Tak dinafikan suasana di dalam rumah kita memainkan peranan yang besar dalam institusi kekeluargaaan. Samada baik atau negatif, semuanya bertitik tolak dari cara dan didikan kita di rumah.
Menurut perkongsian Dr Taufiq Razif, vibes negatif yang kadangkala tanpa kita sedar memainkan peranan malah adakalanya boleh merosakkan anak itu sendiri.
Ini yang mak ayah boleh elakkan di rumah. Penting!
1. Selalu dibanding-bandingkan sesama ahli keluarga
2. Dilekakan dengan terlalu banyak hiburan
Ads
3. Pembukaan aurat berlaku secara berleluasa walaupun sesama ahli keluarga
4. Dihidangkan dengan minuman dan makanan yang terlalu tinggi bahan pengawet dan kandungan gula
5. Kata kata kesat menjadi siulan sesama ahli keluarga
6. Dipenuhi oleh ahli keluarga yang tidak solat
Ads
7. Tengkingan & jeritan menjadi makanan harian seluruh ahli keluarga
8. Perbincangan sesama ahli keluarga hanya seputar gosip artis sahaja
Ads
9. Ramai yang judgmental. Tiada ahli keluarga yang bersifat prihatin & mahu mendengar keluhan & luahan
10. Tanggungjawab mengurus rumah diberikan & dibebankan pada mak ayah sahaja.
Tolong berikan ilmu & info ini pada pasangan masing masing juga. Nak bina keluarga, bermula daripada pasangan yang sudi belajar bersama sama.
Pelakon Hafeez Mikail timang bayi sulung, Dahlia Ayesha nama jadi pilihan. Pelakon Hafeez Mikail berkongsi berita gembira apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung, pada 16 September lalu. Bayi perempuannya itu diberi nama Dahlia Ayesha.
Pelakon Hafeez Mikail Timang Bayi Sulung, Dahlia Ayesha Nama Jadi Pilihan
Berikut hantaran yang dikongsikan oleh Hafeez Mikail di laman Instagramnya.
Alhamdulillah isteri saya sihat dan Puteri sulung saya selamat dilahirkan pada 16/9/24 jam 10:20pm. Terima kasih kepada mereka yang mendoa. “Salam world Im Dahlia Ayesha”- tulisnya di ruangan kapsyen.
Hantaran Hafeez Mikail mendapat respon di kalangan rakan artis dan juga warga maya.
Berikut antara komen-komen rakan artis dan juga warga maya.
Pada tahun 2014, Hafeez berlakon dalam dua drama, bermula dengan drama adapatsi novel, Kerana Terpaksa Aku Relakan di TV3 lakonan Amar Baharin dan Izreen Azminda, memegang watak sebagai Safuan, seterusnya memegang watak Kimi dalam Ride di TV9.
Kejayaannya hadir pada 2015 apabila memegang watak Tengku Zarul dalam Hati Perempuan yang dibintangi oleh Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan. Sebelum Hati Perempuan, Hafeez terlebih dahulu membintangi drama Puteri Bukan Nama Sebenar dengan menjayakan watak Mikail.
Untuk info, Hafeez mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Noor Azira Azman pada 6 Mei tahun 2023. Kelibat Hafeez dalam dunia lakonan jarang kelihatan kerana lelaki ini sibuk menguruskan perniagaannya.
Pasangan selebriti popular, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza yang memuat naik gambar mereka sekeluarga menarik perhatian warganet di media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zahirah atau nama lengkapnya Nur Zahirah Macwilson Zainul Macwilson di laman Instagramnya, potret keluarga ini dilihat cukup sempurna.
Apa lagi dengan kehadiran dua cahaya mata pelengkap bahagia mereka, Isaac Raees dan Inara Raisa yang baru dilahirkan pada Jun lalu.
“Our first family photo,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Zahirah dan Aiman kekal bahagia hingga ke syurga bersama anak-anak tersayang.
Malah penampilan Zahirah dengan status ibu anak dua dipuji wargamaya. Ibu cantik manis ini dilihat cukup cantik berseri, terserlah aura keibuannya lebih-lebih lagi selepas menimang anak perempuannya pada Jun lalu.
Sekadar info, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Isaac Raees dan Inara Raisa.
Bila anak dah mula bercakap, semua benda dia nak tahu. Bertanya itu ini, sampai tak larat kita nak menjawab. Bila anak banyak bertanya ni bagus, itu tandanya dia sedang mencapai perkembangan otak yang ligat berfikir.
Memang normal fasa ini dia akan banyak bertanya kerana sikap ingin tahu memang sangat tinggi. Jangan pula kita marah sebab itu akan merencatkan keinginan dia untuk bercakap dan berfikir. Lagi banyak tanya, lagi bagus. Biarlah berbuih mulut kita nak menjawab. Kebanyakan pendapat dari pakar perkembangan anak, ibu ayah jangan sekali-kali herdik atau sekat anak yang suka bertanya. Nanti bila mereka ‘sentap’ terus tak nak tanya apa-apa soalan. Anda juga yang risau.
Okay, ini antara beberapa cara bijak yang ibu ayah boleh buat bila berhadapan dengan anak yang suka bertanya soalan sama berulang-ulang kali. Ini pun boleh elak kita daripada rasa macam nak marah bila kena jawab soalan yang sama.
Tapi ingat jangan sekali-kali jawab “tak tahu” atau “entah” pada soalan anak anda atau buat acuh tak acuh sebab malas nak layan anak yang suka bertanya. Buruk kesannya pada perkembangan anak tau!
Tanya balik soalan yang sama
Memang tabiat budak kecil suka tanya soalan sama berulang kali. Jangan marah. Biar je dia tanya banyak kali soalan yang sama lepas tu cuba tanya balik soalan itu padanya. Anda akan terkejut sebab dia boleh bagi jawapan yang betul. Kesimpulannya, anak sengaja tanya soalan yang sama pada ibu ayah mungkin sebab kali pertama soal, dia rasa anda tak beri perhatian padanya. Jadinya dia tanya banyak kali untuk dapatkan sepenuh perhatian walaupun dia sendiri tahu jawapannya.
Tumpukan perhatian pada anak
Bila anak anda mula bertanya soalan, sebaiknya hentikan seketika aktiviti yang dilakukan sebelum itu. Pandang muka anak dan tepat pada matanya serta fokus mendengar soalannya. Reaksi mengangguk-anggukkan kepala yang anda tunjukkan sebagai tanda cuba memahami soalan yang ditanya akan menggembirakan hati anak.
Bila anak anda tanya soalan, anda boleh berikan jawapan dalam bentuk soalan kembali supaya dia boleh berfikir.
Contohnya kalau dia tanya, “Mama, kenapa kita kena gosok gigi?”.
Anda boleh jawab, “Rafid rasa kalau tak gosok gigi, mulut kita busuk tak?”.
Tentu dia akan terfikir kenapa pula mulut busuk dan anda boleh terangkan tentang mulut yang ada bakteria dan kotoran makanan yang dimakan. Kalau tak dibersihkan akan berbau busuk dan gigi rosak. Sekurang-kurangnya sesi pertanyaan tersebut ada memberikan ilmu baru kepada anak. Interaksi dua hala ini memberikan peluang kepada otak anak untuk berfikir.
Bila anak anda mula bertanya soalan, sebaiknya hentikan seketika aktiviti yang dilakukan sebelum itu. Pandang muka anak dan tepat pada matanya serta fokus mendengar soalannya. Reaksi mengangguk-anggukkan kepala yang anda tunjukkan sebagai tanda cuba memahami soalan yang ditanya akan menggembirakan hati anak.
Tahulah si kecil yang ibu atau ayah tak jemu melayan setiap soalannya. Sepatutnya anda kena berbangga sebab anak sudah semakin bijak berfikir dan sentiasa ingin tahu banyak perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Keep calm and smile
Untuk mengelakkan rasa serabut anak tanya banyak soalan, anda kena tetapkan dalam hati supaya sentiasa dalam mode bertenang dan banyakkan senyum supaya ikhlas dan bersedia untuk menjawab setiap soalan anak walaupun untuk kali yang ke-180!
Janganlah disebabkan tak tahu jawapan atau malas nak huraikan panjang lebar, maka anda jawab “tak tahu” atau “entahlah mama pun tak tau”, sekurang-kurangnya kalau tak tahu jawapan yang betul, anda boleh cakap “nanti mama cari jawapan kat internet ya.” Barulah anak lebih bersemangat nak jadi kritis dan berfikir untuk tanya ibu ayah soalan lagi. Kalau asyik jawab tak tahu, anak pun beranggapan ibu ayah tak tahu banyak perkara dan akhirnya dia pun jadi malas nak tanya.
Ingatlah, fasa anak suka tanya soalan tak akan selamanya berlaku. Makin dia membesar makin kurang soalan yang ditanya. Nanti anda pula yang asyik tanya kepada anak dan rindu nak jawab soalan anak!