
Safiyya Haura yang sudah hampir setahun tidak dapat ditemui di depan mata begitu dirindui bapanya, Mohamad Sanuzi Mohd Nawi, 33, yang menantikan kepulangan anak perempuannya itu ke Kelantan.
Namun penantian yang sepatutnya berakhir dengan pertemuan dan pelukan bertukar menjadi khabar duka apabila anak kecilnya disahkan meninggal dunia dalam kemalangan.
Bagi Mohamad Sanuzi, gambar anak perempuannya, Safiyya Haura Mohamad Sanuzi, 3, yang diterima kira-kira tiga jam sebelum kejadian kini menjadi antara kiriman terakhir yang diterimanya.
Gambar tersebut dihantar oleh bekas isterinya, Tuan Shazrin Tuan Mud, 40, kira-kira jam 10 pagi pada Ahad sebelum memaklumkan bahawa mereka sudah bertolak pulang dari Perak ke Kelantan.
Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah
Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya
Tunggu Safiyya Haura Pulang, Namun Tiada Khabar Hingga Malam

Menurut Mohamad Sanuzi, dia sememangnya menantikan kepulangan Safiyya selepas sekian lama mereka tidak berjumpa.
Namun apabila tiada sebarang khabar sehingga malam, dia mula tertanya-tanya mengenai perjalanan mereka.
Sekitar jam 8 malam, Mohamad Sanuzi menghantar WhatsApp untuk bertanyakan lokasi semasa mereka.
“Saya tanya sudah sampai atau belum, tetapi WhatsApp tu hanya masuk dan tidak dibaca. Tiba-tiba terima panggilan hospital.
“Saya diberitahu mereka kemalangan dan bekas isteri serta anak perempuan kami meninggal dunia. Masa itu saya terkelu serta tidak tahu nak rasa macam mana,” katanya ketika ditemui di Kampung Telaga Bata pada Isnin.
Empat Maut Dalam Kemalangan

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 12.50 tengah hari pada Ahad itu membabitkan dua buah kereta, iaitu Proton Persona dan Perodua Axia, serta sebuah lori di Kilometer 38.5, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Perak.
Kesemua mangsa yang maut berada di dalam Perodua Axia.
Mereka ialah Tuan Shazrin, Safiyya Haura serta dua rakan Tuan Shazrin, Al Zubair Deraman, 31, dan Mohamad Hafiz Daniel Nik Hairey, 19.
Turut berada di dalam kenderaan itu ialah anak sulung Tuan Shazrin, Mohamad Shiraz Hammani Abdul Fattah, 9, yang juga merupakan anak tiri Mohamad Sanuzi.
Mohamad Shiraz Hammani kini berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami kecederaan parah termasuk patah paha, tangan dan pendarahan dalam kepala.
Safiyya Haura Baru Pandai Panggil Saya Papa

Apa yang lebih meruntun hati, kali terakhir Mohamad Sanuzi dapat bertemu Safiyya adalah kira-kira setahun lalu selepas bekas isterinya berpindah ke Tanjung Piandang, Perak.
Jarak serta masalah pengangkutan menyebabkan mereka tidak dapat kerap berjumpa.
Bagaimanapun, hubungan antara bapa dan anak itu tidak pernah terputus. Mereka masih berhubung menerusi panggilan video dan mesej, selain Mohamad Sanuzi tetap mengirimkan nafkah buat anaknya.
“Kami selalu video call dan mesej. Saya juga ada kirim nafkah untuk anak.
“Anak itu baru pandai panggil saya Papa. Apabila video call, dia boleh bercakap sedikit-sedikit,” katanya.
Bagi seorang ayah, perkembangan kecil seperti mendengar anak mula memanggil “Papa” pasti menjadi kenangan yang cukup bermakna. Apatah lagi apabila jarak membuatkan setiap panggilan video menjadi ruang untuk melepaskan rindu.
Artikel Trending: “Furqan Mukmin Pergi Tanpa Signal, Post-Mortem Tak Detect Apa-Apa” Ibu Reda Pemergian Anak, Doktor Tak Jumpa Punca
Artikel trending:Tragedi FDS Rentap Bahagia Keluarga, Juruterbang Jelas 5 Persoalan, No. 4 Kenapa Mangsa Tak Guna Payung Terjun
Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!
Artikel Trending: Nahas Helikopter FDS: Luahan Pilu Isteri Juruterbang, “Doakan Saya Dan Anak-Anak”
Sepatutnya Pulang Bulan Depan
Menurut Mohamad Sanuzi, pada awalnya kepulangan mereka ke Kelantan dirancang pada bulan hadapan.
Namun bekas isterinya kemudian memaklumkan bahawa mereka sudah pun bertolak pulang.
Berita itu membuatkan Mohamad Sanuzi menunggu dengan penuh harapan kerana akhirnya dia bakal bertemu semula dengan anak yang sudah lama dirinduinya.
“Saya tunggu lama sebab ingat nak jumpa anak. Tak sangka akhirnya saya dapat berita macam ini,” katanya.
Kisah Safiyya Haura cukup meruntun hati, terutama buat ibu dan ayah yang memahami bagaimana besarnya rasa rindu terhadap seorang anak. Ada kalanya rutin seperti menghantar gambar, membuat panggilan video atau mendengar anak memanggil nama kita terasa seperti perkara biasa.
Namun momen-momen kecil bersama anak itulah yang akhirnya menjadi kenangan paling berharga dalam kehidupan seorang ibu dan ayah.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

