Ernie Zakri mengakui bahawa dia sentiasa belajar untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak sulungnya, Nur Khawla Soleha. Benarlah, melalui anak sulunglah, kita belajar menjadi ibu dan bapa yang terbaik dari hari ke hari.
Ernie Zakri Sentiasa ‘Belajar’ Jadi Ibu Terbaik
Bermula dengan tiada ilmu dan pengalaman, anak sulunglah yang memberikan kita pelbagai ilmu. Bagi pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel, puteri kesayangan pasangan ini, Nur Khawla Soleha yang dilahirkan pada tanggal 22 Februari 2022 banyak mengajar mereka untuk berusaha menjadi ibu bapa yang sebenar-benarnya.
Mengakui masih belajar menjadi ibu dan ayah terbaik, akui Ernie, anak kecilnya itulah yang mengajarnya dari hari ke hari untuk menjadi ibu yang lebih baik masih kini masih belajar untuk menjadi ibu yang lebih baik buat Khawla.
Nur Khawla Permata Tidak Ternilai
“We’re still learning, terima kasih kerana mengajar kami, nak.
“Paling cantik, paling cheeky di mata ibu, daddy. Harta paling bernilai, terima kasih Ya Allah,” tulis ernie dalam satu entri di laman Instagramnya.
Berikut dikongsikan momen indah Erni dan Syamel bersama puteri kesayangan mereka, Nur Khawla Soleha.
Jika sebelum ini anak sentiasa bersama ibu dan ayah sejak kecil. Kali ini si kecil yang kita tatang bagai minyak yang penuh bakal melangkah ke alam persekolahan. Ibu mana yang tidak sayu hati berpisah seketika.
Tambah lagi bila si kecil pula menangis ketika dihantar ke sekolah. Tambah menyentuh hati ibu bila mana anak kecil tidak mahu ke sekolah malah menangis meronta-ronta di hadapan sekolah.
Situasi sebegini pastinya meninggalkan momen yang begitu mendalam buat ibu dan anak itu sendiri. Adalah lebih baik kita memberi ruang untuk anak lebih bersedih ke sekolah.
Bagaimana hendak pastikan anak betul-betul bersedia? Ibu dan bapalah yang memainkan peranan penting agar anak betul-betul bersedia untuk melalui pengalaman yang baru.
Berikut adalah beberapa tip untuk membantu melatih anak agar lebih bersedia menghadapi pengalaman baru di pusat asuhan dan tadika:
Perkenalkan konsep ‘rakan baru’
Anak mana yang tidak gemar bergaul dan berkawan. Lebih-lebih lagi kawan baru. Ajarkan pada anak perihal konsep kawan baru ini dan beritahu pada mereka tentang keseronokkan bermain bersama rakan-rakan. Sebagai permulaan anda boleh mencubanya bersama rakan-rakan terdekat atau anak kawan-kawan yang sebaya usianya. Cara ini buat anak mampu bergaul dengan baik.
Kongsi cerita indah dengan rakan
Ceritakan akan keseronokkan bila bermain bersama rakan-rakan dan guru di sekolah. Malah aktiviti serta permainan yang begitu menghiburkan berbanding hanya bermain di rumah bersama ibu. Lama kelamaan anak akan mula tertarik malah begitu teruja untuk bersama rakan.
Hadiah kecil ke sekolah
Memberi ganjaran atau menghadiahkan barangan mengikut kesukaan anak-anak juga dapat menjentik hati anak kecil berusia 4 hingga 5 tahun untuk ke sekolah dengan riang. Misalnya membelikan beg sekolah atau botol air kegemaran mereka, semua ini cukup membuatkan mereka teruja hendak ke sekolah.
