Hari raya hanya beberapa hari sahaja lagi. Mak ayah sudah boleh mula memberi pesan pada anak-anak tentang perkara yang tak boleh dibuat semasa hari raya nanti. Lebih elok pesan awal supaya anak-anak lebih beringat.

Mak Ayah Pesan Pada Anak

Sudah menjadi kelaziman amalan ziarah menziarahi setiap kali hari raya menjadi rutin wajib setiap tahun. Ketika inilah kita dapat berjumpa saudara mara serta rakan dan taulan.

Mak Ayah Pesan Pada Anak, Perkara Yang Tak Boleh Dibuat Semasa Hari Raya

Bagaimanapun dalam kemeriahan meraikan hari raya, jangan lupa mendidik anak-anak tentang soal adab. Ia perlu dilakukan secara konsisten agar anak-anak lebih terdidik dan mendengar kata. Maka sebab itulah elok ‘berpesan’ lebih awal kepada anak-anak sebelum tibanya hari raya.

Artikel lain: Resepi Biskut Raya Coklat Mudah, Tanpa Guna Oven! Boleh Buat Kudapan Mama Dalam Pantang Ketika Hari Raya

Perkara Yang Tak Boleh Dibuat Hari Raya Nanti

Mak Ayah Pesan Pada Anak, Perkara Yang Tak Boleh Dibuat Semasa Hari Raya

Pesan awal pada anak-anak 10 kelakuan yang tidak boleh dibuat pada hari raya nanti: 

1. Jangan bersungut nak balik.

2. Jangan meminta minta duit raya.

IKLAN

3. Jangan ambil mainan & barang orang.

4. Jangan explore berlebihan & masuk bilik orang.

5. Jangan merungut panas panas!

6. Jangan merengek jika tak dapat kemahuan hati.

7. Jangan menyampuk orang tua bercakap.

IKLAN

Mak Ayah Pesan Pada Anak, Perkara Yang Tak Boleh Dibuat Semasa Hari Raya

8. Jangan kurang ajar, jaga adab!

9. Jangan cakap kuih tak sedap.

10. Jangan terjerit-jerit tanpa sebab.

Moga anak-anak kita bila kita pergi beraya lebih terpelihara akhlak mereka. Didik anak-anak sejak dari kecil lagi supaya adab ini terus diamalkan sehingga mereka besar nanti.

IKLAN

Sumber: Mohd Fhais Salim

Baca lagi: Modal Tak Lebih RM10, Boleh Buat Kacang Botak Berempah. Kudapan Hari Raya Memang Superb

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI