads
Majlis Top Educator Pa&Ma 2025 Meriah! Raikan Sumbangan Pendidik dan Institusi Pendidikan Di Malaysia
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima Anugerah Membina Generasi Hebat, Melakar Legasi Pendidikan

Anugerah Pusat Pembelajaran Berprestasi Tinggi Matematik dan Bahasa Inggeris pula diberikan kepada KUMON dan diterima oleh Ms. Siti Syahira Harun selaku KUMON Franchise Recruitment Section Leader.

Majlis Top Educator Pa&Ma 2025 Meriah! Raikan Sumbangan Pendidik dan Institusi Pendidikan Di Malaysia
KUMON menerima anugerah Pusat Pembelajaran Berprestasi Tinggi Matematik dan Bahasa Inggeris

Bee Caliph Academy menerima Anugerah Tadika Taska Dinamik, Ceria dan Kreatif yang diwakili oleh Pn. Nur Fazella Abd Jamil atau Teacher Elly selaku Founder and Principal.

Majlis Top Educator Pa&Ma 2025 Meriah! Raikan Sumbangan Pendidik dan Institusi Pendidikan Di Malaysia
Bee Caliph menerima anugerah Tadika Taska Dinamik, Ceria dan Kreatif

Little Ones Eduworld (LOE) pula menerima Anugerah Prasekolah Pencapaian Unggul Pendidikan Inklusif yang diwakili oleh Dr. Mohd Fauzi Mohd Shaffie, Pengerusi LOE, bersama isteri tercinta,  Pn. Wan Roslina Wan Yusoff selaku Psikologis Pendidikan dan Pengasas institusi tersebut.

Ads
Majlis Top Educator Pa&Ma 2025 Meriah! Raikan Sumbangan Pendidik dan Institusi Pendidikan Di Malaysia
Little Ones Eduworld (LOE) menerima Anugerah Prasekolah Pencapaian Unggul Pendidikan Inklusif

Hawary Education melengkapkan senarai penerima dengan Anugerah Pusat Asuhan Kanak-Kanak dan Taman Didikan Awal Kanak-Kanak Holistik yang diterima oleh Pn. Roszlinda Sham atau Madam Linda selaku Pengasas Hawary Education.

Majlis Top Educator Pa&Ma 2025 Meriah! Raikan Sumbangan Pendidik dan Institusi Pendidikan Di Malaysia
Hawary Education menerima anugerah Pusat Asuhan Kanak-Kanak dan Taman Didikan Awal Kanak-Kanak Holistik

Pengiktirafan Khas Guru Viral Top Educator Pa&Ma 2025

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Guru Viral Top Educator Pa&Ma 2025 yang disampaikan oleh Pn. Rosiati Elias bersama En. Shahir Rahim. Anugerah ini mengiktiraf pendidik yang memberi inspirasi melalui pendekatan kreatif dan penggunaan platform digital.

Penerima anugerah terdiri daripada Sir Fathi, Cikgu Zack Kirana, Sir Asai, Sir Haiqal Hasman serta Cikgu Gja yang dikenali melalui perkongsian nilai positif dan komunikasi berkesan bersama murid-murid.

Majlis Top Educator Pa&Ma 2025 Meriah! Raikan Sumbangan Pendidik dan Institusi Pendidikan Di Malaysia
Sir Fathi menerima anugerah Guru Viral Top Educator Pa&Ma 2025
Majlis Top Educator Pa&Ma 2025 Meriah! Raikan Sumbangan Pendidik dan Institusi Pendidikan Di Malaysia
Cikgu Zack Kirana menerima anugerah Guru Viral Top Educator Pa&Ma 2025
Majlis Top Educator Pa&Ma 2025 Meriah! Raikan Sumbangan Pendidik dan Institusi Pendidikan Di Malaysia
Sir Asai menerima anugerah Guru Viral Top Educator Pa&Ma 2025
Majlis Top Educator Pa&Ma 2025 Meriah! Raikan Sumbangan Pendidik dan Institusi Pendidikan Di Malaysia
Sir Haiqal Hasman menerima anugerah Guru Viral Top Educator Pa&Ma 2025
Majlis Top Educator Pa&Ma 2025 Meriah! Raikan Sumbangan Pendidik dan Institusi Pendidikan Di Malaysia
Cikgu Gja menerima anugerah Guru Viral Top Educator Pa&Ma 2025

Penutup Bermakna dan Sambutan Istimewa Pa&Ma

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar melibatkan semua penerima anugerah dan tetamu kehormat sebagai kenangan, selain sambutan ulang tahun Pa&Ma yang ke-25. Sebagai penutup, para tetamu dijemput untuk menikmati tayangan filem The Roses sebagai tanda penghargaan daripada pihak penganjur.

Majlis Top Educator Pa&Ma 2025 Meriah! Raikan Sumbangan Pendidik dan Institusi Pendidikan Di Malaysia
Sambutan ulang tahun ke-25 Pa&Ma bersama semua penerima anugerah Top Educator Pa&Ma 2025

Terima kasih diucapkan kepada penaja goodies iaitu Cadbury Dairy Milk dari Mondelez serta jambangan bunga istimewa dari Mewah Rose. Juga ribuan terima kasih kepada Hotel Whyndham Acmar Klang yang telah menaja lokasi penggambaran video bersama kesemua penerima anugerah Top Educator Pa&Ma 2025.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Pengalaman Indah Staycation Tengah Bandar. Tenang & Seronok Seisi Keluarga Di...

Indahnya staycation di The Westin KL walaupun di tengah bandar, tetap tenang dan menyeronokkan seisi keluarga.