Sebab terlalu takut… anak belajar menipu. Betul ke parenting style yang garang boleh jadikan anak lebih memberontak dan menipu sebab mak ayah garang?
Kalau ikut logik, mak ayah yang tegas dan garang ni biasanya fikir mereka tengah “mendidik”. Tapi realitinya, bila anak diasak dengan bebelan, marah, jeritan setiap hari, dia bukan makin insaf… dia makin pandai sorok. Benda ni bukan main-main, sebab kesan dia boleh sampai ke tahap anak jadi takut nak buka mulut, dan akhirnya pandai menipu semata-mata nak elak kena marah.
Ads
Bila rumah jadi zon perang Bayangkan budak balik sekolah, penat, nak bercerita… tapi baru nak buka mulut, mak ayah dah start membebel. Hari-hari kena tempik, lama-lama anak hilang selera nak kongsi apa-apa. Yang paling sedih, anak mula fikir, “baik aku diam, nanti kena marah lagi.”
Kesan psikologi bukan main-main Kajian pun ada tunjuk, anak yang dibesarkan dalam suasana penuh tekanan dan suara tinggi ni cenderung jadi lebih agresif atau terlalu pasif. Dua-dua tak bagus. Ada yang jadi “yes man” sebab takut, ada yang jadi rebellious sebab dah tepu.
Mula belajar menipu, sebab takut Paling common – anak tak siap kerja sekolah, tapi cakap “cikgu tak bagi pun”. Atau pecahkan cawan, tapi tuduh kucing. Semua ni sebab satu je: takut dimarahi. Dia bukan suka-suka menipu, tapi sebab dia tahu reaksi mak ayah akan buat dia rasa lagi teruk.
Ada beza tegas dengan garang Tegas bermakna ada peraturan, ada rutin, tapi masih ada ruang untuk anak bersuara dan explain. Garang pula biasanya one-way – anak salah, terus dimarah. Tak ada ruang nak explain. Bila tak ada ruang nak explain, lama-lama anak pun tak bother nak cerita apa-apa.
Anak bukan nak mak ayah perfect, tapi nak rasa selamat Anak-anak tak perlukan mak ayah yang 100% betul. Dia cuma nak tahu, bila dia buat silap, ada orang akan dengar. Akan peluk. Akan ajar dengan sabar. Bukan terus jerit dan hukum.
So mak ayah, cuba refleks sikit. Kalau anak dah mula diam je, atau makin menjauh… mungkin dah sampai masa untuk kita slow down. Ubah nada. Buka ruang.
Ads
Sebab anak yang takut mak ayah, mungkin dengar cakap… tapi anak yang percaya dan rasa selamat dengan mak ayah, dia bukan je dengar – dia hormat, dia terbuka, dan dia jujur.
Ads
Tak salah nak disiplinkan anak. Tapi jangan sampai hilang hubungan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi seorang ibu tidaklah mudah. Kadang-kadang akan hilang sabar dek kerana keletihan dan banyak tekanan yang dirasai. Tak kisahlah sama ada ibu bekerja mahupun suri rumah, kedua-duanya akan melalui perkara yang sama.
Banyak sangat buat kerja, mulalah rasa stres. Terlalu penat sehingga jatuh air mata, ingatlah kita manusia biasa. Menangis dan stres adalah perkara normal yang kita rasai.
Kebanyakan ibu lebih suka memendam perasaan, ia sebenarnya tak bagus untuk emosi mereka. Sebenarnya tak salah untuk memberitahu apa yang kita supaya orang lain lebih peka dengan keadaan kita.
Penulis keibubapaan, Wawa Shauqi ada berkongsi tentang hal ini. Ikuti penjelasan beliau ini;
Jadi mak ni, ada waktu yang saya akui, saya lost balance. Nak jadi mak, nak jadi isteri, nak jadi life planner, nak cope dengan kepenatan mengandung. Semua nak pikul dalam satu masa.