Rutin jadual awal pagi
Bagi mengelakkan anak susah untuk bangun pagi, apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah melakukan rutin awal pagi lebih dahulu bersama anak-anak. Minta anak-anak mandi di awal pagi dan bersiap kemudiannya bersarapan dan buat aktiviti sama-sama di rumah seperti bermain atau membaca buku. Semua ini dapat membiasakan anak-anak dengan jadual persekolahan kelak.
Latih tinggalkan anak seketika
Pun begitu jangan lupa selitkan dan kuatkan nasihat pada anak agar tidak menangis atau mencari ibu dan bapa ketika sudah mula bersekolah. Apa yang boleh ibu bapa lakukan adalah meninggalkan seketika anak kecil misalnya di rumah datuk dan nenek mereka atau juga di rumah sepupu. Semua ini bagi membiasakan diri untuk berpisah seketika.
Ajar anak untuk bergaul dengan baik
Salah satu kunci utama anak bersedia ke sekolah adalah sentiasa berpesan pada anak untuk bergaul dengan kawan-kawan dan guru-guru dengan baik. Elakkan anak merasa takut-takut dan tidak selesa.
Di pihak mak ayah pula, pilihlah tadika atau pusat pendidikan awal kanak-kanak ini sebuah pusat yang terbaik malah menyenaraikan guru-guru yang mesra kanak-kanak malah mempunyai kelayakan untuk membimbing anak-anak dengan baik.
Tahniah! Happy Hive merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pilihan Pa&Ma.
Jika tercari-cari, sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang begitu mesra malah diyakini, Happy Hive mampu melegakan hati ibu bapa.
Happy Hive, pusat pendidikan awal kanak-kanak, tadika dan taska ini menyenaraikan tenaga pengajar yang berpengalaman.
Pusat pendidikan awal kanak-kanak ini diterajui oleh Pn Arnie Nartika Naharudin, di bawah Syarikat Intellectual Hive Sdn Bhd ini telah enam tahun menguasai pusat pendidikan awal kanak-kanak.
Tidak hairanlah Happy Hive kini semakin stabil dengan lebih 16 cawangan di seluruh Malaysia!
Tidak hanya menguruskan taska dan tadika bahkan Happy Hive turut mempunyai pengalaman mengendalikan kanak-kanak berkeperluan khas.
Di Happy Hive, setiap aktiviti pembelajaran direka dengan teliti malah menyeluruh bagi memupuk daya kreativiti anak-anak serta membangunkan kemahiran dalam diri anak-anak itu sendiri.
Malah gabungan kurikulum yang berkualiti buat bakal Murabbi dan khalifah ini juga direka dengan lebih teliti serta melibatkan pembelajaran berasaskan permainan dengan aktiviti pendidikan berstruktur, memupuk kognitif, perkembangan sosial, emosi dan fizikal yang baik untuk mereka.
Tidak hairanlah tadika ini sentiasa menjadi pilihan ibu bapa untuk menempatkan anak-anak mereka malah turut dipilih sebagai penerima Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma 2023 sebagai Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pilihan Pa&Ma.
Bonding dengan anak-anak tak semestinya perlu keluar bersama-sama di hujung minggu. Ada waktunya dengan hanya menonton wayang atau menonton televisyen di hujung buat hubungan jadi bertambah erat. Soalnya nak tonton cerita apa?
Ayah nak tengok bola tapi ibu dan anak perempuan tak minat. Nak tengok kartun, mak ayah pula tak layan. Sudahnya bonding depan televisyen jadi suram. Nak tahu cerita apa mak ayah dan sekeluarga boleh layan sambil gelak pecah perut?
Sudah semestinya program sitkom komedi yang selalu menjadi pilihan supaya senang anak-anak terima segala cerita. Bukan sekadar komedi biasa tapi program terbaru Astro, Take CTRL ini paling sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Berbeza dan uniknya kerana siri ini mengetengahkan elemen game dalam keseluruhan ceritanya kerana ia merupakan kisah sains fiksyen yang menghiburkan seisi keluarga.
