Tak dinafikan suasana di dalam rumah kita memainkan peranan yang besar dalam institusi kekeluargaaan. Samada baik atau negatif, semuanya bertitik tolak dari cara dan didikan kita di rumah.
Menurut perkongsian Dr Taufiq Razif, vibes negatif yang kadangkala tanpa kita sedar memainkan peranan malah adakalanya boleh merosakkan anak itu sendiri.
Ini Mak Ayah Boleh Elakkan Di Rumah
1. Selalu dibanding-bandingkan sesama ahli keluarga
2. Dilekakan dengan terlalu banyak hiburan
3. Pembukaan aurat berlaku secara berleluasa walaupun sesama ahli keluarga
4. Dihidangkan dengan minuman dan makanan yang terlalu tinggi bahan pengawet dan kandungan gula
Ads
5. Kata kata kesat menjadi siulan sesama ahli keluarga
6. Dipenuhi oleh ahli keluarga yang tidak solat
7. Tengkingan & jeritan menjadi makanan harian seluruh ahli keluarga
8. Perbincangan sesama ahli keluarga hanya seputar gosip artis sahaja
Ads
9. Ramai yang judgmental. Tiada ahli keluarga yang bersifat prihatin & mahu mendengar keluhan & luahan
10. Tanggungjawab mengurus rumah diberikan & dibebankan pada mak ayah sahaja.
Tip Didik Anak Dengan Cara Baik
Jangan Bandingkan Anak
Setiap anak unik dan berkembang dengan cara berbeza. Elakkan membandingkan mereka dengan adik-beradik atau anak orang lain.
Bercakap Dengan Baik
Gunakan kata-kata yang sopan, lembut dan positif supaya anak membesar dengan yakin dan rasa disayangi.
Ads
Jaga Aurat Dalam Keluarga
Didik anak tentang aurat dan adab berpakaian sejak kecil agar mereka terbiasa menjaga batas.
Sediakan Makanan Sihat
Pemakanan yang sihat membantu anak membesar dengan baik, aktif dan lebih fokus.
Kawal Hiburan & Gajet
Jangan terlalu biasakan anak dengan hiburan berlebihan. Seimbangkan dengan aktiviti bermanfaat dan masa bersama keluarga.
Jadi Contoh Yang Baik
Anak mudah meniru ibu ayah. Tunjukkan akhlak, tutur kata dan sikap yang baik setiap hari.
Baca Lagi:
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara Rina makan ada warga maya tak berkenan, “Saya tak tahulah, mungkin awak makan dengan cara yang betul seperti seorang Muslim…” Maryam Younarae. Personaliti media sosial, Maryam Younaree sering berkongsi telatah comel anak perempuannya, Rina sedang menikmati makanan yang disediakannya.
Sesiapa sahaja yang melihat ‘gaya’ Rina makan pasti rasa teruja dan kecur liur. Dalam ramai-ramai warga maya yang sering terhibur dengan perlakuan Rina yang mencuit hati ketika menikati makanan, ada seorang pengguna media sosial yang kurang senang dengan cara Rina makan. Individu tersebut telah meninggalkan komen pada salah satu video yang dimuat naik.
Tolong ajar dia cara makan yang betul kerana kita adalah muslim. Terima kasih.
Tidak hanya berdiam diri, pempengaruh yang berasal dari Korea Selatan itu kemudian memberi respon ringkas kepada individu tersebut.
Saya tak tahulah, mungkin awak makan dengan cara yang betul seperti seorang Muslim ketika berusia dua tahun enam bulan..baguslah.
Saya akan cuba ajar dia (Rina).
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak bersetuju dengan individu tersebut dan mempertahankan Maryam serta anak perempuannya itu.
Untuk rekod, Maryam mendirikan rumah tangga bersama Ryzal pada 15 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Pempengaruh Youtube, Isa Isarb mendedahkan isterinya iaitu Lisa Nosra mengalami keguguran baru-baru ini.
Perkhabaran duka itu dikongsikan Isa sendiri menerusi media sosialnya malah tular beberapa hari ini.
Walaupun bersedih dengan kehilangan itu, namun kata Isa, dia dan isteri dalam keadaan yang baik malah lebih bersemangat untuk mencuba memiliki zuriat lagi.
“I rasa i nak beritahu semua penonton fasal yang mengandung hari itu dah gugur. Sebab hari itu kan kita beritahu mengandung. Lepas itu sekarang ni dah gugur.
“Tapi tak apa, kami kuat dan kita akan cuba lagi,” kata Isa.
Tambahnya lagi, dia juga akan lebih berwaspada untuk berkongsi mengenai hal itu malah mengakui kesalahannya kerana terlalu awal berkongsi dengan pengikutnya.
“Perasaan i sedihlah tapi itu adalah kesalahan kita la sebab kita post awal.
“Masa tu tengah excited, baru kahwin kan tiba-tiba dah double line. Lepas tu barulah kita tahu tak boleh beritahu awal-awal sehingga janin dah stabil.
“Insyalllah kali ini kita akan rahsiakan dulu kalau mengandung lagi,” katanya.
Mama boleh ‘mengajak’ bayi untuk bersenam seawal usia 1 tahun. Kanak-kanak sememangnya suka berlari dan bermain. Itu merupakan sifat semula jadi mereka di samping rasa ingin tahu yang mendalam.
Sebenarnya anak-anak yang masih kecil juga perlukan aktiviti senaman. Bagaimanapun berapa lama ibu bapa perlu biarkan anak-anak mereka bermain? Pasti ibu bapa ingin tahu mengenai faedah senaman kepada anak bukan?