Beberapa minggu lepas, saya burn out. Kepala rasa tepu sangat. Tak terpikul dah rasa. Malam tu saya menangis teruk. Kebetulan, husband pula sibuk mengurus hal hantar ambil abah dari Pahang ke IJN, balik ke Pahang.
Saya tinggal semua kerja rumah dan menangis di bilik. Datang Aqlan si 6 tahun tu memujuk. Macam anak kecik, saya terus peluk dia. Bahu saya digosok-gosok lembut. Beberapa minit lepas tu, lega sikit rasa. Agak-agak dah reda, Aqlan tanya saya.
“Mama ok?” “Mama overwhelmed. Mama stres. Rasa tak larat dah nak kerja.” Kata saya. Tak segan dah tunjuk muka huduh, berselaput air mata. “Kalau mama tak larat, mama rehatlah dulu. Mama ajar Aqlan. Nanti boleh Aqlan tolong mama sikit-sikit.” Katanya.
Dengan anak saya yang ni, memang saya sejenis telus je cerita hal ehwal perasaan. Dah macam kaunselor saya buat dia. Bila dia pulak datang mengadu, saya pulak jadi kaunselor dia. “Mama kena buat apa ye Aqlan? Mama kena berenti kerja ke? Mama kena usaha lagi?” Saya cuba menguji dia. “Ikut mama la. Mama nak berenti boleh. Tapi Aqlan suka mama usaha lagi.” Katanya dengan tenang. Sambil tangan menepuk-nepuk belakang saya.
Waktu awal-awal jadi mak dulu, saya skeptikal juga. Takut sangat, bila kita mudah zahirkan air mata depan anak, anak pun ikut fragile. Tapi, pandangan saya berubah, bila dengar sendiri dari nasihat psikologis. “It’s healthy. As long as we model healthy coping strategy.”
Meluahkan tak sama dengan mengeluh. Bila kita mengeluh, anak pun belajar mengeluh. Tapi meluahkan emosi yang dihadapi, ia berbeza.
Maknanya, 1) Lebih baik kita telus dan terbuka dalam meluahkan kita punya masalah dan perasaan. Berbanding kita sorok dan tidakkan perasaan sendiri. 2) Bila kita lebih terbuka, dan validate perasaan sendiri, anak pun lebih terbuka dengan masalah yang dia hadapi. Dari situ datangnya rasa selesa untuk mereka datang berkongsi. Dan jadikan kita tempat nak merujuk. 3) Sebaliknya, bila kita sorok masalah, dan tidakkan kesedihan yang kita lalui, anak cenderung untuk ikut sorok masalah dan perasaan sendiri. Itu lebih berbahaya dan meningkatkan risiko depres dalam diam. 4) Kajian dari Journal of Psychology pernah memetik, mak ayah yang selindungkan stres dan masalah yang dihadapi, interaksi di antara anak-anak lebih dingin. Dan hubungan sihat antara anak-anak dan parents susah terjalin. 5) Apa yang terbaik adalah, kita terus terang pada anak. Dan tunjukkan cara kita handle rasa stress tu. 6) Antara ‘coping strategy’ yang boleh kita modelkan pada anak adalah : 🟡 Selesa luahkan perasaan pada anak 🟡 Positive self talk : “Insya Allah, mama akan usaha lagi.” 🟡 Bertaawuz 🟡 Berdoa minta petunjuk Allah 🟡 Deep breathing 🟡 Peluk untuk dapatkan support 🟡 Tulis list strategi/ solusi, macam mana nak selesaikan masalah tu.
Awal tu memang tak yakin. Takut anak pun ikut fragile dan tisu macam kita. Sebaliknya saya nampak anak saya ni lebih pandai ekspresikan apa yang dia rasa. Syukur alhamdulillah.
Especially Aqlan. Sebab dia lebih banyak dapat kesempatan berbicara secara terbuka bab emosi dengan saya. Dia tak sempurna. Kuat merengek juga. Kalau marah tu, keluar juga suara singa
Tapi alhamdulillah, dia mampu terbuka ekspresikan apa yang dia rasa. Dia tak kekok nak minta tolong untuk cope emosi yang dia rasa susah nak cope. Dan masya Allah, dia boleh namakan emosi kompleks yang dia lalui.
It’s hard. But possible. Semoga anak-anak kita jadi anak-anak yang beruntung. Sebab ada mak ayah sendiri sebagai tempat yang selamat untuk mereka tuju. Dan bahu untuk anak bersandar bila rasa perlu.
Budaya membaca perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil. Kalau diajar untuk banyak membaca, secara automatik itulah yang akan jadi kegemaran mereka. Nak belajar tak semestinya dengan pendedahan gajet, membaca sebenarnya lebih baik kerana anak fokus dan akan belajar memahami sesuatu fakta atau cerita dengan lebih mendalam.
Budaya membaca telah diterapkan dalam keluarga Dato’ Dr Sheikh Muszaphar. Menurutnya, dia memang akan banyak membaca untuk anak-anak. Amalan ini dimulakan sejak anak-anaknya masih kecil.
Selain dapat belajar pelbagai perkataan baru dan peka dengan banyak cerita, sedikit-sebanyak dapat menggalakkan anak juga suka membaca.
Tambah angkasawan pertama Malaysia ini lagi, kini anak kembar lelakinya pula suka membaca untuk adik-adik mereka. Menurut Dr Sheikh, Noah suka membaca untuk Emelia manakala Adam suka membaca untuk Eusoff.
“Kami ada sudut membaca di rumah. Banyak buku yang ada dan itulah tempat kegemaran anak-anak. Kami amalkan membaca 10 minit sebelum masuk waktu tidur.”
Di dalam video yang dikongsikan Dr Sheikh di media sosialnya, kelihatan Noah dan Emelia sedang membaca sebuah buku yang mengisahkan tentang terumbu karang. Noah membaca dengan gaya tersendiri dan Emelia pula tekun mendengar. Bagus betul didikan Dr Sheikh dan isteri pada anak-anak mereka!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi yang menangis sampai hilang suara, papa dan mama tentu risau. Persoalannya adakah tangisan itu normal atau tidak. Seperti yang kita maklum semua bayi menangis pada masa-masa tertentu.
Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga selama satu hingga tiga jam sehari. Tangisan adalah cara bayi memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu.
Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang bayi anda perlukan. Adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau sekadar mahu dipeluk?
Dalam beberapa hari pertama, semasa anda belum tahu bagaimana hendak mengenal pasti keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang.
Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisannya yang berlainan dan setelah anda lebih mengenalinya, anda akan dapat memenuhi keperluannya.
Malah ramai juga ibu bapa yang bimbang bila bayi mereka menangis terlalu kuat sehingga timbul persoalan adakah ia normal?
Menurut Konsultan Tangisan Bayi Malaysia, Uswatun Hasanah Mohd Habib, terlalu ramai ibu bapa yang mengadu cemas apabila bayi kecil mereka menangis dengan kuat.
‘Macam kena pukul’, ‘ Nangis macam sakit sangat ‘, ‘..sampai selak (hilang suara)..
Ibu ayah sekalian, bayi kecil memang diciptakan untuk menangis sangat kuat. LAGI KUAT daripada bunyi motor, gergaji dan mesin rumput! Ya! Tak percaya? Carilah datanya sendiri.
Senang cakap, bayi kecil dicipta untuk menangis dengan kuat, cukup kuat ibarat kejutan elektrik ke saraf ibu bapa demi kelangsungan hidup mereka.
Menangis mesti cukup kuat untuk mendapatkan perhatian penjaga dengan segera dalam apa jua waktu dan situasi. Cukup kuat untuk penjaga merasa terganggu dan tiada pilihan selain bertindak mendatangi bayi, mencari jalan memenuhi keperluannya dan menghentikan tangisan mereka.
Maka tak perlu susah hati jika bayi anda menangis sangat kuat. Susah hatilah jika tangisan bayi anda lemah dan tak berdaya.
Bayi yang bersuara kuat bukan satu masalah, tapi ibu bapa yang tidak tahu cara tepat mententeramkan bayi itulah yang boleh bawa banyak masalah.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...