Malah sisi berbeza gelagat anak-anak yang menjadikan ibu dan ayah sebagai watak utama dalam game mereka begitu berbeza sekali. Sambil menonton dapatlah anak-anak melihat sisi lucu ibu dan ayah mereka. Memang lain dari yang lain.
Paling menarik pastinya penampilan istimewa Shaheizy Sam yang memegang watak utama sebagai bapa dalam ‘game’ menarik ini. Banyak gelagat menarik yang berbeza dilakonkan Sam yang begitu menjadi malah sesuai untuk tontonan semua.
Selain Shaheizy Sam, Take CTRL menampilkan bakat-bakat baru pelbagai bangsa seperti Hana Nadira, bintang Maharaja Lawak mega (MLM) Prakash, Farid dan Chi Ho serta Jinnyboy, Jenn Chia dan ramai lagi!
Nak tahu lebih lagi? Sama-sama kita nantikan Take CTRL yang akan menemui penonton bermula pada 29 Januari ini, setiap Sabtu jam 9 malam di saluran TA-DAA CH 612 dan On Demand.
Nak lihat apa yang menarik mengenai Take CTRL, enjoy di sini.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka, pada usia 59 tahun, Aaron Kwok bintang terkenal Hong Kong yang tidak pernah lekang dek zaman bakal menimang cahaya mata lagi!
Berita gembira ini bukan sahaja mengejutkan ramai, tetapi turut membuatkan ramai kagum dengan penampilan pelakon dan penyanyi lagenda ini yang kelihatan seperti masih di usia 30-an!
Aaron Kwok dan isterinya, Moka Fang, kini bersiap sedia untuk menyambut ahli keluarga baru mereka. Pasangan ini sebelum ini telah dikurniakan dua orang anak perempuan yang comel, Chantelle dan Charlotte. Kini, kebahagiaan mereka bertambah satu lagi – bukti cinta dan kehidupan keluarga yang penuh harmoni.
Bila gambar Aaron tersebar bersama isterinya di sebuah acara baru-baru ini, ramai yang tidak percaya dia sudah hampir mencecah usia 60 tahun! Wajahnya kekal segak, badan masih tegap, dan auranya… tetap memikat.
Netizen mula bertanya – apa rahsianya? Rutin senaman yang konsisten, gaya hidup sihat, serta pemakanan seimbang mungkin antara faktor utama. Tapi yang lebih penting, kata Aaron, adalah hati yang tenang dan penuh kasih terhadap keluarga. “Menjadi ayah adalah perkara paling bermakna dalam hidup saya,” katanya dalam satu temu bual.
Dalam dunia glamor dan jadual padat, Aaron tetap utamakan masa untuk anak-anak. Beliau sering dilihat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga – dari membawa anak ke taman, ke sekolah, hinggalah waktu bercerita sebelum tidur.
Sebagai ayah yang berjiwa lembut, Aaron dilihat begitu penyayang dan penyabar dengan anak-anaknya. Beliau juga sering berkongsi nasihat tentang pentingnya membentuk ikatan erat dalam keluarga, terutamanya ketika anak sedang membesar dan perlukan sokongan emosi.
Kisah Aaron Kwok menjadi bukti bahawa usia bukanlah penghalang untuk menjadi ayah yang hebat. Malah, kematangannya menjadikan beliau lebih bersedia dari segi emosi dan tanggungjawab. Kepada semua ayah di luar sana – tidak kira usia anda – kasih sayang dan kehadiran anda adalah anugerah terbesar untuk anak-anak.
Tahniah Aaron & Moka! Didoakan agar kehadiran bayi ini nanti akan membawa lebih sinar dan kebahagiaan dalam keluarga kecil yang penuh kasih sayang ini. 💕
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu hamil sibuk cari makanan berkhasiat sepanjang kehamilan, tapi kadang-kadang terlupa buah paling simple dan murah pun boleh jadi superfruit, contohnya jambu batu.