Sebenarnya ada faedah senaman kepada bayi dan kanak-kanak selain membantu mengeluarkan peluh yang mama dan papa mungkin tidak tahu!
Aktiviti fizikal berbeza mengikut usia
Penting untuk ibu bapa tahu bahawa senaman yang diperlukan oleh kanak-kanak berbeza mengikut usia mereka. Namun, secara umumnya, kanak-kanak dan remaja perlu lakukan dua jenis senaman setiap minggu iaitu senaman aerobik serta senaman yang boleh menguatkan otot dan tulang.
Menurut The Australian Parenting Website, bayi yang berumur 1 tahun ke bawah perlukan banyak masa bermain. Jika mereka masih belum berjalan, sudah memadai jika mereka meniarap lebih dari 30 minit sehari.
KANAK-KANAK YANG BERUMUR 1 TAHUN KE ATAS PULA PERLU KEKAL AKTIF SEKURANG-KURANGNYA 3 JAM SEHARI. JUMLAH JAM INI TERMASUKLAH MASA YANG MEREKA GUNAKAN UNTUK BERMAIN. SAMA JUGALAH DENGAN KANAK-KANAK YANG BERUMUR 3 HINGGA 5 TAHUN.
Bagi kanak-kanak 5 hingga 18 tahun pula, mereka perlu melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya satu jam dan diikuti pula dengan aktiviti yang ringan selama beberapa jam setiap hari. Lebih baik jika mereka boleh lakukan aktiviti yang boleh menguatkan tulang dan otot 3 kali seminggu.
Nampak seperti banyak senaman yang perlu dilakukan bukan? Jangan risau, sebahagian besar kanak-kanak dan remaja telahpun melakukan aktiviti fizikal yang mencukupi.
Cuba sesuaikan senaman mengikut umur anak-anak anda
Aktiviti seperti lompat tali dan bermain di tapak permainan antara contoh senaman yang bagus untuk mereka. Dua aktiviti ini sebenarnya sudah cukup untuk memenuhi tuntutan 1-2 jam senaman setiap hari.
Selain itu, anda juga boleh galakkan anak yang lebih dewasa untuk bermain bola sepak, badminton ataupun futsal untuk kekal cergas. Namun, kebaikan bersenam bukan terhad kepada aktiviti sukan sahaja! Ada banyak lagi aktiviti lain yang boleh mengeluarkan peluh seperti menari, mendaki, berbasikal, bermain papan luncur dan macam-macam lagi.
Ibu bapa perlu lebih kreatif memilih aktiviti fizikal kanak kanak!
Bagaimana jika anak seorang yang pendiam dan tidak suka bersenam? Ketika inilah ibu bapa perlu menjadi lebih kreatif dalam mengajak mereka bersenam.
Sebagai contoh, jika anak sukakan alam sekitar, cuba ajak mendaki bersama-sama sambil menghayati keindahan alam semula jadi. Jika anak suka melukis pula, mungkin anda boleh bawa mereka melawat pameran seni secara berkala. Gunakan pengangkutan awam untuk banyak berjalan.
Ini juga boleh merapatkan hubungan sesama ahli keluarga. Selain itu, jika anda ingin bersenam, cuba ajak ahli keluarga untuk turut serta. Selain memastikan anak anda kekal sihat, ibu bapa juga perlu menjadi teladan yang baik untuk anak-anak.
Ibu bapa yang cergas dan sihat adalah contoh yang terbaik untuk mereka. Terapkan dalam diri anak-anak anda bahawa kesihatan merupakan sesuatu yang amat penting dan sangat bernilai.
Kanak-kanak dan remaja yang kerap bersukan bukan sahaja akan bertambah cergas, malah mempunyai kekuatan otot dan stamina yang baik.
Tambahan lagi, senaman juga boleh membuatkan fungsi kognitif jadi bertambah baik. Mereka akan lebih mudah untuk belajar dan mengingat jika melakukan senaman pada masa yang sama.
Bagaimana ibu bapa boleh pastikan anak kekal aktif?
Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab untuk memastikan anak anda bersenam dengan baik. Ada beberapa cara yang boleh diamalkan supaya anak faham tentang faedah senaman.
Antaranya ialah:
*Mulakan ketika mereka masih kecil. Disebabkan kanak-kanak sememangnya suka bermain, tunjukkan galakan anda kepada mereka dengan menyediakan peralatan dan tempat yang selamat untuk bermain.
*Pastikan anda boleh jadi contoh yang baik kepada mereka. Jangan abaikan senaman dan lakukannya secara berkala supaya anda kekal sihat dan cergas.
*Lakukan aktiviti fizikal bersama ahli keluarga anda. Terangkan kepada mereka mengenai kebaikan bersenam.
*Berikan anak hadiah berbentuk alatan permainan seperti basikal, bola sepak, raket, kasut roda dan sebagainya untuk menggalakkan mereka bermain secara aktif.
*Bawa anak anda ke tempat yang sesuai untuk bersenam seperti taman permainan, padang bola, ataupun gelanggang badminton.
*Kekal selamat ketika bermain. Ibu bapa jangan lupa untuk membelikan anak-anak peralatan perlindungan seperti helmet jika anak anda melakukan aktiviti yang mempunyai risiko kecederaan yang tinggi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doa anak menangis waktu malam sering menjadi amalan ibu ayah muda untuk menenangkan bayi. Ini panduan lengkap Mufti WP beserta doa dan amalan perlindungan yang boleh diamalkan.